Memaparkan catatan dengan label Melodi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Melodi. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Jun 2012

SABTU: Hero Melayu


Aku tak pasti tentang sejarah drama televisyen dan filem di Malaysia. Tapi yang aku tahu lah kan, lepas zaman-zaman hitam putih yang dipegang P.Ramlee, muncul satu zaman iaitu zaman drama melayu. Drama-drama yang muncul tika itu bagaikan cendawan tumbuh riang.

Disebabkan aku membesar pada 90-an, entri ni lebih kepada penceritaan era 90-an je lah ye?

Dulu-dulu memang aku respek gile kat hero-hero cite melayu, antaranya yang terpampang seperti di bawah :
(nota: Ni bukan ikut ranking ke ape, aku taruk sesuka hati je, dan sumber gambar adalah carian GOOGLE)


Paling aku respek dari dulu sampai sekarang: Faizal Hussein. Ko tengok urat kat lengan die pun da tau macamna dia jaga bodi. Steady je dia ni dari muda sampai sekarang. Kalau ko tengok drama Hati Waja, ko dapat tau camna dia bawak watak jahat dengan sangat berkesan.


Zamarul Hisham. Sepanjang karier die, aku tak pernah lagi tengok die berlakun filem. Biasa drama je. Tapi tengok la lakonan die. Gaya dan nada bila die bercakap memang stailo serta memberi impak. Paling aku suke bile dia buat muke konfius dalam membuat keputusan. Hehe.


 
Rashdan Baba. Suara dia macho habis. Kadang-kadang aku teringat suara Hattan bile dengar beliau bercakap. Rashdan Baba ni unggul dalam series-series Spektra. Spektra tu orang-orang lahir 90-an dan sebelumnya tau la kot apende tu.


Sapa tak kenal Rusdi Ramli memang tak leh nak cakap ape la.. Semua watak die boleh bawak. Antagonis, protagonis, dan lain lain nis lagi. Hatta jadi lelaki lembut pun pernah tuu. Ada banyak cerita yang dia berlakon tapi yang aku ingat mesti la dalam Hati Waja jugak.  Die pegang watak Shadan manakala antagonis dilakonkan Faizal Hussein sebagai Shahrin. (tak ingat betul ke tidok nama tu)


Arash Mohamad. Watak dalam cerite-cerite pendekar memang aku minat gile. Yang pendekar kembar tuuu. Best gile wo cite tu. Sorang keras, sorang lagi macam blur. Arash ni sampai skarang pun masih berlakon. Cite Mr Mama antaranya. Nampak tak kunci kat sluar die dan gaya tangan di kocek tu? Tu baru stail hero namanya.


AWIE! Hak ni toksah nak perkenal la. Penyanyi rock terunggul sampai sekarang. Dato Yusof Haslam memang pandai korek bakat Awie ni. Dalam pada WINGS tengah top dia amik Awie berlakon film. Memang menjadi kegilaan wanita zaman tu lah. Memiliki pakej lengkap berbadan sasa dan bermata tajam, dia antara pelakon filem terbaik di Malaysia.


Hairi Othman ni banyak pegang watak baik. Tengok muka pun tau baik kan. Haha. Lakonan dia dalam Leftenan Adnan cukup meninggalkan kesan mendalam. Cerite yang dia berlakon dengan Eja, Janin tu pun stailo.


Of kos, Rosyam Nor. Walaupun sekarang nampak bizi dengan Pilih Kasih dan duta Ali Cafe, kita tak leh belakangkan kemantapan dan kemapanan sahsiah dalam lakonan-lakonan Rosyam Nor. Mimik muka yang sentiasa tense dan serius menjadikan penonton teruja dan tertawan. Berapa anugerah tah yang dah digondol beliau.


Well, setiap pelakon yang aku kasi contoh kat atas ni memiliki aura masing-masing. Depa menghayati watak dengan mendalam sampai kita yang menengok ni tersentuh dengan lakonan mereka. Babak sedih je kite jadi terharu. Babak cemas je kite jadi cuak ayam. Kalau adegan lawan-lawan je, aku terikut ih ah ih ah berlawan. Hehehe.

