Jumaat, 31 Julai 2009

MY FIRST ENGLISH ENTRY~ lu reti ke inglish? haha!

FRIDAY- 31 JULAI@JULY 2009 Lokasyen: Tronoh mines (toronto)

(ah, tak jadilah buat entri inglish.. haha!)

akhirnya, pihak pengurusan UTP akur..
H1N1 dah merebak saraf secara serius.. wabak ni buleh tak merebak melalui blog?

(baek dapat B1N1 dari H1N1)

dengar cerita 90 orang lebih menjadi saspek kejadian (dikuarantin)..

wa dan beribu-ribu kawan dipaksa pulang kampung sebelum petang esok (sabtu)..

cilakak. cuti seminggu je padahal.

bagus jugak.. sebelum ada yang meninggal atau bertambah teruk dan pandemik (?), baik tutup je.
kalau tutup terus, kami boleh dikira engineer secara otomatik tak?

jadi, peria bahasa orang putih paling sesuai adalah:

'prevent is better than cure' (ke secure?)
.....

ke peribahasa ni lagi bertepatan?
> 'an apple a day, lama2 jadi mountain until the doctor cannot come tu my hause because the mountain is a big obstacle?'
-Grunge, ok x inglish wa? Hahaha! At least, worth to try man!

Itulah.. sbabtu termaktub dalam Quran hal2 pengharaman khinzir ni.. sape suh suka2 makan dan itu dan ini dengan haiwan yang kotor ni?!

psst: sori, wa tak reti inglish hari ini.

psst: wa tak tau hala tuju nak pulang ke mana. kadar tol bas dah naik mendadak
mentadu..

psst: najwa hazirah, wa nak tumpang rumah lu buleh?
dekat je kan? haha!

psst:oreeo, wa maafkan.


psst: wa tak tau boleh apdet ke tak bila duk rumah nanti. kalu rindu, miskol saja blog wa ni..~~

Rabu, 29 Julai 2009

Kisah Tak Kisah (Di Alam Buana)- Rafsanjani... Terbang Tinggi2...

sambungan entri sebelum ini....

Bilik wa mengandungi beberapa rakan sejawat dengan wa yang hebat2 belaka.. Pelempang naik didahi adalah pekara biasa.. Nyalaan rokok menggunakan 'spark plug' motor warden sudah menjadi lumrah hidup..Cuma time tahun SPM ni masing-masing enggan menunjukkan belang.. Andai ada yang menyalakan bara api kemarahan, AWASS LU!..
(AMARAN: Wa x hisap rokok sebab ia menjerumus ke arah kebinasaan badan)

Usai pemilihan ketua bilik, otomatiknya kami iktiraf diri sendiri menjadi MT.. Seperti biasa, Majlis Tertinggi hanya untuk 'Otai2'.. MT lah wajib memilih AJK serabut2.. Sedangkan kami tahu sangat.. MT takkan buat dah kerja2 menghias bilik selawa asrama puteri (pmpuan), gantung-gantung nama di kaki katil, cuci lantai, tampal nama di loker, lap kipas, adjust locker, kilatkan cermin tingkap, wax kasut kulit hitam, chek line kalau ade warden, chek kalau2 ade pengawas dan lain lain.

Rafsanjani menang mudah jawatan Ahli Jawatankuasa Kebersihan dan selaku Ketua untuk budak tingkatan 2. Tanggungjawab AJK Kebersihan adalah memantau dan sekaligus menjadi 'adik cleaner' bilik.. Dan pada malam pelantikan itu juga beliau mendapat panggilan baru setelah sesi 'brain scan dan brain storm'. 'Sanjay Dutt'. Hahaah.. Entah macamane geng2 wa boleh berfikir memberi gelaran tersebut. Hindustan sungguh baunya..

*******


Hari Jumaat, penghulu hari.. Merupakan hari bercuti hujung minggu buat sekolah2 negeri Terengganu dan sewaktu dengannya. Hari jumaat jugalah hari berehat sambil menyanyi, berehat sambil berdiri, berehat sambil makan makanan di koperasi, serta berehat sambil membasuh baju (seminggu tak membasuh adalah adat biasa).. Namun demikian, bukan semua merasai nikmat kerehatan.. Form 1 dan form 2 diwajibkan pergi menuntut ilmu Fardu Ain.. Form 3 hingga 5 menuntut fardu kifayah= rehat.

