Memaparkan catatan dengan label Harta yang dihargai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Harta yang dihargai. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Disember 2013

Catatang Panjang 4 Bujang Pi Langkawi

2013-2010 = 3 tahun lepas, aku ada update satu post tentang sebuah catatan 7 bujang bercuti di Pulau Tioman. Setelah terlalu lama tak bercuti bersama, saudara Si Kosong telah mengutarakan satu plan untuk kami mengadakan semula percutian sebegitu.



Dulu gambar atas, skarang yang bawah.. hhehe

Setelah bincang dan bertungkus lumus pening kepala mintak cuti dan sebagainya akhirnya kami bersepakat memilih tarikh 6-9 Disember 2013 untuk bercuti di Pulau Langkawi.

Namun agak sedih kerana hanya tinggal yang bujang yakni 3 daripada 7 jejaka yang available. Yang berumah tangga seperti Kosong, Fhad, Haris dan Beskot memasing ada komitmen yang perlu dijaga. Sedih pun sedihla, nak buat macamna kan.. Yang tinggal cuma yang di highlight kunin bawah ni. Mujur ade Daud untuk mengisi slot.
+Daud

Hari 1:
Aku stat betolak dari Terengganu pada hari Jumaat tu naik bas ekspres. Walaupun nama ekspres, bas telah memakan masa 10 jam akibat daripada kebanjiran di Kemaman. Sampai di Kolumpo aku teruss blah pergi ke KL sentral untuk menunggu Jalak serta Wong Ah Ian.

Dalam jam 1040-11 macamtu kami stat gerak dari Kolumpo menaiki keta baru Jalak yang dipandu secara bergilir-gilir. Destinasi first kami adelah Alor Star untuk pick up Si Daud. Sesampainya di Jeti Kuala Perlis around pukui 5.00-5.30, kami pon parking (15ringgit sehari kalo x silap) dan stat cari tiket feri.

Hari 2:
Untuk pengetahuan smua, pecutian ni memang secara last minit dan ondespot. Jadi kat sana la kami bincang dan bersepakat untok pi mano mano. Kat situlah jugak kami bertemu Pak Syed untuk membeli tiket feri, pulau dan chalet. Suma skali habih dalam RM 150 ++ sorang.

Destinasi pertama kami adelah di Pulau Payar. Setelah brekfes sedikit sebanyak kami pon bertolak. Di sana, kami mandi-manda, snokeling, bergambor, cucimata dan makan tengahari bersame-same. Untuk makluman, sebelom ni Pulau Payar sangatlah cantik dan best menurut salah sorang pengunjung, namun mungkin dek kerana ramai orang, dia dah jadi kurang skit.



Usai aktiviti di Pulau Payar ktorang pon bertolak ke jeti Kuah. Kami naik bas pegi ke chalet Green apo aku terlupe yang terletak di Pantai Chenang. Pantai Chenang pon adalah salah satu tempat yang nak ditawan olih kami. Pada malamnye kitorang pon berjalan-jalan la sambil cari dinner di kawasan situ.







Pantai Chenang ni agak hidup meriah pada malamnya kerane kat situ ade banyak kedai-kedai (baju dan lain-lain) dan restoren serta dekat dengan mall dan Underwater World Langkawi. Setelah setel lepak-lepak makan nasik dan pusing-pusing Chenang Walk, kami pon balik tido.

Hari 3:
Paginya pula setelah mandi, kami pekena roti canai mamak dekat area Chenang serta lepastu kami pegi shoping pekakas seperti ceklat untuk dibawa pulang kampong. Habis shoping kamipun check out chalet/motel dan naik teksi bertambang RM30 ke Pekan Kuah untuk balik.


Setelah sampai di darat Kuala Perlis kami terus shoot ke Kedah. Dalam perjalanan tu ingat nak brenti bundle sebab Jalak rindu sangat Bundle zaman Unimap die dulu tapi kesiannya sebab bundle tu tutup. Last sekali kita p makan dekat Kedah, area Daud slalu lepak makan roti canai. Memang sedak dan berpatutan.




So sampai Kolumpo dalam pukul 3pagi, kami anto Ian dan gerak ke rumah Jalak untuk tido. Esoknya aku balik ke Terengganu. Sekianggg.. Harap walaupun lepas Ian kawen taun depan ni ade lagi la aktiviti macamni. Hmmmmmzzz..

ps: terimakaseeeh sudi singgah lagi.

Rabu, 25 September 2013

Kamera dan Fotografi

Fotografi.

