Sabtu, 22 Ogos 2009

UPDATE PALING LAJU DI ALAM SEMESTA! (bila 8 bujang bersatu-2)

WAHAHAHA!
Exited sungguh tiba2.. kadang2 melompat sampai kain pelikat terangkat ke paras betis.
Setelah setlekan barangan rumah bahagian barangan basah dan sayuran, kami berpikir lauk untuk masakan sahur hari ini.. Jadi, grand sikit lah untuk hari pertama ni, ibarat kata orang puteh..

Jadual menunjukkan hari ini semua diwajibkan memasak. Komponen2 penting adalah tukang masak, tukang rasa, tukang potong, tukang basuh2, tukang nasik, tukang kemas, dan tukang komplin.

Jadi, seperti biasa.. lu telusuri kisah bergambar.


1) Ya, ini rumah. Apartmen? Ntah, wa belum dapat membedakan antara kompartmen, apartmen dan kondominium.. kanan kiri itu adalah bilik2 anak muda.


2) P'rocksi memulakan langkah pertama.. memotong bawang dan sayuran lain.



3) Dae Sung kononnya memotong carrot. Woi! Ini bukan Family Outing! Kalau ini Dae Sung, sapa Jae Suk? Cilakak.

4) Hasil kerja wa. Air asam limau nipis untuk dimasukkan ke dalam masakan.


5) Masing2 teruja melihat pemotongan demi pemotongan.


6) Mencari cili hijau yang sampai ke sudah x jumpa2.. kasihan..


7) Ha! Cuba Teka! kami masak apa?!!


8) Brader Arsenal memulakan langkah memasak sahur.


9) Nah, Cuba teka lagi.. hahaha..


10) Pergh, nasik putih jenama tesko dan Menu Utama untuk 1st sahur! Oh ya, kredit buat adik2 junior kerana membenarkan kami mengguna periuk eletrik bernilai 100 ringgit tu. Kami malas nak guna dapur gas, Leceh.


11) Sudah siap, tetapi menunggu masukkan tomato!

12) Dah siap! Brader Mancester bertemu Arsenal sehingga termerasa masakan sambil memberi komplin bukan2. Tampak dikejauhan, Ketua rumah sibuk menuang air sambil bersinglet.

Lu tau x bagaimana perasaan membuat TOMYAM kali pertama? Dahla baru 1st time buat, sedap pulak tu. Dahlah mudah, ringkas dan mesra pulak tu! Hahahah!

Tapi ini bukan sebarang TomYam.. Ini 'Tomyam Ayam Serta Banyak Sayuran Dan Fishball Juga Kuah Yang Sedap' atau nama ringkas manja mereka, Tomyam Masakan Bujang. Kalau lu click gambar, jadi besar barangkali.

nAh, ReSePi ditokok tambah sendiri:
-Panaskan air dan masukkan cili boh.
-Kemudian masukkan ayam (keratlah kecik2) , fishbol dan daun limau purut.
-Setelah ayam nampak masak pucat, masukkan bawang besar, serai dan cili hidup (ade ke cili pengsan?).
-Masuklah juga sayuran seperti kobis, jagung kecik, dan lobak merah!
-Masukkan perasa tom yam, gula, garam dan air asam limau nipis.
-Kacau hingga rata.
-Akhir sekali, lu masukkan tomato yang telah dibelah tadi (tiba-tiba dibelah tadi? bila masa wa belah?).

kuantiti lu letak lah sendiri sesuka hati.

psst: camana?
psst: selamat berposer. jangan suka2 batalkan puasa.
psst: cite Nur Kasih tu lenkali boleh donlod
psst: cik Najwa Hazirah, jgn marah lak wa tiru2 ltak post bergambar macam blog lu. hahha..

Khamis, 20 Ogos 2009

Bila Lapan Bujang Bersatu

Psst: AWAS, ENTRI TERPANJANG! Bisa mencederakan sisa hidup anda!

