Memaparkan catatan dengan label haha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label haha. Papar semua catatan

Sabtu, 26 November 2011

Hopeless, Not Sleepless.


Dan janganlah terlalu mengharap yang lebih.


Apa ke taik tajuk tu aku pun taktau. haha.
puah hati karok tarik lagu dipenjara janji. kih3.

Khamis, 15 September 2011

Enable the Disable

Perubahan itu bukan semudah mengklik tetikus pada ikon - 'disable' kepada 'enable'. Ia memerlukan usaha.

Berenigma sungguh.

Isnin, 5 September 2011

Blur

Fuih.. blur syial.

lepas raye je mesti blur.. bukan blur kamera tu.
jari jadi tak reti menulih. rasa mcam nak tulih sesuatu. tapi blur cam gampang.
pasai apa ha?

kalah 8-2 tu satu hal.

Bukan apa, raya ni membuatkan aku terpana pada kehebatan hariraya. boleh tengok pelbagai gelagat. taktau mana satu nak dikisahkan. huh.

Mase raya ni la kita boleh tengok perkembangan seseorang tu kan. Lama tak jumpa tiba-tiba , aik? dah jadi lawyer, dah jadi drebar, dah abih belajar, dah kawen 4 dan laen-laen lagi wok.

Cuma aku boleh simpulkan, yang kita-kita ni ibarat tanaman. Masa kecik mak bapak semai benih, pelihara elok elok, kasi baja, siram, gunting daun mati dan macam-macam. Bila dah masak, boleh kutip hasil tanaman tu. Perkaitannya, kalau anak tu dah jadi 'somebody', makbapak boleh la jugak duk bangga-bangga masa duk bersalam raya tu. Ye lah, merasa la sket kebagusan anaknye tu.

Contohnye:"Ha Pak Samad, (sambil bersalam raya) ini la anak saya. Belajar kat Universiti di Australia nu. Taun lepas masuk la slot salam perantauan dalam Utusan nu.. Skarang dah jadi dokter pakar sakit jiwa. Kalau rasa-rasa sakit jiwa tu boleh la mai klinik dia."

Kalau yang tak bernasib baek macamna la agaknya ya? Entoh.. Mungkin hanya mampu sekadar berdiam diri sambil menyuap kuih raya dan menghirup air sirap.

Senario-senario ni menyebabkan aku terpikir la sket.. Ape la keadaan hidup aku kelak? Hehe.. Entahla. Mungkin seorang petani? Atau tukang rumah? Atau mungkin pesawah? Atau pemburu burung liar tegar? Atau pencari cicak tokek?

Oh, sebelum tersasar mungkin aku patut ucapkan tahniah pada member2, sdara2 dan smua yang baru mendirikan rumahtangga. semoga bahgia lah. aku pun baru first time bergelar brader in law ni.

okeh, chow. haha. Takpayah komen pun kalau tak paham entri ini. Ini sekadar coretan setelah menonton crita cinta 120km/j. Pejadah.

Trima kasih sudi baca. Dan juga berjuta trima kasih bagi yang tersinggah blog aku ni.


first entri untuk september. macam tak masuk je. ceh..

Sabtu, 20 Ogos 2011

Fukkenlol dot blogspot

Kalu ada masa lapang, aku suke bace komik2 lawak macam gampang di blog Fuubook. Untuk yang belum tau tu, fuubook ni macam blog@web yang berkongsi komik2 dari pelbagai bloger dan pelukis. Pengasas dia Ayeem Ayam. Semua kenal rasanya.

Tadi aku selak-selak blog FUUUBOOK, aku baca latest komik dia. Seraya aku berkata 'demn, lawak syial'..

pelukis dia: QIRAF memang aku salut la hasil kerja 'Fukken Comix' dia. hahaa. Idea memang bernas. Layout blog dia mengingatkan aku kepada Blogserius.

Ni antara karya2 beliau.



***********************************************************************************




Hahaha.. so apa tunggu lagi, gi le singgah blog dia.

Jumaat, 12 Mac 2010

Edisi Wartawan Jalanan: KEMBAR YANG AKHIRNYA BERTEMU

TORONTO 9 Mac :Hari pertandingan nasyid lalu menyaksikan suatu peristiwa yang penuh menghayat perasaan telah berlaku. Vokalis nasyid kumpulan IN-SAFF akhirnya bertemu kembali kembar yang terpisah sejak 20 tahun lalu. Hafiz atau nama panggilannya , Apek dipercayai adalah adik kembar kepada Adzrad, seorang pelajar ASWARA seperti tercatat di dalam majalah DARA keluaran November 2009.