Selepas solat subuh dengan berjemaah yang ade sujud sejadah, masing-masing menyendiri. Hari tu wa melepak ditangga surau kalau-kalau ade cewek lalu . Biasanya jam 8 pagi adik-adik fom 1 dan fom 2 akan beransur-ansuran ke kelas untuk fardu ain..

Wa pun tak paham, asal nak pegi kelas je, pengawas buat pengumuman.. jadi, hari tu wa dapat idea bernas.. Wa meluru ke 'bilik gerakan pengawas' sambil buat announcement nada tinggi yang berbunyi:

"Assalamualaikum, baek sume tingkatan satu dan dua pegi kelas fardu ain awal-awal!! sebelum wa mengamuk cantas kepala sekor sekor! Kecuali adik-adik perempuan." Jerit wa pada mikrofon. Selepas tu wa tekan loceng kuat-kuat. Padan muka. (Jam baru tunjuk pukul 7.30pagi).

Semua budak huru hara.. Bertempiaran lari sana sini.. Wa dan beberapa kutu surau (surau dan bilik gerakan pengawas dekat saja..) terhegeh-hegeh gelak melihat kerenah budak2. Usai kerja-kerja amal tadi, wa mengambil keputusan untuk meronda-ronda asrama..

******

8.30 pagi..
Wa masuk bilik sendiri setelah penat ke sana ke mari.. wa bukak pintu, wa nampak beberapa orang sedang nyenyak tidur.. Wa ambik kamera usang, wa snap gambar sebagai bukti (walaupun zaman itu belum bergelar blogger lagi). Celaka. Semua 4 orang dibawah adalah budak tingkatan 2 yang wajib menghadiri fardu ain. Menghadiri fardu ain dalam mimpi agaknya..


dari kiri: ntah, ntah, Rafsanjani (tidur berkopiah sebagai tanda solat subuh tadi) dan ntah..
lu nampak hiasan di loker sana? itulah hasil kerja Sanjay. Wa agak terkilan kerana wa memang tidak ada gambar muka Sanjay. Tunggulah bila beliau dah ada frenster nanti.

Maaf, wa dah lupa nama kanak2 lain..

oh, cerita tak habis disitu...

Nampak saja mereka, wa sepak terajang sorang-sorang. Suruh cuci muka dan gosok gigi lebih kurang. Wa heret ke kelas masing-masing. Ustazah hanya mampu berterima kasih kepada wa. Malamnya seperti biasa.. Lu faham-faham sendiri.. 'sesi kenal-kenalan' namanya. Haha..


gambar nostalgia (sementara sahaja) : dari kiri.. wa- memenangi award 'pelajar prihatin' pada tahun itu.. mungkin kerana kes tadi barangkali.. dan jay-z (selaku guru pelempang dan pemberi hukuman kepada kanak2) memenangi 'anugerah bulan 3 K'
ya, hiasan locker adalah karya Sanjay..


psst: kenapalah bila wa buat anouncement Rafsanjani tidak sudi mematuhi? Padahal beliaulah harapan tingkatan 2 bilik kami. Cis!

psst: Kalau tak silap , Rafsanjani dan kawan-kawan akan menghidapi SPM sebagaimana kewajipan rakyat Malaysia yang lain pada tahun ini. Doakan yang terbaik untuk beliau dan semua calon2. Haha!

Isnin, 27 Julai 2009

Kisah Tak Kisah (Di Alam Buana)- Rafsanjani... Terbang Tinggi...

La.. Lirik salah rupanya.. Rajawali terbang tinggi.. itulah baru lagu M.Nasir..

Haha, wa bukan nak tercerita pasal M. Nasir mahupun seraut Rajawali. Wa mau cite pasal Rafsanjani.. Oh, bukan Akbar Hashemi Rafsanjani yang Presiden, Mujtahid atau ahli politik Iran tu..

Ini Rafsanjani, seorang junior wa. Beza umur kami, wa dah kurang ingat.. Kalau tak silap, wa SPM die baru tingkatan dua Einstein (Kelas paling belakang gamaknye)..

Mula masuk sekolah muka macam budak kampung biasa.. Rambut lurus kebawah dan pendek.. Time awal-awal macam biasalah.. Junior.. Perangai macam malaikat yang sepuluh.. Baik, alim, sopan santun, kentut tak berdesir, berdehem pun nak kena masuk jamban, lalu tepi abang-abang beri salam, malam-malam light off awal, baca al-Mulk beramai-ramai, membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang..

