Isnin, 20 Disember 2010

Mat Drug


trima kasih kepada semua yang mendoakan. aku mntak maaf byk2.

moga cepatlah sembuh.

tatapla lukisan ni slagi hidup.


signed out..

Rabu, 1 Disember 2010

Jiwa Petrol, Cetakan ke-2





Jauh.

Jauh di sudut kampung Paya Berenjut.. Terdapat sebuah rumah kayu masih kekal kekampungan. Kicauan unggas menyelar kesenyapan desa.. Pada petang nyaman demikian, Si cucu sedang asyik mengurut-urut betis sang nenek. Angin serabut perut barangkali..

Sedang si cucu sibuk mengurut berbekalkan minyak Limau cap Yu Yee, sang nenek bermonolog sendirian.

'Haih, bau minyok cap Yu Yee ni mengonangkan eden pado sesuotu.. Minyok Petrol.. ' Ujar sang nenek. Setiap butiran kata menimbulkan urat leher yang berselirat. Loghat Negeri Sembilan masih pekat walaupun berpuluh tahun berada di Pantai Timur.

Kaca mata yang dipakai lantas dicabutnya perlahan dan diletakkan di tepi meja rotan sebelahnya.

" Jiwa petrol,
itulah kau...
disimbah api sikit, dah terbakar.. hehe.

Jiwa petrol,
apahal la kau ni senang benar terbakar?
ikan goreng pun tak sesensitip kau..
sikit-sikit nak berair mata.

Jiwa petrol,
aku tahu dah banyak yang kau lalui..
kalau disiram air, sibuk pulak kau terapung.
Biasalah, ketumpatan kurang..

Jiwa petrol,
apa-apa pun kau memang berdikari,
ke sana boleh kesini boleh.

-uhuk uhukk..Aih, Terbatuk pulok eden. Celakok. kat mano eh eden berenti tadi..-

ha... ehem.. nama pun bendalir, memenuhi ruang..


Jiwa petrol,
moga-moga kau terus berbau ghau-ghau.
lupakan kisah silam mu. Kerana esok bukan semalam.."

'Pehhww! nenek memang pandai buat sajak ye??' Tanya si cucu kekaguman.

'Hahahaha, buleh lah siket-siket.. eden teghingat sajok dari blog cakapapentah 50 tahun dulu. Keh keh keh..'

'Blog? Nenek pun ade berblog ye?'

'Ofkoss lahh adooo.. Hok jiwa petrol tu nenek la!! Cube ucu ambik laptop kat dapur nu.. Bukok, esoksemalam dot blogspot. Namo pena eden RUMPUT..'

'Rumput mende gok Semek oii.. LUMUT lah!' tiba-tiba OrangLidi menyampuk. Baru pulang dari berkebun gamaknya. Peluh jantan menyinggahi dahi. Sambil membetul-betulkan kain pelikat. Di bahu tersangkut selaras cangkul. Senonoh sungguh..

'Mane nasik goreng New zealend ambe? Lapo doh ni..'


sekian..



jotdown: gambar dari sini
jotdown: ape itu jotdown pun aku tak tahu.
jotdown: ni entri yang sedia ada, cuma dikemaskan balik supaya sedap sikit nak baca.
jotdown: aku tengah sibuk ni.

Lama tak bersembang dengan pemilik jiwa petrol yang jauh berkelana.
(Tiba-tiba mimpi jumpa beliau hari tu, hehe. Mimpi ja, bukan buat ape pun. Jangan terpesong pikiran. Hahahaha. Tak payah pikir bukan-bukan lah)

Selasa, 16 November 2010

Fotograf : Aku Yang Kecewa

AL-FATIHAH


Shamrin Fotograf

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1- hari raya kita kerja
2- lagu 'manifestasi cinta' dan 'kau harus ada' tak masuk top 6 semifinal.

Apa? Adira? Stacy? cer lawan Fiq punya tarik.. boleh? pikir-pikir la sendiri..

Aku rasa Rahmad Mega lah hero malam tu. Pentas juara lagu ni die buat petik jari ja..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sebelum berakhir, ucapan takziah buat keluarga Shamrin Fotograf..


Aku Yang Kecewa by: Fotograf

Umpama perahu nan kecil
Di tengah lautan di pukul gelombang
Diriku berkali terkucil
Dalam kehidupan yang penuh cabaran

Ku pernah terkandas kecewa

Menangis berputus asa

Kerana ku seorang lelaki
Ku gagahi diri
Tak guna ku membuang waktu
Menghitung malang ku
Berbanding tuahmu
Yang pasti apa yang terjadi
Harus ku hadapi dengan tabah hati
Teringat pesanan mu bonda

Tersemat nasihat ayahanda
Adakah kehidupan ini pilihan sendiri
Aku yang terkecewa dulu

Terkubur bersama waktu
Yang gagal lemah tak berdaya

Tertinggal tiada bernama

Telah ku temui yang ku cari

Cahaya menyinari diri
Terasa kehiduapan ini bererti
Di saat aku dalam kekosongan
Kau tiba membawa sinar harapan

"Berpenampilan kemas dan memiliki tubuh tegap, ramai wanita dan budak perempuan usia lapan tahun menggilainya sampaikan buku teks sekolah berbalut poster wajahnya yang diambil dari majalah. " - sumber dari myMetro -

Rabu, 10 November 2010

Catatang Panjang 7 bujang: Percutiang Paling Maskuling..

dari kanan: fhad, kosong, beskot, haris, jalak, ian



Khamis hingga pagi Jumaat:
-Kami mula bertolak daripada WangsaMaju. Exora muat-muat 7 orang bujang. Jalak selaku driver macho.
-Berhenti di R&R mane entah ( di Negeri Sembilan kalau tak silap ) untuk makan malam.
-Dalam kereta masing-masing galak gila.
-Kosong cakap tak boleh naik jeti di Rompin. Jadi menujulah ke Mersing. Kosong jadi cheer leader untuk mengelakkan drebar mengantuk.
-Haris banyak bercerita. Tak tahulah yang mana satu kisah betul atau yang mana tipu sunat.
-Jalak drive sambil karok sampai sakit tekak.
-Fhad melekat dengan henset. Mesej awek. (ke awek-awek?)
-Ian tension memikirkan exam Isnin. Mesej awek. (ke awek-awek?)
-Beskot dengan aku paling rilek dan steady.
-Melepas daripada dua roadblock. Brader Polis tu kawan Haris.
-Kabus dekat kawasan ape ntah di Johor tu. Dekat dengan Kluang kalau tak silap. Memang paling mencabar pemanduan Jalak.
-Nampak gerai hijau buka.
-Sampai di Jeti Mersing. Perempuan-perempuan banyak. Bergambar sekeping dua.
-Semayang subuh tidak ditinggalkan.
-Tulis nama dan selesaikan urusan tiket dan parking kereta. Berangkat naik feri bertajuk Bistari.



