Memaparkan catatan dengan label hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hati. Papar semua catatan

Selasa, 5 Oktober 2010

Donovan In Love. Auww.. !

Sebuah pekan di Moscow , konsert Damasutra. Baggio sudah memulakan lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi. Iringan gitar oleh Alok, ketukan drum Asu dan dengungan bass An menyedapkan lagi keseluruhan enigma lagu itu. Sangat berkesinambungan.

Bawah stage-

Butir-butir peluh mula membasahi pangkal dahi Donovan.

"Takkan disini kot..."

Donovan menyeka peluh yang mencurah..

"Babi..."

Lantas terkeluar nama binatang yang acapkali meniti dibibir Donovan.

"Ni kenapa nak membabi disini? Saya tak suka orang sebut babi.. Tau tak?"

Tinggi nada Nadiatul Husna Al-Wadiah. Pandangan Nadiatul Husna Al-Wadiah seolah-olah melihat syaitan sebenar dihadapannya.

"Hati saya jatuh atas hati awak.."

Sempat lagi Donovan menyusun bicara.

"Bab.. iii..."

Kali ini tewas Nadiatul Husna Al-Wadiah menahan sebutan kebenciannya demikian.

Mungkin inikah namanya jodoh? Sangat berkesinambungan.

Ahad, 13 Jun 2010

Rindu bertalu-talu

Kalau mendengar Abu Bakar Elah nyanyi lagu Urang Kita, Asmadi mesti terkenangkan saat-saat indah bersama Mawar. Mawar lah yang banyak memberi sebab untuk Asmadi meneruskan hidup. Sebagai 'pemangkin kejayaan' bak kata pujangga.

Kenangan itu di'flash back' Asmadi sepadu-padunya. Bongkah pemikiran Asmadi terawang-awang kembali ke saat itu. Kali pertama Asmadi bertentang mata dengan Mawar adalah sewaktu Asmadi terpijak najis kucing di hadapan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Yang malangnya setelah terpijak najis tersebut, beliau terpijak pula kaki Mawar yang sedang menyemak dokumen. Najis kucing yang terlekat pada tapak kasut kulit Asmadi terleset di bahagian depan kasut Mawar. Baunya 'fuuuihhhh'...!


Makan pakai tangan
Suka makan belacan
Jumpa ucap salam
Adalah....
Orang kita

Pandai bikin tapai
Suka ramai-ramai
Kacang ampai-ampai
Adalah...
Orang kita

Dan-dan itu lah copong radio kerani ofis memutarkan lagu Urang Kita nyanyian Abu Bakar Elah. Klasik FM. Kerani tengah makan nasik kerabu waktu itu.

Mawar yang terkejut setelah dipijak kaki lantas menampar pipi Asmadi dengan fail dokumen sambil tertongkat-tongkat kesakitan. Failnya berjenama Ring Ring. Maka merah padamlah muka Asmadi hasil libasan maut berkenaan. Padan muka. Sapa suruh pijak.

Itu lah sahaja kisah cinta pertama dan terakhir Asmadi. Nak buat macam mana, nak berkenalan pun tak menyempat. Single lah Asmadi sampai sekarang. Peristiwa itu takkan dilupakan Asmadi kerana baginya itulah awek yang bertapak dihatinya.

Malang sungguh Asmadi kan? Dia tak reti first step untuk menackle sesebuah awek. Sekend step apatah lagi. Haram.. Dia cuma tahu. Pendam, pendam dan kencing.

Baru-baru ini Asmadi ada dapat berita dari kerani yang makan nasi kerabu bahawasanya Mawar sudah berkawin dengan Berduri.


Itulah satu memori yang kita panggil kenangan. Kenangan yang sudah menjadi sejarah.. Seperti mana kisah cinta Hang Tuah terhadap Puteri Gunung Ledang, cinta cikgu Saari kepada cikgu Norkiah dalam filem Masam-Masam Manis dan mungkin kisah cinta Robert Al-Parere kepada Minago Montez [nama yang aku main reka]. Apa aku melalut ni?

titipan :Sori a brader, belum dapat 'suasana' untuk menulis dan 'jalankomenblog' macam dulu-dulu. Ringan-ringan lah dulu ok?

Isnin, 19 Oktober 2009

Putus sudah.

Ulung-ulungnya, wa ucapkan trimas kepada penulis blog hidup manusia kompleks yang sudi membelanja trip ke eropah baru-baru ni. Tersasar pulak dah. Trip ke singapura. Bila sebut pasal singapura, bukan singa yang terbayang di hati, tetapi bayangan Israel. haha. Kecik tapi dahsyat. Lame x menulis. Trketar2 tangan menulis entri ni. ceh.

Ni kali pertama wa jejak kaki luar dari Malaysia. Jadi memang gembira macam nak makan Kfc pun ada.

Sampai2 di Kolumpor wa dah blur habis. Bertolak ke singapura jam 11 malam, tapi tengahari tu wa dah tercongok kat Kolumpor. Mujur Cik Balqissy (tuan tanah) offer lepak2 dengan dia. Hahaha. Ni jugak kali pertama wa jumpa blogger secara bersemuka. hahhaaha. Dah2. wa dah malas tulis. Lu baca je gambor2 di bawah.


Pemilik blog yang baik hati sudi mengambik wa di stesen lrt.




Lepak di Kolej Ungku Aziz UM. Wa dengar bro JOHN IVERSON duk sini gak. cis.



Bila bulan mengambang, kami bertolak. 36 orang kesemua peserta rombongan.


Dah pagi-pagi, baru sampai ke imegresen Malaysia.

Perhentian pertama. Wa dah x ingat nama tmpat ni. Yang singa meludah tu..