Nak kata aku ni gila fotografi ni tak lah sangat. Cuma minat tu je la ada. Suam-suam orang kata. Walaupun pakai kamera jenis ape aku tak kisah sangat. Suka tengok gambar samada yang di'edit' atau tak. (Lagi bes kalau tak edit sebenanye.)

Tapi pada masa-masa tertentu tu memang tak buleh nak bendung bila ambik gambar ni. Lagi-lagi kalau ade member pegang DSLR. Aku suke gambar yang jenis fokus kat satu objek dengan pemandangan belakang blur atau dipanggil Macro. Tak tau sebab ape.. mungkin nampak menarik bile ambik macam tu.


Air terjun Pantu di Lambir, XPDC Miri Ahad lalu

Apa yang best nye ambik gambar ni adalah bila hasil dia kemas. Cantik ke tak tu belakang cerita. Kira 'padu' la. Orang tengok pun boleh terima, kira ok la. Gambar tu pulak boleh dibuat kenang-kenangan atau diletak kat profil picture fesbuk ke instagram ke blog ke.

Tapi kalau nak dibanding, zaman kecik-kecik dulu tengok bapak aku pakai kamera yang guna kodak tu sangatlah cool. Cuma leceh bila nak gi 'cuci' filem.

Tambahan, gambar-gambar masa tu boleh di'album'kan secara realiti. Bukan takat masuk kompiter je. Hehe. (walaupun skarang pakai printer, jarangla nak print)

Form 5 dulu aku sempatla beli kamera RM20 kat kedai di Dungun. Tu la first kamera aku ada. Yang taruk filem tu la jugak walaupun masa tu orang dah mula pakai digital camera. Hilang kemana pun aku tak tau la. Rugi betul.

Tapi yang tak best nya dalam fotografi secara amatur ni, bila nak ambik gamba tu rasa segan. Semulajadi barangkali. Lepas dah segan tu mulalah sifat malas hadir. Jadi hilanglah mood untuk berfotoshoot.

Untuk dijadikan cerita, semalam entah angin ape datang tiba-tiba rase nak beli sebuah kamera. (Dah lama mengidam beli satu). Lagipun aku rasa perlu untuk beberapa aktiviti yang akan dilakukan dalam masa terdekat.

Masalahnya, aku buntu nak beli DSLR atau kamera compact. Jadinya, setelah membaca review dan berbincang sekata dua, akhirnya aku tekad untuk beli satu kamera.


Selamat memulakan tugas wahai D5100. Semoga bermanfaat

Jadi dengan berbekalkan sedikit sahaja ilmu fotografi ni, aku akan ke Kota Kinabalu pada hari ini untuk percubaan. Insyallah cerita tentang journey to Sabah akan diceritakan pada episod mendatang. (Pergi Brunei haritu pun belom cerita. Adoi.)

Mana tau boleh jadi freelancer ambik gambar kenduri ke lepas ni. Hehe. Oh ya, mana tau kalau ada nak add INSTAGRAM nak layan gambar-gambar secara live, boleh jugak layari INSTAGRAM AKU.

Sudi-sudikanlah ye.

ps: 25/9/2013 sempurnalah jejak kaki ke seluruh Malaysiaaaa!!!!

Selasa, 31 Januari 2012

Dua Khabar

Hidup aku jarang ditimpa khabar-khabar gembira.
Selalu sahaja bernasib kurang baik.
Mungkin salah aku jugak kan.
Tapi memang adat hidup ini seperti roda.
Satu masa di bawah, satu masa di atas.

Khabar gembira pertama
Bangun pagi tadi
Aku cuba pasang bateri dan simkad telipon.
Kot kot boleh hidup.
Sekali, memang hidup.
Tak sangka lama betul jangka hayat telipon aku ni.
Tahan lasak betul.
Cuma masih ada corak-corak air kolam.

Ini a gamba telipon aku.. Nokia 5000-d2. Pemberian ayah aku.


Khabar gembira dua,
Aih, takyah cerita la..

Jumaat, 1 Julai 2011

Selautan kemalasan dan kesibukan bukan bererti kita tidak mampu memancing secalit kegembiraan

Selamat maju jaya untuk semua penduduk di Malaysia mahupun masyarakat seantero dunia! Tidak lupa diucapkan selamat menyambut israk mikraj kepada umat Islam.. Engkau perasan tak, masa berlalu dengan pantas? Tak perlu jawap persoalan ini, renung2kan saja.. Hehehehe

Jadi sempena minggu malas dan sibuk sedunia, ekau layan aje lah gabungan hasil kerja potografi dan kartun yang dibuat oleh aku yang tengah malas ni..