Itulah junior sekolah berasrama.. Rafsanjani tidak ketinggalan zaman. Die salah seorang pembodek senior. Segala keringat beliau curahkan kepada senior (ala, nak dapatkan kuasa imuniti kononnya..).

Bile Rafsanjani mula meningkat dewasa, yakni wa dan rakan seperjuangan naik tingkatan Pressure, pihak sekolah tiba-tiba mula membuat hal. Habis kucar-kacir hidup kami. Sedang mahu menikmati keamanan satu bilik dengan sesama form5 , pengetua menukar dasar.
'Dasar kependudukan pelajar'.

Tingkatan dua hingga lima semua dicampur aduk. Kononnya nak bersatu padu dan demi menegak 'sense of belonging'. Cilakak. Tingkatan satu punyalah best.. Bersenang lenang dalam bilik masing2. Cis! (Last2, macam biasa.. Form 1 la jugak yang kena 'menolong' kami.. heheh..)

Tanpa disedari, nama Rafsanjani termaktub dalam bilik wa. Hohoho!!
Apa lagi, wa dan beberapa geng seangkatan (yang sebilik) tersangatlah teruja.. Ada Rafsanjani, adalah 'adik angkat'.. heheh!!


(Untuk pengetahuan am, satu bilik memuatkan 20 remaja.)

~aik? bersambung?~


psst utama: sehari dua ni makan tomyam.. cik najwa hazirah halmi jangan melawan!

psst: wa rase wa pernah gak tak ber'menyambung' entri 'Hikayat Dua.. Pencari Belalang'. Haha.. Ada masa wa sambung la entri2 yang tak bersambung ni. ke cikgu siti nazirah khamsani nak sambung entri wa?


Jumaat, 24 Julai 2009

Hikayat 'Yahya Kailo' buatan Parit Raja

Jangan risau, tatkala menulis entri ini, wa masih bernapas.

Hikayat hari ini berkisar tentang lagenda yang anda semua belum pernah dengar.. samada di corong-corong radio, di kaca-kaca tivi, di dada-dada akhbar juga di bebelan tokok tambah makcik kiah ngok ngek..

Lu rase lu penah tengok cite A.L.O.N.G. mase dulu-dulu? Yang ade Angah, Achik dan Nana.. (ntah..). Lu x ingat? cih.. x koboi lu.. Tempias Dato' Siti Nurhaliza zaman tu sampai slot pembaca sifir pun dah jadi name Siti Sifir.. Kalau si Siti Sifir tu pakai cermin mata tinted hitam tu, wa rase nak tarik je rambut die. Setakat baca sipir 5 guna jelly warna-warni, wa pun lagi advance! Gune tangan pun buleh wei! Wa gune janjang aritmetik je.. Cilakak.. menipu kanak-kanak tak habis-habis.. Macamana keadaan Siti Sipir skang ye? ntah..

Aik? Tersasar pulak.. Slot paling wa minat dalam cite tu slot yang ade Hang Nadim tu.. Gaya nak geng-geng Hang Tuah.. ceh, lawan Hang Kebun pun kalah.. Ni wa nak cite sikit..

*****

Kelahiran: Tahun Hang 5 bersaudara...

Hang Nadim dan Hang Guk merupakan sahabat karib. Karib tu bukan name orang. Kata kerja barangkali.. Hang Guk memang baik. Suka menderma pada anak yatim walaupun die kadang-kadang habiskan harta buat beli senapang..

Hang Nadim: Hang Guk, tuan hamba nampak kacak sekali hari ini. Kalah orang di hutan.

Hang Guk: Hangguk sungguh tuan hamba! Hamba 'dressing' gaya petani pun tuan hamba katakan kacak? Ini mesti ada batu di sebalik udang.. Cuba jelaskan pada hamba.. Hamba tak reti mana bermadah helah ni. Kalau hamba boleh tolong, hamba 'try'..

Hang Nadim: Hahahah! Bagus tuan hamba.. Siap berbahasa portugis ya?. Tuan hamba seolah mengetahui hajat di hati hamba.. Ehem (sambil berdehem).. Hamba sebenarnya ingin meminjam jaket (yakni, baju) melayu tuan hamba.. Yang tuan hamba pakai untuk raya dulu.. Warna keemasan tu.. Cis..

