Isnin, 27 April 2009

Kisah tak kisah (Seputar Kuala Lumpur-3)

Episod terakhir seputar K.L (kalau lu belum baca entri 1 dan 2 sebelum ni, lu tak akan paham)

PUDURAYA-Perdana Menteri datang 2 hari lalu wat lawatan mengejut!: "Pakcik tadi mintak duit kan?" soal brader macam detektif tersebut sambil membuka kacamata hitam.. "Pastu adik bagi?".. wa hanya mengangguk secara x bersemangat. Wa baru nak mintak beliau kejar pakcik tu ,tiba2 beliau mengangkat tangan diparas dahi.. memberi tabik hormat. " Adik ni memang sangat bagus.. Sumpah". Kenapa nak bersumpah-seranah disini?

"Abang sebenarnya tengok pakcik tu dah 2-3 hari melilau2 kat sini" katanya dengan penuh dedikasi.. "Tengahari tadi abanglah yang belanja die makan nasi.. die ajak abang makan jugak, tapi abang x boleh dik".. suaranya tersekat2.. " Knape bang? ape yang sedih2 ni?" kata wa bernada 'curious'.. "Abang bukan sedih dik. cuma kesian. dalam mulut die macam ade ketumbuhan.. bernanah2 .. abang jadi x selera makan.". Erk.. x trperasaan pulak wa.

"Abang memang respek kat adik. Nak dijadikan cerita, tadi abang tengok die ade mintak duit ngan sorang yang berkopiah..ala2 Tok Guru.. Tau apa lebai tu buat?.. Haaaak Tuuuishh.. lebai
tu ludah kat kaki dia !(sambil membuat demo)".. Memang dasar brengset..terpercik api kemarahan dibenak wa.. Pak imam kampungwa pun penah wat gitu semasa ambil wudhuk di surau.. ludahkan syaitan gamaknya..

"Hm.. Tulah orang zaman sekarang.. lupakan daratan.. lupakan Perdana Menteri.. Er, dik ..abang sbnarnya kurang 5 ringgit lagi nak dapat tiket ke Penang.. Adik ade lagi sikit duit?" Terus terang abang tersebut. Wa dengan berbesar hati memberi wang tersebut tanpa segan pilu.. Tolong menolong budaya kita.. tak gitu?

Dalam bas baru wa perasan... pakcik misai tadi memulakan modus operandi yang sama kepada mangsa lain disudut tiang menunggu.. begitu juga dengan brader tadi.. berpakat rupanya..
Wa menggertap bibir menahan amarah..siapa dikira bersalah dalam hal ini? Terbayang wa akan nasihat Frank, "Kalau lu gi KL, better lu bawak pisau..macam wa, wa
bwak rambo punya" .. Tersengih wa keseorangan...

Ini kisah benar. Lain kali wa nak belasah dengan fire extinguisher kutu-kutu tersebut. Wa akan buat 'Gerakan Menghapuskan Kutu-kutu Bersepadu' (MENGGERUTU). Nak join, mesej wa. Dah, wa nak pergi buat proposal MENGGERUTU untuk PM ni..

Sabtu, 25 April 2009

Nasi Boli

Khas buat semua..

dalam post wa dibawah, wa ada sebut pasal nasi ni.. dan ada yang mungkin tak tahu

Lu nak tahu?

nasi boli ialah dimana beras n beras pulut dicampur dengan beberapa jenis rempah yg dibalut dengan kain. pastu masak cam masak nasi biasalah.

Lauknyer macam nasi dagang .... gulai ikan tongkol . Kadang kadang ada yang buat lauk ayam panggang, dan lain lain.. pastu adelah sikit dia punyer acar timun campur dengan nanas.. lu rase lu pernah makan tak?

Ah, malas wa tulis panjang panjang.. lu search la sendiri! Ini bukan blog nasik..

Jumaat, 24 April 2009

Pagi Pagi Menuai Padi, Petang Karang ?