Mohd Pirdaus, Zulfaheem, Azrie, Amiruddin, Farid Shafri serta Shafuan yang dihadiahkan buku majalah 'Dara' di pintu masuk dewan pertandingan nasyid telah tersentak bagaikan terkena kejutan elektrik apabila membaca muka surat 85 dan 130. Ini berikutan penemuan wajah Adzrad yang dikatakan sebijik macam muka Apek yakni kawan sekelas mereka.





Majalah DARA yang dikatakan berkait rapat dengan kejadian



Wajah Azrad yang saya snap dalam majalah DARA.



HA! SAMA KAN? KAN???


Kening, mulut, misai, dahi, mata, juntaian rambut, hidung dan senyuman mereka dikatakan memang sama secara total.


Senyuman dari jauh..

Kegembiraan setelah bertemu saudara kembar yang lama terpisah.


Kita lihat apa komen kawan-kawan beliau.

"Wajah mereka saling tak tumpah!"- ujar MrF selaku teman rapat.

"Aku sangkakan akulah kembar beliau selama ni.. Rupanya orang lain. Aku kembar pada nama mungkin."-Apek putih


"Seperti bebunga ini, mereka mempunyai iras-iras."-Abang Daud


"Tak boleh disangkal lagi dah"- Shafuan.


"Akhirnya roomate aku bertemu kembarnya. Tahniah bro!"- C-men.

Menjawap spekulasi dan ura-ura yang mengatakan mereka adik-beradik, Apek berkata yang beliau akan melanjutkan penyiasatan dengan menguji DNA dan bertemu dua mata dengan Adzrad untuk mensahihkan lagi berita sensasi ini.

Sekian dari saya, wartawan Terjun! MELOLIDI..

tut tutt: Ni baru ada dua, lagi lima. Thiery henry mungkin salah seorang. Hhaahhaahahah.

Jumaat, 22 Januari 2010

Bila kejora merajuk, layulah unggas dirimba

Sedang wa memakaikan gelang getah pada kaki seluar trek, tiba-tiba wa rindu suara Maria Mahtijo yakni pembaca berita dalam redio rtm tu..

Eh, silap. Sebenarnya begini, sedang wa memakai gelang getah tu, tiba-tiba terpacul sebuah lagu dari mulut wa

"Si Capik, Bijak, Tempang dan capik.." laju semacam wa nyanyi itu lagu .

celaka.


psst: Tangan duk kat keyboard ni dah lama, tapi tak tahu nak taip ape. hehehe. Sikit pun dak pe lah kan?

ape jadah wa boleh terlupa beli bedak Carrie Junior?

Ahad, 13 Disember 2009

Rukhsah Dalam Bercinta.

Ade sape-sape tahu rukhsah dalam bercinta? Tolong beritahu sikit. Wa nak buat buku motibasi. Tajuk dia 'Rukhsah dalam Bercinta.'.

Hari tu wa nyaris-nyaris jugak buat buku tajuk 'Rukhsah dalam Solat', tapi tak de TAULIAH la pulak.

Contoh rukhsah yang wa boleh bagi adalah seperti berikut:

>pakwe boleh mencari makwe 'spare'
>makwe boleh pergi main tunggang kuda depan shoping kompleks dengan kawan-kawan sekelas beliau
>makwe boleh memakai perfume yang disukai diri sendiri.

Sila beri idea sekreatif mungkin. Hahaha. Nanti wa quote kata-kata lu.

Hahahah..

psst: Rukhsah = kelonggaran. Mungkin? Ke ada makna lain brader & sis yang blajar bahasa dan nahu arab?

psst berfakta penting! :
Taman Rashidah Utama bertempat di Terengganu (Marang) , manakala Taman Astakona di Melaka Darul Khusus (Ke xde darul?). Kesimpulannya, kumpulan Rockers kapak dah lama mengalun-alun tentang bercuti-cuti di dalam Malaysia. Cinta Pantai Merdeka (Tropika) dan Cinta Bandar Tasik Selatan (Olan) contohnya.

Rabu, 21 Oktober 2009

ENTRI TIBA TIBA.. SAPE CEPAT DIE DAPAT 2..