Siang Jumaat:
-Dalam feri, ada lelaki lembut duduk dekat kami. Ya, sorang sebelah aku dan sorang sebelah Beskot. Nasib baik minda kami masih sihat.
-Sesampainya ke Jeti Berjaya kami pun turun. (Betul ke jeti Berjaya? Ntoh la.. yang penting Kampung Tekek)
-Naik van apajadahnya padahal jalan kaki 9 minit pun boleh sampai. Habis 15 ringgit. Cis betul lah kena tipu hidup-hidup.
-Sampai di chalet kami. Swiss Cottage. Mantap weh. Dia punya dekorasi dan landskap walaupun bergaya tradisional. Cuma bilik la ada nyamuk dan pintu tandas pasang terbalik.


-Brekfes makan makanan ala barat. Roti dan telur.
-Bahagi dua bilik. Aku, Beskot dan Kosong. Yang lagi satu Jalak, Haris, Fhad dan Ian.
-Minah saleh banyak kat sini.
-Bermain main di gigi air. Akhirnya bemandi manda di laut jernih. Jernih weh..
-Si kosong datang beritahu dia tersilap masuk bilik T5 sedangkan bilik kami T8. Siap tengok couple dari negara eropah buat 'projek ehem' dalam tu. Untung kau Kosong.
-Aktiviti mandimanda diteruskan sampai ke aktiviti buat istana pasir. Macam biasa lah, lepas tu aktiviti ambik gegambor. Cari port baik baik punya. Kereta F1 pasir untuk Haris.
-Kemudian kami pergilah mencari kedai untuk makantengahari. Gerai Mama Kosong dan Opah sdn bhd menjadi pilihan. Sekali dia punya makanan terbaik plak dahh.. Terus jatuh hati.
-Beli eskrem sambil jalan-jalan buat muka tak bersalah sedangkan orang lain pergi semayang Jumaat. Musafir..
-Singgah bundle dan kedai duty free. Arak murah.
-Sampai bilik terus tidur.
-Bangun petang tu, mandi manda di laut Tioman sekali lagi. Tenang gila..
-Jalak dengan Haris terbungkam ke petang. Jalak tidur mati tak apa lagi.. Yang Haris tu aku tak dapat tangkap apejadah letih dia.
-Lepak-lepak, malam sikit pergi mencari juadah malam.
-Jumpa satu Restoren P*l*d*ng yang tengah tayang bola sepak piala raja-raja. Polis lawan Masum. Gol Masum memang lawa.
-Harga? hahahahhahah.. Sampai ke hari last kami masih menyumpah. 8ringgit nasi goreng seafood dan 4ringgit air jus. Kalau mahal sedap takpe. ni.. ish..
-Kerangka ayam pasar malam 5 ringgit.. Kemudian singgah kedai runcit. Memang mahal. Biasalah pulau.
-bila dah sampai chalet, main Thumb Tower ke ape nama, yang susun susun kayu tu. Sambil tu pekena apam balik Haris.
-Belum sempat habis game, hujan bercurahan. Tepat sekali ramalan meteorologi kau Kosong. Ian masa tu bizi study.
-Bila dah hujan lebat macam ni, tidur aje lah. hehe..



Siang Sabtu:
-Bangun subuh, tidur balik.
-Bangun je, brekfes ala barat lagi. Makcik tu masak memang sedap.
-Ayie (anak makcik masak) pagi-pagi dah tersengih tengok Kosong.
-Sebahagian pergi mandi laut (Tahniah Beskot dah berjaya terapung) manakala aku, Jalak, Haris dan Ian pegi jalan-jalan kumpul stamina untuk trekking (dan kumpul koleksi pencucimata).
-Berjaya resort memang canggih. Sesi bergambor.
-Kembali pulang ke chalet
-Lunch di kedai Mama Kosong lagi. Hhehehe.. Sedap ooo. Nasi singgit, ikan goreng singgit, air sirap singgit stengah = 3ringgit stengah.
-Terpikat dengan sambal, kami menempah sambal Mama untuk bbq malam tu.
-Oh, plan bbq memang spontan.. Arrange dengan pakcik Baharom dengan Mama on the spot je. Memang tak dirancang rapi pun.
-tengah hari tu naik bukit untuk treking dan misi ke air terjun.
-naik pikap pergi ke Berjaya Resort. BFF kepada Fhad Muska, Farhan Muska pun ikut sekali. Farhan ni originaly from India.. Hindustan gitu.
-Dekat 40 minit menikmati alam flora fauna masa treking, akhirnya sampai di destinasi paling menyegarkan.. Air terjun.
-Pakcik Baharom kata kat atas nu ada lagi tempat air terjun besar, tapi agak letih dah tu. Kire ok la kan? Air terjun dia memang best.. Habis hilang gundah gulana bila terkena percikan air yang mendinginkan.


-Bila semua dah settle, kami turun. Haris buat gaya menggelungsur paling macho hari tu. Habis seluar kena lumpur.
-Lepak minum petang sambil bincang-bincang masa depan. Farhan ada cakap gaji dia 11ribu! pehhwww... Farhan belanja air.
-Dah siap tu, pulang sekejap untuk siap-siap pegi snorkeling.
-Sewa basikal 5 ringgit sejam untuk ke Marina Bay nak snokeling. Beskal aku macam dalam cerita maria mariana. hahaha. stailo.
-Bawak beskal pun rasa segar je. Angin sempoi sempoi bahasa. Ada replika burung tiung besar.
-Nasib baik tak ramai orang kat marina bay.. boleh la buat aksi-aksi terjunan. hahaha.
-Life jaket dgn gugel dalam 12 ringgit.
-Snokeling Ikan berwarna warni.. laut jernih.. peehhhhh.. lawaa.. Kosong tak snokeling sebab sibuk uruskan bbq. Haris plak aku tak tau sebabpe tak join. ok gak die leh jadi cameramen. hehe.
-Pulang senja.. kaya ball tak jual lagi.. tengok-tengok bbq dah siap setup. Pakcik Baharom dan Kosong tengah memanggang. Kami terus siap siap. Kata pak Baharom, malam kang bakal hujan.
-2 wanita Itali, Sorang British dan Farhan join bbq malam tu. Satu Malaysia habis. (aku tak puas ati la depa tak bayar.) Hidangan bbq malam tu ikan, sotong dan daging beger.
-Jenahak memang sedap wooo.. bersalut rempah disediakan Pak Baharom dan istri, diselangi cicahan sambal Mama Kosong. Fuhhhhh..
-Sotong? sudah tentu menjadi pilihan ramai. Minah Itali tu pun ada cakap "I like this squid".
-Banyak jugak sembang dengan pelancong2 ni.. Haris cakap english power.
-Dah selesai bbq, diadakan aktiviti begambor, main pijak tali dan bangunan kayu.
-Bila hujan turun, kami lintang pukang lari dalam bilik.
-tidurr...