Hang Guk: Ohhhh.. Jaket 'Yahya Kailo' buatan Parit Raja itu?? Memang cantik buatan tangannya dan halus di badan apabila memakainya.. Em, apa gerangan tuan hamba meminjamnya?

Hang Nadim: Hamba baru sahaja tamat menuntut ilmu persilatan cekak pinggang.. Jadi ada komiti silat mengadakan majlis pengijazahan dan parti penamat serba sedikit..

Hang Guk: Oh, kalau begitu, silakan tuan hamba.. silakan ambil dalam loker hamba..

Hang Nadim: Trimas Kasus wahai Hang Guk..






Endahkan katil bujang bercorak mesra itu


****
Kelahiran: abad 2009..

Wa belum pulangkan baju melayu 'Yahya Kailo' buatan Parit Raja kepada pemilik asalnya sehingga saat ini.. Dah 2 kali Hari Raya Aidilfitri wa buat macam baju wa. Wa juga dah lupa berapa ratus kali solat jumaat wa pakai baju tersebut.. Wa rase pemiliknya dah ada lambakan baju baru sehinggakan baju tersebut diserah sebulat suara kepada wa.. Yang maha peliknya, dulu baju diberi pinjam sekali pasang dengan seluar.. Tapi kini tinggal kenangan aja seluar itu..

Ha, nampak x? 'Yahya Kailo', kat bawah tu tercatit Parit Raja.. Hanger wa buat sendiri..

PSST: Woi! baju buatan Malaysia ini sangat best dipakai...Sesuai untuk belia 4b yang kental semangat buat baju Raya (buat baju berbuka puasa disamping terawikh pun enak).. Kalis rindu dan kalis pilu.. Bertunang haritu pun wa pakai baju yang sama..tapi dengan seluar jeans..

Adri Naha sihat?

Ahad, 19 Julai 2009

MATI ITU PASTI

PENULIS BLOG NI DAH 'MATI'

Rabu, 15 Julai 2009

oranglidi&cakapwa.. sebuah lagu untuklu

Tajuk Lagu: Oranglidi&Cakapwa

pelirik: oranglidi

penggubah lagu: juga oranglidi

penyusun vokal: ya, oranglidi

penyanyi: mestilah oranglidi .. er, kalu boleh wa mau lu semua bisa nyanyi sama2.. haha!

type: rock kapak.. indie boleh gak

jenis suara wajar diguna: Bass, kalu nak sedap wat harmoni ramai2 macam iklan TV3.
(Hafiz Izhar aka faizal tahir , lu jenis sore ape?)

syarikat rakaman: P'rocksiFar Entertainment dan Kawan-kawan SDN.BHD.


[slow start]

sekebun bunga nan berbuah..
setitik pasir kian berduri..
lepaskan saja!
lempangkan saja!
biar bernilai semula..

[korus speaking 1]

mahu wa, mahu lu,
mencoret bibir berbuih..
suapkan harta!
suapkan karya!
biar tenang mindalu..

[ulang korus 1 dengan dinamik lain]

[break, pastu slow semula]

dahulu wa oranglidi..
kini pun masih sebegini..
tiada sangka!
tiada nista!
suara tak menipu..

[korus speaking 2]

laguwa, lagulu,
sisipan sindir disini..
hapuskan duka !
hapuskan luka !
biar senang pikirlu..

[bunyi koir kanak-kanak]

cakapwa, cakaplu..

--tamat--

*Lagu berentak Ziana Zain ini dicipta petang tadi setelah mendapat ilham ketika mandi pagi di waktu petang. Lagu ini juga seolah-olah ditujukan kepada petugas-petugas Suruhanjaya Pilihan Raya kecil di Manek Urai, Kelantan.

psst: wa masih dalam perancangan lagi untuk menyiapkan beberapa lagu bakal meletup seperti 'Cinta Asparagus', 'Melambung Nuansa', 'Paradigma V4C-S3', 'P'RocksiFar', 'Kau Luku Hatiku', 'Kian Mustika', 'Penulis Buta', 'Hai Cik Masmuna' , 'Pen Merah Pen Ungu' dan lain-lain yang tidak dapat disebut disini.

blog wa dah ada lagu, blog lu bila lagi?

