Sabtu, 23 Jun 2012

SABTU: Hero Melayu


Aku tak pasti tentang sejarah drama televisyen dan filem di Malaysia. Tapi yang aku tahu lah kan, lepas zaman-zaman hitam putih yang dipegang P.Ramlee, muncul satu zaman iaitu zaman drama melayu. Drama-drama yang muncul tika itu bagaikan cendawan tumbuh riang.

Disebabkan aku membesar pada 90-an, entri ni lebih kepada penceritaan era 90-an je lah ye?

Dulu-dulu memang aku respek gile kat hero-hero cite melayu, antaranya yang terpampang seperti di bawah :
(nota: Ni bukan ikut ranking ke ape, aku taruk sesuka hati je, dan sumber gambar adalah carian GOOGLE)


Paling aku respek dari dulu sampai sekarang: Faizal Hussein. Ko tengok urat kat lengan die pun da tau macamna dia jaga bodi. Steady je dia ni dari muda sampai sekarang. Kalau ko tengok drama Hati Waja, ko dapat tau camna dia bawak watak jahat dengan sangat berkesan.


Zamarul Hisham. Sepanjang karier die, aku tak pernah lagi tengok die berlakun filem. Biasa drama je. Tapi tengok la lakonan die. Gaya dan nada bila die bercakap memang stailo serta memberi impak. Paling aku suke bile dia buat muke konfius dalam membuat keputusan. Hehe.


 
Rashdan Baba. Suara dia macho habis. Kadang-kadang aku teringat suara Hattan bile dengar beliau bercakap. Rashdan Baba ni unggul dalam series-series Spektra. Spektra tu orang-orang lahir 90-an dan sebelumnya tau la kot apende tu.


Sapa tak kenal Rusdi Ramli memang tak leh nak cakap ape la.. Semua watak die boleh bawak. Antagonis, protagonis, dan lain lain nis lagi. Hatta jadi lelaki lembut pun pernah tuu. Ada banyak cerita yang dia berlakon tapi yang aku ingat mesti la dalam Hati Waja jugak.  Die pegang watak Shadan manakala antagonis dilakonkan Faizal Hussein sebagai Shahrin. (tak ingat betul ke tidok nama tu)


Arash Mohamad. Watak dalam cerite-cerite pendekar memang aku minat gile. Yang pendekar kembar tuuu. Best gile wo cite tu. Sorang keras, sorang lagi macam blur. Arash ni sampai skarang pun masih berlakon. Cite Mr Mama antaranya. Nampak tak kunci kat sluar die dan gaya tangan di kocek tu? Tu baru stail hero namanya.


AWIE! Hak ni toksah nak perkenal la. Penyanyi rock terunggul sampai sekarang. Dato Yusof Haslam memang pandai korek bakat Awie ni. Dalam pada WINGS tengah top dia amik Awie berlakon film. Memang menjadi kegilaan wanita zaman tu lah. Memiliki pakej lengkap berbadan sasa dan bermata tajam, dia antara pelakon filem terbaik di Malaysia.


Hairi Othman ni banyak pegang watak baik. Tengok muka pun tau baik kan. Haha. Lakonan dia dalam Leftenan Adnan cukup meninggalkan kesan mendalam. Cerite yang dia berlakon dengan Eja, Janin tu pun stailo.


Of kos, Rosyam Nor. Walaupun sekarang nampak bizi dengan Pilih Kasih dan duta Ali Cafe, kita tak leh belakangkan kemantapan dan kemapanan sahsiah dalam lakonan-lakonan Rosyam Nor. Mimik muka yang sentiasa tense dan serius menjadikan penonton teruja dan tertawan. Berapa anugerah tah yang dah digondol beliau.


Well, setiap pelakon yang aku kasi contoh kat atas ni memiliki aura masing-masing. Depa menghayati watak dengan mendalam sampai kita yang menengok ni tersentuh dengan lakonan mereka. Babak sedih je kite jadi terharu. Babak cemas je kite jadi cuak ayam. Kalau adegan lawan-lawan je, aku terikut ih ah ih ah berlawan. Hehehe.