Harga semua benda nak naik..

bayangkan, harga cokicoki pun dah naik! dulu wa beli seposen sebatang.. kadang-kadang seposen dapat dua.. sekarang 5 batang rm1.20! Sebab tu wa ambik plastik cokicoki sebagai pensilbox wa.. Tanda boikot kononya.

kalau wa tak silap, gula-gula yang ada gambar udang tu seposen boleh dapat 3 bijik (gula gula yang ada plastik boleh dimakan).. Sekarang wa pun tak tahu berapa.. Apa jadah semua ini?

Ah, wa rasa satu hari nanti nak beli coklat bolabola pun dah singgit sebijik.. Ini wa ramalkan sebab wa memang pakar ekonomi.. Kalau jawap Kemahiran Hidup bab buku lejar tu wa memang suka..

ni yang buat wa terpikir nak bisnes ikan dalam sangkar. Xpun restoren ala-ala KFC. Menunya mudah: nasi dagang, nasi pelangi, nasi boli, kueowteow seberang dan juga pegedil masin . nama yang terbayang-bayang dipikiran wa "Syarikat Kita Adalah Orang Lidi" . Wa sudah rancang, Lu bagaimana?

Jangan lengah lagi, Ibarat kata oranglidi: Pagi pagi menuai padi, petang karang? (nak kena tendang?) = sediakan payung sebelum karam..


pssst: wa sibuk beberapa hari ni.. sebab tu jarang update.. jangan membuat spekulasi murahan.terajang kang!

Selasa, 21 April 2009

Pucuk di Cita Ulam Mendatang

Tadi pagi wa jalan-jalan.. lalu melintas seekor mengkarung (ke bengkarung? lu cheklah dalam kamus oxford) . Laju semacam dia berlari.. terlewat masuk ofis ke?.. Wa pun tak tau.. Wa pun seru itu mengkarung.

"Mengkarung..Mengkarung..".

Datang sorang brader dengan muka kurang puas hati. " Lu cakap jangan sebarang cakap! Nak kena belasah ngan geng gua ke?!!".. Wa tak berapa nak paham.. Lu punya mengkarung ke?..

"Tadi kan lu panggil gua Mengkarung! Buat muka tak bersalah pulak!".. Katanya..

"Tu brader!" Jelas wa sambil menunjukkan mengkarung yang dari tadi mengorek pasir.
Beliau berlalu tanpa kata. Malu agaknya. Wa malas je nak smash muka beliau.

Dari belakang barulah wa perasan. Rambut punk rupanya brader ni.. Pucuk dicita ulam pulak yang mendatang..

Isnin, 20 April 2009

Badan Cergas, Kepala Otaklu Cerdas!

Haritu wa rase nak main menampar bola. Jump serve, floater, cut shot, joust, spike.. istilah2 yang menggambarkan permainan ini. Wa memang biasa bab2 bersukan ni.. sepak bola, hoki, futsall, petanque, softball, badminton, pring prong, basketball, dan batu seremban. Semua dalam genggaman wa.

Petang tu wa turun court. Pakai baju sukan, suar treck(bertuck in) dan kasut grip. Tengok2 dah ada dalam 11 orang. xcukup sorang. So, wa joinlah mereka. Permainan agak sengit. Wa rasa Jasni Shafie pun x boleh ulas permainan pada petang tu. Mata demi mata kami kutip.

Jumping serve wa membuat pihak lawan tersadung. Kadang2 wa bagi 'spinning' punya serve. Berputar2 mereka nak sambut..Tiba2 wa baru terperasan. Bunyi bunyian yang wa benci mula kedengaran. "aww", "eww".

Rupanya wa tengah main dengan 'akak2'.. dahla bulukaki, misai dan janggut cukur sampai licin!.. patut la wa terbau wangian pompuan je (silky girl terutamanya)! Malu wa brader!! Mana nak letak muka wa?! Pelancong asing tengok diorang pun tercarut2.. "Benci aiiii!" Kenapalah wa lambat tersedar aritu.