Watak ni namanya Awang. Hahaha. Banyak gak kerenah Awang ni masa nak ambik gambor. Dia selalu terbang-terbang dibawa angin.

Awang dan barang dapur

Awang dan mug 'hairy cat' kesayangan aku.

Awang di dapur

Awang didapur.

y man

Ni bukan watak Awang.. Ni nama dia 'Y-Man'. hahahaha..

other character

Ini pulak watak sampingan..

workstation

Dan akhir sekali, dari meja pengarang.. Amacam? Tersusun rapi tu.


Sebenarnye banyak aku nak tulis tadi. Tapi Blogspot buat hal.. Sekian sajalah. Asalkan tercapai hasrat aku untuk pecahkan rekod 13 entri untuk setiap bulan. hahaha.

psttuihh : Sejauhmanapun kau sibuk, janganlah sampai berkerut kening didahi. Hhahahahaha.. Chilllllll.... Selautan kemalasan dan kesibukan bukan bererti kita tidak mampu memancing secalit kegembiraan.. Camharam.

Rabu, 15 Jun 2011

Sanaisalju, Asap Kotaraya, Pelangi Buat Bonda. 1991


Lorong panah ditembus sepenuh hati..
guruh berdentum tiada dihirau..
hati cekal tak terperi..


digapai pelangi..

secebis tercalit ditangan..
dikirimkan buatnya di 'sana'
.

- Sanaisalju, Asap Kotaraya,
Pelangi Buat Bonda. 1991
-


rainbow puke colours drawing pictures, backgrounds and images


Sanaisalju merupakan penulis yang memang tak dikenali umum. Aku pun tak kenal. Aku terjumpa buku 'Asap Kotaraya' ni didalam timbunan buku satu ketika dulu. Best tulisan dia. Buku dah tak ade tapi nasib baek aku sempat salin beberapa kerat. hehe.

Aku rasa apa yang disampaikan pemuisi adalah :

-Bagaimana dia bekerja keras untuk survive
-Kejayaan yang ditempa walaupun sikit, dikongsi bersama bonda beliau yang telah pergi. Mungkin dengan kiriman doa.

Aku rase je la mcm tu. xpaham sgt pun. hehe.

Isnin, 11 April 2011

Sambut Tanganku Kawan

Lepas match Arsenal menang 3-1, aku pun masuk ke bilik sambil buat-buat baca buku tanda gembira.

Tiba-tiba Putera Aftus mesej aku pasal hadiah. Aku pun baru teringat pasal aku join pertandingan untuk satu acara amal ni. Tema humanity atau kemanusiaan. Aku hantar last minit padahal lukisan tu belum siap. Seingat aku, lukisan ni lah paling rumit aku bikin.


Tambahan pula, bila aku tengok peserta laen, haram jadahla lukisan aku nak menang. Depa punya canggih canggih. Guna software itu ini. Aku pulak pakai MS Paint. Memang sakai habih. hahaha. Tapi tak apa le, dapat sijil penyertaan pun jadi la dok?

Sambut Tanganku Kawan

'Sambut Tanganku Kawan' yang aku kata paling rumit sebab dekat 3 hari aku bikin. Segala garisan aku zoom berpuluh puluh kali.

Penerangan lukisan: Seorang manusia tergapai-gapai dalam kesusahan memohon bantuan.

Berkat bantuan undian dari kengkawan, dapatla hadiah cikedis dan air tin. Alhamdulillah..
hahaha. TQ uols.


pst: seni bukan bahan jajaan.

Jumaat, 18 Mac 2011

Siapa Mahu Mula?

13032011733 edited


Siapa Mahu Mula?

lelaki itu..
berjalan dalam kesamaran..
matanya muntah ke langit tinggi..
mulutnya dikemam rapat-rapat..
kata itu tak terluah..

wanita itu..
mendiam dalam kebisingan..
tangannya memegang erat hati..
kakinya tetap tak terlangkah..
kata itu disimpan..

kota senyum memerhatikan mereka..
siapa mahu mula?

sampah,
4 april 2010,
1.24 am,
bandar dalam hutan.


DSC06103 edited

Isnin, 28 Februari 2011

Pemfotoan.

Yaaa Haa! Tempelet sudah aku tukar untuk kasi nampak simple dan gambar bapak besar gabak boleh muat. So aku mau try la letak hasil gegambo yang dah lama aku letak dalam filckr aku . Hohooo.


Wel, sebenanye aku ni tak reti pun fasal foto-foto. Tapi sekadar suka-suka lah kan. Aku dapat inspirasi dari entri ruffey dalam blog beliau, tekiding bubus yang menceritakan serba sedikit tentang pemfotoan. Jadi, enjoi de show la. hahaha. (aku tak edit sebab reti, ahaa ha).