Hidup sebagai jiwa-jiwa bujang memang kacak.. Lagi-lagi bila berkongsi rumah sewa. Entri ini dipenuhi gambar warna warni. Harap lu tak berdengki..

2-3 hari lalu ketua rumah v4c-s3 membuat satu pengumuman penting.. tanpa notis.. mesyarat tergempar berlaku secara mendadak. 'Bulan Puasa al-Mubarak ni kita MASAK-MASAK di rumah.. untuk sahur dan berbuka'. ringkas tetapi sangat mendalam isinya..

Berkecamuklah kepala bujang-bujang ini memikirkan stratergi, perangkaan, pembahagian kerja dan bajet keseluruhan. Kata sepakat menunjukkan RM20 setiap kepala.. P'rockSifar berjumlah 8 orang semuanya, jadi jumlah keseluruhan adalah... ntah, malas wa kire.

Yang penting, dalam jadual memasak sahur dan berbuka, semua ahli rumah diwajibkan memasak.. tak kira samada bermain masak-masak mahupun memasak tumis.

~~Oh bujang...bujang...~~ (kalau ade bini xyah susah2 macam ni)

Lu telusuri sahaja kisah bergambar berikut.. lu xpayah tensen2 pikirkan hidup kami.


1) Berbekalkan semangat gigih dan 2 buah kereta pinjam (kancil & viva), anak2 muda ini membuat keputusan untuk 'shopping'!! Hahahah!! Apa, lu ingat wanita-wanita sahaja yang nak shopping? Kami juga pandai! (Zatiesiska, Terra, cik Najwa Hazie, Cikgu Azie, jangan jeles pulak! hahah!)

Yang penting, lelaki jarang bershoping benda2 kurang berpaedah seperti make up set, syampu urang aring, baju tidur, serta sanggul rambut. Destinasi adalah di Tesko Pasir Putih, Perak. Pertama kali sampai disini.. Tesko ni sangat luas hingga boleh memuatkan permainan bola.


2) Setelah membahagi 2 kumpulan, dua troli diambil untuk kumpulan masing2.. Kumpulan 'barangan basah serta makanan' dan 'barangan x basah langsung'. Yang tragisnya, senarai barang ingin dibeli tertinggal oleh ketua nasyid In-Saff (Hafiz). jadi kami terpaksa pandai2 cari sendiri. Ibarat kata Pirdaus, "kita jalan-jalan, nampak barang, ambik saja.. "
Takkanlah mahu berpatah arah ke Tronoh , kan?

gambar diatas tu adalah sebahagian hasil kumpulan barangan makanan (food and beverej).. Lu nampak x bihun tu!?? wa nak buat bihun goreng singapura ni!!



3) Gambar kotemporari anggota kumpulan barangan kering.. barang yang dibeli seperti dapur kecik, pinggan, periuk, belanga, sudip, dan lain lain..

ketua rumah memberi arahan supaya konco nya seperti Mat Jeri dan Pandaklam tidak berposing sangat. Time ni, wa berlatih untuk main gelongsor selipar atas lantai. (Oi budak, macamna lu buat ye?)



3) Disamping itu, wa baru tahu tesko ada jual baju-bajan..


4) 'Kuah' kurma?? CIS!! wa ingat nak beli benda ni saja untuk menggantikan 'buah' kurma untuk buka posa... rupanya ia adalah kuah kurma yang boleh buat ayam masak kurma tu.


5) Pada masa yang sama, tesko sedang mengadakan jualan murah sempena dengan apa entah.. Gambar menunjukkan anak muda di rantauan mencuba songkok.. Murah sungguh songkok itu.. dalam 6ringgit keatas.. Tiba2 terasa suasana Hari Raya. hahaha!!



6) gambar rajah menunjukkan sesi pemunggahan barangan kedalam perut kancil pinjam. Lu tau x, bajet secara keseluruhan adalah meleset sama sekali.. Jumlah keseluruhan adalah RM250 +-.. (dahtu, setiap satu troli mencecah RM150) haha..