Lakonan mereka menyerlahkan Gaya, Mutu dan Keunggulan. Mungkin itu nilai sentimental yang ada pada drama-drama dulu berbanding skarang. Ade ramai lagi yang aku tak letak kat sini sebab ni antara yang aku ingat je lah.

Bukan ape, pelakon skarang kebanyakan muka jambu je lebih, berlakonnye macam kayu. Pengaruh Kpop dan Kdrama barangkali. Aku tulis 'kebanyakan' sebab ade je segelintir pelakon yang masih boleh diharap. Tak kaku bahkan mencair dalam watak.Aku taknak la kasi contoh kan? Pikior la sendiri.

Well, mane la tau satu hari nanti pelakon-pelakon pelapis ni akan meningkat setaraf dengan hero-hero melayu di atas kan? So, kita tunggu dan lihat saje lah..

Dan akhir sekali aku tinggalkan hujung minggu korang dengan gambar pelakon yang lebih stailo dan rare daripada pelakon-pelakon di atas..



|
|
|






Rabu, 29 Februari 2012

For Ajek Hassan

Kenal Ajek Hassan? Kalau tak, terai la cari dalam Youtube. Aku first dengar nyanyian dia ni dalam blog sape, aku x sure. Beberapa tahun lepas lah. Lepas tu terus aku donlod lagu2 nyanyian beliau.

Ramai orang kenal Ajek Hassan semenjak dia kaver lagu Ombak Rindu tahun lepas. Hinggakan ade yang sangka Ajek Hassan la penyanyi sebenar lagu tu.

Kebanyakan lagu yang brader Ajek ni nyanyi dan kaver adalah lagu-lagu Melayu. Semuanya dimainkan secara akustik.

Baru-baru ni Jangan Tidur Lagi ada tayangkan pasal artis Youtube dan salah sorang artis jemputan adalah Ajek Hassan.

Aku tau melalui fanpage dia sebab dia da bagitau laaamaa dah dia akan masuk rancangan tu (rakaman). Bersemangat aku tunggu pukul 11 semata-mata nak tengok Ajek dalam tv. Orangnya memang pemalu tapi bila dia cakap mesti memberi makna yg mendalam.

So, buat Ajek Hassan, ini aku hadiahkan lukisan tak seberapa pakai paint..


ajek


gambar sebenar (carian gugel)

Untuk pengetahuan, Ajek kerja di Australia kat Makan-makan Kafe. Kafe abang beliau. Kalau nak dengar secara live singgah le kat kafe dia sebab dia memang buat performance kat sana.

Antara lagu yang dia kaver paling aku minat adlah lagu Jemu-May.. Lagu lain yang tinggi2 pn aku suke. hehe..

Orang tak kenal Ajek mesti tak tau dia ni anak jati Terengganu Darul Iman. Sekapung nge aku weh!

AJEK ROCKK!!!!

Sabtu, 25 Februari 2012

Model Muslimat?

Sedang menunggu ketibaan makanan, aku membelek akhbar hari ini
"Lawa model jubah ni." kata aku


Model jubah dalam sisipan Harian Metro (Sumber Gambar).
"Susah nak cari muka lawa macam ni."

Tiba-tiba aku terfikir..

Tapi kenapa jadi 'so called' model muslimat?
Kenapa perlu ada model fesyen muslimat?

dan sama jugak dengan bloger yang lawa-lawa bertudung.
Letak gambar dalam blog, facebook.
Semua nak jadi terkenal. Popular.
Siap ada FAN Page di Facebook.

Kenapa?

Memang kalau cantik akan jadi ke arah tu ya?

Bukan kata salah atau betul.
Entah,
Sekadar terlintas dipikiran.

model

Khamis, 9 Februari 2012

Perempuan Musang

Petang tadi aku berlari-lari di padang.
Cuaca memang sedap.
Terik matahari memang terasa.

Tiba-tiba hujan turun lebat.
Aku teringat satu drama ni..



Drama: My GF is a Gumiho (9tailed fox)

Awek dia ni musang ekor 9.
Dia kata kalau dia menangih, cuaca panas pun boleh jadi hujan.