Gewe Mekdi Kuala Terengganu
Gewe di Mekdi


Panorama
Pemandangan Dalam Bas Ekspres


Panorama selepas kelas UTP
Saujana Mata Memandang

Sepetang di singapura
Sepetang Bermain Dam di Singapura


Little india
Diwaktu Pagi Brikfields

kucingn
Seekor Kucing Yang Kecik

Sotong Celup Tepung Teluk Ketapang, KT
Sotong Celup Tepung Teluk Ketapang


Sekian! A haa Haaa!

Selasa, 8 Februari 2011

Mangster dan foto kawan dia

Kali ini aku malas tulis, ko layan saja gegambor ni.
............................................................................................................
Part satu: Pembikinan 'Mangster' - Aplikasi: Paint

Mula-mula






Lepas tu



Tacap sket


Akhirnya 'Mangster' sudah siap.

....................................................................................................................................

Part dua: Kita tangkap tangkap gambo


Ni dah lama, pegi broga bulan berapa aku tak ingat.


Yang ni baru tangkap. Bertajuk: 'Ibubapa dan anak di tasik Tronoh'



Yang ni bertajuk: 'Kemilau cahaya pendekar bujang luput'



Yang ni ahad aritu: 'Mandi manDi Ulu Cepur'

orait?

Rabu, 1 Disember 2010

Jiwa Petrol, Cetakan ke-2





Jauh.

Jauh di sudut kampung Paya Berenjut.. Terdapat sebuah rumah kayu masih kekal kekampungan. Kicauan unggas menyelar kesenyapan desa.. Pada petang nyaman demikian, Si cucu sedang asyik mengurut-urut betis sang nenek. Angin serabut perut barangkali..

Sedang si cucu sibuk mengurut berbekalkan minyak Limau cap Yu Yee, sang nenek bermonolog sendirian.

'Haih, bau minyok cap Yu Yee ni mengonangkan eden pado sesuotu.. Minyok Petrol.. ' Ujar sang nenek. Setiap butiran kata menimbulkan urat leher yang berselirat. Loghat Negeri Sembilan masih pekat walaupun berpuluh tahun berada di Pantai Timur.

Kaca mata yang dipakai lantas dicabutnya perlahan dan diletakkan di tepi meja rotan sebelahnya.

" Jiwa petrol,
itulah kau...
disimbah api sikit, dah terbakar.. hehe.

Jiwa petrol,
apahal la kau ni senang benar terbakar?
ikan goreng pun tak sesensitip kau..
sikit-sikit nak berair mata.

Jiwa petrol,
aku tahu dah banyak yang kau lalui..
kalau disiram air, sibuk pulak kau terapung.
Biasalah, ketumpatan kurang..

Jiwa petrol,
apa-apa pun kau memang berdikari,
ke sana boleh kesini boleh.

-uhuk uhukk..Aih, Terbatuk pulok eden. Celakok. kat mano eh eden berenti tadi..-

ha... ehem.. nama pun bendalir, memenuhi ruang..


Jiwa petrol,
moga-moga kau terus berbau ghau-ghau.
lupakan kisah silam mu. Kerana esok bukan semalam.."

'Pehhww! nenek memang pandai buat sajak ye??' Tanya si cucu kekaguman.

'Hahahaha, buleh lah siket-siket.. eden teghingat sajok dari blog cakapapentah 50 tahun dulu. Keh keh keh..'

'Blog? Nenek pun ade berblog ye?'

'Ofkoss lahh adooo.. Hok jiwa petrol tu nenek la!! Cube ucu ambik laptop kat dapur nu.. Bukok, esoksemalam dot blogspot. Namo pena eden RUMPUT..'

'Rumput mende gok Semek oii.. LUMUT lah!' tiba-tiba OrangLidi menyampuk. Baru pulang dari berkebun gamaknya. Peluh jantan menyinggahi dahi. Sambil membetul-betulkan kain pelikat. Di bahu tersangkut selaras cangkul. Senonoh sungguh..

'Mane nasik goreng New zealend ambe? Lapo doh ni..'


sekian..



jotdown: gambar dari sini
jotdown: ape itu jotdown pun aku tak tahu.
jotdown: ni entri yang sedia ada, cuma dikemaskan balik supaya sedap sikit nak baca.
jotdown: aku tengah sibuk ni.

