Isnin, 5 September 2011

Blur

Fuih.. blur syial.

lepas raye je mesti blur.. bukan blur kamera tu.
jari jadi tak reti menulih. rasa mcam nak tulih sesuatu. tapi blur cam gampang.
pasai apa ha?

kalah 8-2 tu satu hal.

Bukan apa, raya ni membuatkan aku terpana pada kehebatan hariraya. boleh tengok pelbagai gelagat. taktau mana satu nak dikisahkan. huh.

Mase raya ni la kita boleh tengok perkembangan seseorang tu kan. Lama tak jumpa tiba-tiba , aik? dah jadi lawyer, dah jadi drebar, dah abih belajar, dah kawen 4 dan laen-laen lagi wok.

Cuma aku boleh simpulkan, yang kita-kita ni ibarat tanaman. Masa kecik mak bapak semai benih, pelihara elok elok, kasi baja, siram, gunting daun mati dan macam-macam. Bila dah masak, boleh kutip hasil tanaman tu. Perkaitannya, kalau anak tu dah jadi 'somebody', makbapak boleh la jugak duk bangga-bangga masa duk bersalam raya tu. Ye lah, merasa la sket kebagusan anaknye tu.

Contohnye:"Ha Pak Samad, (sambil bersalam raya) ini la anak saya. Belajar kat Universiti di Australia nu. Taun lepas masuk la slot salam perantauan dalam Utusan nu.. Skarang dah jadi dokter pakar sakit jiwa. Kalau rasa-rasa sakit jiwa tu boleh la mai klinik dia."

Kalau yang tak bernasib baek macamna la agaknya ya? Entoh.. Mungkin hanya mampu sekadar berdiam diri sambil menyuap kuih raya dan menghirup air sirap.

Senario-senario ni menyebabkan aku terpikir la sket.. Ape la keadaan hidup aku kelak? Hehe.. Entahla. Mungkin seorang petani? Atau tukang rumah? Atau mungkin pesawah? Atau pemburu burung liar tegar? Atau pencari cicak tokek?

Oh, sebelum tersasar mungkin aku patut ucapkan tahniah pada member2, sdara2 dan smua yang baru mendirikan rumahtangga. semoga bahgia lah. aku pun baru first time bergelar brader in law ni.

okeh, chow. haha. Takpayah komen pun kalau tak paham entri ini. Ini sekadar coretan setelah menonton crita cinta 120km/j. Pejadah.

Trima kasih sudi baca. Dan juga berjuta trima kasih bagi yang tersinggah blog aku ni.


first entri untuk september. macam tak masuk je. ceh..

8 ulasan:

Razman berkata...

selamat hari raya, maaf zahir batin. kira 0-0 la ek. bukan 8-2.

Farihah Ahmad berkata...

cicak tokek tu mcm mana? @..@

Mutiara Bernilai berkata...

ibarat tanaman..

insyaAllah, moge OL, sya dan semua menjadi tanaman yang indah pd mata memandang, tanaman yang rimbun bg yang menumpang teduh dan tanaman yang berbunga-berbuah bagi yang ingin mencari bakti,, :)


* cicak tokek mahal tu,,kaye tu :P

Masy berkata...

ade la jugek berbunyik entry ni. entry gua antara berbunyik dgn tak je. ni sume salah kuih raya! hahahhahh

Anis Mohd berkata...

panjang gak n3 waktu blur

feyza berkata...

ak blur dgn org dah besoo~~ =D

Tanpa Nama berkata...

selamat beraya:)

oranglidi berkata...

razman-hhahaha. 8-2 pun bole

farihah-gogel laa. cis. hehe

mutiara-wahh.. trimakasih2. moga mnjadi sebgitu. cicak tu memang mahal. tapi susah mo cari. haha

masy-haha. berbunyi le sangat. blur2. ceh, ada ke patut salahkan kuih raya. salahkanlah tangan yang memakannya. haha

anis-tu la pasal. aku pn tak sangka. hahahaha

miscel-adakah ko mau gtau yang ko masih kanak2? heheh

ciksteinke-slamat2!