Ya, wa terpaksa menghabiskan game petang itu untuk menjaga hati mereka. Wa dah hilang minat nak tampor bola.. wa rase nak tampor semua pemain2 lain. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian malu..

semenjak aritu wa beralih angin dengan bermain badminton demi menjaga status bujang.

Ahad, 19 April 2009

Kisah tak kisah (Pengalaman Sekolah Rendah-NewStreetTime )

Masa kecik2 banyak betul tuisyen. Kalau free xpe jugak. ni kena bayar. Wa dah buntu macamana nak bayar yuran. Nasib baik ada mak ayah tanggung. kalau x terpakasa wa jadi buruh jadian..

Setiap malam Jumaat, Sabtu, Isnin, Rabu wa ada tuisyen. Kelas tuisyen wa area2 kampung je. Baru darjah 4 dah sibuk2 belajar. "Keputusan UPSR mnentukan Universiti mana kamu nak masuk bile besar kang!" tegas mak wa.. Wa nak gak main plastesin malam2.. xpun main khemah2! wa memberontak.. tapi xmampu melawan kata2 orang tua wa. " Xpe, nanti orang besar orang nak wat rumah guna plastesin!" tegas wa.. (manalah wa tau pasal takat lebur plastesin mase tu.)

Malam tu turn abang wa pegi tuisyen. Apapun, wa suka pegi kelas tuisyen sebab ada kedai jual burger berdekatan. "Bila amik ____(abang wa) nanti, orang nak pegi gak." pesan wa kepada mak wa. Nak merasa burger 80sen. So, tengah2 wa menunggu jam 10 malam, wa pun baca NST. Melihat propaganda politik sedunia hari itu.

Tiba2 wa terdengar enjin kenderaan mak wa. Wa pun keluar dan terus ajak mak wa pegi ambik abang wa.. Sedar x sedar, abang wa dah ada dalam rumah sambil gelak2kan wa.. Rupanya wa tertidur sambil membaca NST. Waaagrrh!! wa mengamuk.. wa tendang satu keping kaca dipintu dengan gaya Zamorano.. "Prangg!" berderai kepingan kaca tersebut. Wa berjalan tenang meluru ke katil wa. Wa terduduk sambil memaki hamun. "Ha, tengok. Kan dah berdarah!" kata mak wa.. beliau ambil kain, minyak gamat lalu membalut kelukaan tersebut.. Wa x menangis. Mak wa suapkan burger.

Sampai sekarang parutnya masih ada -samada dihati mahupun dikaki. dan wa dah x baca NST.

Biar Bulan Bicara

Tadi wa terpergi menonton bola sambil makan dan minum disebuah mamak. wa xlayan mana liga dalam negara. Baju Merah lwan Baju Biru. Bila hampir gol semua orang terbangun. Bila x kenapa terduduk diam? Baju Biru menang.

Memang harga macam makan di Hotel 4bintang. Baik wa tengok kat hospital. Barulah free. Dah habis wa pon nak balik. Tumpang seorang kawan. (wa xde motor). Tiba2 motor bergerak senget2 ke tepi. Wa pun melompat macam ninja. " Ni macam tembus tayar motor lu." cakapwa.. " Ha'a lah, macam ni, kami balik dulu, lu tunggu sini. Nanti mintak tolong orang ambilkan lu.." kata tuan punya motor sambil ber'sms'. macho..

