Selasa, 28 Julai 2026

Di Persimpangan Hidup



 Setiap orang…

Pernah berdiri di persimpangan.

Nak teruskan…

Atau berpatah balik.

Nak bertahan…

Atau melepaskan.

Nak percaya…

Atau mengalah.

Lucunya…

Kita selalu minta petunjuk.

Sedangkan…

Petunjuk itu dah lama ada.

Cuma hati kita…

Lebih suka dengar apa yang kita mahu.

Daripada apa yang kita perlu.

Kalau jalan itu betul…

Walaupun perlahan…

Teruskan.

Sebab…

Yang sampai ke destinasi…

Bukan yang paling laju.

Tapi yang tak berhenti berjalan.


— OL

CAKAPWA™
Sekadar Sekadar Saje


Jumaat, 22 Mei 2020

Pengalaman Kandas di Seremban. Edisi PKP1



16 Mac 2020- Kebetulan malam tu PM umum PKP akan berkuatkuasa 18Mac. Aku dan rakan sekerja baru saja menghadiri hari pertama kursus di sebuah syarikat berpengkalan di Seremban.

“Ah sudah geng. Macamana nak balik Sarawak? Kursus konfem kena cancel ni.” Ujar teman-teman. Lalu kami berempat create grup wasap untuk berbincang. Akhirnya kami jumpa di lobi hotel untuk diskusi lanjut.

Asap rokok berkepul dari mulut AC bukan nama sebenar. “Rugi la kursus kita”. katanya perlahan.

“Rilek. Kita tunggu keputusan Manager kursus dulu la kot dorang still nak sambung jugak training.” Kata Bro D sambil menghirup air Teh Botol.

Setelah penat berteori dan mengatur stratergi kami pulang ke bilik masing-masing dengan hati bimbang bercampur buntu. Pertama kali kena Perintah Kawalan dan tak tau apa bakal terjadi.

Keesokannya keluar pula arahan dari Ketua Polis Negara yang perlu isi borang Rentas Negeri kalau nak keluar dari sesuatu kawasan.

Apa lagi, cun kursus dibatalkan kami terus mengorak langkah balik ke hotel dan ada yang mencari tiket flight yang ketika itu agak mahal.

Macam-macam bermain di fikiran. Grab/ teksi beroperasi ke tak? Banyak ke orang nak ke KLIA? Balai polis sesak ke? Disebabkan ini pertama kali berlaku jadi hampir blur semua.

Sambil itu sempat lagi aku google carian ‘makan ape best di negeri sembilan’ yang rata-rata mengesyorkan masak lomak cili api. Untuk menenangkan keadaan aku relay mesej ajak semua geng dari Sarawak untuk bersantap tengahari di Gulai Omak Den.

Disebabkan flight aku dan beberapa kawan pada 18 Mac jadi terpaksa kami mencari balai polis berdekatan untuk mendapatkan form Rentas Negeri.

Tepat sekali agakan aku. Malam tu balai polis penuh dengan pelajar dan individu yang mengambil kesempatan balik kampung beratur panjang. Bila dah dapat endorsement dari Pegawai Polis kami pun pulang dengan hati riang.

Sesampai di hotel dalam 10 malam keluar satu announcement dari Ketua Polis yang tak perlu lagi isi form Rentas Negeri. Lalu aku tepuk dahi.

Sekian pengalaman hampir kandas PKP1. Sampai bila-bila akan ku kenang..

Isnin, 1 Julai 2019

Terikat Namun Bebas

Dunia semakin resah
Kemanusiaan, jiwa, kosong,
Benar dilempar, dusta berkuasa..
Bertopengkan idola.

Kawan bermusuhan,
Sahabat ditikam.
Hujung atau pangkal, tidak terpeduli.
Tiada lagi berat sama dipikul,
Ringan tidak seimbang.

Kekayaan dimimpi,
Kesetiaan dibenci,
Kebaikan ditiri,
Hidup tak bererti.

Terbangkit dari igau,
Lamunan sekadar lamunan,
Lalu aku sedar,
Kita bukan siapa siapa.




Sekian demikian.
1107pm 1/7/19
Selamat ‘belated’ ulangtahun ke 10 buat blog Cakapwa 😊

Ahad, 30 Jun 2019

2019

Sekurang-kurang aku mahu update jugak. Selamat hariraya aku ucap walaupun entah sapa yang baca entri ni.

