Khamis, 24 Januari 2013

Tentang Seorang Musafir

Hari bersilih ganti, sedar tak sedar aku baru menulis untuk tahun 2013 ni. April ni karang masuk 4 tahun la ye Cakapwa?

Tadi aku duk belek punya belek balik blog ni menyebabkan aku tergelak sendiri. Hahaha. Beratus-ratus entri rupanya dah di'post' secara waras mahupun kurang waras.

Walaupun dah kurang pembaca, tambahan pula teman-teman blogerian ramai berhenti menulis, tapi rasanya selagi Blogspot ni tak tutup akan aku berjanji tetap menulis Cakapwa sampaai bila-bila. (Tapi nak post entri tu yang malas, pui.)



 Pertemuan paling terbaru 2013 (Jalak, Beskot, Lumut, Wong Ah Ian)
(Dulu boleh penuh Pelita ni dengan blogerian, skang tengok la 1 meja pun lelah nak cukup)

Terlampau banyak lah kenangan dalam blog ni. Masa suka ke, sedih ka, benda ni la yang aku duduk mengadap. Habis semua benda aku karutkan dalam ni. Dari binatang sampailah ke bangunan. Skil menulis memang tak menepati piawai langsung dan aku tiadalah kesah.

Takpe la, toksah cite pasal tu.

Sobonanye aku nak cerite pasal rentetan hidup la sikit. Aku baru terperasan yang selama ni aku ditakdirkan untuk berade jauuh dengan femili. Cube bayangkan:

Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
Sekolah menengah: Dungun (2002-2006, asrama)
Institut pengajian: Tronoh, Perak (2007-2012)
Prektikel: Wangsamaju-Bangsar, Kolumpo (2010-2011)
Kerja Sementara: Ampang-Setiawangsa, Kolumpo (2012-3 bulan)

Dan sekarang ni Alhamdulillah baru dapat tawaran kerja di Miri, Sarawak bermula bulan dua 2013.

Hmmm (berfikir sejenak)


Sebenarnye seronok merantau jauh-jauh ni. Memang banyak benda kita dapat belajar.
Baik dari segi budaya, pengalaman, sosioekonomi, selok belok tempat, geologi, tempat-tempat bersejarah,
dan lain-lain lagi lah. Kalau cakap semua, pulun sangat nampak awak tu.

Tapi macam biase la, ade benda yang mungkin membuat kite rase kurang sedap. Contohnye, jauh dari femili,
payah bile ade majlis-majlis keraian, susah nak bertemu member lama, kena biasakan diri dengan masakan tempatan, dan lain-lain hal lah. Isu masakan pun jadi problem ka? Hampehnye.

Namun sedemikian kita haruslah bersyukur kan? Ada berlambak lagi yang duk luar negara mencari sesuap nasik untuk dibawa pulang ke tanahair. Kira aku ok la lagi duk main dalam Malaysia lagi.

Jadi di perenggan last ini disebabkan dah tak tau nak tulis apo, aku simpulkan yang aku banyak tempuhi benda bersifat nyawa-nyawa ikan. Aku harus akui yang itu adalah kesilapan sendiri. Pelik pulak kesimpulan ni..
Apapun, semoga korang sume gembira dengan hidup masing-masing. Doakan aku di perantauan!

Oh ye, gambar di atas ni adalah saki-baki bloger (aktif mahupun tidak) yang masih terdampar. Kalau nak dicerita, dulu macam perhimpunan ape tah kalau buat meet up. Skarang yang tinggal hanya kenangan. Bizi dengan kerjaya dan keluarga mungkin adalah punca utama ketidakhadiran yang lain. Kita semua faham.. Tu yang kat atas nasib bek belum kawen lagi.

Berhijrah, bermusafir ni salah satu dari sunnah Rasul. Selamat menyambut maulidur Rasul.