Lama tak bersembang dengan pemilik jiwa petrol yang jauh berkelana.
(Tiba-tiba mimpi jumpa beliau hari tu, hehe. Mimpi ja, bukan buat ape pun. Jangan terpesong pikiran. Hahahaha. Tak payah pikir bukan-bukan lah)

Rabu, 10 November 2010

Catatang Panjang 7 bujang: Percutiang Paling Maskuling..

dari kanan: fhad, kosong, beskot, haris, jalak, ian



Khamis hingga pagi Jumaat:
-Kami mula bertolak daripada WangsaMaju. Exora muat-muat 7 orang bujang. Jalak selaku driver macho.
-Berhenti di R&R mane entah ( di Negeri Sembilan kalau tak silap ) untuk makan malam.
-Dalam kereta masing-masing galak gila.
-Kosong cakap tak boleh naik jeti di Rompin. Jadi menujulah ke Mersing. Kosong jadi cheer leader untuk mengelakkan drebar mengantuk.
-Haris banyak bercerita. Tak tahulah yang mana satu kisah betul atau yang mana tipu sunat.
-Jalak drive sambil karok sampai sakit tekak.
-Fhad melekat dengan henset. Mesej awek. (ke awek-awek?)
-Ian tension memikirkan exam Isnin. Mesej awek. (ke awek-awek?)
-Beskot dengan aku paling rilek dan steady.
-Melepas daripada dua roadblock. Brader Polis tu kawan Haris.
-Kabus dekat kawasan ape ntah di Johor tu. Dekat dengan Kluang kalau tak silap. Memang paling mencabar pemanduan Jalak.
-Nampak gerai hijau buka.
-Sampai di Jeti Mersing. Perempuan-perempuan banyak. Bergambar sekeping dua.
-Semayang subuh tidak ditinggalkan.
-Tulis nama dan selesaikan urusan tiket dan parking kereta. Berangkat naik feri bertajuk Bistari.



Siang Jumaat:
-Dalam feri, ada lelaki lembut duduk dekat kami. Ya, sorang sebelah aku dan sorang sebelah Beskot. Nasib baik minda kami masih sihat.
-Sesampainya ke Jeti Berjaya kami pun turun. (Betul ke jeti Berjaya? Ntoh la.. yang penting Kampung Tekek)
-Naik van apajadahnya padahal jalan kaki 9 minit pun boleh sampai. Habis 15 ringgit. Cis betul lah kena tipu hidup-hidup.
-Sampai di chalet kami. Swiss Cottage. Mantap weh. Dia punya dekorasi dan landskap walaupun bergaya tradisional. Cuma bilik la ada nyamuk dan pintu tandas pasang terbalik.


-Brekfes makan makanan ala barat. Roti dan telur.
-Bahagi dua bilik. Aku, Beskot dan Kosong. Yang lagi satu Jalak, Haris, Fhad dan Ian.
-Minah saleh banyak kat sini.
-Bermain main di gigi air. Akhirnya bemandi manda di laut jernih. Jernih weh..
-Si kosong datang beritahu dia tersilap masuk bilik T5 sedangkan bilik kami T8. Siap tengok couple dari negara eropah buat 'projek ehem' dalam tu. Untung kau Kosong.
-Aktiviti mandimanda diteruskan sampai ke aktiviti buat istana pasir. Macam biasa lah, lepas tu aktiviti ambik gegambor. Cari port baik baik punya. Kereta F1 pasir untuk Haris.
-Kemudian kami pergilah mencari kedai untuk makantengahari. Gerai Mama Kosong dan Opah sdn bhd menjadi pilihan. Sekali dia punya makanan terbaik plak dahh.. Terus jatuh hati.
-Beli eskrem sambil jalan-jalan buat muka tak bersalah sedangkan orang lain pergi semayang Jumaat. Musafir..
-Singgah bundle dan kedai duty free. Arak murah.
-Sampai bilik terus tidur.
-Bangun petang tu, mandi manda di laut Tioman sekali lagi. Tenang gila..
-Jalak dengan Haris terbungkam ke petang. Jalak tidur mati tak apa lagi.. Yang Haris tu aku tak dapat tangkap apejadah letih dia.
-Lepak-lepak, malam sikit pergi mencari juadah malam.
-Jumpa satu Restoren P*l*d*ng yang tengah tayang bola sepak piala raja-raja. Polis lawan Masum. Gol Masum memang lawa.
-Harga? hahahahhahah.. Sampai ke hari last kami masih menyumpah. 8ringgit nasi goreng seafood dan 4ringgit air jus. Kalau mahal sedap takpe. ni.. ish..
-Kerangka ayam pasar malam 5 ringgit.. Kemudian singgah kedai runcit. Memang mahal. Biasalah pulau.
-bila dah sampai chalet, main Thumb Tower ke ape nama, yang susun susun kayu tu. Sambil tu pekena apam balik Haris.
-Belum sempat habis game, hujan bercurahan. Tepat sekali ramalan meteorologi kau Kosong. Ian masa tu bizi study.
-Bila dah hujan lebat macam ni, tidur aje lah. hehe..