Isnin, 13 Julai 2009

Entri Brutal dan Panjang. Kisah Terrarossa dan Lidi.


Apahal gaya lu macam Naga Merah dalam buku2 kartun HongKong?

Tengah mata wa kabur-kabus, bapa wa mintak wa antor adik darjah 1 pegi skolah.. Jam melihatkan 6.40 a.m.. Bile dah pulang, rupanya famili wa dah siap nak antor adik wa sorang agi masuk maktab kat Selangor nun. Wa tergamam. Ya, wa di arahkan menjaga kanak-kanak darjah satu selama 2 hari berkuatkuasa Ahad.. Tinggal wa dengan die je. (Nasib bek budak ni independent skit.. xmanja2 sgt.)

Ada pro ada con bile dah jadi camni.. Pro: wa buleh test drifting menggunakan kereta auto, buleh online lame2, buleh melompat ke langit memetik bintang, buleh layan rock bising-bising di malam hari, buleh masak, buleh SMS undian kepada 'Black' Mentor, buleh habiskan tengok konsert search yang disimpan dalam laptop, buleh On Rindu dan lain-lain aktibiti.

Con(eja camna? xtau a pulak.) : Kene bangun awal2 di pagi dan ditengah hari utk hantar dan ambik budak sekolah, kene berlagak ke'abang'an, kene layan tv dengan budak dajah 1, kene masak pagi2, kene layan kerja sekolah tapi buat di rumah (beliau salah sorang mangsa PPSMI.. ), kene kemas rumah bagai nak rak dan lain2.. Lu penah kene begini? Brader John, wa rase ini lagi letih dari pegi ekspidisi.

Tiba-tiba balik skolah semalam beliau menunjukkan senarai barang kena bawak masa skolah (subjek seni).. Senarai barangan untuk buat layang2 bersaiz A4?.. Kenapa x wat saiz dompet terus? Kertas, benang, gam, gunting dan... 2 batang lidi satay??? (Wa dulu buat sendiri je woi.. sambil meraut buluh)..Wa mula gelabah sampai berpeluh kening.. mana nak cari lidi satay? Pada mulanya wa bajet nak guna batang lidi bunga telur (hahahaha!!) tapi sayang a pulak.. orang wat lawa2, takkan nak buang bunga tu.. barulah wa tersedar signifikannya nama orang lidi terhadap wa.

Wa buat keputusan drastik.. Malam tu wa bawak adik wa membonceng kereta mencari kedai satay.. haha! sambil menari, sambil minum air.. Padahal niat wa nak belasah satay gak. 40 minit mencari-cari kedai satay, last2 baru jumpe.. Dengan lantang wa kasi arahan ringkas,

"Satay bungkuh sepuloh riyal! Campor aduk a perise die deh? Ayang ke, daging lembu ke, kalu ade kubao wat a etek.. Nasik kapit jangang dok ingak!." **

**mafhumnya= "Satay bungkus spulus ringgit! Campur aduk lah perisa dia ok? Ayam ke, daging lembu ke, kalau ada kerbau buat lah juga. Nasi himpit usah dilupa!"

Sambil tunggu satay siap, wa dan adik pekena teh peng.. Bile dah siap, wa drive tru ke rumah.. dan hasilnya..


dari kiri: nasik kapit, kuah kacang dan satay terengganu yang enak
(kamera bersolusi tinggi-laptop punye kamera)


Tiba-tiba wa terpikir.. Cikgu nak 2 batang lidi je, tapi wa beli sampai 10 hinggit=20++ batang ? Ah, x kisah.. wa dan adik menikmati satay tanpa tekanan, sambil menyaksikan 'Mentor-final'. Last sekali, wa makan 90% itu satay sebab adik wa dah kenyang awal. Hahah!!

Malam tu wa donlod2 Video Clip Terra Rossa - Bunga Angkasa (dari youtube, wa donlod versi karoke n versi live mase Ali dah join Mpire) -dek kerana xmau tidur sebab bimbang a kalo2 esok bgn lewat, terponteng a adik wa. Inilah lagu paling best dalam hidup wa skang. (Terrarosa, lu rilek2 dah a.. err, yang jadi model pompuan dlm video clip karoke tu lu ke?). Ehem..Best gile sore Ali ni.. Mase darjah dua wa ingatkan Search nyanyi lagu ni.. Time tua sikit pun masih bisa 'tarik' cam zaman dulu.. Lu tak layan ini lagu? Lu memang ketinggalan. haha!