7) X tahu nak campak ke mana sang troli ni. Tinggalkan sahaja di parking lot. haha.. bolos saja dinding itu! Akhirnya kami pulang setelah berada hampir 3 jam bershoping sakan sempena puasa dan raya. haha! dari jam 8.30 malam sampailah brader2 jurujual halau kami atas alasan tutup premis. Kalau tak, memang ingat mau bermalam disitu..


8) Hambik lu! Lepas ini boleh la bertanding memasak untuk jawatan master cooker. Gambar mempertontonkan dapur portable berserta kuali dan penutupnya. Nak buat macammana, saiz penutup itu je yang ade.


9) Antara barangan yang paling menerujakan hati si bujang!! Jug plastik bersama2 empat gelas setiap satu! Satu set RM 5 sahaja!!!!! wahahaha!!! jadi wa ambik 2.. kalu x, rugi la cik selamah oi!.. (warna apa itu jug?)

10) Lanskap untuk kabinet kami. Sardin paling murah, krimer susu paling murah, garam jenama tesko, bawang putih merah besar, serbuk-merbuk, ubi-ubian, kicap cap ape ntah, sos, gas memasak, tepung jenama tesko dan berbagai2 lagi.. haha..

10.5) Ha.. ramai pulak tanya pasal BERAS !trimas karna mengingatkan! Ni ha, gambar beras jenama tesko!


11) sekian yang demikian. Nantikan hikayat bujang seterusnya~


Psst: Nah, sape bilang lelaki bujang hidup merempat tanpa arah? haha!

Psst: Trimas kasus n kredit kepada encik Spawn dan Iz yang memberi kebenaran untuk pinjaman kereta

Psst: Trimas kepada ahli rumah yang menjayakan event ini. ahaha!

Isnin, 17 Ogos 2009

Zindagi, ek zafar Chalo Hana..


entri ni menunjukkan kemalasan wa menulis.. tentang header aje.. esok-esok, ada kudrat wa menulis lah. Lempang kang berbirat.

sape boleh paham lukisan di atas?

psst: akil hay, lu x jemput wa gi majlis xpe.. kalu x jmput bekas istri lu.. wa rase nak cepuk!

Jumaat, 14 Ogos 2009

Retro Retro Kendi.. Candy?

Setiap insan ingin memiliki kulit yang cantik dan lembut.. begitu juga dengan kanak-kanak.. Namun, mereka bukannya mahukan bedak di muka atau mandian 'jonsen and jonsen' sbenarnya. Jiwa mereka impikan banjiran gula-gula.. hahaha! boleh jadi promoter x?

gula2 paling retro untuk tahun2 80-90an (pada pandangan wa)

-gula2 udang> wa penah cite.. gula2 udang ni putih, ade belang2 (macam udang kononnya), kalu isap lama2 jadi warna perang2.. manis o.. sedap.. bukak plastik,buang kertas pembalut dia (ade gambor udang), ada satu lapis lagi.. lapisan plastik, tapi boleh dimakan.. letak kat lidah, cair terus plastik tu. yum yum. (ape bunyi yum2 ni?)

-gula2 hantu aka monster> terdapat macam2 perisa.. stoberi, anggur, mempelam, dll. kalau makan, memang lidah jadi lidah hantu. dia punya effek terhadap lidah, memang best. seluruh lidah boleh jadi berwarna.. dahla sedap! cover die macam ade gmbar hantu. hehe.. seposen dapat 2 bijik.

-gula2 letup pow! pow!> terdapat dalam paket. die bukan bentuk bijik2.. die lebih ke arah serbuk kasar (macam pasir).. ada perasa kola dan pepsi.hehe. kalu skali kena lidah, 'pow, pow, pow!' die meletup. hahaha! ni boleh merawat kalu ngantuk time drive atau kelas ataupun time mesej dgn tunang. Dah lame x jumpa gula2 ni.. die punya paket ade gambar budak berambut spike. meletuplah kononnya. cilakak.