Sedang berseorangan menunggu.. wa nampak makhluk itu. meninjau2 dari jauh. sorang didepan sorang di belakang wa. mencari2 mangsa. jarak kira2 14 buah kereta kancil. adehh..

datang sebuah yamahaLC menyelamatkan wa. di rumah wa dengar lagu Biar Bulan Bicara.

nasib baik wa xpayah menyertu pagi ini. (sertu pun xtau? baik lu ambik balik PMR)

kredit to - lamputanah, c2912, otomen, azray kool (bukan nama sbenar.. kalo wa bgtau nnti fbi datang)

Jumaat, 17 April 2009

Kisah tak kisah (Pengalaman di alam buana-2: Tarmizi)

SEKOLAH-Tahun peperiksaan penting: Muhammad tarmizi merupakan pengawas yang berdedikasi. patuh kepada amanat dan tugas. Bersikap adil dan tegas. x pernah pun beliau mengambil ayam lebih di dewan makan asrama. Kalau pelajar bebrbuat salah beliau akan menegur. Ramai junior mengaguminya sehingga ada yang sampai terikut2 gaya beliau. dahlah ada yang muka sebijik dengan beliau.

berbeza sekali dengan wa. kalau ada budak buat salah, wa terus bagi sidekick. kadang2 wa bagi tomoi. kecik2 dah nak melawan, besar nanti nak jadi kawan? itulah serba sedikit tentang wa. sebab itu baju wa putih dan bukan biru.

Ada satu malam, wa dan tarmizi balik daripada kelas.. (lu ingat wa mat ponteng?). Suasana agak sepi. Kami pulang ke asrama agak terlewat malam itu untuk latih tubi (macam tekan tubi rasanya). Ya, tarmizi salah seorang pelajar harapan sekolah kami. Target street 'a' sekolah. Cas2 berlawanan begitu ketara antara kami.. negatif dan positif. Tapi ini tidak menghalang wa berbicara dalam perjalanan dengan beliau..

*****

Perjalanan sudah hampir ke penghujungnya.. Kelibat asrama suda kelihatan. Budak2 agak bertaburan. Ada yang sibuk beli cikedis seperti 'rota', 'bika','roti coklat' dan lain2 di koperasi, ada yang sedang menggilap kasut, ada yang sudah tidur, ada yang berlari-lari seperti anak kecil..

semakin kami menghampiri asrama tiba2, datang sekumpulan orang menerkam wa dan tarmizi. ditangkapnya Tarmizi hidup2.. pegang tangan, kaki dan anggota badan yang lain. wa semakin kehairanan.. apa korang nak buat ni?.. yang wa tahu semua itu adalah kawan2 satu batch dengan kami.

*****

"Bedebuuuuushhhh!"

"Woi!" jerit tarmizi..

nasib baik beliau tidak lemas. rupanya hari itu hari lahir beliau. beliau dibaling kedalam kolam ikan yang xde ikan. (kambing pernah mati digigit anjing dalam kolam ini).

itulah adat sekolah wa.. yang birthday disambut, yang bergolek berciciran..

Rupanya wa adalah perancang malam bahagia tersebut. dan wa tidak rasa bersalah. sebab itu tarmizi sudah di mesir kini.

Khamis, 16 April 2009

Kisah tak kisah (Seputar Kuala Lumpur-2)

MASIH DI PUDURAYA-Januari lagi: satu yang menarik di Puduraya ni adalah kita bleh tengok bas dah sampai ke belum dengan menjenguk ke floor bawah. die ade lubang untuk kita turun. haha. kat kubang pasu mana ade..Kuala terengganu ade?

xkan wa mau selamanya tunggu di atas ni?.. getus hati kecil. seraya itu wa trun..

selangkah..

demi selangkah..

perkara yang x diingini ramai pun berlaku...

keparat. dengan semena2nya sorang brader berbadan agak gempal datang menghampiri wa. Umur 30an. Wa saspek 90 kilogram. wa berbau2 malang x berbau. Kalau lari kang kene penampor percuma.. " adik nak balik mane ni?".. tanye abang misai.. mak aih, macam Abdul Galak gerakan khas "ehem.. saye nak ke ..." jawap wa terkebil2.. kebil tu macam satay kan? "o.." "bla2..bla2" sambung beliau.. macam khutbah. Menceritakan kisah peribadinya.. wa yang mentah x mmpu berdolak dalih.. dipaksa mendengar..

