Ahad, 25 September 2011

Misteri Pustaka Bentalib

Pustaka Bentalib merupakan sebuah kedai alatulis dan buku-bukuan. Pustaka Bentalib bukanlah sejenis perpustakaan.

Pustaka Bentalib terletak di Bandar Dungun yang indah.

Setiap kali 'outing', ramai lah pelajar sekolah rendah mahupun menengah dari seluruh pelusuk Dungun pergi ke Pustaka Bentalib untuk membeli-belah barang keperluan. Termasuk aku.

Di waktu awal pembabitan aku di arena keremajaan, aku banyak menghabiskan masa dan duit saku ke arah Pustaka Bentalib.

Aku selalu pergi ke Pustaka Bentalib untuk membeli barang-barang seperti kalang cat (bahasa ganu: pensil warna), roba (bahasa ganu: pemadam), kalang meccek (bahasa ganu: pensil tekan), benda alah yang berkait dengan lukisan kejuruteraan, sampul buku, sampul hadiah, buku garis, dan kertas kajang.

Jangan salah sangka, aku bukan ke sana untuk mengintai bahkan mengurat makwe-makwe dari sekolah lain. Buruk sangka, buruk padahnya..

Pustaka Bentalib sangat terkenal dengan sikap peramah tuan kedainya.

Yang menjadi misterinya, adakah nama pemilik kedai itu Bentalib? Atau adakah nama sebenar beliau Othman Bin Talib? Atau adakah nama sebenarnya Ben Laden? Misteri kan? Sehingga hari ini aku belum merungkai misteri ini.

Kalau anda tak ada kerja dan ingin menyiasat misteri berkenaan, ini alamat Pustaka Bentalib:
Lot.K855 Jalan Besar Sura Gate
Dungun, Terengganu 23000
Malaysia

sekiang.

7 ulasan:

a little less conversation berkata...

pehh awal2 lg da bercita2 jd jurutera..kemah keming kemung mg ni..wakaka

putera aftus berkata...

aku pergi dah dungun, tak jumpa pon kedai ni. jumpa uitm dengan kedai keropok je. ko jangan cuba nak tipu aku bhai. hahahaha..

DuniakuAbstrak berkata...

misteri gila sampai gigil-gigil aku baca

-___-

Bella Bell berkata...

nanti ko bawak aku p pustaka bentalib tu.. aku nk p.. hahaha..



^^

ch0mbi berkata...

kat pekan aku duduk ada kedai buku. tiap kali keluar akan pergi ke kedai buku tu, cari komik. bos kedai tu muka serupa macam a.samad said. beliaukah? bukankah? sampai sekarang masih lagi misteri.

oranglidi berkata...

allc,
-hahahaha. skadar cita2. xtau nk ambek subjek apa. maen taram je la. kemah x kemah. haha

aftus,
-ko belum meneroka secara mndalam tu. kalau ko blum jumpa pustaka bentalib maka belum sampai dungun la tu.hahahahaha

dunia abstrak,
-keh33.

bella,
-amboi..banyaknya tmpat nak pegi.haha

chombi,
-ntah2 betul tu a samad said. hehe.. tapi pemilik pustaka bentalib tidak berwajah sedemikian. maka agakan mu tidak tepat wahai chombi.

Anis Mohd berkata...

berapa dapat promosi kedai ??
hahaa