-nano-nano> hahaha.. yang ni still senang di cari dimana2.. gula2 buatan negara mane entah.. wa suka sebab lagu die sedap. haha.. bentuk die kecik molek.. ada perisa yang bukan- bukan.. paket die pun menarik. bile lah nano nak buat aiskrim agaknya..

-cuwing gam> skang dah banyak keluaran.. wa suke wrigley's dan yang ade gambar beruang panda tu.. takpun yang itam putih, tulisan cine.. siap bagi stiker tu .. buleh wat tatoo.. wa suke wrigleys yang pembalut die kaler putih.. perisa cuwing gam ni ada banyak.. memang sedap.. cuwing gam ni sangat sesuai buat lelaki2 nak mengorat wanita. hehe.. nampak macho.. (biasa orang kata isap rokok nampak macho, tapi ini alternatif utk yang x merokok hehe!).. lagi-lagi kalau lu pandai buat belon.. makan banyak2, sebesar belon panas pun lu boleh buat. Cuwing gam ni sangat meluas pasaran nya.. jurulatih2 bola sepak EPL memang suka kunyah waktu perlawanan..

-gula2 arnab> yang ni dah jarang ade sebab die letak ape jadah ntah.. melamin barangkali..patut a mahal.. tapi sedap woi!.. die punya rasa susu.. (susu arnab ke die pakai?.. ntah..).. ha, plastik bahagian dalam pun macam gula2 udang.. boleh dimakan..

-gula2 lembu> hahah.. ni mungkin jarang lu jumpa. die ada dalam paket.. keciik gile die punya gula2.. besar kuku jari kelingking kot.(kelingking tu mende?).. yang peliknya die punya gula2 bentuk love. haha..ade dalam berbelas bijik dalamnya.. setakat seumur hidup wa, ade 2 perisa je. vanila dan coklat. haha.. harga dalam 20 sen je zaman dulu.

-gula2 siulan> yang ni memang jarang dilihat.. certain2 kedai je jual.. bentuk macam gula2 polo (yang lubang ditengah).. tapi die macam lekatkan 2 terus. kalau makan, letak di muncung mulut, hembus atau tarik napas, ia akan berfungsi sebagai ahli muzik bersiul. haha!

-sugus, fruitplus dan seangkatan> yang jenis kunyah2, baru telan. hehe..

-coki-coki> zaman skolah rendah menjadi kegilaan cewek2 kalau nampak pelajar lelaki makan coki2.. kata mereka 'lelaki akan kelihatan cute dengan menghisap coki2!' cis! namun begitu, ia menyepi seketika setelah kurang iklan.. fenomena coki2 berulang kembali semenjak kebelakangan ini. wa x tahu kenapa. galak sungguh.

teori wa: sebab coki2 terkenal semula adalah lapisan kanak2 sezaman dengan wa dahulunya, skang dah meningkat dewasa, kemudian bila di ipt mereka terkenangkan kembali retro bersama coki2.. sebabtu melambung jualan nya..

-nini cokolat celup, nyum-nyum dan benda2 yang dalam cup> nyum2 menghasilkan sesuatu yang kreatif.. gunakan sudu yang diberi, celup dalam coklat pekat, celup dalam empingan, makan! hehe.. sedap2.. dan tampak fancy.. nini pulak lain sikit. ambik batang biskut yang disediakan, celup dengan perasa2 yang ada. wooo!!

-gula2 biasa> yang biasa ni wa sebut la jugak sebab xnak bagi mereka terasa hati. haha.. gula2 seperti kopiko, peanut butter, pola bear, mint yang ade isi coklat, hacks (perokok digalakkan), gula2 yang ade gmbar pmpuan tua, apollo, polo perasa satu, dua dan tiga..

-Terlupa: gula2 smarties dan seangkatan.. nips ke, m&m ke.. hehe.. konfeksi coklat dan kadang2 kacang, disaluti warna warni untuk menarik minat kanak2. cis! smarties dah buat aiskrim!!

-Terlupa dua: trimas terrarossa kerana mengingatkan!!