"abang ade penyakit.. err.. sakit mental sikit ni.." keluar sahja ayat ini, jantung mula berdegup kencang.. maunya wa ditikam di situ.. " ni msti krisis ekonomi ".. wa monolog berseorangan..
"Abang nak balik Batu Pahat.. Kurang 20 ringgit je.. abang minta jasa baik adik supaya sumbangkanlah duit sedikit untuk abang" .. ade stail bersamamu.. wa pasrah. teringat peribahasa dalam THR. Fm." nyawa anda lebih penting dr material".. kenapalah die x pegi kerja krajaan.. " Ambillah duit ni bang...buat isap curut.. eh, buat beli tiket" .. kata2 wa sambil berhati2.. " Masya Allah, Alhamdulillah.." dan banyak lagi kata2 pujian kepda yang Esa..
wa dipanggilnya malaikat dan macam2 pujian dan terima kasih.. Lantas beredar dari pandangan mata.. "Habis duit wa" bunyi dengusan kalbuku..

Dari tiang tepi ada seseorang memerhatikan gerak lenggok kami rupanya.. memakai cap "adipas".. umur pada lingkungan 20an.. kelihatan gagah seperti Wira Utama.."Detektif ke?" soalnya hatiku... " Boleh buat luahan perasaan dan aduan domba. sempat lagi suruh dia kejar dapatkan balik duit wa.." hati dah melonjak kegirangan seakan murid mendapat bebrapa bintang dalam buku latihan petak 2x2cm.

Cikgu Rosnah ade bagi lagi cop binatang dan sayuran kalau dapat A?

Rabu, 15 April 2009

Kisah tak kisah (Pengalaman di alam buana-1)

SEKOLAH- Ketika wa belum belajar subjek matematik tambahan lagi: Malam tersebut sungguh dingin. Wa dan rakan2 sebilik berhempas pulas menyiapkan santapan larut malam. Ya, wa tinggal di asrama waktu sekolah menengah. Sekolah di perkampungan. Santapan kami malam itu adalah meggi rebus.

Tentatifnya mudah. 1orang berjaga2 didepan pintu bilik (cover line), 2 orang mereneh air panas (zaman ni wa guna alat pemateri bengkel Kemahiran Hidup sebagai heater) dan seorang tukang merebus meggi. badan pelaksana xboleh ramai2. nanti xhappening.

malam itu meggi pilihan wa adalah perisa tomyam. dah lame wa cari perisa spageti tapi xde. Ahmad (bukan nama pendek) bertindak sebagai projek manager. misi bermula sebaik sahaja lampu dipadamkan.

########

segalanya berjalan lancar. wa sebagai penyumbang pinggan mangkuk dah x sabar nak melantak. kami membuat bulatan mengelilingi hidangan tersebut. seperti bulatan tadarus Quran. Tiba2 wa rasa nak mengamuk. Rase nak memahat kepala Abu Bakar (tukang merebus). "makan ramai2 lah syok." ujar beliau sambil menyuapkan meggi yang panjang. Wa tau la syok makan ramai2.. tapi kenapa harus masak meggi yang bercampur-baur perisa dalam sebuah baldi??

malam tu kami tidur kekenyangan..

Selasa, 14 April 2009

Pakai baju kancinglah sulwasa

Tadi pulang kerja@kelas.. wa xde bas, motor apatah lagi . jalan kaki je. sampai satu gerai wa tanye " porpia goreng ade?". "Belum goreng lagi lah dik..yang sejuk beku ni kalo adik nak boleh gak". Perasaan wa berkecamuk. nak mencarut xreti.. " xpelah bagi saya bingka jagung ni singgit." setapak 2 wa jalan..

patut la cewek2 pandang. wa x zip seluar. cepat2 wa berlari..

Pakai baju kancinglah suasa-ni lagu sape?