Siang Ahad:
-Pagi macam biasa lah.. (Kalaulah Beskot mandi awal.. haha.)
-Siap siaga, kemudian sental brekfes 2 keping roti bakar beserta omelet.
-tak cukup dengan itu, kami meratah meggi cup si Beskot.
-Usai makan, kami ucapkan selamat tinggal kepada semua. Pada pohon kelapa, buaian, pepasir pantai, dedaunan, cewek, dan semuanyalah.
-Berjalan ke jeti dan naik feri.

-Dalam feri tengok cerita KungFu Hustle. Gelak barai lah kami.
-Sampai-sampai je ambik gambar terakhir di jeti Mersing.
-Makan tengahari dekat medan selera.
-Jalak pekena udang 2 ketul 9 ringgit. Aku try ikan singgang. Yang lain ada ambik keli, ayam..
-Bertolak ke melaka (rumah Jalak) untuk tukar kereta Citroen. Driver Haris
-Masa ni baru aku tahu peristiwa aneh yang kedai hijau bukak pukul 3 pagi time kami datang tu sbenarnya dah tutup. Yang kami lihat adalah sesuatu yang ghaib. Maklumla, malam Jumaat.
-Berenti kat hentian Pagoh kejap. Ian drive..
-Sampai di rumah Jalak untuk tukar Citroen.
-Jalak mengambil takhta selaku driver.
-Ian terpaksa terhimpit di tengah sebab itu aja ruang yang tinggal. hehe.
-Dalam kereta, macam biasa le.. Karok.. Trafik jem dan beberapa eksiden berlaku.. Nasib baik kami tak terbabit.
-Labuci, bukan labulaci..
-malam, sampai di wangsamaju Kosong belanja makan malam.
-Good bye.. bajet overall lebih kurang 2ratus lebih. Kosong punye planing duit mantap. Kalau tak silap dekat 1 bulan plan.
-Kalau tak sampai Kampung Juara , belum Tioman.



Aku buat entri ni sebab aku nak catat apa apa yang penting. Macam harga makanan tu smua. Lenkali buleh wat rujukan. ok, sekian.

Khamis, 4 November 2010

Bahrain - Kau Bagai Udara



Bahrain - Kau Bagai Udara

Jantung berdegup laju
Menangkis semua jawapan
Jika betul kau jemu
Terus teranglah dan berdepan
Susah untuk terima
Keputusan dari bicara
Cuma satu ku pinta
Cubalah fikirkan semula

(korus)
Kau bagai udara bagiku
Dirimu ku perlu di dada
Sentiasa untuk bernafas
Pudar kiranya kau jauh di mata
Sesatlah di jiwa kerana kau yang ku cinta

Semua kesalahan tak berertinya sedemikian
Bila marah menjelma yang benar pun menjadi salah
Ini baru sekali kesilapanku sebegini
Aku layak terima diberi peluang berubah

(ulang korus)

Aku berjanji tak akan sia-siakan dirimu
Bukannya ingin mendedah kelemahan
Jauh di hatimu ku tahu masih tersimpan
Segala kenangan terindah
Segala perasaan cinta

(ulang korus)

pst: Eh, jangan salah sangka. Lagu ini bukan ditujukan pada sesiapa. Hahaha. Letak sebab rentak lagu ni memang sedap. Terdengar dalam redio terus cari. Ada masa, layann..

Slamat datang Tiongman..

Selasa, 26 Oktober 2010

Paint: Hidup Kena Kental

Maaflah, Lukisan paint lagi. Aku dah macam kebuluran idea untuk menulis. Takpa, kamu teruskan menulis..


Mula mulanya..



Lepas itu..

Selepas itu lagi..



Oh, belum siap..



oK, teruskan..




Ha, lagi..


Akhirnya lah..




-Ya, puas. Aku rasa puas bila melukis guna paint..
-Mouse 12 ringgit ni memang boleh tahan buat perangai..
-Aku tak tahu apa makna bahasa yang aku tulis-tulis tu. Aku tiru macam dalam henset bahagian mesej guna bahasa cina tu.
-Tajuk? Hm, tajuk dia "Hidup Kena Kental"..
-tahniah la Arsenal. 3-0 tu bukan senang.

Banyak lagi lukisan dalam kompiter ni.. tak apa.. release slow and steady. Nanti kang nak buat pameran kat KLCC tak ade idea plok.

Khamis, 21 Oktober 2010

Cover Album GORNEP SDN BHD

mula: Trimas KAsus buat CDOT sudi membelanja Tiket Maher Zain hari tu.!!! Nasib baik aku hapal part Insyaallah. Dan sedare Mofasad yang menjemput. hahaha. [gambo mane?]








Penat nak mampus. Itu antara kata-kata yang mampu terkeluar dari mulut setelah seusia
hidup ini didatangi cabaran dan dugaan yang maha dahsyat.

Akhirnya aku dah berjaya menyiapkan kulit CD, VCD dan KASET untuk kumpulan rock unggul bakal meletup macam zaman rock dulu dulu. Kumpulan GORNEP SDN BHD namanya.

" Weh, apahal lagu-lagu Bumiputra Rockers sedap sangat? "

Macam tu ha reaksi orang ramai bila dengar lagu-lagu dari BPR. Diharapkan Kumpulan GORNEP SDN BHD mampu merealisasikan hasrat peminat rock yang kehausan dan kedahagaan karya-karya rock kangkang.

Bukan apa, di sebalik naiknya scene indie sekarang, masih ada segelintir pendengar muda yang mencari-cari dan menunggu-nunggu kebangkitan semula era BPR, Damasutra, Search, Wings, Rustyblade, Crossfire, Samudera, Lipanbara, May, Lefthanded, Headwind, Massa, Medicine dan lain-lain.


Dibarisi Din Budu, Fiq (Mentor) , Lan Kapok, dan Mus Marang.. Terimalah...





Kaset A

1~ Procksi Sifar 4:42
2~ Limau Belum Masak 3:55
3~ Rock Kapak Belum Terkubur 4:22
4~ Tania Natasya Osman 3:00
5~ Yahudi dan Neraka 4:59
6~ Tepuk Amai-Amai 2:32

Kaset B

1~ Yahudi dan Neraka (Versi Akustik) 6:00
2~ Abu Nak Jadi Rambo 3:00
3~ Merafa'kan Syukur 4:27
4~ Rukun Mat Lampir 5:22
5~ Pertama dan Ke tiga Belas 3:21
6~ Blaus Untuk Syakira 2:50



Pihak produksi inginkan kelainan pada kulit muka.. Tu yang depa suruh aku buat kaver guna paint.. Kalu ada kesempatan, aku letak lah lirik-lirik lagu lain kali...

psst: diilhamkan ketika mendengar lagu-lagu Cinta Tak Perlu Dipaksa, Di Ambang Watie, Pertama dan Terakhir, Seribu Bayangan , Tika dan Saat Ini, Masih Aku Terasa, dan Bahang Asmara.

Rabu, 13 Oktober 2010

Kuatnya Pengaruh Filem dan Drama Dulu-dulu [Bagi Aku la..]