Ali meninggalkan Terrarossa, join XPDC dan join Mpire
(Gambar depan yang paling depan tu a Ali ketika usia tua sikit)


Jam dah tunjuk pukul 5.40 a.m.. wa terus mandi dan smayang subuh. Pakai baju ala kadar je.. Pegi dapur, wa masak 'nasik goreng daging masak kunyit orang bujang' yang wa namakan secara ringkas >Nasi Goreng Penangan Terrarossa- sempena kejayaan wa donlod video klipnya, berserta 'telur dadar digoreng dalam periuk'.. Tidak lupa 'teh peng oranglidi yang rasa macam durian sebab wa simpan dalam peti dan dalam peti ade durian'..
Pergh.. mengancam sungguh lauk pauk.



Dari kiri: 'Nasi Goreng Penangan Terra Rossa' dan 'telur dadar digoreng dalam periuk'
(Kamera laptop juga ni)

Wa kejut adik wa, suh siap2, brekfest.

"Sedap a masakan abang.. Air Durian peng pun sedap!"-kata dan puji adik wa secara jujur. Hambik lu!

psst: Ahaha.. apa pasal pandang2? Lu nak komen?. Sila2..

psst ke-2 : dah 91 ari blog ni dibukak (14 April-13 Julai 2009).. dalam 3 bulan.. 88 orang pollower (xtermasuk silent.r) setakat entri ni ditulis.. target awal 20 orang.. bermakna, 0.96703297 orang pollower sehari.. hmm.. trimas kasus sudi pollow penulisan amatur wa ni (pollower baru atau lama)! Lu semua memang best.

Ahad, 12 Julai 2009

Pengat pisang sangat manis , iyakah?

2012: Tahun ini 'Tahun Melawat-Lawat Russia'.. Wa tengah siap2 sukaneka kampung sebab wa incharge acara 'berlumba tarik timba dari perigi sambil menyelam minum air' (ade lagi perigi zaman ni? ciss).. Tiba-tiba dapat miss call dari blogger.

"Woi! dah sampai masanya! cepat lah, nanti lambat.." wa pun putuskan miss call itu serta dan merta.. Suare dahla tak sedap.. Sedap suara pokok nyiur lagi, getus hati wa.. Ah, alang-alang dah ade kat sawah padi ni, apa salahnya wa menjejak kaki ke kolumpu sekali sekala?.

Hati Juhaizi Sameon bergelojak-gelojuk nak mempollow wa ke kolumpo. Sekali sekala terserlah gigi rongak beliau.. Umur baru 10 tahun. Anak kampung sejati. Macam wa.. Wa ambik 'sikat tak pernah guna' kat kocek belakang suar askar wa. Wa sikat rambut Juhaizi Sameon ke belakang.. Kadang-kadang terjumpa 2-3 urat uban.. pelik.. Kutu takde, ribut pun xde, kenapa uban bisa tumbuh mekar?? Wa cabut kasi kucing makan itu uban.. Lahap je Tomik-Timok makan.. Dah 14 ari xmakan kot..

"Jom Juhaizi! Gi Kolumpo! Cuti2 sekolah gini tak elok menghadap buku je! Lembu pun berhijrah kekota waktu2 begini." Ujar wa dengan tegas..

"Kolumpo? Nak! Nak! Nak!" (penat btul taip 'Nak!' sebanyak 4 kali ni..) Jawap Juhaizi Sameon sambil bermuka redup.

Peluh memercik didahi wa akibat letih menyediakan logistik2 pertandingan yang bakal berlangsung karang.. Juhaizi cuba mengelap peluh wa dengan stokinnya.. Bodek a tu!.. Wa menepis secara baik. Bunyi "Ketakk! Kertakk!" jari jemari Juhaizi mengingatkan wa pada perjumpaan blogger tahun lepas. Tak best langsung. Sebab tu wa ambil alih acara tersebut tahun ni. Tempah gerai mamak, tempah penyanyi jalanan 2-3 band, tempah itu dan ini. Tema wa mudah. " Haa? Lu Blogger Ke? Hahaha!".. Tak payah nak wat cam taun lepas. "Disini kita reveal".. xke garau bunyi tu?