Siang Sabtu:
-Bangun subuh, tidur balik.
-Bangun je, brekfes ala barat lagi. Makcik tu masak memang sedap.
-Ayie (anak makcik masak) pagi-pagi dah tersengih tengok Kosong.
-Sebahagian pergi mandi laut (Tahniah Beskot dah berjaya terapung) manakala aku, Jalak, Haris dan Ian pegi jalan-jalan kumpul stamina untuk trekking (dan kumpul koleksi pencucimata).
-Berjaya resort memang canggih. Sesi bergambor.
-Kembali pulang ke chalet
-Lunch di kedai Mama Kosong lagi. Hhehehe.. Sedap ooo. Nasi singgit, ikan goreng singgit, air sirap singgit stengah = 3ringgit stengah.
-Terpikat dengan sambal, kami menempah sambal Mama untuk bbq malam tu.
-Oh, plan bbq memang spontan.. Arrange dengan pakcik Baharom dengan Mama on the spot je. Memang tak dirancang rapi pun.
-tengah hari tu naik bukit untuk treking dan misi ke air terjun.
-naik pikap pergi ke Berjaya Resort. BFF kepada Fhad Muska, Farhan Muska pun ikut sekali. Farhan ni originaly from India.. Hindustan gitu.
-Dekat 40 minit menikmati alam flora fauna masa treking, akhirnya sampai di destinasi paling menyegarkan.. Air terjun.
-Pakcik Baharom kata kat atas nu ada lagi tempat air terjun besar, tapi agak letih dah tu. Kire ok la kan? Air terjun dia memang best.. Habis hilang gundah gulana bila terkena percikan air yang mendinginkan.


-Bila semua dah settle, kami turun. Haris buat gaya menggelungsur paling macho hari tu. Habis seluar kena lumpur.
-Lepak minum petang sambil bincang-bincang masa depan. Farhan ada cakap gaji dia 11ribu! pehhwww... Farhan belanja air.
-Dah siap tu, pulang sekejap untuk siap-siap pegi snorkeling.
-Sewa basikal 5 ringgit sejam untuk ke Marina Bay nak snokeling. Beskal aku macam dalam cerita maria mariana. hahaha. stailo.
-Bawak beskal pun rasa segar je. Angin sempoi sempoi bahasa. Ada replika burung tiung besar.
-Nasib baik tak ramai orang kat marina bay.. boleh la buat aksi-aksi terjunan. hahaha.
-Life jaket dgn gugel dalam 12 ringgit.
-Snokeling Ikan berwarna warni.. laut jernih.. peehhhhh.. lawaa.. Kosong tak snokeling sebab sibuk uruskan bbq. Haris plak aku tak tau sebabpe tak join. ok gak die leh jadi cameramen. hehe.
-Pulang senja.. kaya ball tak jual lagi.. tengok-tengok bbq dah siap setup. Pakcik Baharom dan Kosong tengah memanggang. Kami terus siap siap. Kata pak Baharom, malam kang bakal hujan.
-2 wanita Itali, Sorang British dan Farhan join bbq malam tu. Satu Malaysia habis. (aku tak puas ati la depa tak bayar.) Hidangan bbq malam tu ikan, sotong dan daging beger.
-Jenahak memang sedap wooo.. bersalut rempah disediakan Pak Baharom dan istri, diselangi cicahan sambal Mama Kosong. Fuhhhhh..
-Sotong? sudah tentu menjadi pilihan ramai. Minah Itali tu pun ada cakap "I like this squid".
-Banyak jugak sembang dengan pelancong2 ni.. Haris cakap english power.
-Dah selesai bbq, diadakan aktiviti begambor, main pijak tali dan bangunan kayu.
-Bila hujan turun, kami lintang pukang lari dalam bilik.
-tidurr...

Siang Ahad:
-Pagi macam biasa lah.. (Kalaulah Beskot mandi awal.. haha.)
-Siap siaga, kemudian sental brekfes 2 keping roti bakar beserta omelet.
-tak cukup dengan itu, kami meratah meggi cup si Beskot.
-Usai makan, kami ucapkan selamat tinggal kepada semua. Pada pohon kelapa, buaian, pepasir pantai, dedaunan, cewek, dan semuanyalah.
-Berjalan ke jeti dan naik feri.