"gula - gula susu ?bentuk macam ala - ala panadol tapi besar macam duit seposen , dibungkus rapi sebiji - sebiji dengan kertas bergambar mengikut perisa. ada perisa rose , perisa coklat , perisa kopi...tapi wa sukaa yang original, kaler biru - putihselalu beli selepas balik mengaji , klasik sungguh !" - wa pun sama!!

psstt: kalau ada sebarang tambahan atau kenangan bersama gula2 yang lu masih ingat, silalah nyatakan di komen

psst: wa malas nak search gambar sekor2 gula2 yang wa nyatakan di atas. haha.

psst: slamat ari lahir ke 4 bulan kepada cakapwa.blogspot..

psst: 100 orang polower? trimas karna mempolow!

psst: pengkomen2, lu semua memang best!

takziah buat kluarga ustaz Asri Rabbani.

Selasa, 11 Ogos 2009

Masihkah Kau Ingat? Kita berlari-lari? -alam buana-

AHAD, AWAL TAHUNAN, HARI PERHIMPUNAN.. sekolah kampung..

"Masihkah kau ingat,
kita berlari-lari..
Di kaki langit mencari pelangi..
Lalu hujan turun
kita basah bersama..
Masihkah kau ingat..
Masihkah kau ingat..
"- kopratasa-

##############

"dahtu, lu nak ke?" soal Mie yang dari tadi menyiapkan buku laporan makmal fisik.

"hm.. boleh gak.. " kata wa sambil mengibas-kibas blazer dan memasang tali leher. tampak seri dipagi hari..

wa dan mie mengambil langkah secermat mungkin.. mata bagaikan merak menanti puyuh.. kalau-kalau ada cikgu, rosak jahanam plan kami.

'sila bersihkan bilik darjah ini! kalu tak, denda 100 ringgit-> arahan guru tingkatan!' mie dan wa saling berpandang-pandangan dalam memberi idea.. hm.. statement ni wa rase dah mampu menaikkan bulu roma kawan-kawan sekelas. Di hujung ayat, wa taruk perkataan 'cilakak!' agar nampak seakan-akan kata penguat.. budak-budak tak boleh manja sangat.


contoh gambaran papan putih kelas wa haritu


Bayangkan, setiap hari kelas macam sarang hisap dadah. Macam sarang mengkarung pun ada.. Sebab itulah selaku biro tugas-tugas khas tingkatan 4, wa merasakan perlu meletakkan statement mengugut demi menggembleng tenaga ahli sekelas supaya mengemas kini kelas. Bingung, duti roaster dah terpampang, tapi malas pulak. Sia-sia ade duti roaster lawa-lawa kalu tak guna. (Dahlah bintang-bintang wa tulung lekatkan!!)


duti roaster kelas kami.. nampak tak bintang bergantungan tu? wa yang lekat tu!!


Mie dan wa tulis di papan putih time-time sebelum bergegas ke perhimpunan.. Pen marker wa kurang pasti Mie rembat dari mana.. Kalau tak silap, itu kepunyaan cikgu Hakim selaku guru subjek Inglish.. Rembat masa pembentangan sinopsis Short Story barangkali..Bila orang dah tak ada, barulah kami melaksanakan plan tersebut. Bagaikan menconteng arang di gua.. Mie sengaja buat tulisan menjadi macam italic.. supaya tak dikenalpasti.. tulisan agak cakar ayam..

Usai perhimpunan, satu kelas wa dipanggil ayahanda pengetua.. Plan kami hancur. Ingatkan dapatlah rakan sekelas membaca statement kami sambil sengih-sengih.. Alih-alih, puan Suri selaku guru tingkatan dah baca statement tersebut time kami tengah perhimpunan. (cikgu Suri x pergi perhimpunan ke?? cis.) Kelas memang kotor pagi itu..