Seperti biasa, blog ni akan ada entri tiba-tiba. lpas tu di delete dengan secepat mungkin untuk hilangkan bukti.

skang ni lidah wa terngiang2 rase nak pekena air kokonat shake. yang kelapa dikisar bersama ais dan susu pekat manis. letak eskem vanila sebagai perasa dahsyat.. cis..

Rabu, 14 Oktober 2009

garuda hilang sayap

Kepala tengah berserabut skarang. Ya, sedih tahap garuda hilang sayap. Lu ingat lu sorang je reti sedih? Nasib baek wa jenis 'Tangisan dalam ketawa'- macam lirik lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi by Damasutra.

Baik lu baca entri ni sambil dengar lagu ni.

Sekuntum Bunga Sakura diGurun Sahara.- by Mega.

Engkaulah sekuntum bunga sakura
Mekarmu di tempat indah dan dingin
Dan aku bagaikan padang pasir di Gurun Sahara
Oh.. panas dan kering
Tiada apa nak ku bangga

Kau pastikan layu disampingku
Oh Sakura

Pulanglah sayang
Ke tempat asalmu
Di sini kuragukan
Kejelitaanmu kan jadi debu

Jangan kau sandarkan cinta padaku
Oh Sakura

Jangan kau fikirkan
Kerana cinta
Gurun Sahara
Akan menjadi hutan rimba

Pulanglah sahaja
Wahai gadisku
Oh... Sakura



ok? chow. wa ada ujian ni. laen2 lagu dalam playlist skarang ialah Salam sejahtera, setuhan kecundang (ekamatra), tragedi oktober (wings), Di dalam Sepi itu (Sudirman) Sekuntum bunga sakura di gurun sahara (mega), Umpama mimpi dalam mimpi (damasutra), sejati (wings), dan lain lain yang x dapat dinyatakan.. haha.

Sape x paham sila check lirik2 lagu tu. haha. hashhuum!

dah2, ujung minggu ni bawak diri ke singapore.

Ahad, 6 September 2009

APE KE BENDA MAEN TUTOP2 BLOG NI?

Apdet: Konstraksyen bermula semula.. demi memeriahkan blog ni..


oh, blog ini ditutup sementara haritu sebab ade konstraksyen sikit. (konon2nya..lah ) Ramai sangat ade template macam blog wa yang sbelum ni.. jadi wa adjust sikit2. haha.. padahal tkar template yang dah sedia ade je.

Oh, jangan salah anggap pulak. Dalam tempoh tutup, wa xde pun invite2 sesape utk membaca blog ni. Hanya wa. Jangan sedih medih sangat, nanti merana jiwa.

PESANAN: Dalam pada masa wa bermain-main dengan template, tanpa disedari wa dah merosakkan sesuatu yang penting dalam blog ni.. yakni.. LINK LU SEMUA!

jangan terasa hati dulu.. lu tinggalkan je alamat blog lu .. nanti wa link balik.. susah2.. nak goreng tomato x de lah sepayah maen blog ni kan? ceh...

Ahad, 12 Julai 2009

Pengat pisang sangat manis , iyakah?

2012: Tahun ini 'Tahun Melawat-Lawat Russia'.. Wa tengah siap2 sukaneka kampung sebab wa incharge acara 'berlumba tarik timba dari perigi sambil menyelam minum air' (ade lagi perigi zaman ni? ciss).. Tiba-tiba dapat miss call dari blogger.

"Woi! dah sampai masanya! cepat lah, nanti lambat.." wa pun putuskan miss call itu serta dan merta.. Suare dahla tak sedap.. Sedap suara pokok nyiur lagi, getus hati wa.. Ah, alang-alang dah ade kat sawah padi ni, apa salahnya wa menjejak kaki ke kolumpu sekali sekala?.

Hati Juhaizi Sameon bergelojak-gelojuk nak mempollow wa ke kolumpo. Sekali sekala terserlah gigi rongak beliau.. Umur baru 10 tahun. Anak kampung sejati. Macam wa.. Wa ambik 'sikat tak pernah guna' kat kocek belakang suar askar wa. Wa sikat rambut Juhaizi Sameon ke belakang.. Kadang-kadang terjumpa 2-3 urat uban.. pelik.. Kutu takde, ribut pun xde, kenapa uban bisa tumbuh mekar?? Wa cabut kasi kucing makan itu uban.. Lahap je Tomik-Timok makan.. Dah 14 ari xmakan kot..

