Isnin, 30 Mei 2011

Pengalaman: Bermalam rumah blogar


Tidur rumah penulis blog? Aku tak maen la takat gathering2 ternak lemak ni, aku terjah rumah teruhhh. Baru la kita boleh mendalami kehidupan dia secara dekat. hahahaha. Tapi adalah lebih baik kalau dia duk umah bujang, xda la pelik sangat kan.

Ini gambar diambil februari tahun 2010. Masa tu aku lepak sambil bercuti di rumah Rozaimi 3 hingga 4 hari. Dulu dia terkenal dengan blog separa lucahnya yang menggunakan nama Kapten Luffy-Unfiltered Madness. Antara kenalan blog awal-awal aku.

Dalam gambar tu Rozaimi tengah stat motor kapcai. Lokasi rumah terpaksa dirahsiakan. Rumah beliau memang best. Rumah orang bujang la katakan. Makan minum pun free.

Masa tu first time aku tidur rumah bloger dan juga first time aku dapat melihat orang berblog secara live. Memang gila la Rozaimi ni.. Sekali dia online memang sampai ke pagi.

Nasib baik masa tu Pakcik Hashim Bangla gay tak da lagi. Kalau tak dah kena halau aku sebab mengganggu privasi depa. hahaaha.

ps: 2nd punya rumah yang aku terjah dan bermalam adalah Si Kosong di Putrajaya. Lenkali aku tulis. Hehehe. Lepasni aku nak terjah rumah bloger pompuan la plak. Boleh la rasa masakan dia sedap ke tidak. Kalu takat sembang kencang tunjuk gambor dalam blog, aku pun buleh. hahahaha.

Sabtu, 28 Mei 2011

Isu Free Hug



Jumaat 8:20 malam
Aku dan seorang member pegi ke gerai untuk makan. Aku order kuey tiaw hailam dan air laichikang. Dia pulak makan mee goreng ayam kunyit dan air laichikang.

Selepas itu kami mencari kedai gunting rambut. Aku gunting rambut. Bestnye kedai tu. Die pasang aircond dan radio.

9 lebih
Kami mencari mana-mana gerai yang ada siaran astro warna (132) untuk menonton Maharaja Lawak.

Jumpa satu kedai.
Untuk mengelakkan tampak aneh, aku terpaksa order air dan burger. Aku dah cakap kat akak ambik oder supaya tukar chanel Maharaja Lawak. Dia kate ok je.



10 malam
Aku mintak tuan kedai tukar channel. Burger ada separuh lagi ni.

Tuan kedai bagi remote suruh bukak sendiri sebab dia tak tau. Bila dah bukak, wadehek betul dia tak langgan rupanya. Aku terpaksa habiskan beger laju-laju. Kami pun blah cari kedai laen.

Pusing dua bandar kecil. Last-last jumpa jugak. Terimakasih ye. Aku rasa susah gila nak jumpe kedai pasang astro warna niih..



Sampai-sampai je dah sampai giliran Sepah. Kat sini pun terpaksalah order sebab nak stay tengok tivi. Kang kena halau plak. Habis Maharaja Lawak, aku pun balik.

Kat rumah aku mandi untuk membuang sisa-sisa rambur yang digunting. Kalau nak hilang sisa rambut, kau kena guna syampu. Syampu ke seluruh kepala. Gasak kuat kuat.

Dalam bilik aku berlawan dengan seekor tebuan. Macam maen badminton aku hempuk itu tebuan. Ko tau tak tebuan boleh bawak maut? Baru je semalam aku bunuh sekor. Aku rasa ni kawan dia lah nak tuntut dendam. Haduihaduihadui..




Free Hug dah sampai Malaysia ke belum. Hehehe.

with open arms 両手を広げて

Tu je la. Isu Free Hug? Baca la kat internet. hehe.

Rabu, 25 Mei 2011

Minda Janggal: Fakta atau Auta?


Pernah tak kau nak cakap sesuatu tapi tiba-tiba kau lupa apa yang kau mau cakap itu? Contohnya masa kau berbual dengan rakan, dan dalam kepala otak ko, ko mau cerita pasal boifren atau gefren ko kantoi terkentut. Tiba-tiba masa tengah sembang ko 100% terlupa apa yang ko mau cerita tadi.

Lepas tu ko misti rasa bengang gila sebab tak boleh refresh balik apa yang kau mau cakap.