Satu kelas didenda berlari pusing-pusing padang bola sepak sebab takda makhluk mengaku menconteng papan putih tersebut.. kalau tak silap perkiraan, ada dalam 10 round kami didenda.. Habis lejun baju dengan peluh-meluh.. Ada yang sampai koyak rabak seluar sebab terjatuh.. Yang pasti pagi itu memang menghasilkan kadar pencarutan paling tinggi.. Junior-junior wanita memandang 'lekeh' dan 'sinis' kepada kami.


gambar penyeri (hiasan) selepas berlari dua hasta..

In addition, dalam kelas matematik tertambah sebelum REHAT , kami sekali lagi didenda sebab tak siap latihan persamaan kuadratik.. ya, another 10 round.. rosak plan kami nak membasuh baju 6 hari kemudian.. Nasib baik cikgu matematik tertambah rilek je.. habis denda, dia mengajar kami lagu 'masihkah kau ingat' by kopratasa..motif: supaya kami mengingati nostalgia berlari 20 round hari itu ..sambil-sambil tu, cikgu turut berbincang topik bulu dada lelaki (nasib bek kelas ada 6 orang pmpuan je. haahaha).. Mr. Yuya memang sempoi..

"Masihkah kau ingat kita berlari-lari
Di kaki langit mencari pelangi

Lalu hujan turun kita basah bersama
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat
........"

psst: sampai hari ni mereka tak tahu ini angkara siapa..
psst: time skolah dulu tak kenal lagi berbloging ni.. kalau tak, dah abih semua memori sekolah wa crite..
psst terbaru: bagi je pndapat lu mengenai header di atas.. lu nak satu? hehe..

Ahad, 9 Ogos 2009

Entri Ni Bakal Masuk Surat Khabar? -agak panjang-

aik? macam lame wa tak apdet. tak pernah buat perangai macamni.. hayati kisah yang tragis berikut.. bacalah dengan gigih..


Macam tiada kena mengena gambar dan entri ni


Wa dan ibu pergi ke pekan pada petang itu.. Suasana agak mendung.. Ibu wa memandu kereta Gen2.. meluncur laju ke pekan.. kami ingin mencari menara jam untuk membayar bil ape ntah. Wa menggelarnya menara jam kerana terdapat sebuah jam besar diatas padahal ianya pejabat kerajaan.

Dalam perjalanan ke sana, wa dan ibu berbincang rancak mengenai beberapa perkara. Maklumlah, dah agak lama tak bersembang.. Antara topik perbincangan adalah tentang isu H1N1 yang melanda tempat pengajian wa. Ada juga antara topik perbincangan menjurus ke arah akademik, politik dan isu tunang.. isu blog? beliau tak tahu (kalau tahu, nahas telinga dipulas)..

Ibu wa turut bertanyakan pada wa tentang pengalaman wa dalam satu kursus motivasi di resort berhampiran sebuah pantai tempoh hari. Ohoho, pengalaman agak mengerikan bagi wa.. Tempat perlancongan (resort) itu sungguh seram.. Wa memanjangkan lagi cerita secara mendalam yang wa pernah terserempak satu bilik aneh yang mengandungi barangan klasik dan barangan seperti tempat untuk berbomoh...



Cerita wa tersangkut disitu kerana kami dah tiba diperkarangan menara jam. Tersergam tinggi dan indah.. Bila tiba di tempat parking, ibu wa meletak kenderaan dengan baik sekali pada hemat wa. Memang mematuhi standard sekolah memandu. Tiba-tiba datang seorang abang berpakaian polis-polis. Pegawai PerBandaran agaknya. Beliau datang mengutip duit parking. Tapi wa agak panas dengan itu brader. Cakap sekuat gema guruh dilangit dan seolah tak hormat pada ibu wa.

Yang peliknya, cara membayar parking sudah berubah? Kadar cukai kerajaan turut dikenakan untuk parking. Cilaka betul. Kalau dekat KFC wa tahulah ada surcaj nya. Inikan tempat parking!!? Tambah aneh apabila kita diberi pilihan untuk membayar mengikut kadaran sesuka hati kita.


sedia berperang!!