Aku pun terpikir, awek sapa la tengah menangih petang-petang macam ni.
Dan aku terpikir jugak "kalaula dapat awek lawa macam gumiho tu. peh.."

Sekian.

(bawak ke mimpi woih tengok cite ni.)

Selasa, 22 November 2011

FILEM ROCK 2 Bakal mengerock 2012






Ingat lagi Rimba Bara? Malaikat Maut? Zack? Black?
Yeah.. Mamat Khalid dah bikin Rock II dan akan ditayangkan agaknya dalam bulan Mei 2012.




Kumpulan Wings (Bukan Ori Hhehe..)



Rimba Bara


Kumpulan B.P.R (Juga bukan ori)


SYJ (Sofea rasanya , tak ori jugak. Cuma yang ni memang band. Namanya Super Kinta- Antara band terkenal Ipoh)



Malaikat Maut

Masyarakat rock


Rimba Bara (semart tuu kasut aliph)

Semua gambar dan info diambil dari FACEBOOK ROCK II

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sebelum berundur, ni bingkisan untuk anda

Angry Tiger Trend Skarang.
Tahniah Harimau. Anda buktikan warna jersi bukan satu halangan untuk menang!

Isnin, 3 Oktober 2011

MS Paint : Manusiawi

MS Paint

1st dwg, tajuk: Kitar Manusia
Tentang lukisan: Hidup yang bermula dengan sebuah kelahiran, dibesarkan dengan didikan, berdikari, aku dan duniaku, alam pekerjaan, perkahwinan, dan alam tua..


kitar manusia


2nd dwg: Sepasang kapel Di Malam Hari
Tentang lukisan: Dikala penduduk sedang tidur, mereka memulakan projek di depan court futsal bersaksikan sebuah motor dan rumput rampai..

bodoh? mereka ada akal.
koupler


Selasa, 27 September 2011

Nur Fathia

Ini Nur Fathia..


Manis, anggun dan innocent..



Tetapi ini juga Nur Fathia..




&(*&&(*&(&@^&@^!&#%@!)*()@*#@!&#(*@^&

Isnin, 12 September 2011

Semoga ketemu hidayah Chika Dealova.

Entri ditaip jam 1:12 pagi...

Fuih.. lama x berfuksal. Ni baru balik maen fuksal teruh menulis..

Aritu (ke semalam? aku lupa la) aku selak-selak dalam berita hairan online, tetiba aku terbaca Bahagian BPoP. Pasal Chika aktres Indonesia yang belakon Dealova tuu. Atau nama sebenar dia Jessica Iskandar.


Lawa rantai. heehe. (sambil garu hidung)

Dengar kate dia da nak masuk Islam. Tapi tak tau la sahihnya macammana. Tersentuh aku baca dia punya kata-kata. Ni aku quote dari page sana.

“Saya pernah melewati masjid berhampiran rumah, namun saya tidak tahu bagaimana cara mahu memasukinya. Ketika itu saya berasa jiwa saya sepi dan kosong. Saya memerlukan dahan sebagai tempat untuk saya menyatakan terima kasih, selain menangisi setiap kesalahan yang dilakukan.. Lebih tepat, saya mahu meniti hidup dalam iman..”

Smoga brjaya la bertemu pengisian jiwa cik Chika oi. hehe. ceh, macam kenal rapat je. hahahah. Doakan aku kertas akhir.

Rabu, 17 Ogos 2011

Kawanku Song Joong Ki



Aku baru perasan salah sorang member aku muka macam artis korea. Cuma ada janggut je.

Selasa, 2 Ogos 2011

Fikir la masak-masak dulu

Tajuk entri bukan bermaksud; fikir la apa untuk masak-masak berbuka mahupun sahur nanti.

Aku nak komen sikit la pasai isu bak badai melanda negara sekarang ni yakni kes putus tunang Apek dengan Elia. Memang ramai la yang duk apdet pasai benda ni. Aku bukan nak ambek port sangat. Baek aku menjaga tempurung sendiri.



Apa yang aku boleh komen pasai isu ni adalah sbelum berbuat sesuatu tu pikir dulu masak-masak.