-Dalam feri tengok cerita KungFu Hustle. Gelak barai lah kami.
-Sampai-sampai je ambik gambar terakhir di jeti Mersing.
-Makan tengahari dekat medan selera.
-Jalak pekena udang 2 ketul 9 ringgit. Aku try ikan singgang. Yang lain ada ambik keli, ayam..
-Bertolak ke melaka (rumah Jalak) untuk tukar kereta Citroen. Driver Haris
-Masa ni baru aku tahu peristiwa aneh yang kedai hijau bukak pukul 3 pagi time kami datang tu sbenarnya dah tutup. Yang kami lihat adalah sesuatu yang ghaib. Maklumla, malam Jumaat.
-Berenti kat hentian Pagoh kejap. Ian drive..
-Sampai di rumah Jalak untuk tukar Citroen.
-Jalak mengambil takhta selaku driver.
-Ian terpaksa terhimpit di tengah sebab itu aja ruang yang tinggal. hehe.
-Dalam kereta, macam biasa le.. Karok.. Trafik jem dan beberapa eksiden berlaku.. Nasib baik kami tak terbabit.
-Labuci, bukan labulaci..
-malam, sampai di wangsamaju Kosong belanja makan malam.
-Good bye.. bajet overall lebih kurang 2ratus lebih. Kosong punye planing duit mantap. Kalau tak silap dekat 1 bulan plan.
-Kalau tak sampai Kampung Juara , belum Tioman.



Aku buat entri ni sebab aku nak catat apa apa yang penting. Macam harga makanan tu smua. Lenkali buleh wat rujukan. ok, sekian.

Isnin, 6 September 2010

POSKAD RAYA: Ingatan Tulus Ikhlas daripada Wong Ah Ian, Fhad, Jenjinjon, Jalak Lenteng, Beskot, Si Kosong dan Muhammad Razman

Saya dan blogger berikut ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf batin zahir kepada anda, anda dan anda semua andainya ada berlaku kekhilafan samada sengaja atau tak sengaja. Halalkan makan minum kami.

[Kepada blogger yang tiada dalam gambar, maap la, tak sempat lukih semua. hehe
]



sekali lagi gune paint..



Dari kiri:

Muhammad Razman- Graduan perakaunan dari UiTM Shah Alam yang sentiasa mendapat sokongan padu daripada folower blog Kain Buruk nya. Berpakaian kemeja belang-belang selaku seorang professional. Maap lah Man, aku lukis kasut engkau saiz besar. Semoga cepat kahwin.

Si Kosong- Sampai sekarang aku belum ingat nama sebenar beliau. Kamera yang sudah tentu asyik tergantung dileher kadang-kadang dilihat sudah sebati dengan beliau. Seorang yang mudah berkawan dan peminat seni sejati. Semoga cepat kahwin. Hidup Wira Tunggal Legacy!

Beskot aka Zulkifli Mohamad Jais- Pemuda misteri yang bekerja sebagai jurutera di kompeni minyak dan gas. Seorang yang berjiwa seni dan subjektif. Aktif dalam kegiatan persukanan dan yang penting beliau masih single! hehehe. (sori kalau lukisan macam tak jadi. haha)

Jalak Lenteng aka Emir Faiz- Kawan baik kepada Beskot dan juga seorang yang berfikiran jauh. Kalau aku dan Jalak bersembang, mesti kisah-kisah rocker kapak akan terkeluar. Jejaka bermata redup ini mempunyai suara ala-ala Jamal Abdillah dan berwajah Nasir Bilal Khan, engkau pasti terpaut pada identitinya yang lawak dan ramah. Sori, sudah ada bunga dihati.

Jen- Pernah menjadi blogger meletup pada suatu ketika kerana ayat-ayat cinta dan ubat guna-guna [taik idung]. Kini beliau jarang apdet atas alasan yang kurang munasabah. Tengoklah lukisan tu, tangan masih dalam hidung.

Fhad Mantera Melayu- Menyimpan cita-cita untuk memiliki sebuah motor scrambler suatu hari nanti. Pro-skater yang selalu berpenampilan hip-hop ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam kerajaan. Dipercayai berjumpa jodoh setelah menghadiri satu majlis perkahwinan di Lembah Pantai. Tengok la kat t-shirt pun ada lambang love. cihh.
[Jeliran lidah itu satu trademark beliau.]