Ya lah, ini zaman insta, fb, twiter dan yutube. Sapa lah lagi buka blog tahun 2019 kan. Paling-paling  cari cara-cara buat kuih, petua anak demam, petua kurus dan lain lain yang sebegitu.

Sedangkan password blogspot mungkin sudah hilang.

Ok lah ada masa aku apdet lagi kalau aku ingat password. Jadi aku sajikan gambar ni buat tatapan sebab takda idea.


Sekian yang demikian.
OL



Rabu, 18 Julai 2018

Penyesalan Bermisteri

Ada sorang tua. Pak wan nama dia.
Dia suka cerita pengalaman zaman muda mudi.

Satu hari Pak Wan mula bercerita.
“Kalau lalu area pantai akan ada suara halus memanggil aku” ujarnya.

Mungkin kisah makhluk halus fikirku..

“Papa.. Papa..!” Jerit suara halus itu menurut Pak Wan. Sayup sayup..

“Anak pak wan tinggal di pantai ka?” Mohamad bertanya penuh minat.

“Bukan.. Itu suara halus anak yang tak jadi. Hasil ‘projek’ zaman jahil.. Korang jadikanlah ini sebagai pengajaran” Mendalam penyesalan pak wan..

Tu ja.

Ahad, 30 Oktober 2016

Cakap cakap kosong: Rock Bro!

2016.
30 Oktober.




Salam sejahtra kawan-kawan. Lama tak menjengah benda ni. Huhuhi.
Cuma nak bagitau aku da tengok cite Rock Bro semalam. Pada hemat aku selaku penonton wayang ni, Rock Bro pulang pangkal jalan ni memang best. Bukan apa, pilihan lagu yang mantap dan penceritaannya sangat menyentuh sanubari.


Sekian ulasan aku. Nanti panjang sangat spoil mode komer nak tengok cite dia.

Ps: Kelembai Band patut join belakon muvi tu la. Baru stidi!!
Image dari Prof Madya Al Google

Ahad, 20 April 2014

Senyuumm 1..2..3 :) Wong Ah Ian & Nasik Puteh

Selamat hujung minggu wahai sekalian alam. Sedar tak sedar, entri terakhir adelah entri percutian bujang akhir Wong Ah Ian. Hehehe. Demi mengelakkan Blogspot tutup blog aku, nak tak nak mesti jugak update cakapwa ni.

Hari Jumaat 18 April, sempat jugak kitorang (Kosong, Jalak, Haris dan Tibex) turun majlis akad nikah mereka. Aku yang tiba dari Miri terus grak ke KLIA untuk jumpa dengan Kosong, Jalak dan Haris di Putrajaya. Tibex pun datang turun jauh dari Sibu dan pegi sendiri ke majlis akad Ian di Kampung Sungai (aku da lupa nama. dekat dgn UIA gombak)

Walaupun x dapat tengok masa Ian akad, sempatla juge dengar kutbah kawen dan doa pengantin sama-sama. 

Keesokannya kami pi jamuan dalam pukul 3.30 petang. Ramai bloger yang satu masa dahulu giat menulis pun hadir seperti Mofasad, Peja Zol dan Deus Lejenpress.

Jadi disini disertakan beberapa bingkisan gambar daripada majlis pernikahan Ian dan Ayu.


 Suma yang hadir. Aku lupa nama yang sbelah Sarima. Huhu. Ni first time jugak jumpa Airis anak kepada Fhad dan Ima.

Oh, lupa nak cerita. Masa majlis tu Peja Zol pun datang bersama dengan seseorang. Haha. Aku rasa tu bakal pengantin lepasni. Hehehe. Jgn maroh Pejal. 


Senyuum panjangggg melebor yeopp. 




Keletihan pengantin. haha.


Jalak sengal ambik gambo senget

























Group foto. Lepasni sapa la ya? Hahaha. Jalak o jalak. =)

Selamat menjalani kehidupan fasa baru buat Ian dan Ayu. Dapat anak mesti kiut-kiut. haha.

ps: sedeh tak cukop korum. Beskot tak dapat datang pulak. huhu.