Pernah sekali masa aku kecil-kecil, aku buat air kopi yang macam Si Belalang (Ba' Latif) buat untuk tetamu dan ayahnya (Yang cerita Nujum Pak Belalang tu)..

Ambik kuali, sagat dia punya arang, masuk air serta sedikit gula.. Bila hirup, Tuhan sahaja Maha Tahu..

Kuat sungguh pengaruh filem dan drama zaman tu.. Semua benda nak terikut.

Bila tengok cerita Maria Mariana tu pun aku boleh terikut-ikut gaya Awie bawak motor. Ambik spek itam 50sen kedai runcit, pakai topi kure-kure sambil bawak basikal 4 tayar.. Tangan mengepak sambil nyanyi lagu Mariaaaa Ohhh Mariaanaaa.. Wah..

Itu belum lagi cerita pasal Pendekar Kundur. Habis langkah silat dibuka walaupun tak ikut bunga betul. Sambil lawan sambil bunyi ihh, ahh, haikkk, yahhhh.. ciss..

Budak perempuan pulak mungkin ada yang menjadikan Hello Kitten sebagai idaman. Takpun Tailormoon.

Jadi zaman sekarang ni, rasanya ada tak budak buat orang jadi batu bila marah macam cerita Siti Kelembai tu?

Takpun yang mengidolakan pak imam yang selalu jadi hero dalam cerita-cerita hantu..


Oranglidi: Tak sabor eden tunggu cerita KARIPAP-KARIPAP CINTA [Nazri M Annuar] dan Hikayat MerongMahaWangsamaju [KRU Production].

Rabu, 6 Oktober 2010

Masa, Lovehunters, Crossfire dan Bloodshed

Bila dengar Crossfire nyanyi lagu Ilusi Sebuah Mimpi tu, aku dah tak sedap duduk.. Gila apa?.. Bloodshed nyanyi lagu tu pun aku dah seriau. Peh!! Lepas tu tangan aku gatal mencari lagu-lagu yang seangkatan.. Ahh...

Sinambungan Cinta nyanyian Gravity memang ber'hantu'!



Video bawah ni Kumpulan Masa dengan lagu Persandingan Abadi



Lirik penuh mencengkam lagu Lovehunters ; Ku Ukir Namamu



Yang ni sapa tak tahu memang rugi. Crossfire Realiti dan Fantasi



Ilusi sebuah mimpi nyanyian Crossfire (Kangkang tak ingat)



Ilusi sebuah mimpi nyanyian Bloodshed (Pakaian memang mantap.. Band skarang apa barang.. Semua nak branded. Rocker dulu main sauk je baju yang ada. Zuhud.)





Kesimpulannya, untuk zaman sekarang ni ada beberapa penyanyi lelaki saja mampu menyaingi kelantangan dan kekuatan vokal rocker dulu-dulu yakni Fiq Mentor, Black Mentor dan Azlan ex MUH. Depa ni kalau 'angkat' kadang-kadang suara perempuan pun kalah. Yang lain kena asah dulu. Hehehe..

pst: maap, belum ada idea menulis. Tu yang letak video banyak.

Selasa, 5 Oktober 2010

Donovan In Love. Auww.. !

Sebuah pekan di Moscow , konsert Damasutra. Baggio sudah memulakan lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi. Iringan gitar oleh Alok, ketukan drum Asu dan dengungan bass An menyedapkan lagi keseluruhan enigma lagu itu. Sangat berkesinambungan.

Bawah stage-

Butir-butir peluh mula membasahi pangkal dahi Donovan.

"Takkan disini kot..."

Donovan menyeka peluh yang mencurah..

"Babi..."

Lantas terkeluar nama binatang yang acapkali meniti dibibir Donovan.

"Ni kenapa nak membabi disini? Saya tak suka orang sebut babi.. Tau tak?"

Tinggi nada Nadiatul Husna Al-Wadiah. Pandangan Nadiatul Husna Al-Wadiah seolah-olah melihat syaitan sebenar dihadapannya.

"Hati saya jatuh atas hati awak.."

Sempat lagi Donovan menyusun bicara.

"Bab.. iii..."

Kali ini tewas Nadiatul Husna Al-Wadiah menahan sebutan kebenciannya demikian.

Mungkin inikah namanya jodoh? Sangat berkesinambungan.

Khamis, 30 September 2010

Momen

Momen..

Kepala otak kita menyimpan lambakan momen-momen penting dalam hidup.. dan momen-momen itu akan kita 'refresh' samada secara manual atau automatik bila tiba saat kita memerlukan mereka.


momen riang ria seperti;
momen kita dikurung dalam reban ayam sebab tak siap kerja sekolah,
momen kita menjawap soalan upsr sambil lewa,
momen melihat taik bintang,
momen engkau terkentut dalam kelas,
momen selipar dicuri di masjid selepas semayang jumaat dan kita pulang berkaki ayam sambil mencarut,
momen mendengar lagu Kejora daripada Search,
momen dikejar sewaktu 'fly' daripada asrama,
momen buat lawak sampai orang ketawa terbahak padahal tak lawak.

tak kurang momen sedih pilu jiwa rabak macam;
momen gagal dalam peperiksaan Pendidikan Islam,
momen saat mak ayah tinggalkan di asrama,
momen mendengar lagu Ku Ingin Bahagia oleh Rina Rahman,
momen kita tak dapat apa yang diidamkan,
momen berdikari tanpa ada sesiapa disekeliling,
momen tersumbat gol sendiri..

Oh, ada kalanya momen kita mempunyai 'bau'..

macam aku, aku akan terkenang saat mula melangkah tingkatan satu bila hidung terbau gel rambut kaler hijau jenama Follow Me.

Bau chicken sandwich A&W akan membuat aku kembali teringat momen kepala terhantuk sampai berdarah di salah sebuah restoren makanan segera tersebut.


Dan engkau, pasti ada momen-momen tersendiri.
Kita pelbagai.

Shhh: sebut banyak-banyak momen ni kadang-kadang membuat aku terkeliru bagaimanakah dan apakah makna ejaan 'momen' sebenar. Hahaha.

Isnin, 20 September 2010

Ayah Ping di Terengganu, tak semestinya seluruh rakyat Terengganu sesat..

Pantai Megabang Telipot & Pantai Teluk Ketapang in memori

Raya tahun ni memang nostalgik dan penuh memori ke'Terengganu'an.

Iya lah, beraya jumpa member sekolah rendah yang sekian lama terpisah..
Member yang sesama terjatuh dalam parit, sesama main gasing, bedil buluh, member masuk hutan, member mengaji quran, buat wau, lawan pemadam getah, lastik tupai, banding buah getah, naik basikal atas bukit sampai pecah tayar, cari orang kenit belakang sekolah dan lain-lain aktiviti yang hebat dari cerita upin dan ipin. Kartun yang dapat lawan pengalaman-pengalaman kami cuma Usop Sontorian dan Anak-anak Sidek je.


Sembang-sembang pengalaman waktu kecil-kecil memang tak akan habis walaupun seminggu beraya. Kebetulan jumpa mereka-mereka pun time balik kampung. Jadi banyak lah tempat yang dilawati..



