Isnin, 25 April 2011

oranglidi dan motmot episod 5

Sempena dengan pertunangan Ustaz Amirul @ Ashraf Muslim, aku rasa nak buatla siket cerita yang berkait dengan dia dalam koblog aku ni. Walaupun bukan pelakon paling digemari aku, layan aja la..

So, tajuk episod 5 adalah "ashraf muslim....?".

Pesanan bagi yang belum biasa: Yang kepala besau tu watak Oranglidi dan yang budak kecil tu namanya Motmot.


unnamed 5

HAHAHAHAHA. kesian motmot.


sekian.

ps: trimas banyak2 bagi yg sudi hadir baca..

ps2: kalo mau cek lain lain punya episod, klik je kat segmen koblog tepi blog ni. bukan kena bayar pun. haha

Aplikasi: Ms Paint
Touchpad, mouse rosak siket.

Sabtu, 23 April 2011

oranglidi dan motmot episod 4




Selamat sejahtera dan selamat berhujong minggu wahai pembaca dan peneliti sekalian!
heheheh.

Sedar tak sedar sudah masuk episod ke 4 Koblog (Komik Blog) aku.. Mungkin ada yang belum baca yang edisi sebelum ni. Takpa, hangpa buleh tekan dekat entri-entri sebelum ni untuk cekidaut. Tak paksa pun haha.

Pesanan bagi yang belum biasa: Yang kepala besau tu watak Oranglidi dan yang budak kecil tu namanya Motmot.

Ok lah, episod kali ni bertajuk "ajaib macam gampang". Layaannn..

unnamed 4


ok lah, gampang gampang jugak. chowsimm..

Aplikasi: Ms Paint
Touchpad, mouse rosak.

Khamis, 21 April 2011

Selasa, 19 April 2011

Borbo Gila Korea.


Dia mungkin bengis seperti singa,
Tapi dia nangis tonton cerita Korea
-150 Juta, Fynn Jamal-

Lagu '150 Juta' nyanyian Fynn Jamal dipasang kuat-kuat. Dan rangkap itu sengaja diulang-ulang oleh Marzuki untuk menganjing Borbo yang selalu menangis tersedu bila menonton babak sedih drama-drama Korea. Daripada cerita lama seperti Lovers in Paris sampailah ke cerita-cerita terbaru seperti Dream High, semuanya dilayan Borbo. Tak ada satupun yang terlepas.

Borbo memang gila Korea. Kalau masuk ke bilik beliau, kau akan berasa seperti berada di negara Korea! Key chain, pelekat cermin, boxer, baju seluar, selimut, kain cadar, hanger, bedak, perfume, buku-buku Korea bahkan lantai pun di mozekkan dengan gaya Korea. Lagu-lagu Korea yang dia hapal tak payah cerita lah..

Itu belum termasuk bahagian makanan. Makanan Melayu sudah dipandang sinis je. Rasa nasik lemak pun dia dah terlupa. Paling koman Borbo akan makan mee dengan serbuk ramen. Sayur nak kimchi je. Fesyen baju, rambut dan janggut pun sebijik macam orang korea.

Facebook Borbo? Kalau kau tengok profile semua dah bertukar kepada tulisan Korea. Padahal Borbo ni duduk Kedah je. Bahasa Kedah pun tak khatam lagi. Hahahaha.

Borbo juga pernah bersumpah yang beliau akan mengahwini wanita Korea suatu hari nanti atas alasan anaknya nak dijadikan salah seorang idol daripada anggota kumpulan K-pop unggul Big Bung. Big Bung ni tak sah cerita la kehebatannya. Satu dunia pun kenal..


Itulah penangan Korea pada Borbo. Sampaikan Borbo pernah cuba menukar nama kepada Jung Ill Woo namun dihalang keras keluarganya.