"Jom Juhaizi! Gi Kolumpo! Cuti2 sekolah gini tak elok menghadap buku je! Lembu pun berhijrah kekota waktu2 begini." Ujar wa dengan tegas..

"Kolumpo? Nak! Nak! Nak!" (penat btul taip 'Nak!' sebanyak 4 kali ni..) Jawap Juhaizi Sameon sambil bermuka redup.

Peluh memercik didahi wa akibat letih menyediakan logistik2 pertandingan yang bakal berlangsung karang.. Juhaizi cuba mengelap peluh wa dengan stokinnya.. Bodek a tu!.. Wa menepis secara baik. Bunyi "Ketakk! Kertakk!" jari jemari Juhaizi mengingatkan wa pada perjumpaan blogger tahun lepas. Tak best langsung. Sebab tu wa ambil alih acara tersebut tahun ni. Tempah gerai mamak, tempah penyanyi jalanan 2-3 band, tempah itu dan ini. Tema wa mudah. " Haa? Lu Blogger Ke? Hahaha!".. Tak payah nak wat cam taun lepas. "Disini kita reveal".. xke garau bunyi tu?

Tiba-tiba satu persoalan menyinggap, menerjah, meluku di benak wa.. " Ei, Juhaizi! Keja sekolah lu dah siap belum!?". Juhaizi langsung mencelah " Erk, keja skolah banyak a jugak brader! Sains dan Teknologi (ST) ade 2-3 sub topik kena selesai, Matematik Dalam BM (MDBM) ade 26 persamaan serentak, Kejururawatan (KJRRWTN) ade 5 soalan esei, Kimia Untuk darjah Empat (KUD4) ade dalam 13 juta formula kena reka cipta, Programming ade 9 projek, dan.. er.. inglish atau dikenali bahasa penjajah (BI) ade 3 soalan objektif je.."

"Ok, lu takyah buat inglish. Yang laen2 wa buleh tolong." Kata wa pada mangsa PPSMI. Kesian.. kecik2 dah beruban.. inilah penangan kekeliruan PPSMI.. inilah bangsa wa dan bangsa lu juga. Naseb bek 2003 wa dah menjengah sekolah menengah ( wa memang dah x stuju dari dulu.. tapi wa wat senyap2 je..).

Hahaha!!

tajuk - Pengat Pisang Sangat Manis, Iya? (PPSMI)

psst: dah takde idea, sori banyak2.. mekasih sudi memberi semangat kepada wa utk entri sbelum ini!

psst 2: ni xde kena mngena hidup bahkan meninggal.. nama rekaan semata2.. fakta ntah betul ke tidak.. ini pandangan wa je.. lu ade pandangan? hah, tulis dlm blog lu sndiri.

Khamis, 2 Julai 2009

Ntah

ntah.

Rabu, 1 Julai 2009

MHI PANGGIL WA UNTUK SLOT 'BLOGGER'.. NAK PEGI X?'

Semalam wa dapat call dari pengacara MHI paling wa salute, Ally Iskandar.. Wa layan MHI ni sejak zaman Aziz Desa jadi pengacara.. (Slot paling wa gemar dulu slot Jejak Kasih) Skang MHI jadi best sebab stiap pagi mesti ade slot rumusan buku.. Pergh.. depa ni memang rajin membaca (Peribahasa: Kutu Buku).. Terutama si Fedtri Yahya tu.. Dahla cakap kencang tanpa aral melintang.. Sikit2 mesti tersembur idea2 dari buku yang baru mereka baca (Example: Quote- buku Simplicity by Edward De Bono la, buku Cakapwa lah, buku Tombiruo lah..).. Wa zaman sekolah-sekolah kampung dulu slalu menipu dalam projek NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca), jadi wa kurang sikit idea2 nak membaca.. haha.. kalau x dah abes buku Plato-The art of Philosopi (ade ke? ke The Art of War?) wa bace..

Okeh sambung cite, Ally Iskandar ni wa memang kenal sebab rumah die memang dekat umah wa.. Kalau nasib baek, hari raya tu bertandanglah die ke rumah wa.. Die call wa tanye sbab ape wa x join Facebook, sebab nak suh wa join Group FaceBook MHI .. wa jawap mudah je.. Wa nak concentrate Blog. Boleh? hah.. ambik lu Ally.. jadi Alleycat lu sekejap.