Banggol Peradong tempat aku mengenal erti kehidupan kampung, Kg Jeram tempat bermain, Kampung Telari aku bersawah, Sura Dungun tempat aku menghabiskan masa remaja, Pantai Batu Burok yang tak pernah berhenti memberi aku ketenangan, Rusila-Marang mendidik kerohanian.. Penuh memori.

Itu belum cerita pasal ke 'ekstrim'an restoren dan gerai.. seperti Air Buah Gelas Besar Pior (Pure), Gerai Nasi Dagang di Hentian Bas, Keropok 007, Restoren Nil, Roti Canai Hut-Hut, Restoren Terapung, Mat Binjai, Kedai Mat Nangis, Kedai Simpang 4, dan berlambak lagi..

Ah, kalau aku cerita semua fasal Terengganu, dua tiga muka surat pun tak cukup blog ni..

Akhir Kata:


Tengganung sedak sokmo!!!!!!! Guane??? BEREEEEHHHH!!
hehehehe..

pst: Salah satu kerugian terbesar dalam hidup seseorang ialah apabila ia tidak menginjakkan kaki ke Terengganu Darul Iman. Owyeahh..

Isnin, 6 September 2010

POSKAD RAYA: Ingatan Tulus Ikhlas daripada Wong Ah Ian, Fhad, Jenjinjon, Jalak Lenteng, Beskot, Si Kosong dan Muhammad Razman

Saya dan blogger berikut ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf batin zahir kepada anda, anda dan anda semua andainya ada berlaku kekhilafan samada sengaja atau tak sengaja. Halalkan makan minum kami.

[Kepada blogger yang tiada dalam gambar, maap la, tak sempat lukih semua. hehe
]



sekali lagi gune paint..



Dari kiri:

Muhammad Razman- Graduan perakaunan dari UiTM Shah Alam yang sentiasa mendapat sokongan padu daripada folower blog Kain Buruk nya. Berpakaian kemeja belang-belang selaku seorang professional. Maap lah Man, aku lukis kasut engkau saiz besar. Semoga cepat kahwin.

Si Kosong- Sampai sekarang aku belum ingat nama sebenar beliau. Kamera yang sudah tentu asyik tergantung dileher kadang-kadang dilihat sudah sebati dengan beliau. Seorang yang mudah berkawan dan peminat seni sejati. Semoga cepat kahwin. Hidup Wira Tunggal Legacy!

Beskot aka Zulkifli Mohamad Jais- Pemuda misteri yang bekerja sebagai jurutera di kompeni minyak dan gas. Seorang yang berjiwa seni dan subjektif. Aktif dalam kegiatan persukanan dan yang penting beliau masih single! hehehe. (sori kalau lukisan macam tak jadi. haha)

Jalak Lenteng aka Emir Faiz- Kawan baik kepada Beskot dan juga seorang yang berfikiran jauh. Kalau aku dan Jalak bersembang, mesti kisah-kisah rocker kapak akan terkeluar. Jejaka bermata redup ini mempunyai suara ala-ala Jamal Abdillah dan berwajah Nasir Bilal Khan, engkau pasti terpaut pada identitinya yang lawak dan ramah. Sori, sudah ada bunga dihati.

Jen- Pernah menjadi blogger meletup pada suatu ketika kerana ayat-ayat cinta dan ubat guna-guna [taik idung]. Kini beliau jarang apdet atas alasan yang kurang munasabah. Tengoklah lukisan tu, tangan masih dalam hidung.

Fhad Mantera Melayu- Menyimpan cita-cita untuk memiliki sebuah motor scrambler suatu hari nanti. Pro-skater yang selalu berpenampilan hip-hop ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam kerajaan. Dipercayai berjumpa jodoh setelah menghadiri satu majlis perkahwinan di Lembah Pantai. Tengok la kat t-shirt pun ada lambang love. cihh.
[Jeliran lidah itu satu trademark beliau.]

Wong Ah Ian
- Yang ni pun aku tak tahu nama asalnya. Aku hairan kerana beliau sudah tidak seperti dulu. Tak tau lah kalau aku seorang saja yang rasa macam ni. Member sehidup semati dengan Fhad sedari kecil. Aku lukis dia lompat sebab header blog beliau. Yang pasti beliau selalu hadir dengan bermacam idea bernas. Suka makan nasi putih dan lauk daging blackpeper.



selamat hari raya, ada kesempatan jumpa lagi!!
Nok balik ganung pulok selasa ningg. hahaa..


[ini adalah autopost, jadi ia akan naik banyak kali. hahaa]

Khamis, 2 September 2010

Lukisan Untuk Anda Semua [L.U.A.S]

Sudah sekian lama lukisan aku tak masuk dalam blog. Sedangkan melalui lukisan juga kita dapat memberi ekspresi tentang mood kita pada sesuatu masa. Melalui lukisan juga hadirnya berjuta kenangan. Jadi semalam aku mencuba..

Oh ye, aku kalau boleh nak memartabatkan penggunaan aplikasi paint semaksima mungkin. Pada hemat aku, lukisan menggunakan paint merupakan salah satu kerja mencabar. Haahahha. Padahal sebab aku langsung tak reti lukis guna aplikasi lain...

Ye lah, daripada mula-mula aku kenal kompiter, menconteng di paint lah salah satu hobi diwaktu lapang. Dulu aku banyak lukih watak Dragon Ball. Macam hampeh la hasil dia. Tengok header tu. Macam tu lah yang aku mampu.


mula-mula




lepas itu



kendian..



bile aku warna jadi macam ni..



Aku pun tak tau kenapa pilih jersi Arsenal.
Nak tengok besar sikit, klik je, tak susah pun.


Maap lah, aku tak reti pemilihan warna. Sebab aku rabun warna lah. Jangan suruh aku bezakan ungu dan biru gelap! Sumpah aku tak tahu!

Jadi sempena dengan Syawal bakal tiba, aku menamakan lukisan ini sebagai:

" Melihat Anak Bulan Syawal Yang Bapak Besar! "

Oh ya, jangan tanya juga kenapa tak ada awek di sebelahnya. Sebab dia lonli renjer. hihihi.

Isnin, 30 Ogos 2010

PMR, Kemahiran Hidup Pilihan II: ERT

Dulu masa tingkatan tiga, aku ambik PMR. Engkau ambik tak? Yang ada BM, BI, MM, PAI, KH, GEOGRAFI, SEJARAH dan SAINS tu.. Disebabkan susah, aku blajar sampai pmr je lah..

Janggal pulok aku menulis.. Ayat tak berkesinambungan langsung.. 'dengg!'. Mampuih la, asalkan tulis.

Subjek Kemahiran Hidup untuk Elektif, aku ambik Ekonomi Rumah Tangga. Ha, yang masak-masak, jahit-jahit baju tu lahh.. Dalam Sekolah Kampung tu, ada tiga lelaki saja ambik ERT termasuk aku. Yang lain semua murid-murid perempuan. Ranggi kan? Dan dalam sejarah sekolah, kamilah generasi lelaki pertama yang mengambil elektif ERT ni.. Pehh...