1-Media
Sembang kencang deh set-set demo .. Tak buleh ada isu hangat sket, teruh duk canang itu ini. Budoh la, salah satu punca kes cerai berai puak2 selebriti ni kebanyakannya sebab media massa. Patutnya depa ni pikir dulu sebelum duk bukak aib orang. Check dulu sahih ke dak. Pastu kalu benda aib takyah la duk jaja sangat. Duit haram tu.

2- Apek n Elia
Patutnya benda2 tunang ni elok takyah expose besar-besaran sangat sampai satu Malaysia tahu. Biasanya tunang ni elok diketahui femili dan orang2 terdekat dah le. Aku malas nak salahkan sapa-sapa. Kan x pasal-pasal malu.

Apek pun, aku harap fikir masak-masak dulu sebelum membuat keputusan. Kalau dulu dia boleh fikir dengan baek untuk bertunang, seharusnya dia pun fikir sebaiknya akan pemutusan tunang ni. Bukan pekara maen-maen tu.

Semua sedia maklum yang si Elia ni ada blog, jadi once dia duk apdet kesah2 percintaan, pertunangan dan laen2, otomatik blog dia dah jadi tumpuan. So, bila dah jadi macam ni dah takleh buat apa dah. Reblog la nampak gayanya.

3-Kita (sebagai penonton @ peminat @ pemerhati)
Wat rilek je. Biarla depa settlekan cara baek. Tkyah duk cerita tu ini sangat. Kang jadi kat diri sendiri naek sedih ko. Ada sesetengah tu buat entri cakap itu la ini la. Haih, metro tu bukan sahih sangat. Aku penah masuk akhbar Sinar Harian pastu cakap minat Rashid Sidek, depa taruk aku minat pemain badminton laen. So, berhati-hati lah dijalan raya.



psott: Fikir la masak-masak dulu dalam semua aspek dan sudut, begitu juga sebelum berbuka. kalau tak, naya perut. pesanan buat diri sendri dan smua.

Rabu, 27 Julai 2011

Artikel Sebelum Puasa: Kumpulan Nasyeed.

Pertamanya trimas kasus diucapkan atas doa kalian. Moga diteruskan doanya. hehe.

Jadi, sempena dengan hampirnya ketibaan bulan puasa, aku nak buatlah entri berkenaan kumpulan nasyid skali skala. Sementara blum start bizi petang2 macamni sempatlah nak mencelah entri sebutir.

Sebelum ni asyik crita pasai kumpulan rock 80-90 an je kan, skali skala terasa nak kasi berubah angin skek.

Lagu nenasyid ataupun lagu-lagu ketuhanan ni memang aku duk dengar dari skolah lagi la. Zaman skolah rendah dulu memang grup2 seperti Shoutul Amal (Serius sedap), Nadamurni, Raihan, Hijjaz, Rabbani, The Zikr, Brothers, Durani, Al-Jawaher, sangatlah terkenal. Tiba-tiba aku masuk je skolah menengah rendah, puh, berlambak grup nasyed naek. Tapi kebanyakan grup yang naek ni, orang kate depa banyak bawak lagu Nasyid Jiwang la. Bagi aku takda hal la pun nya aduiyai.

So aku nak rumuskan beberapa kumpulan yang menarik bagi aku atas dasar nama. Hehehe.



U.N.I.C. (First Batch)
Yang ni sumpah unik nama dia. Aku tak sangka depa bulih pilih nama yang hebat mcamni. Memang 4 ketul huruf je, tapi kalu sebut kan, di samping bermaksud 'Unik', dia juga ada bunyi 'You and I see' ataupun dalam BM dia 'Awak dan saya tinguk'. Tinguk apa? itu yang kita tak tau.. Salah satu lagu dalam album dia pun ada satu guna nama tu kalu tak silap. Tapi skarang dah berpecah grup ni, sampai da tukar nama UNIQUE. Rebranding kot. Ahli kekal sorang je. Aku knal brader tu, nama dia Bazli. Sedap suare dia. (Tapi hak buleh tarikk paling tinggi tu memang sdap gak). Aku beli kot kaset dia hok ada lagu Demi Cinta Yang Suci tu. Rasmi kat walkman Sunny aku dulu. Pehh.. Nostalgik.