Kita boleh memilih 0.2 peratus sehingga 1 peratus daripada jumlah bayaran parking. Tak ke pelik bunyinya itu? Apa lagi, wa terus marah dan memaki hamun itu brader. Ibu wa senyap je. Dia memilih membayar cukai yang paling tinggi iaitu 1 peratus. Kata brader tu, kita akan dapat potongan jika membayar pada kadar tinggi. Ah, birokrasi dan korupsi sungguh dikau wahai ahli politik! Selesai keluar resit dari alat elektronik dari brader itu,
ibu letak di bahagian depan cermin dalam kereta.

Sebelum berlalu, brader itu bersalam dengan wa tanda memohon maap atas kekasaran sebentar tadi dan memuji wa sebab menolong menemani ibu. Sebaik wa berpaling, ibu dah tak ada.. Wa tercari-cari dimana ibu wa..

Alih-alih, ibu wa dah ada dekat pintu masuk menara. Cis, laju jugak ibu wa ni.. Wa pun pergi mendapatkan ibu.. Dekat tangga sebelum pintu masuk, tiba-tiba wa disapa seorang perempuan. Agak berisi badannya. Pakai baju putih yang agak sendat. Tak bertudung. Pada matanya dikenakan sepasang cermin mata hitam. Wangi semerbak baunya..Tak ketimuran langsung. Dia sempat bertanya pada wa. "Awak rasa saya ni cantikkk takk???".. Wa dah tak keruan, segan pun ada.. Ibu wa dah dekat dengan lif nun! cis.. banyak pulak kerenah awek
ni.. Wa jawap je 'boleh tahan'. hehe..



aik? tiada kena mengena lagi?

Benda yang tidak diinginkan berlaku.. Beliau tarik bahu wa secara laju dan mendakap wa dengan erat. Wa dah rasa pelik ni.. Makcik cleaner yang berada ditempat kejadian memberitahu yang pompuan tu gila sebenarnya (dengan menunjukkan isyarat tangan berputar2 di kepala)..

Arrrggggh!! Pompuan gila?? cis.. Tak habis disitu.. Dia bawa wa ke satu sudut secara paksa.. Adeh.. Takkan wa nak lari, kang mengamuk pulak dia.. Wa menurut sahaja langkah beliau.. Wa nampak ibu wa mencari-cari wa.
Perempuan itu bawa wa ke satu sudut di hujung bangunan itu.. Beliau lepaskan wa kemudian berjalan ke satu tmpat.. Aik? Tempat tinggi ni.. bisik hati wa..

Wa nampak dengan jelas...

Dia jalan sampai ke satu hujung, tanpa melihat..

Kemudian dia jatuh dari ketinggian 2-3 tingkat!

Wa dah kelam kabut.. Mahu sahaja menjerit meminta tolong. Wa dah sesak nafas... Agh! Ya Tuhan! Selamatkan dia! Wa menjerit sekuat yang boleh.. Bila wa pandang sekeliling, wa tengok tiada orang.. Wa dalam bilik rupanya.


jejaka musim buah-buahan.. dengan jongkang jongkit. (patut a ade budak macam mengadu kat mak beliau.. lu nak maen ke? hahah!)

Mimpi ini terjadi ketika tidur petang sekitar 2 ogos 2009.. Segala yang wa ceritakan dan fakta yang wa sebut adalah sebijik-sebijik dari mimpi wa. Yang kadar bayaran cukai parking tu memang wa ingat!

Ada banyak lagi mimpi2 yang wa masih ingat, lain kali wa coret disini. Wa pun pelik sebab kadang-kadang wa boleh ingat sesuatu mimpi tu macam tengok muvie. hehe..

Aneh? Ah, wa rasa lu pun ada mimpi yang tak terlupakan.. kan?
cuma, apa signifikan mimpi ini ya?? dahla terengganu ni tiada satu pun menara jam.. oh ya, yang wa cerita di atas, pasal 'pengalaman kursus motivasi' kepada mak wa itu pun sebenarnya salah satu mimpi lain wa.. mistik2..