Alasan aku ambik ERT > entah

Yang tak menahannya, masa buat projek jahit baju melayu, aku potong baju panjang sampai ke lutut nampak macam jubah. Siap ada sulam-sulam kat leher dan lengan. Hahaha. Kalau takat jahit kia, silang pari, silang ubi tu boleh la. hahahaa. (ada ke silang ubi?)

Nak dijadikan cerita, cikgu-cikgu pun buatlah pertandingan-pertandingan untuk merileks kan kepala budak-budak tingkatan tiga sebelum mengambil PMR . Antaranya ialah Pertandingan Menulis Sampai Penat, Pertandingan Masak, Naik Beskal Sampai Pantai Dungun, Nasyid dan Kugiran.

Tuptuptuptup, nama aku tersenarai untuk mewakili tingkatan 3 Duku (kedua tercorot) dalam pertandingan memasak. Lu nak cakap apa? hahahaha. Dipasangkan pulak dengan murid perempuan meja sebelah.

Tema pertandingan: Kuih Tradisional dan Moden.

Ini kuih yang aku masak , resepi aku ambik sini


BAHAN KUIH :

- 1 cawan tepung beras
cap 3 gajah ( cap lain pun boleh )
- 200 ml pati santan > campur bersama air hingga menjadi 1 liter

-1 1/2 camca besar gula

- 2 1/2 camca
KFC rata garam ( sukat guna camca KFC yg terdapat dlm kentang putar)
- sedikit halia dimayang halus

- sedikit halba


CARA BUAT KUIH:


- campurkan kesemua bahan di atas
- kacau di atas api sederhana sehingga pekat dan berkilat2

- tuang ke dlam loyang sejukan sebelum dipotong


SAMBAL KELAPA


- isi ikan (rebus)

- bawang merah

- serai

- halia

- lada hitam

-gula melaka

- gula pasir

- garam

- kelapa parut putih (sangai sehingga kekuningan)


CARA BUAT SAMBAL
:

- tumbuk lada hitam, bersama serai, bawang merah, halia , gula melaka hingga lumat

- masukkan isi ikan, tumbuk lagi hingga lumat (tumbuk pakai tangan la baru awesome)

- kemudian campurkan dgn kelapa yg disangai tadi (jangan tanya aku apa itu sangai)

- masak lagi sekali di atas api yg kecil

-masukkan gula dan garam secukup rasa

- kacau di atas api kecil hingga api kecil sehingga agak ringan selepas itu tumbuk sedikit menggunakan lesung

- jgn bagi terlalu lumat, rilek-rilek je..

- sedia untuk dihidang dengan bahan utama.



Hambik nah..

Hah. Tau ke ni kuih apa?? Inilah yang dipanggil KOLEH LEMAK. Dan kumpulan kami dinobatkan pemenang kategori Kuih Tradisional.


"Anda buat, Anda dapat..!"
sekian..

rock, rock juga.. keja dapur kena reti brader..

Isnin, 23 Ogos 2010

Wangsa Maju hujan lagi.

Sekadar Selingan: "Uhukk uhukk..! Enam kosong tu kira sikit lagi."

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Anak muda itu,
menunggang dalam kebasahan..

Simpang tiga, simpang empat,
ditelusuri penuh gaya.
lampu merah kadang ia henti,
...
kadang redah.

Jalan Genting Kelang,
sudah menjadi sebati.
siapa tak kenal,
kesibukan jalannya.
jalan federal.
hari kerja pasti sesak.
himpit sana-sini.
mana janji pilihanraya?

hon kereta, bas rapid.
Wangsa Maju hujan lagi..
selebat lebatnya,
lebat lagi dari hatinya,
yang gelora?
menanti.
henti.

gadis kota, moden dan maju..
pelajar kolej TAR sana sini.
menunggu bas,
berfikir sendirian.
keseorangan, berteman.

Budak-budak berpeleseran,
ada yang keluar dari semak Seksyen dua,
berduaan.
betulkan zip,
ponteng sekolah.

anak muda itu,
masih di situ.
menuju ke Jalan Bangsar.
Gear empat..
Bulatan Pahang,
ambil jam tiga.

dalam tak sedar,
dia sudah jemu.
moga dia belum terlupa,
Malaysia sudah merdeka.
Susah payah.


ol,
1:53 am,
wangsa maju,
seksyen 4.

Untuk muda-mudi, kita merupakan sebahagian daripada kemerdekaan negara walaupun bukan usaha kita yang memerdekakannya. Tapi tanggungjawab kitalah yang perlu mengekalkannya. Selamat Merdeka 1Malaysia.

Khamis, 19 Ogos 2010

Kisah Zulhasmadi Hasbi dan Mustafar yang Terserempak Malaikat Subuh

"Kisah Zulhasmadi Hasbi dan Mustafar yang Terserempak Malaikat Subuh"

olih: OL



Zulhasmadi Hasbi dan Mustafar merupakan jurutera tapak (site engineer) di salah satu projek pembinaan Institut Perguruan di area Selangor. Aku tak tahu ada berapa Institut Perguruan kat Selangor ni. Mereka ibarat nadi bagi syarikat BinaRuntuh Engineering Sdn Bhd. Idea-idea kreatif mereka sungguh 'menangkap' pandangan Dato Munazir selaku CEO syarikat berkenaan.

Sebab itulah Zulhasmadi Hasbi dan Mustafar dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan menyelia projek yang membawa nilai berjuta-juta eropah itu. Ah, aku tipu. Berjuta-juta ringgit Malaysia je lah.

Selalunya, Zulhasmadi Hasbi dan Mustafar akan lepak-lepak di tangga surau Al-Munawwarah selepas menunaikan semayang. Ittiqaf la konon. Mereka ni bukan baik sangat. Cukup-cukup makan je. Hahaha. Yang menarik perhatian mereka, surau Institut berkenaan mempunyai budak-budak surau yang sangat baik dan soleh. Jauh api dari panggang lah berbanding mereka yang jahil lagi tidak berilmu.

Pandangan Zulhasmadi Hasbi tertancap pada salah seorang budak soleh berkenaan.

"Tu, lu tengok.. dah macam pak lebai gua tengok budak itu"
kata Zulhasmadi Hasbi kepada rakan setugasnya sambil menjuih-juihkan bibir kepada seorang pemuda soleh dibucu surau Al-Munawwarah.

"Aku selalu jugak tengok budak ni.. Semayang berjemaah tak pernah miss! Azan pun sedap! Kalah Mawi AF3 tu bro! Asar hari tu bagi ceramah kat masjid! Memang lelaki idaman muslimah lah katakan."

jawab Mustafar selamba sambil melipat kaki seluar jeans nya. Disapu-sapunya debu yang bertaburan yang melekat di seluarnya itu. Maklumlah, baru lepas turun site.