Okehlah, aku rasa sampai disitu sahaja karangan tipu tipu dari aku. Renung-renungkan dan selamat beramal! Akhir kata, Bahasa Jiwa Bangsa. Mana tau satu hari nanti drama-drama Malaysia seperti Nur Kasih dan Ustaz Amirul digilai di Korea pulak. hahaha.
Sekian.

pst: dulu aku penah tgk cite winter sonata satu episod. disebabkan belajar di asrama aku tak leh la tengok sampai abeh.. haaha. satu lagi cite east of eden kat tv2.

pst: oh ya smua crita2 kat atas dan nama2 tu aku google je. hahaha.

Sabtu, 16 April 2011

Panorama Harian Sekitar Kita

Mak Sum: Awat la ketat sangat seluar dia tu Siti?

Siti: Bukan suar dah tu Mak Sum.. legging.

Mak Sum: Ish ish ish.. dah elok-elok pakai tudung, pakai 'liging' ? Macam sarung nangka dah Mak Sum tengok. Seghupe je tak pakai suar.

Siti: Legging Mak Sum.




yang ni leging pun tadak. tngah beli tudung aku rasa.


pst: teringat lak aku kat kaver album belenggu irama wings

Khamis, 14 April 2011

Projek Mikrosof Wed. "Huruf Muka"

Petang tadi aku dapat satu idea baru.. Idea yang tak dapat diterima akal tapi aku cuba implementasikan jugak.

Melukis guna huruf. ahaha. Kali ni aku guna Microsoft Word pulak. Benda ni memang memerlukan sdikit sabar.

hurufmuka

Itu je yang mampu. Kena kecikkan mata sikit kalo mau tengok hasilnya. Memang tak sempurna lukisan ni sbab susah nak adjust. Layan je lah labu.. Mana tau lepas ni aku guna Mikrosof eksel pulak. haaha

Isnin, 11 April 2011

Sambut Tanganku Kawan

Lepas match Arsenal menang 3-1, aku pun masuk ke bilik sambil buat-buat baca buku tanda gembira.

Tiba-tiba Putera Aftus mesej aku pasal hadiah. Aku pun baru teringat pasal aku join pertandingan untuk satu acara amal ni. Tema humanity atau kemanusiaan. Aku hantar last minit padahal lukisan tu belum siap. Seingat aku, lukisan ni lah paling rumit aku bikin.


Tambahan pula, bila aku tengok peserta laen, haram jadahla lukisan aku nak menang. Depa punya canggih canggih. Guna software itu ini. Aku pulak pakai MS Paint. Memang sakai habih. hahaha. Tapi tak apa le, dapat sijil penyertaan pun jadi la dok?

Sambut Tanganku Kawan

'Sambut Tanganku Kawan' yang aku kata paling rumit sebab dekat 3 hari aku bikin. Segala garisan aku zoom berpuluh puluh kali.

Penerangan lukisan: Seorang manusia tergapai-gapai dalam kesusahan memohon bantuan.

Berkat bantuan undian dari kengkawan, dapatla hadiah cikedis dan air tin. Alhamdulillah..
hahaha. TQ uols.


pst: seni bukan bahan jajaan.

Khamis, 7 April 2011

Mentaliti Ahmad Zakaria

Pada suatu senja, kelihatan seorang pemuda duduk-duduk di atas kerusi kayu panjang yang berada dibirai sebuah gerai. Ahmad Zakaria nama pemuda itu.

Gerai tersebut sudah banyak mengajar erti hidup baginya. Tempat jatuh dan bangun nya dia. Tempat warga tua melepak sambil bermain dam haji, kadang-kadang karom. Di sinilah juga tempatnya wakil rakyat berkempen bila tibanya pilihanraya. Tapi bila lepas pilihanraya, haram jadahlah mahu turun padang. Asyik duduk rumah memboyotkan perut anak bini.

Ayam-ayam sudah mula pulang ke reban masing-masing. Begitu juga segala hayawan bergelar kambing, biri-biri dan lembu kerbau. Semuanya mula mengorak langkah pulang setelah penat sehari suntuk membanting tulang mencari rezeki untuk anak istri.

