Rabu, 25 September 2013

Kamera dan Fotografi

Fotografi.

Nak kata aku ni gila fotografi ni tak lah sangat. Cuma minat tu je la ada. Suam-suam orang kata. Walaupun pakai kamera jenis ape aku tak kisah sangat. Suka tengok gambar samada yang di'edit' atau tak. (Lagi bes kalau tak edit sebenanye.)

Tapi pada masa-masa tertentu tu memang tak buleh nak bendung bila ambik gambar ni. Lagi-lagi kalau ade member pegang DSLR. Aku suke gambar yang jenis fokus kat satu objek dengan pemandangan belakang blur atau dipanggil Macro. Tak tau sebab ape.. mungkin nampak menarik bile ambik macam tu.


Air terjun Pantu di Lambir, XPDC Miri Ahad lalu

Apa yang best nye ambik gambar ni adalah bila hasil dia kemas. Cantik ke tak tu belakang cerita. Kira 'padu' la. Orang tengok pun boleh terima, kira ok la. Gambar tu pulak boleh dibuat kenang-kenangan atau diletak kat profil picture fesbuk ke instagram ke blog ke.

Tapi kalau nak dibanding, zaman kecik-kecik dulu tengok bapak aku pakai kamera yang guna kodak tu sangatlah cool. Cuma leceh bila nak gi 'cuci' filem.

Tambahan, gambar-gambar masa tu boleh di'album'kan secara realiti. Bukan takat masuk kompiter je. Hehe. (walaupun skarang pakai printer, jarangla nak print)

Form 5 dulu aku sempatla beli kamera RM20 kat kedai di Dungun. Tu la first kamera aku ada. Yang taruk filem tu la jugak walaupun masa tu orang dah mula pakai digital camera. Hilang kemana pun aku tak tau la. Rugi betul.

Tapi yang tak best nya dalam fotografi secara amatur ni, bila nak ambik gamba tu rasa segan. Semulajadi barangkali. Lepas dah segan tu mulalah sifat malas hadir. Jadi hilanglah mood untuk berfotoshoot.

Untuk dijadikan cerita, semalam entah angin ape datang tiba-tiba rase nak beli sebuah kamera. (Dah lama mengidam beli satu). Lagipun aku rasa perlu untuk beberapa aktiviti yang akan dilakukan dalam masa terdekat.

Masalahnya, aku buntu nak beli DSLR atau kamera compact. Jadinya, setelah membaca review dan berbincang sekata dua, akhirnya aku tekad untuk beli satu kamera.


Selamat memulakan tugas wahai D5100. Semoga bermanfaat

Jadi dengan berbekalkan sedikit sahaja ilmu fotografi ni, aku akan ke Kota Kinabalu pada hari ini untuk percubaan. Insyallah cerita tentang journey to Sabah akan diceritakan pada episod mendatang. (Pergi Brunei haritu pun belom cerita. Adoi.)

Mana tau boleh jadi freelancer ambik gambar kenduri ke lepas ni. Hehe. Oh ya, mana tau kalau ada nak add INSTAGRAM nak layan gambar-gambar secara live, boleh jugak layari INSTAGRAM AKU.

Sudi-sudikanlah ye.

ps: 25/9/2013 sempurnalah jejak kaki ke seluruh Malaysiaaaa!!!!

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

huh kamera tu sebijik mcm den punyo.

-fakur

Tanpa Nama berkata...

Assalam.bro memandangkan lu dah beli kamera apekate nanti lu buat la tutorial bagai for amatur photographer.jasamu sangatlah wa kenang.tq.kehkeh.

oranglidi berkata...

en fakur,
-wahh. sama taste la kite ni. hhehe

tanpanama,
-insyallah . memang nak try jugak buat satu blog khas untuk fotograf sahaje. nanti da bukak aku buat press conference. haha

Masy berkata...

lama tak nampak dak oranglidi neh!

Yuki Yusuf berkata...

nak satu lidi... :)

K2r~90 berkata...

waa latest nikon ko belii.. haha..

oranglidi berkata...

masy,
-siape laa kitee ni. huhu. sehat?

yuki,
-satu lidi? boleh22. ade byk lidi ni. hehehe

maisarah,
-latest series ade lagi kan? d5200

Aizuddin Jaafar berkata...

Cadangan, gambar terbaik untuk pemandangan air terjun adalah menggunakan slow shutter/long shot. Kalau dapat buat memang puas hati.

cimot berkata...

wahhhhhh sonok2! buleh laa ajor... hik hik hik

inDah iNdrIana berkata...

lidiiiii