"Assalamualaikum Sheiikkhh."
Budak yang diperkatakan itu memberi salam dan dijawap oleh keduanya. Kemudian budak itu berlalu pergi. Zulhasmadi Hasbi dan Mustafar saling berpandangan.

"Peghhh!! Dia punya bauuuu!! Wangi siaalll!! Semerbak!"
ungkap Zulhasmadi Hasbi seolah-olah terkejut badak.

"Ini lah bau minyak attar jenama MALAIKAT SUBUH. Takpun JUMAAT. Gua kat sekolah menengah dulu selalu pakai benda-benda macam ni. Tapi tak taulah kalau ini jenama One Drop Perfume. Hanya orang baik yang memakainya"

jelas Mustafar yang belum habis menyapu seluar. Entah teori minyak attar siapalah Mustafar gunakan.


minyak attar


"Oh.. MALAIKAT SUBUHH.. *sabitlah sedap bau dia. Mulai sekarang, aku gelarkan beliau Malaikat Subuh la.."

kata Zulhasmadi Hasbi dengan teruja dan diselangi ketawa berkekek kekek.
(*sabit=patut, bahasa terengganu)

Begitulah saban hari pekerjaan Mustafar dan Zulhasmadi Hasbi.. Berbual-bual di tangga surau. Kadang-kadang mereka ni gatal jugak. Ada ke patut, dari tangga surau itulah mereka mengendap gadis-gadis bakal cikgu pergi dan balik dari kelas. Apa ke jadah punya perangai. Kalau sekadar mengendap tak apa, ni yang siap pergi fewwit tu apa hal?


tangga surau

Hari berganti hari.. Suatu hari, selepas seharian sibuk membuat inspection di site bersama pihak perunding dan sub-kontraktor, mereka berjalan menuju ke kenderaan masing-masing. Motorsikal berjenama Liquid Cooler 135 sedang segak menunggu penuggangnya.

Jiwa rempit Zulhasmadi Hasbi dan Mustafar memang tidak dapat dielak lagi kerana sedari kecil mereka bergelumang dengan darah rempit. Sebab itulah sesetengah staff menggelar mereka Engimpit (Engineer Rempit).

Dalam perjalanan ke arah motor, mereka terserempak dengan dua lembaga, seorang yang macam biasa mereka nampak dan seorang lagi jarang mereka nampak.

"ASSALAMUALAIKUM SHEIKH!!!! SALAM SATU MALAYSIA SHEIKH!"
Jeritan Zulhasmadi Hasbi mengejutkan lembaga-lembaga berkenaan.. di jawap secara tergagap-gagap oleh As-Sheikh Malaikat Subuh.

Ya, petang itu menjadi turning point kepada Zulhasmadi Hasbi dan Mustafar terhadap MALAIKAT SUBUH yang pernah menjadi bahan 'respect' kan mereka. Malaikat Subuh dilihat berdua-duaan dengan seorang awek institut berkenaan. Awek itu awalnya mahu lari tapi apakan daya, telah tertangkap baru terngadah.

"Pun dhekk!"
Perkataan itu terpacul dengan laju dari mulut Zulhasmadi Hasbi.

"Itu lah.. Lebai pun manusia jugak. Ko tak yah lah heran sangat."
Jelas Mustafar sambil memakai jaket jeansnya.

Kunci motorsikal dibuka dan mereka serentak menghidupkan enjin dengan suis tangan. Gear satu dimasukkan dan mereka berlalu pergi.

As-Sheikh kelihatan sugul, cuak dan memandang kedua-dua engineer tadi dari jauh dengan rasa bersalah. Begitu juga dengan aweknya.

Pengajaran:
>Pandang kulit dan isi. Jangan menghakimi buku dari kulit sahaja.

>Lebai pun manusia juga
>Bersangka baiklah
>Ingat, lensa kamera Tuhan sentiasa memerhati anda
>Jangan bermuka-muka
>Ini kisah benar yang diolah

Selasa, 10 Ogos 2010

~Cerpen Pengimarahan Minda Sempena Bulan Ramadhan~




gambar diambik dari: blog ini

Nukilan : OL

Har'al Faizi baru sahaja pulang daripada liqo musyawarah Lujnah Kebajikan dan Sosial. Agenda hari ini seakan-akan sangat berat baginya. Percikan peluh di dahinya sahaja sudah cukup menceritakan segalanya. Itu belum lagi percikan di bahagian ketiaknya.

Lagi-lagi Akhi Mustapha selaku Presiden Rakan Islah sudah tamat pengajiannya pada semester ini. Begitu juga batch yang seangkatan Akhi Mustapha. Kiranya sekarang batch Har’al lah yang akan menggantikan semua pengurusan dalaman dan luaran organisasi terpenting itu. Pening.. pening.

Semua ahli Rakan Islah sedang sibuk mengadakan pilihanraya Rakan Islah untuk menggantikan tampuk tertinggi persatuan yang memiliki ahli paling ramai di kampus. Har'al Faizi antara salah seorang AJK yang sibuk ke sana ke mari untuk menyelesaikan banyak hal. Lujnah-lujnah lain sudah lama membuat bai'ah memilih Mas’ul mereka. Tinggal lagi lujnah Kebajikan dan Sosial. Dalam banyak-banyak calon, Har’al Faizi lah yang paling ramai orang tsiqoh (percayakan). Selain berkarisma, Har’al pandai jadi bilal.

Dalam perjalanan pulang, Har’al terserempak dengan Ukhti Sayyidah. Ukhti Sayyidah? Siapa tak kenal akhwat paling disegani Universiti Malaysia Singapura (UMASIN). Mas’ul dan Mas’ulah semuanya tunduk pada arahan dan idea beliau. Ukhti Sayyidah jugalah yang paling kedepan dan lantang dalam memperjuangkan hak-hak muslimah di Malaysia dan Singapura. Dalam akhbar Metro dan Kosmo! dah berapa kali beliau masuk muka depan. Kalah produk pengkurusan Dr Romzely.

Har’al Faizi mula menggeletar lutut. Lorong denai itu satu satunya jalan yang boleh mereka lalui untuk pulang ke asrama masing-masing. Nak mengundur jauh pula , detik hati Har’al. Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci al-Quran. Doa Iftitah pun sekali sekala terkeluar. Sampai tersalah ayat pun ada. Tunggang langgang. Begitulah kelam kabutnya Har’al Faizi jika terserempak gadis paling disegani di kampus.