IN-TEAM
Hak ni la yang banyak bawak lagu jiwang tu. Senior aku duk suka la pasang lagu ni ari Jumaat time gotong royong bersih surau. Lagu Kasihkekasih la, damba kasih, impian kasih, nurkasih, Hoh.. banyak tu kekasih dia. Hok ni pun nama dia stailo jugak sbab dia bawak dua maksud yakni 'Intim' dan jugak 'Dalam Kumpulan (Jemaah)'. Cun gak tu.



DE-HEARTY
Ha.. Ni pun kretif nama dia. Boleh membawa makna 'Di hati' dalam kedua-dua bahasa. Tapi betui ke dak Hearty tu inglish aku tak tau la.Grup ni plak banyak lagu dia pasai perempuan dan cinta. Lagu dia memang sedap. Lagu Wanita, Bidadari Hidupku, dan macam-macam lagi lah.


MESTICA
Mestica tu maksud dia Mastika ke Mestika ke Mustika, semua pun boleh. Aku tak tau Mestika tu apa sebenanye. Yang pasti vokalis utama dia, Razin Che Mud tu aku agak kenal tapi dia tak kenal la aku. Hehe.


NOW SEE HEART
Fuh, letih gak menulis panjang-panjang. Tapi takpelah. Kalu penat, gi la minum air dulu. Taknak sambung pun tak po. Kumpulan ni, pehhh.. Kalau tak tau lagu Sekeping Hati tu memang noob la. (Aku tau serangkap je. "Sekeping hati di bawa berlari lalalalalalaa" hahahahaha). Nama dia memang panjang tapi bila disebut, ia bermaksud 'Nasihat' dan juga 'Sekarang Tengoklah Hati' bukan tengoklah muka je.

MIRWANA (First Batch)
Kenal Faizal Tahir? Dia grup ni la dulu. Zaman dia grup ni aku memang saspek la suara dia. Tarik tinggi wo. Lagu Aku Tanpa CintaMu tu. Dulu aku ingatkan depa ni band NIRVANA untuk versi melayu punya. Tapi dok la. Skang ni masih aktif grup ni. Dah tak ambik haluan nasyid. Tapi still lagu ketuhanan la. Lagu baru dia masuk AJL jugak taun lpas. Lagu Manisfestasi Cinta feat Fiq Mentor tu terbaek. Respek2.


FAR EAST
Ko kenal Anas Tahir koq? Adek kepada Faizal Tahir tuu laa. Yang terkenal dalam Youtube tu. Dia grup ni la dulu zaman lepas skolah. Group ni pun still aktif cuma penyanyi utama dia tu dah masuk Mirwana la. Lagu Menanti Di Barzakh tu sedap. Tajuk lagu dia mengingatkan aku pada Jenazah Cinta nyanyian Handyblack. Haha.


ALARMME
Bulan-bulan Islam tak tau?? Huk alooo.. Tu yang Muharam Safar.. smua tu depa la yang nyanyi. Hadui. Alarme ni nama dia bermaksud 'Alarm Me' ataupun 'Ingatkankan aku' la kot dalam bahasa pasarnya.



IN-SAFF
Tak kenal?
http://www.youtube.com/watch?v=bsqBBE55L9M . Takpun http://www.youtube.com/watch?v=_zWu9-6jzS4
Cer klik link Youtube ni kalau nak dengar la. Sebuah kumpulan nasyid di perak. Fuh, memang aku fan dari dulu la grup ni. hohahihaoaho. Nama dia pun unik. 'DalamBarisan' maksud dia. Bukan Barisan Alternatif mahupun Nasional.

------------------------------------------------------------------------------------

Well, asal usul kumpulan ni smua korang boleh la gugel. Aku takat tulis brdasarkan nama2 unik je. hehehe. Banyak lagi kumpulan laen yang aku tak tulih sebab nama grup depa biasa2 je la. Saujana contohnya. Takkan tak kenal kot lagu Keluarga Bahagia? hahaha. (Sedih aku tengok ex-grup dia jadi keperempuanan macamtu)

Memang panjang penulisan kali ni. Nak baca ke tidok, tak kesoh pung. Hahahaha.