Tibe2 die bagi soalan Melodi.. Kenape wa tak buat entri pasal Maikel Jeksen.. So, wa pun nak buat lah ni.. Maikel Jaksen wa tak kenal sangat, yang wa tau dari kecik wa dididik yang Maikel Jeksen ni ambik kulit orang putih yang dah mati untuk salut kat kulit die.. Wa tak pecaye mane..

Tapi wa sangat ingat jasa beliau dalam subjek sains.. Sebab nama dielah wa hapal rumus kaler2 dalam pelangi mengikut turutan (Nasib bek zaman ni PPSMI xwujud lagi.. kalu x tertunggang langgang wa nak hapal)..

M- Maikel : Merah
J- Jaksen : Jingga
K- Kena : Kuning
H- Halau : Hijau
B- Balik : Biru
I- India : Indigo
U- Utara : Ungu

(tak dinafikan, wa men letak je kaler2 hurup diatas.. rabun warnalah.. dan wa dulu kadang2 konpius gak.. I tu untuk Indigo ke Itam?? pelangi xde ke kaler itam?)

Al-Fatihah buat beliau..

psst: Betul ke Maikel Jaksen asal India Utara? sampai sekarang wa konpius..
dan Wa tak tau sape cipta rumus ni, wa hapal je lah..

psst kedua: Atas nasihat lu semua, wa dah pulangkan gelas aritu.. Akak tu bagi senyuman je.. Puji wa barangkali..

Jumaat, 26 Jun 2009

Kartun Paling Wa Suka : Kappa Mikey


gambar skuad Lilymu semasa berlakon.. cuba bezakan dengan gambar yang bawah

Kali pertama wa tengok cite ni wa rase ada chemistry yang sangat bagus dengan wa.. Sebuah kisah kartun yang memahami jiwa-jiwa pendahaga karya seni.. Wa tau ade ramai orang dah kenal benar cite ni.. ala tv 9 slalu tayang ptang2..

Tapi wa nak cite jugak sebab wa sangat minati kartun ni! Sebenarnya depa ni semua pelakon dalam cite Lilymu.. (macam crita bingkai-cerita dalam cerita..).. Biase bebrapa minit awal tu depa tayangkan episod cite yang depa berlakun.. dalam 2-3 minit..

Skuad Lilymu ade bberapa ahli, Mikey Simon, Mitsuki dan Lily serta anjing sengal, Guano.. Si Gonard pulak watak paling jahat kononnya- dalam lakonan.. (dalam lakonan boleh je serius, tapi bile blakang set, macam sampah).. Skuad Lilymu ni kire macam Power rangers, Jetmen dan macam2 lagi.. Boleh dianggap penyelamat bumi.. Tapi bile beberapa minit mereka berlakon, pasti ade je menda yang berlaku untuk menghalang habisnya lakonan.. dan dihujung cerita, depa tayang balik kesudahan crita lakonan mereka..


gambar bile depa tak berlakun.. kontra gile prangai sekor2 di sebalik tabir.. terutama gonard

Tapi, lepas crite lakunan di'cut!', barulah bermula kisah sebenar.. Kisah di sebalik tabir la..
Ok, biar wa kenalkan.. mamat tengah pegang mikropon tu watak utama dalam cite ni.. Mikey Simon.. makhluk kanan die yang kecik tu Guano.. xpenah mandi.. sumbu punye makhluk.. tapi dalam masa sama, merupakan director crita.. wa kurang pasti, die anjing ke ape.. dalam cite lakonan, kalau tak silap wa die punye skrip cume sebut perkataan 'Guano2!'.. Hampeh..


Atas tulah Gonard yang bengap seperti unta sesat. Menggemari donat dan makan apa sahaja.. Atas sekali tu orangkuat syarikat penerbitan Lilymu (syarikat yang produce cite yang mereka lakunkan), namanya Ozu.. Wanita yang rambut perang tu Lily yang garang manakala sebaliknya, Mitsuki (berambut ungu) yang peramah.. Ade sorang lagi sebenarnya.. Mr Yes Men.. macam setiausaha dan pembantu kepada Ozu.. gile kuat mengampu die ni. (lu tengok gambar paling atas, ade sorang pakai kot, berambut skema dan bercemin mata)


mikey simon bila berlakon.. pakaian memang begini

Ada sorang kawan haritu bilang yang penulisan wa dalam blog ini menyerupai perangai si Mikey yang gila-gila ni.. Same ke? Ciss!! Kalau lu perasan, lukisan mamat ni sorang je laen sedangkan lukisan kawan2nya ada gaya lukisan Jepun kan?.. sebab? hahah!! Disebabkan die ni dari Amerika lah, sebab itu lukisan die macam omputih punya lukis.. Kreatif gile orang wat cite nih.. Dan yang penting, si Ozu sangat sayang akan Mikey ni ....