Lakonan mereka menyerlahkan Gaya, Mutu dan Keunggulan. Mungkin itu nilai sentimental yang ada pada drama-drama dulu berbanding skarang. Ade ramai lagi yang aku tak letak kat sini sebab ni antara yang aku ingat je lah.

Bukan ape, pelakon skarang kebanyakan muka jambu je lebih, berlakonnye macam kayu. Pengaruh Kpop dan Kdrama barangkali. Aku tulis 'kebanyakan' sebab ade je segelintir pelakon yang masih boleh diharap. Tak kaku bahkan mencair dalam watak.Aku taknak la kasi contoh kan? Pikior la sendiri.

Well, mane la tau satu hari nanti pelakon-pelakon pelapis ni akan meningkat setaraf dengan hero-hero melayu di atas kan? So, kita tunggu dan lihat saje lah..

Dan akhir sekali aku tinggalkan hujung minggu korang dengan gambar pelakon yang lebih stailo dan rare daripada pelakon-pelakon di atas..



|
|
|






11 ulasan:

Fakur berkata...

Kalau ambo tak silap siri spektra kt tv dulu dibolot oleh Solid Gold, produksi drama milik orang cina Hong Kong. Maaf cakap drama yg disiarkan tak berkualiti, janji asal ada.

Tahun 80 dan awal 90an dulu, Faizal Hussein selalu berlakon jadi hero. Rosyam Nor dengan Arab (penggubah lagu) sekadar jadi pak sauk saja. Tapi la ni dah berubah. Dari segi pencapaian, Rosyam jauh meninggalkan Faizal.

Pada ambo Awie tu hanya boleh menyanyi, dia tak boleh berlakon. Tapi Yusof Haslam bijak memanipulasi populariti Awie utk mengajak penonton masuk panggung.

Masa pi umrah tahun 1998, Hairi Othman join grup kami. Balik dari sana dia dpt offer berlakon filem Lt. Adnan.

Sorang kawan ambo lagi tak senonoh. Adaka patot dia nak bayar saman trafik kt A. Galak?

zonaku berkata...

pic last tu paling epik!!!!

NIZAM berkata...

slot spektra kat TV2 jam 9 mlm kan? aku rasa la. tu cite time skolah rendah kot. masih kah kau ingat ke ye bro. salute la.

hero skang aku suke Remy. muka die melayu kan.

oranglidi berkata...

en fakur,
-hahaha. drama janji asal ada ya?
-mungkin gak sebab zaman tu kami kecik2 lagi. jadi feeling nya semua cerita sangat best. mungkin itu yang budak2 zaman skarang rasa jugak. hhehe.
-sy stuju rosyam nor memang dah jauh langkahannya dalam bidang seni ni. daripada orang belakang tabir sehingga jadi hero. cukup menakjubkan.
-cume tu la, minat sangat kat faizal hussein sebab dia cool. hahaha. begitu jugak dgan awie-macho.
-wah, penah jmpe hairi tuu. hehe. die skang dgr org kate da join parti Islam. xtau la sohih ke dop.
-die nak tolong bayar jee tu. niat baik kot. hehe.

zonaku,
-hahaha. pelakon paling stailo kot.

nizam,
-aku pun x ingat kul brape sbenanye. mmang zaman skolah rndah dan tadika crite2 tu smua. takde la ingat 100%hahahaa.
-hero skang ada banyak pilihan aku, antaranya remy la. memang melayu ori tu.

Yuki Yusuf berkata...

oit..faizal hussein tu jejaka impian aku dan mak aku ko tau..huh!

oranglidi berkata...

koyuki,
-amboi. anak beranak die hard fan. ape lagi, beli a buku tulisan faizal hussein yang baru terbit. hehe

Anis Mohd berkata...

saya tak da idea spektra tu apa.hahaa

Tanpa Nama berkata...

gila handsome awie. in-se-kyo aku lah.

oranglidi berkata...

anis,
-hahahaa. takkan la tak layan rtm mase kecik2? hahaha. spektra ni slot wajip woo

munirah,
-insekyo tu gapodio?
-awie memang smart. tapi rambut time tu kena potong plak.

miss ice berkata...

dlm byk2 hero melayu tuu..sume aku x minat....ak minat org lidi....haha

oranglidi berkata...

ice,
-hahahaaha.