Ahad, 13 Jun 2010

Rindu bertalu-talu

Kalau mendengar Abu Bakar Elah nyanyi lagu Urang Kita, Asmadi mesti terkenangkan saat-saat indah bersama Mawar. Mawar lah yang banyak memberi sebab untuk Asmadi meneruskan hidup. Sebagai 'pemangkin kejayaan' bak kata pujangga.

Kenangan itu di'flash back' Asmadi sepadu-padunya. Bongkah pemikiran Asmadi terawang-awang kembali ke saat itu. Kali pertama Asmadi bertentang mata dengan Mawar adalah sewaktu Asmadi terpijak najis kucing di hadapan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Yang malangnya setelah terpijak najis tersebut, beliau terpijak pula kaki Mawar yang sedang menyemak dokumen. Najis kucing yang terlekat pada tapak kasut kulit Asmadi terleset di bahagian depan kasut Mawar. Baunya 'fuuuihhhh'...!


Makan pakai tangan
Suka makan belacan
Jumpa ucap salam
Adalah....
Orang kita

Pandai bikin tapai
Suka ramai-ramai
Kacang ampai-ampai
Adalah...
Orang kita

Dan-dan itu lah copong radio kerani ofis memutarkan lagu Urang Kita nyanyian Abu Bakar Elah. Klasik FM. Kerani tengah makan nasik kerabu waktu itu.

Mawar yang terkejut setelah dipijak kaki lantas menampar pipi Asmadi dengan fail dokumen sambil tertongkat-tongkat kesakitan. Failnya berjenama Ring Ring. Maka merah padamlah muka Asmadi hasil libasan maut berkenaan. Padan muka. Sapa suruh pijak.

Itu lah sahaja kisah cinta pertama dan terakhir Asmadi. Nak buat macam mana, nak berkenalan pun tak menyempat. Single lah Asmadi sampai sekarang. Peristiwa itu takkan dilupakan Asmadi kerana baginya itulah awek yang bertapak dihatinya.

Malang sungguh Asmadi kan? Dia tak reti first step untuk menackle sesebuah awek. Sekend step apatah lagi. Haram.. Dia cuma tahu. Pendam, pendam dan kencing.

Baru-baru ini Asmadi ada dapat berita dari kerani yang makan nasi kerabu bahawasanya Mawar sudah berkawin dengan Berduri.


Itulah satu memori yang kita panggil kenangan. Kenangan yang sudah menjadi sejarah.. Seperti mana kisah cinta Hang Tuah terhadap Puteri Gunung Ledang, cinta cikgu Saari kepada cikgu Norkiah dalam filem Masam-Masam Manis dan mungkin kisah cinta Robert Al-Parere kepada Minago Montez [nama yang aku main reka]. Apa aku melalut ni?

titipan :Sori a brader, belum dapat 'suasana' untuk menulis dan 'jalankomenblog' macam dulu-dulu. Ringan-ringan lah dulu ok?

21 ulasan:

Frodo Baggins berkata...

fes??

Frodo Baggins berkata...

hahahhaa cilake..
bolaaa!!!!!!!

Frodo Baggins berkata...

ok wa baca entry dulu.

Frodo Baggins berkata...

hahahhahaha asmadi!!
mawar kawin dgn berduri?
sioot .. rindu entry kau arrr


(ok ok jom bolaaaaa)

Farihah Ahmad berkata...

sesebuah awek T_T

Kuwe berkata...

kenal mengenal pun ada kait dengan tahi.

macam mana nak kekal lama kalu lagu ni.

Unknown berkata...

dia cuma tahu pendam,pendam dan kencing.

hahaha!

lu memang rare!

mira ellyna berkata...

sgt sadis..

e. indah berkata...

abu bakar ella...urg kita kita org..urg kita ... ; )
kem salam asmadi

e. indah berkata...

abu bakar ella...urg kita kita org..urg kita ... ; )
kem salam asmadi

green berkata...

meh kutip award.

tangan berkata...

wakaka crew

Lumut berkata...

betul..kenangan tub ptot aswadi tinggalkan..tp smp bile aswadi ingin menjadi pemendam yg hebat?

Welcome back org lidi..
Kau kembali menulis akhirnya..tgh intern ker??

Mimie.Candy Cane berkata...

lu cakap ngan itu asmadi,wa skang single..serius.. suh dia ngorat wa..

Qiez AR berkata...

Ouch! ttibe aku terasa. haha. cm sial.

ni kisah benar kao ke ape lidi? baek ngaku. ;)

putera aftus berkata...

najis.. najis.. hakptuih.. keh3

-li.zue- berkata...

siapa itu asmadi?

lawyer? majisteret?

argh.aku kenal sama orang lidi je. =D

yeah.lidi kembali.dengan lebih banyak kegunaan dan manfaat.hahaa.

Unknown berkata...

berduri ke asmadi ke, mawar tetap memilih lidi di hatinya. malangnye, cinta luar biasa mawar hanyalah sekadar di atas kertas buat lidi.



weh. aku tak tahu pulak kau dah muncul semula. hehe.

si kosong berkata...

mawar pilih berduri sb asmadi xnk teruskan lepas kena tampar...

jo berkata...

kalau ada orang pijak kaki gua dengan taik, kena berkenalan dengan kaki gua la jawapnya...

oranglidi berkata...

frodo, ??bola? lu ni slalu x baca dlu. haha
eh. ada je menulis ni..

farihah. salah ya? haha

kuwe, er.. kita kenal tahi pun kenalah tahu tahi. apa ngarut ni?

hazen, haha. ok la tu kan?

mira, eh. da tukar gmbar profil?

eindah, asmadi watak ciptaan je. hehe. urangkita bes!

green hijau, tq!! gmbr tahi memang lawa!

tangan, crew apa?

rumut, pendendam berdarah la tu. haha.

mimiau, er.. ok2. nanti dia miskol. hehe. [miau single? x leh jadi ni. haha]

larasepia, aik? terasa plak dah. xde kna mngena pun.. men sebal je dari otak ni./

aftuas, ahahaah. amcam kja? sbuk nmpak

lizue, ehhhh. mcm dialog mama mertuaku jhe.hehe. kenal ka?? wahh
kegunaan dan manfaat ye? haha. ok2

yopsimui, celakak! gua x brsalah! hahaahah!
er, xtau? xpee2..

kosong, ahaha./ kena tmpar la best. tampoaran wanita

jo, meh gua taruuk kat buku lali lu.