mitsuki yang ayu

Ha, yang ni Mitsuki.. Sebab ape wa letak gambar ni? Sebab, die ni suka Mikey secara senyap2.. Lu tak percaya lu tengoklah cite ni!.. Mitsuki ni jenis sangat peramah dgn Mikey.. Die tak kisah walaupun Mikey perangai gila-gila.. Dia tak berani bagitahu yang dia minat si Mikey.. Tapi dalam diam2, rupanya beliau bekas seorang ejen perisik yang professional sebenarnya..Berbeza dengan Lily, Lily seorang yang garang dan bencikan Mikey.. (dulu wa ingat si Mitsuki ni sukakan Gonard sebab rambut depa warna ungu).. wa doakan agar Mikey bahagia bersama2 Mitsuki.. haahahaha!!

pssstt: kalau lu mau tahu dengan lebih lanjut, tontonlah cite ni.. best! dan lu takkan menyesal.. (tv9 isnin-khamis , 4 ptg..). Wa dulu memang tak paham konsep cite ni.. tapi setelah wa kaji selidik, wa sangat kagum dengan idea pengasas cite ni..
dan .. kalau wa Mikey, sape Mitsuki???

Selasa, 23 Jun 2009

Peribahasa Moden (tiada dalam buku teks KBSR mahupun KBSM)

Disebabkan dah masuk zaman baru ni, wa rase baguslah kalau kita memperhidup dan memperbaharui sedikit sebanyak peribahasa & perumpamaan demi memperkayakan bahasa Melayu. Di sini wa sertakan peribahasa&perumpamaan yang wa reka dalam masa stengah jam.

bagaikan ayam bermain myspace
: benda baru bagi seseorang. menggantikan peribahasa bagaikan rusa kampung berlari-lari anak ke bandar.

seperti kuku berlari ke angkasa: peribahasa ini bermakna tiada yang tak mampu kita kecapi

ibarat lantai dipasang mozek: perkara yang sudah ditakdirkan terjadi tetap akan terjadi. Jangan bising-bising akannya.

buang jauh-jauh, datang dekat pulak?: perumpamaan kepada pemain bomerang, juga bermaksud takkan lari gunung dikejar

bagaikan menjentik tok imam: perkara yang jarang berlaku didunia.. dulu peribahasanya berbunyi serkap jarang.

seolah plastisin diulit mimpi: terlalu menginginkan sesuatu hinggakan terbawa ke mimpi tidur tengah hari

seperti suka makan kerapu rebus: aneh dan berperwatakan galak

umpama siul berbunyi udang goreng celup tepung: tak reti dalam sesuatu bidang kerana bidang dia adalah cenderung ke kulinari

ibarat pulang ke Medan jaya: anak perantau pulang ke kampung akhirnya bila takde duit. ke Medan jaya tu cite best. dibintangi hail amir.

hinggakan jualan laris di akhir tahun: shopping sakan sukun.. betul ke perempuan suka shopping?

umpama siang tak suram: fenomena ozon yang menipis serta berlaku bencana alam seperti jerebu (global warming?)

ibarat karat di dahi: menggantikan peribahasa diluah mati ibu ditelan mati bapa, yang maksudnya terdesak

jakun dibelantara, KLCC sudah dihafal jalannya: orang bandar yang dah tak tahu asal usul.

umpama indie kini, dulu dan kini rock kapak: kebanjiran industri indie tidak akan menyekat rocker kapak.

psst: biasalah. wa kan suka mencuba. jadi wa try je smlm macam mana kalu blog jadi private. sumpah, x best langsung!!

Khamis, 18 Jun 2009

post untuk seminggu terus.. 7 DALAM 1

LUPE NAK TULIS.. DAH 2 BULAN UMUR BLOG NI.. DAN TADI BARU WA TENGOK BAHAGIAN POLLOWER.. KENAPE 72? ARITU WA BILANG NAK 20 ..