Tiba-tiba satu persoalan menyinggap, menerjah, meluku di benak wa.. " Ei, Juhaizi! Keja sekolah lu dah siap belum!?". Juhaizi langsung mencelah " Erk, keja skolah banyak a jugak brader! Sains dan Teknologi (ST) ade 2-3 sub topik kena selesai, Matematik Dalam BM (MDBM) ade 26 persamaan serentak, Kejururawatan (KJRRWTN) ade 5 soalan esei, Kimia Untuk darjah Empat (KUD4) ade dalam 13 juta formula kena reka cipta, Programming ade 9 projek, dan.. er.. inglish atau dikenali bahasa penjajah (BI) ade 3 soalan objektif je.."

"Ok, lu takyah buat inglish. Yang laen2 wa buleh tolong." Kata wa pada mangsa PPSMI. Kesian.. kecik2 dah beruban.. inilah penangan kekeliruan PPSMI.. inilah bangsa wa dan bangsa lu juga. Naseb bek 2003 wa dah menjengah sekolah menengah ( wa memang dah x stuju dari dulu.. tapi wa wat senyap2 je..).

Hahaha!!

tajuk - Pengat Pisang Sangat Manis, Iya? (PPSMI)

psst: dah takde idea, sori banyak2.. mekasih sudi memberi semangat kepada wa utk entri sbelum ini!

psst 2: ni xde kena mngena hidup bahkan meninggal.. nama rekaan semata2.. fakta ntah betul ke tidak.. ini pandangan wa je.. lu ade pandangan? hah, tulis dlm blog lu sndiri.

Ahad, 5 Julai 2009

Hospital ibarat Taman Permainan Wa.. Kadang2 Masuk, Kadang2 Keluar.

1997 ....(yeke? dah x ingat lah lantak la)..

Zaman ni wa belum baligh dan separa mummayiz.. Appointmen dengan dokter memang mengdissapointkan hati.. Wa yang masih kecil dipaksa masuk Hospital Besar K.Trengganu (kini HSultanah Nur Zahirah).. Untuk satu operasi (dalam inglish sebut operation)= pembedahan.. Wa sakit hati betul. Dahlah kerja sekolah rendah bertimbun-timbun. PTS dah dekat.. Tanggungjawab terhadap keluarga pun belum selesai, apatah lagi terhadap bangsa.. -Ciss..

Hospital- Katil memang untuk pengemis. Nyamuk memenuhi segenap ruang angkasa.. Kadang-kadang wa nyanyikan lagu Cinta Bandar Tasik Selatan by Olan untuk meredakan hati yang terguris dek kerenah birokrasi.. Yang speselnye, wa duk dalam ward bersama2 orang dewasa (jadi, nurse pun mestilah dewasa kan? haha.).. Tiba-tiba ade 2 orang lagi kanak-kanak sebaya wa masuk ward dan kami ditempatkan betul-betul di satu bahagian.. Nama budak tu wa ingat sampai hari ni. Saleh dan Anaki. Mereka ni lah menjadi teman sepermainan wa. Bayangkan, 3 minggu di hospital woi!

Kami semakin hari semakin serasi.. Anaki jenis galak-galak sikit.. Suka mengorat akak nurse yang muka pesen zaman 90 an.. Wa dan Saleh lebih menumpu kepada komponen2 robot Power Ranger dan kereta Dash Shun Kuro.. Kami maen sampai tak ingat bahawa itu adalah sebuah hospital (kerajaan).. Dah sampai satu tahap, akak2 nurse menggelarkan kami Do Re Min.. Wa rase nak muntah je. X macho langsung. Kalau bagi nama bunga2 di taman lagi bagus.

2-3 hari sebelum operation.. Kami bertiga rasa agak gatal2 tekak nak melantak ayam KFC.. Lu tau x, sebelum kena oprate ni, kami dikehendaki puasa.. Celaka.. nasib baek wa ingat lagi yang dekat area bawah HBKT ni ade sebuah KFC (dulu hanya satu-satunya cawangan di KT.. siap ada swiming pool)... Jadi, selaku satu-satunya orang yang ada pen dan kertas, wa menjalankan tanggungjawab pelukis pelan dan pengurus projek.. Wa lukis lawa2.. area KFC dan segala macam.. siap ada gambo matahari terbenam di Pantai Batu Burok dan ada gambar burung2 sedang terbang di awanan.. Bila dah siap, wa buat pembentangan idea.. dibantu Anaki.. Saleh mengangguk2 setuju je..

