Selasa, 15 Jun 2010

Sajak dari Neraka: Kita kan Saing?

"Saing".

Perkataan yang seerti@sinonim dengan "KAWAN, RAKAN, SAHABAT, TEMAN" bagi sesetengah negeri dipantai timur (Ganu dan Klate). Ada yang menggunakannya perkataan ini dengan membawa makna yang lain. Mengikut loghat negeri masing-masinglah.

Saing ada juga bererti 'Lawan'.Eh, Entah, aku tak check kamus dewan.
Aku tak akan mengupas sedalamnya isu perkataan ini.
Yang penting, di entri ini bila aku sebut 'Saing', aku maksudkan kawan.

Ini sajak ke, puisi ke, syair ke, pantun ke, karangan ke, aku pun tak tau. Nilailah dengan mata hati sendiri. Aku maen tulis je. Kalau macam tak ada kesinambungan, biar je dia. hehe.


Kita kan saing?

Jalanku gelap engkau suluh.
Dugaan menimpa bersama ditempuh.
Janji dipatuh.
Kita kan saling membutuh.
Tak guna kawan berpuluh.
Andai ikatan tidak kukuh.
Kita mahu menjadi binaan yang teguh.
Tegar bagai akar sang buluh.

Kita kan saing?

Kasih seperti menatang minyak yang penuh.
Janganlah kesetiaan dipertaruh.
Patah sayap bertongkat paruh.
Saling kukuh-mengukuh.
Saat 'ukhuwah' berlabuh.
Persahabatan tidak akan lusuh.
Semaikan setia yang utuh.
Ikut apa Tuhan suruh.
Yang dilarang patut kita menjauh.
Dengki dendam jangan ditaruh.
Sama-sama kita berteduh.
Di bawah pohon dedaun rancak luruh.

Kita kan saing?

Buat apa tuduh menuduh?
Kita janji tak akan bergaduh.
Persahabatan mula merapuh.
Aku lihat kau saling jatuh-menjatuh.
Hadir perkataan cemuh-mencemuh.
Keadaan mula menjadi keruh.
Hati ini remuk bagaikan dirempuh.
Usahlah mengeluh.
Ini hasil dari bisikan setan dan jiwa yang merusuh.
Juga iman perlahan-lahan meruntuh.
Akhirnya saing digelar musuh.
Duka hatiku luluh.


Sekali lagi, buat semua.. KITA KAN SAING?
1.27 a.m,
Kota kota.

16 ulasan:

kita kan saing? berkata...

kita kan saing?
patah paruh bertongkat siku ...


>>___<<

kita kan saing? berkata...

fes lagik?
cilake ..

kita kan saing? berkata...

mendalam ...

tangan berkata...

dulu aku taktau orang kelantan panggil kawan tu saing.

Kuwe berkata...

kita kan saing?

nak buat lagu mana kalau lagu tu.
bagai lirik takda lagu.
usah mengeluh usah mengadu.
pusing badan tutup pintu.

Razman berkata...

hari dah siang...eh, lu ckp psal siang kan td?

menaribagaibintang berkata...

jap tu lagu ke ape

si kosong berkata...

kita kan saing....

aLeen aVriL berkata...

yela..kita kan saing..

aleen adela akoo ^_* berkata...

weewit.ore klate ko lidi neh?bakpo xoyak..hak2
kerinduan wa same lu.ciom pp cket meh.agaga~~

mukasurat17 berkata...

aku bru tau saing tu maksudnya kawan. haha...

mukasurat17 berkata...

aku bru tau saing tu maksudnya kawan. haha...

| Larasephia | berkata...

ada makna org kelantan dlu2 bahasakan kawan sbg "saing". sbb lama2 brkwn jd saingan jugak cm mana pn...

jo berkata...

bila masa....?

e. indah berkata...

ok kita saing ... ; )



note : akue pun baru tau 'saing' ne ada makna 'kawan'
Tq for that info saing ... ; )

olidi berkata...

fridi, patah kaki bertongkat dagu.
dalam lautan.

tangan, hahaha.

kuwe, tutup pintu tak boleh a ngintaiii

razman, best entri latest kau. aku dgr kau nk wat buku.

zatie, er.. bkn lagu. men tulih je

song, yaup22! rasa hang pernah wat entri mcm ni dulu

aleen, sehat?

aleen adela, eh ada dua aleen. hehe. terkeliru saya. ambe org ganulaa. cium pp? hahaha. ppyapong ka?

ms17, aohoooo

lara, oh., gitu ka??

johari, bila larut malam. ke ape?

indah, sama2!kita saing kan?