DAN SEBAB UTAMA WA WAT ENTRI NI SEKALIGUS: WA TAK RETI LANGSUNG AUTO POST.. BOLEH KE AUTO POST SEBENARNYE?

cite baru apdet
Allayarham sudirman, penyanyi kegemaran wa.. baru dapat gelaran Dato'.

cite 1


are yu seliping ..are yu sliping.. brader jo.. brader jon.....!! enset berbunyi

sape pulak mesej pagi buta ni.. bahasa nak berbunga2.. ayat nak kasi cukup2 1page sms..

wa chek punya chek, tibe2 terpampang nama Iman..
sape lak si iman ni? bile mase wa ade kenalan name iman? nur iman binti azman ke? haha..
yang wa kenal, roslina, cempaka, melati, azura, siti, dan minah senget je.. jarang ade name iman ni..

ehem.. wa cuba balas mesej beliau..
aik..xboleh?..
wa pun ambik keputusan derastik. wa call sekali.. kalau angkat bagusla..
dalam hati wa: si silent reader ke?

#
#
#
#
#
#

cheh.. sekali kuar bunyi pulak..gagal dihubungi.
wa bace smula mesej yang diberi (double chek katakan).. wa baling henset jauh2..mesej iman dari celcom rupanya.

cite 2

sedang wa lepak tengok ntv7 (ala.. cite cina pkul 6-7p.m tuh.. best tuh).. tibe2 terdengar bunyi bising atas atap.. dah ade 14 kebocoran.. harap2 takdelah bertambah lagi 3..
bapa wa suh tengok.. sekali hujan ais wo..pertama kali dalam hidup tengok mende ni.. dahtu takkan wa tengok je kan? wa ambik dan telan seketul dua.. macam ais dalam peti..

saiznya sebesar lubang hidung ally iskandar.. ade juge sebesar mata hitam mahmud june..
bapa wa ade snap gambar.. esok luse wa upload lah..


cite 3

pendapat wa terhadap bilangan subjek spm.. bagus la tu.. lepas ni tak payah susah2 ambik 32 subjek lagi dah.. wa dulu nak dapat 13 a kemain susah.. sampai lusuh baju dan nametag..

cite 4

si dato ir nizar datang parlimen pakai tanda atas kepala.. wa no komen sebenarnya.. tapi kalo wa, wa datang pakai kain pelikat sakti je.. tulis lah 'bubar kerajaan' terus kat bahagian pinggul hingga keparas peha.. kan berbudi bahasa namanya?

cite 5

wa sangat gembira dengan sorang pemuda tuh.. ala.. yang cancelkan tuntutan saman 70ribu terhadap bekas tunang die tuh (pasal tunang die cancel nikah saat2 akhir).. bagus..

ayat beliau yang tak boleh blah dan wa respek: bunyi lebih kurang macam ni- ehem.. lain kali saye nak kawen je terus.. tak nak tunang lagi dah.. serik kene tipu macam ni.. serah je la kat Allah..- apa pendapat lu?


cite 6

wa nak buat air milo (ya.. wa boikot, tapi parent terbeli.. haha..).. dah siap letak setitik dua milo, wa pun kasi letak guula kasar.. taruk air panas.. kemudian, siap! tapi bile wa minum, rase macam tak sedap..

rupenye wa letak sirap.. ceh..patutlah wa tulis 'setitik dua' tadi.. wa tak buang.. wa campur je milo dalam tu.. rasa entah ape2.. macam nugget goreng pun ade..

cite 7

adik wa (darjah 1 tu) balik sekolah.. tibe2 bagitau die dapat nombo satu (midterm).. takkan wa nak nangis pulak..

tapi wa try la tengok selai dua kertas beliau.. English susah nak sampai tahap gaban ninja.. ade ke patut? die suh eja kanggaru dalam inglish? eja nama wa sendiri dalam inglish pon wa sendiri tak reti.. apatah lagi mental budak 7taun..

cheh! sistem pendidikan memakan diri..! (congrat wa ucap kepada beliau.. dahla skolah bandar.. susah tu nak dapat nombo 1! wa dulu jaguh kampung je)

PSSST!!: HA.. SAPE BERANI KOMEN ENTRI 7 DALAM 1 NI? WA YAKIN TAK SAMPAI 20 PUN YANG AKAN TERKOMEN KALI NI... HAAHHAAHAHAHAHAH!!! CIS..