Malam dah tiba.. masanya untuk pelaksanaan tugas.. wa ingat mau dressing gaya abang-abang, tapi tinggi pun tak sampai paras pinggang akak nurse lagi, jadi wa pakai je lah baju singlet.. Segalanya berjalan lancar.. Akak ketua nurse yang jaga bahagian wad terlepas pandang kami.. Agak mencabar kerje nih.. Tiba di satu persimpangan, kami buntu.. Malam tu kami tidur macam biasa sambil mengurut tekak.

Cilakak.. kenapa peta wa lukis tu ada gambar sebuah bangunan hospital dan KFC je? kenapa wa tak lukis pelan dari atas? Barulah boleh tau kat mane lif!

psst: kami selamat dibedah dan wa dah x jumpa 2 orang kawan tu sampai kini. Dewasa ini baru wa tahu yang hospital ni ada masa melawatnya. So, ade pak guard lah kat pintu masuk dan kuar? (kfc 24 jam ke?)

psst 2: Jomlah join blog menulis ni: tulis indie ... banyak paedahnya.. lu boleh karang apa sahaja disana woi! Wa dah join, lu bila lagi?

Khamis, 2 Julai 2009

Ntah

ntah.

Rabu, 1 Julai 2009

MHI PANGGIL WA UNTUK SLOT 'BLOGGER'.. NAK PEGI X?'

Semalam wa dapat call dari pengacara MHI paling wa salute, Ally Iskandar.. Wa layan MHI ni sejak zaman Aziz Desa jadi pengacara.. (Slot paling wa gemar dulu slot Jejak Kasih) Skang MHI jadi best sebab stiap pagi mesti ade slot rumusan buku.. Pergh.. depa ni memang rajin membaca (Peribahasa: Kutu Buku).. Terutama si Fedtri Yahya tu.. Dahla cakap kencang tanpa aral melintang.. Sikit2 mesti tersembur idea2 dari buku yang baru mereka baca (Example: Quote- buku Simplicity by Edward De Bono la, buku Cakapwa lah, buku Tombiruo lah..).. Wa zaman sekolah-sekolah kampung dulu slalu menipu dalam projek NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca), jadi wa kurang sikit idea2 nak membaca.. haha.. kalau x dah abes buku Plato-The art of Philosopi (ade ke? ke The Art of War?) wa bace..

Okeh sambung cite, Ally Iskandar ni wa memang kenal sebab rumah die memang dekat umah wa.. Kalau nasib baek, hari raya tu bertandanglah die ke rumah wa.. Die call wa tanye sbab ape wa x join Facebook, sebab nak suh wa join Group FaceBook MHI .. wa jawap mudah je.. Wa nak concentrate Blog. Boleh? hah.. ambik lu Ally.. jadi Alleycat lu sekejap.

Tibe2 die bagi soalan Melodi.. Kenape wa tak buat entri pasal Maikel Jeksen.. So, wa pun nak buat lah ni.. Maikel Jaksen wa tak kenal sangat, yang wa tau dari kecik wa dididik yang Maikel Jeksen ni ambik kulit orang putih yang dah mati untuk salut kat kulit die.. Wa tak pecaye mane..

Tapi wa sangat ingat jasa beliau dalam subjek sains.. Sebab nama dielah wa hapal rumus kaler2 dalam pelangi mengikut turutan (Nasib bek zaman ni PPSMI xwujud lagi.. kalu x tertunggang langgang wa nak hapal)..

M- Maikel : Merah
J- Jaksen : Jingga
K- Kena : Kuning
H- Halau : Hijau
B- Balik : Biru
I- India : Indigo
U- Utara : Ungu

(tak dinafikan, wa men letak je kaler2 hurup diatas.. rabun warnalah.. dan wa dulu kadang2 konpius gak.. I tu untuk Indigo ke Itam?? pelangi xde ke kaler itam?)

Al-Fatihah buat beliau..

psst: Betul ke Maikel Jaksen asal India Utara? sampai sekarang wa konpius..
dan Wa tak tau sape cipta rumus ni, wa hapal je lah..

psst kedua: Atas nasihat lu semua, wa dah pulangkan gelas aritu.. Akak tu bagi senyuman je.. Puji wa barangkali..