Wong Ah Ian
- Yang ni pun aku tak tahu nama asalnya. Aku hairan kerana beliau sudah tidak seperti dulu. Tak tau lah kalau aku seorang saja yang rasa macam ni. Member sehidup semati dengan Fhad sedari kecil. Aku lukis dia lompat sebab header blog beliau. Yang pasti beliau selalu hadir dengan bermacam idea bernas. Suka makan nasi putih dan lauk daging blackpeper.



selamat hari raya, ada kesempatan jumpa lagi!!
Nok balik ganung pulok selasa ningg. hahaa..


[ini adalah autopost, jadi ia akan naik banyak kali. hahaa]

Rabu, 16 Jun 2010

Angkat Tangan Cucuk Udara

Orang kaya hanya akan rapat dengan orang kaya. Ini adalah realiti. Kan?

Macam yang kita selalu tonton dalam drama melayu, kalau ada orang kaya yang baik dengan orang miskin, mesti dalam hati kita terdetik :

"Pegi mampus lah. Mana ada orang kaya nak kawan dengan orang miskin. Bodoh, menipu rakyat je kerja."

Uih, berat.. Sebenarnya ada aja orang kaya yang betul-betul rapat dengan si miskin. (Segelintir)



Dunia dan kekayaan bukan milik kau sorang je.

Ok, aku jadi Ghazali dan kaulah Tengku Mukrim, Tengku Zaleha dan Tengku Karim. Watak-watak Antara Dua Darjat.

Isnin, 19 Oktober 2009

Putus sudah.

Ulung-ulungnya, wa ucapkan trimas kepada penulis blog hidup manusia kompleks yang sudi membelanja trip ke eropah baru-baru ni. Tersasar pulak dah. Trip ke singapura. Bila sebut pasal singapura, bukan singa yang terbayang di hati, tetapi bayangan Israel. haha. Kecik tapi dahsyat. Lame x menulis. Trketar2 tangan menulis entri ni. ceh.

Ni kali pertama wa jejak kaki luar dari Malaysia. Jadi memang gembira macam nak makan Kfc pun ada.

Sampai2 di Kolumpor wa dah blur habis. Bertolak ke singapura jam 11 malam, tapi tengahari tu wa dah tercongok kat Kolumpor. Mujur Cik Balqissy (tuan tanah) offer lepak2 dengan dia. Hahaha. Ni jugak kali pertama wa jumpa blogger secara bersemuka. hahhaaha. Dah2. wa dah malas tulis. Lu baca je gambor2 di bawah.


Pemilik blog yang baik hati sudi mengambik wa di stesen lrt.




Lepak di Kolej Ungku Aziz UM. Wa dengar bro JOHN IVERSON duk sini gak. cis.



Bila bulan mengambang, kami bertolak. 36 orang kesemua peserta rombongan.


Dah pagi-pagi, baru sampai ke imegresen Malaysia.

Perhentian pertama. Wa dah x ingat nama tmpat ni. Yang singa meludah tu..

Masjid Sultan. Skil shooting agak bertambah semenjak dua ni. haha.

Murtabak sini agak terkenal. sampai masuk surat khabar omputeh.


Nasik ayam penyek. memang sedap.

Antara peserta yang hadir. Menunjukkan kegirangan. hehe. Nama wa dah lupa. hehe. Jangan marah wa ltak gmbar ni. hehe.


Pasangan bahagia. hehe.

Wa naik heran. Kalau teksi pun dah mewah macam ni.. apatah lagi lori sampah. Eh, lori sampah x mewah sangat. tengok blakang tu. haha.


Pulau keriangan! Pulau Sentosa. Dulu kalau x silap nama asal pulau ni pulau belakang mati. Ada lanun ramai sini dulu. Sampai masuk cite Pirate of carebean? (watak chow yun fat tu..)

Mencuci mata di sekitar pantai Siloso. Ramai wo orang2. cuma orang lidi je xde.

Yaa! memang terbukti kebersihan nya. Eh, baru wa teringat. Wa ade terbuang sampah merata-riti haritu. Harap2 x sampailah surat saman ke Malaysia.

Di waktu malam, kami kami dihidangkan 'song of the sea'. Persembahan nyanyi2 sambil menari sambil pancaran cahaya laser dan bunga api. 10 dolar harganya. Memang dahsyat. Time tengok show ni jugaklah bateri kamera wat hal. cilakak..

Bila dah sampai Malaysia, inilah blogger ke-dua yang wa jumpa. hehe. dah lame janji nk blanja, jadi kenalah tunaikan. weh INNZ, lenkali ajar wa makan ciken chop plak. aritu makan mekdi wa x reti, nasib bek lu ajr. hehe


Sekian lapuran dari bumi singa..

psst: dah2.