Ahmad Zakaria memerhatikan gelagat haiwan-haiwan tadi dengan penuh penghayatan dan kekaguman. Seolah-olah Ahmad Zakaria mampu memahami tiap patah kata-kata haiwan itu. Matanya tajam memerhati makhluk yang tidak berakal namun teratur hidupnya itu.

"Ahmad Zakaria, tak nak ke mesjid ke?" ujar Abang Jabbar yang kelihatannya dalam perjalanan ke masjid. Ya lah, kalau orang berpakaian baju melayu, berkepiah, berkain pelikat dan tergantung sejadah mau ke mana lagi kan.

"Maghrib sudah dekat ni" sambung Abang Jabbar lagi.

"Masjid kat kampung kita ni orang PAS je boleh semayang bang.. Orang kuat UMNO kawkaw macam saya ni tak layak pergi." Terang Ahmad Zakaria sambil menguis-nguis kakinya di tanah, tanpa tujuan.



"Ish, Ahmad Zakaria , Ahmad Zakaria.. PAS ke, UMNO ke, KeAdilan ke, Perkasa ke, Perkeso ke, semua boleh pegi semayang lah. Masjid tu kan terbuka untuk orang Islam, rumah Dia. Cuma mahu pegi ke taknak. Itu je. Lagipun di masjid lah tempat kita sama-sama berkumpul, bersosial, membincangkan isu umat.. kalau pasal ceramah politik tu.. " tiba-tiba penerangan Abang Jabbar yang panjang lebar dipintas laju oleh Ahmad Zakaria.

"Terima kasih lah atas pelawaan abang tu. Nanti esok semayang jumaat saya pegi la. konfem" kata Ahmad Zakaria sambil berlalu pergi.


ol: sedap btul makan murtabak pasar malam tadi.

Isnin, 4 April 2011

fotosspeak

Tengah aku cek cek flickr, aku jumpe gambo-gambo yang lawa gilo. Kagum sungguh aku tengok gambo gambo ni. Uih, bestnye kalu dapat pegi tempat macam ni.

Åresjön


yang bawah ni gambar bulan

Under the Moon

bawah ni gambar fenomena aurora

Bursting Aurora

seorang awek sengih-sengih



seorang awek minum air kotak.

Bravo

hah, jauh gila beza kualiti dengan gamba dalam folder folder aku. hahaha. Subjek-subjek yang depa ni ambik memang mengandungi unsur estetika yang tinggi.

sapa-sapa ada flickr sndiri atau flickr yang boleh direkemen kat aku, sila share. aku nak tinjau.

Jumaat, 1 April 2011

The Sun's Gone Dim And The Sky's Turned Black, Cause I Loved Her And She Didn't Love Back.


Soundtrack untuk cerite World Invansion menangkap telinga aku. Aku pun search dan kemudian mendapati lagu berkenaan sangatlah pendek dia punya lirik.

Ni aje lah lirik dia:

The Sun's Gone Dim And The Sky's Turned Black,
Cause I Loved Her And She Didn't Love Back.

Ha.. Dua rangkap je. Macam pantun. Dan durasi lagu ni adalah 7minit! Diulang-ulang ayat di atas.

Tak percaya? Gugel je 'The Sun's Gone Dim And The Sky's Turned Black' oleh Johann Johannsson. Walaupun pendek, lirik dia sedikit sebanyak menyentuh jiwa. Lagu ni memang sedap didengar. Muzik die pun best.




Filem World Invansion: Battle of Los Angeles? Bagi aku jalan cerita dia menarik walaupun aku hairan kenapa asyik Amarika je kena serang dengan benda-benda pelik. Babak perang die pun membuatkan aku teringat pada game cs. Dah, cerita banyak-banyak nanti tak saspen plok.

ps: Cerita Sister's Keeper pun best.
ps: awek nasyid kat jusco ipoh tadi lawa