Kisah tak kisah (Seputar Kuala Lumpur-1)

PUDURAYA- beberapa Januari : Wa kurang pasti knapa nama yang diberi adlah puduraya. Knape x bagi nama Ronda Kota ke, Fil in de blank ke, Alleycat ke..barulah punk skit. ah, ade wa kisah? cikgu Geografi x penah pulak nak ajar.

Ulat dan kutu mewarnai tempat ini ibarat cendawan berspora dalam kelmbapan.. sini dan
sinung ada kutu-mutu.. "tiket bang?", " balik mane dik?".. itu dialog yang biasa terkeluar dari
mulut berbau mereka. kenape tak tanye" dah makan belum?", takpun "Letih x berjalan dari LRT kesini?". bukankah ini lagi bersopan tersusun bunyinya?

"Xde kerje lain kah?" soklan ni pernah terpacul dari mulut wa..
" Nak kerja macamna? skang ni ekonomi gawat beb. itik pun jarang makan. Lagipun kalau kami x kerja begini, siapa lagi nak ganti?" jawap salah sorang ulat trsebut sambil mengibas2 poket seluar jeansnya. Ah, alasan belaka. campak pada ketinggian klcc bagus ni. Sape suh x main piano mase kecik2?

Sedang habis wa membeli belah tiket ke satu destinasi, wa lepak sambil menunggu bas. seperti biasa, Janji melayu. Wa xblh state nama syarikat bus trsebut . kang ade yang lipat sejadah.

mate dah x lalu nak memandang cewek2 yang lalu lintas. Yang bermain dibenak sekarang adalah pulang ke tempat asalmu. Sementara sibuk menunggu kedatangan bas, rase nak beli donat pun ade. jadi wa pun beli keropok cikedis 20 sen -'bin bin' >silinder jagung berlubang ditengahnya. Zaman gawat ish!.. manis betul rasanya. xdapat donut pun xpe..Dalam poket ade bebrapa not duit je. cuti2 xnak membanting tulang...

wa expect bill gate dulu jual pisang goreng jugak.

2B cont..new

Seorang aku. Selamat kenal..

Suka untuk wa ulang pernyataan dalam 1st entri wa sebab ramai yang belum kenal wa:

Kenal itu mengenali..

" Wa itu aku dalam bahasa lanun.. tapi wa xtau bahsa lanun.. wa orang biasa.. lu itu anda.. pembaca blog ini.. wa hidup sederhana, sebagai salah seorang rakyat.. Wa bukan anak Perdana Menteri (kalau betul wa dah x tulis blog.. wa mungkin tengah tidur).. Sekolah rendah , menengah area kampung2.. sampai bile wa nak berkampung?.. Pagi2 bukak mata. malam2 tutup.. lu tutup stengah boleh?.. dah.. xpayah kenal2 sangat. blog aje pun ni.. fantasi wa dalam realiti.. sape baca blog ni kalau x tinggal komen membina, wa cari sampai reban..

ya. xdinafikan lu dah banyak bace blog.. bersepah2 blog dalam dunia ni.. wa wat blog ni khas untuk menguji otak wa sendiri..kalau menguji otak lu, apa salahnya kan? xkan lu nak repot karam singh walaya.. wa dengki gak kat MakWok Potpet jual karpet dkat umah wa.. beliau boleh laksanakan blog, kenapa wa x boleh?

Lu nak suka ke x blog ni, tu terserah kepada minda lu.. yang wa tau, wa mau berblog.. wa nak chalange cikgu tadika wa.. konsep blog ni lu boleh katakan konsep ala2 indie..wa nak update, wa update. wa nak jaja, wa jaja.. yang penting kerjasama..


psstt: apehal buruk sangat gambar atas? Wa xreti sangat bab2 ni.. nanti lah.. sampai masa wa ganti yang lain.. "
-Ucapan dasar pertama wa pada 09/04/14 jam 1.41 am...

~~LU BACA DAN HAYATILAH BLOG NI SEBAIKNYA~~