Masjid Sultan. Skil shooting agak bertambah semenjak dua ni. haha.

Murtabak sini agak terkenal. sampai masuk surat khabar omputeh.


Nasik ayam penyek. memang sedap.

Antara peserta yang hadir. Menunjukkan kegirangan. hehe. Nama wa dah lupa. hehe. Jangan marah wa ltak gmbar ni. hehe.


Pasangan bahagia. hehe.

Wa naik heran. Kalau teksi pun dah mewah macam ni.. apatah lagi lori sampah. Eh, lori sampah x mewah sangat. tengok blakang tu. haha.


Pulau keriangan! Pulau Sentosa. Dulu kalau x silap nama asal pulau ni pulau belakang mati. Ada lanun ramai sini dulu. Sampai masuk cite Pirate of carebean? (watak chow yun fat tu..)

Mencuci mata di sekitar pantai Siloso. Ramai wo orang2. cuma orang lidi je xde.

Yaa! memang terbukti kebersihan nya. Eh, baru wa teringat. Wa ade terbuang sampah merata-riti haritu. Harap2 x sampailah surat saman ke Malaysia.

Di waktu malam, kami kami dihidangkan 'song of the sea'. Persembahan nyanyi2 sambil menari sambil pancaran cahaya laser dan bunga api. 10 dolar harganya. Memang dahsyat. Time tengok show ni jugaklah bateri kamera wat hal. cilakak..

Bila dah sampai Malaysia, inilah blogger ke-dua yang wa jumpa. hehe. dah lame janji nk blanja, jadi kenalah tunaikan. weh INNZ, lenkali ajar wa makan ciken chop plak. aritu makan mekdi wa x reti, nasib bek lu ajr. hehe


Sekian lapuran dari bumi singa..

psst: dah2.

Rabu, 14 Oktober 2009

garuda hilang sayap

Kepala tengah berserabut skarang. Ya, sedih tahap garuda hilang sayap. Lu ingat lu sorang je reti sedih? Nasib baek wa jenis 'Tangisan dalam ketawa'- macam lirik lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi by Damasutra.

Baik lu baca entri ni sambil dengar lagu ni.

Sekuntum Bunga Sakura diGurun Sahara.- by Mega.

Engkaulah sekuntum bunga sakura
Mekarmu di tempat indah dan dingin
Dan aku bagaikan padang pasir di Gurun Sahara
Oh.. panas dan kering
Tiada apa nak ku bangga

Kau pastikan layu disampingku
Oh Sakura

Pulanglah sayang
Ke tempat asalmu
Di sini kuragukan
Kejelitaanmu kan jadi debu

Jangan kau sandarkan cinta padaku
Oh Sakura

Jangan kau fikirkan
Kerana cinta
Gurun Sahara
Akan menjadi hutan rimba

Pulanglah sahaja
Wahai gadisku
Oh... Sakura



ok? chow. wa ada ujian ni. laen2 lagu dalam playlist skarang ialah Salam sejahtera, setuhan kecundang (ekamatra), tragedi oktober (wings), Di dalam Sepi itu (Sudirman) Sekuntum bunga sakura di gurun sahara (mega), Umpama mimpi dalam mimpi (damasutra), sejati (wings), dan lain lain yang x dapat dinyatakan.. haha.

Sape x paham sila check lirik2 lagu tu. haha. hashhuum!

dah2, ujung minggu ni bawak diri ke singapore.

Selasa, 29 September 2009

Yahya Kailo Penyelamat Sepanjang Zaman

Hari raya? Baju yahya kailo je. Kalu lu baca entri Yahya Kailo, lu kenal lah beliau.. Dah xde lah nak buat baju laen. Ingat nak simpan duit. Reducekan lah kos2 beraye.

Macam biasa, memang raya sronok d tengganu. Jalan umah sedara mara. Rumah geng2 malas nak pegi sbab sbuk pindah randah. Laen2 tahunlah jumpe.

Gambar banyak ditangkap smpena raya, tapi xkan nak ltak smua. parahlah blog ni.


Pagi raya. Disnap dlm masjid ketika bertakbir. Tok Imam marah, wa wat dek je.




Habis smayang raye. X sengaja tertangkap gmbar ni. Haihh.



Pusara.. Smuga umi tenang disana.
Smuga umi tenang disana.
Smuga umi tenang disana.
Smuga umi tenang disana.


Adik dan adik. di rumah baru. Kami mmg bertema bebas setiap tahun.

Qaisara.. Adik. Lain ibu.. tetap adik. (posing paling rock sambil makan kuih)


Belasah futsal di hari raya ke dua bersama sepupu sepapa..



Beraya dikampung je. Rumah dah sedia ada dikampung. Nk wat camane. hehe. Kampung boy katakan.


Dah cukup kukuh kwangan mcm ni baru boleh.


Alhamdulillah. Sibuk mengangkut barang2 smpena raya. Maklumlah, umah baru siap. (x siap spenuhnya.. saje nk beraye umah baru. hehe.)



Selamat ari raye. Ni time Buka posa beramai2. Apahal lah mamat karoke dgn sos tu. Smuga berjaya smuanya.



Agar2 Laici berupa Kura-Kura.. Wat sndiri bersama 'hidup dalam kotak' untuk buka posa aritu..



SESI: AYUH! BELAJAR SIKET-SIKET BAHASA GANUNG
- nassang: perasaan malas2..
- bahang rambang: kelam kabut, wat keja x smpurna


psst: tulis ringkas2 dahlaa.. dah ramai blogger buat crite pasal raye kan?

psst: jom layan lagu 'khatimah cinta-6th sense' dan 'Izinkan Selamanya Namamu DiHati- E.Y.E'.