Hari itu Ukhti Sayyidah mengenakan pakaian baju jubah merah jambu keluaran Muslimah United dan kain hitam bersulam emas ditepi. Tudung labuh yang dililit ke bahu dan dikemas pula dengan kerongsang berbentuk kupu-kupu kelihatan elegan. Wajahnya tanpa make up dan kelihatan sentiasa bercahaya. Cantik giler! getus hati Har’al. Stokin lengan berwarna hitam tidak pernah lekang dari pergelangan tangan gadis itu. Selalunya stoking lengan itulah yang akan ditilik Har’al ketika meeting Halal Haram Fest semester lepas. Nak pandang muka, takut zina mata katanya. Stoking lengan pun jadilah.

gambar hiasan: diambil dari sini

Pada Har’al, Ukhti Sayyidah merupakan gadis yang paling tersempurna bak mahkota bertatahkan berlian. Tiada pepatah arab yang dapat diguna untuk menggambarkan kecantikan wajah Sayyidah. Pertemuan pertama Har’al dengan Sayyidah adalah ketika mereka sama-sama menyediakan makanan di majlis Iftar di Masjid UMASIN pada tahun lepas. Diikuti pula dengan event paling terbaru Rakan Islah yakni Halal Haram Fest.

‘Inilah ummi untuk anak-anakku nanti.. Zaujahku.. Ya! Inilah dia!’ ronta jiwa Har’al. Har’al membetul-betulkan kopiah putih keras diatas kepalanya. Padahal tadi elok je kedudukan kopiah putih keras itu. Terpampang lencana Rakan Islah yang disulam pada ufuk timur kopiahnya.

‘Akhi!’ … ‘Ukhti!’ Serentak mereka berkata-kata. ‘Err.. Assalamualaikum.’ Sekali lagi mereka bercakap serentak. Macam drama melayu pulak. Dalam hati masing-masing beristighfar.. Har’al tak duduk senang. Dibetulkannya zip jaket Rakan Islah.

Tiba-tiba,

“Saya cintakan Ukhti Sayyidah.. Ana Uhibbuki FiLLah!.. Sebesar gunung diangkasa dan sedalam lautan menggunung..”

Terbeliak besar mata bundar dan bercelak kemas milik Ukhti Sayyidah.

‘Pelepooommm!!’ Tamparan gadis berjilbab labuh itu mengejutkan Har’al.

“Kenapa anti tampar ana? Bukankah Tuhan berfirman bahawasanya kita diciptakan berpasang-pasangan..”

‘Pelepaaammm!!’ Belum sempat Har’al menghabiskan ayatnya, sekali lagi tamparan hinggap di pipinya.

“Cintakan Ukhti Sayyidah kepala otak mabuk engkau. Bangun semayang subuh lahh!” Ujar aku (sang pencerita) pada Har’al. Terkebil-kebil Har’al mencari cermin matanya. Terus berlari menuju ke bilik air mengambil wudhuk. Diusap-usapnya pipi yang aku tampor sekejap tadi. Subuh Gajah la tu.

“Sebesar gunung lah, angkasa lah, menggunung la.. Semayang subuh pun lambat kalah yahudi. Ada hati nak ke orang tudung labuh?” Leterku sambil menyeterika baju kemeja dan tali leher. Smart pulok watak aku dalam cerita ni. Hehehe..

Tamparan aku membuatkan Har’al sedar yang dia hanyalah ‘bagaikan semut di hutan, tidak layak untuk Ukhti Sayyidah yang bagaikan mutiara dilautan.’ Lujnah Kebajikan, usrah, akhi, ukhti, tsiqoh, rakan islah, dan lain-lain semuanya hanyalah mimpi. Ya, umpama mimpi dalam mimpi. Padahal tak wujud pun Ukhti Sayyidah tu. Ini sekadar mimpi rekaan yang aku cerpenkan.

Pengajaran: Ukurlah baju di badan sendiri. Lagi-lagi dah dekat nak Raya ni. Baju raya dah beli ke belum woi? Selamat Berpuasa Ramadhan semua! Moga-moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang telah berlalu pergi.

Prosa Kata:

musyawarah - meeting

Lujnah Exco@Biro

Akhi –Gelaran saudara bagi lelaki

Ukhti – Gelaran saudari bagi wanita

Islah - Perbaikan

bai'ah – Perjanjian setuju taat setia@sumpah

Mas’ul – Orang yang dipersoalkan (dipertanggungjawabkan)@ketua

tsiqoh - Dipercayai@percaya

akhwat – Saudara perempuan

Iftar – Majlis berbuka puasa

Halal Haram Fest- Seminar untuk penerangan halal dan haram dalam Islam

ummi – Ibu

Zaujah- Isteri

Ana Uhibbuki FiLLah- Saya cintakan anda kerana Allah

kalau sapa2 tau bahsa arab dan ada mana-mana perkataan yang salah, tolong betulkan ya? Aku tak reti sangat..

Rabu, 4 Ogos 2010

Cakap banyak dalam Blog tak gune der

ade bloger tu.

dia baca blog populer je.

blog otaik otaik kononnya.

yang biasa2 dia tak sentuh pun.
stakat hai woi skali dua sebab nak cari folower.


heh

hehee

hehe

hehehe..

..
menyampah pulak rasa.

tapi nampak sangat der.
nak populer sangat? lu kena lah mula dari bawah.
betulkan niat.

bagi aku, blog tempat buat kawan.
bukan meraih trafik laa.. hahaha.

Kesimpulannya jom ke Kalumpang perak untuk menikmati alam sekitar sabtu-ahad ni. Apa-apa tanya Si Kosong atau Mieza .

Cakap dalam blog banyak2 tak gune der.

Isnin, 2 Ogos 2010

Erti Hari Ini



Perasaan yang sama ketika menonton klip video Andai Ku Tahu nyanyian Ungu.

Menatap pagi yang sepi
Suara merdu penuh syahdu
Silih berganti tangisan si kecil
Merayu di pagi penuh cahaya

Di dalam duniaku segala masalah
Mampu dilerai dengan menyanyi
Pintaku hasratku cintaku
Di pagi penuh bahagia


Aku tetap percaya walau sekadar bermimpi
Bahawa ada yang akan merealisasikan mimpiku
Untuk dunia yang lebih baik dari dunia kecilku

Maafkan aku tertewas terjatuh
Melaksanakan tanggungjawabku
Oh Tuhan sampaikan impian
Semua yang kau cinta

Aku masih keliru dan tidak memahamiku
Adakah ini semua lebih berharga dari nyawa
Seorang insan bermakna


pst: dia punya rythm rilek2. tu yang sedap dengar. agak-agak kumpulan tilu boleh lawan x?

Rabu, 28 Julai 2010

Kecoh la : Muhammad Razman dan Adam Owl City

Antara bloger yang payah nak dicari ganti adalah Muhammad Razman. Seorang Mat Kapcai dari Raub. Awal pembabitan aku dalam blog, blog Kain Burok antara tempat aku berteduh. Jadi pada suatu hari, aku tertengok gambar dia dan...



[azza jgn jeles, gambo razman ni je aku ada]


Aku lihat beliau ada persamaan dengan Adam Owl City ni...













Dan kadang-kadang aku tengok ada persamaan dengan brader ni..






Kecil aja dunia ini rupanya... Sekejap je jumpa kembar terpisah..

Apa agaknya persamaan mereka ya? Suara? Mimik muka? Senyuman? Atau.... Untuk penjelasan lanjut, layari : http://namzar88.blogspot.com/

aku harap muhammad razman tidak menyaman aku.