Kalau kau pernah merasanya, ketahuilah bahawa itu bukannya petanda ko sudah nyanyuk. Itu namanya fenomena eskelausifu porendia ataupun bahasa biasa nya 'minda janggal'.

Jadi ko tak payah risau kalau terjadi 'minda janggal' kat kau sebab ianya adalah proses tumbesaran yang biasa untuk seseorang.

Drawing by Santiago Ramón y Cajal of neurons in the pigeon cerebellum.

Sebijik otak manusia mengandungi berjuta-juta neuron yang mengandungi cas elektrik untuk mengingat dan menghafal. Jadi kadang kadang peneutralan neuron atau 'neutralisation of neurons' akibat segelintir cas-cas yang tidak diperlukan akan menyebabkan neuron tidak dapat menghantar maklumat pada otak. Inilah sebenarnya faktor yang menyebabkan minda janggal.

Jadi, untuk mengelakkan minda janggal kau perlukan makanan yang boleh menentang peneutralan neuron seperti bayam, kacang panjang, petai, budu, nasi dagang (complete set), roti bom, mee goreng mamak dan air seperti jus buahan.

Kesimpulannya, apa yang kau baca adalah khayalan aku. 100% apa yang ditulis adalah Auta. Ok? Eskelausifu porendia adalah rekaan aku semata-mata. Padan muka kalau baca tak habis.

Isnin, 23 Mei 2011

Berbisik Dalam Kelambu

Hidup kembali sibuk bencana,
Urat ditegang merapat ke tulang,

Hidup ini bukannya lama,

Hiraukan duka lagukan tawa girang.



Sebelum berangkat ke Darul Ridzuan aku sempat lakarkan beberapa lembar kartun buat kanak-kanak.

Memang dilakar secara malas-malas. Hehe.

degen bol

Haewan

Hidup ini bukan selalu senang,
Kadang hampa dukacita,

Moga semuanya akan tenang,

Pulihkan lara kecewa.


Jangan duk sedih-sedih sangat. Kang naik tungau. Hehehe.

Jumaat, 20 Mei 2011

Tiga butir Ayam

~Selamat Hari Jumaat~

Budak: lukeh la

Aku: lukeh apa?

Budak: lukeh ayam

Aku: ayam kecik ke besar?

Budak: ayam kecik.

Aku: Okeh.

20 minit kemudian...

ayamarah

Budak: yeay.

Aku: Orait. nama dia (sambil tunjuk dari kiri) Uteh, Uning dan.. emm.. U.. Umeroh.

Budak: Takmau2. Nak Syasya, Daniel dan Mila.

Aku: Apa apa ja lah labu.

ms paint
touchpad (mouse tertinggal)

Selasa, 17 Mei 2011

Pernah dengar Maaskantje, Netherland?

New Kids Turbo

Filem ni paling hell aku penah tengok. Kalau ko ada kesempatan nak menonton filem dari Belanda ni, ko tengok je lah.

Filem yang mengisahkan tentang 5 orang pemuda dari Maaskantje, Belanda yang penuh dengan masalah. Awalnya mereka ni ada kerja tapi pada satu hari ni tiba-tiba je semua kena pecat. Macam bangang kisah pemecatan mereka. Ada yang kena pecat tanpa sebab pun.

Disamping kena pecat, mereka dihurung dengan masalah-masalah yang laen. So, mereka berpakat lepak dan tinggal di rumah salah sorang member ni. Kalu tengok gambar kat bawah, yang tengah tu pemilik rumah dan juga selaku ketua geng kutu rayau ni.



muka sekor sekor takleh blah.. rambut samseng.

Kat tempat depa ni, kalu tak kerja pun ko still dapat elaun hidup. So, kemuncak plot cerita ni bermula apabila diorang tak berjaya suruh local authority untuk naikkan 'elaun penganggur'. Diorang pakat tak akan bayar apa yang dibeli. Tak kira la rokok ke, makanan ke, minyak ke, semuanya diorang tak bayar. Polis pun tak mampu melawan diorang.


Gerry, yang tengah tu watak paling sial dalam cerita ni


Konflik cerita ni bertambah apabila sorang wartawan ni datang rekod apa aktiviti harian diorang ni. Macam rancangan realiti tivi la kononnya. Kisah hidup diorang ni pun ditayangkan kat kaca tivi. Tak semena-mena ratusan malahan ribuan penduduk mula mengikut dan menyokong cara mereka. Hahahha. Semua taknak bayar satu sen pun bila beli barang. Kerajaan pun naik bengang la. So, kalu nak tau camana abis, tengok la sndiri cite ni.


Kat bawah ni serba sikit trailer dia.






Oklah, nak pegi sidai kain baju plak. Pastu nak masak lagi. Sekian.

Isnin, 16 Mei 2011

Bangang adalah bukan kata kerja

Selamat hari isnin!


amacam? ada kaitan dengan 16Mei tak?

Khamis, 12 Mei 2011

Levi's 501

Aku ada selai jeans levi's 501.
Tu pun beli kat bazar ramadhan taun lepas.
Harga dia 50 ringgit sharp.


tu je. babai. heehe.

*teringat lagu bawah ni zaman skolah rendah dulu. Bapak aku beli kaset Julie Remie ni pasang dalam kete.



Lirik Abang Sayang Adik Sayang - Julie Remie

Abang sayang abang dimana
Hati risau mengenang dikau
Abang sayang hatiku risau
Lama di tinggal merantau

Jauh jauh jauh dimata
Dihati dekatlah sayang
Dalam dalam dalamnya laut
Lebih dalam rasa hariku

Jauh jauh jauh dimata
Dihati dekatlah sayang
Dalam dalam dalamnya laut
Lebih dalam rasa hariku


ps: nanananana ganung kite esok.
ps: kertas akhir dinamik struktur. doa ye.

Rabu, 11 Mei 2011

Kenangan kita lucutkan - Lirik Lagu

ps: Dalam kesibukan ni aku mengambil kesempatan la untuk apdet. Pastu trimakasih banyak2 yang sudi mendoa doakan aku. Nak kata ailabiu kang takut salah paham lak. haha.

Tadi aku bungkuih makanan kat kedai. Sambil aku duk tunggu tu, kedai tu pasang satu lagu. Baek punya lagu. Mengimbau zaman aku maen plastesin tadika dulu. Plastesin memang best untuk dimaenkan.

Lagu tu tajuk dia 'Semalam Yang Hangat' , sapa lagi nyanyi kalu bukan kumpulan Wings.


Aku pun apa lagi.. Nyanyi la sepam.. Puhh.. Tapi aku nyanyi slow slow la. Apa benda plak tanggapan orang kalau aku nyanyi kuat karang.

"
Aku bukan lagi mainan dulu
Telah kucampakkan kau ke mana
Ke lautan hitam yang ku tahu
Pasti kita tak jumpa"

Best sial ini lagu. Memang band skang tak buleh lawan la kapok2 (ado la satu dua).

Tiba-tiba ada satu amoi ni pandang aku. Dia tanya "Wah, ini lama punya lagu pun you tau ma?"

Aku pun cakap la "Uih, misti la. Saya dari tadika dengar ini lagu. Kumpulan Wings. Saya membesar dengan lagu macam ni, misti tau la."

Itu amoi pun heran "Apa macam suara dia tak sama itu Awie?"

Kiranya dia ni kenal Awie la. Bagus, bagus.

Aku pun memberi penerangan tentang sedikit sebanyak pertukaran vokalis Wings dari Awie ke Mus (May) dan Mel. Aku paham, ada sesetengah dari kita pun tak tau sangat pasal penukaran vokalis grup Wings ni.

Kalo ko nak tau, yang nyanyi lagu ni adalah Mel. Ala, yang nyanyi lagu 'Lena diulit Intan' tu. Bapak kepada Iqwal- penyanyi muda yang agak terkenal sekarang ni (aku tau msti ramai tak kenal Iqwal kan?). hahaha.

So, kalau nak dengar lagu Semalam yang Hangat tu, aku dah sediakan vidio kat bawah ni.




Dalam klip ni ada Nasha Aziz muda-muda dulu, pelakon lelaki paling hebat (Faizal Hussein), dan Oney Lipanbara. Oney Lipanbara ni suara dia pun ada macam Awie sket. Ala, diala yang nyanyi lagu 'Jemu' masa join kumpulan May dulu.


ok, chow


pst: Search pun pernah tukar vokalis.
pst: mnyampah aku tinguk orang letak muka menyampah kat blog
pst: abis kamis, terus balek ganu. wehu.

Selasa, 3 Mei 2011

b'oho



The Great Escape

doakan aku oke. haha