Isnin, 18 Jun 2012

Catatang Panjang Episod 4: TAIPING, KAMUNTING & KUALA SEPETANG

Yaaaaa kawang-kawangg. Catatang Perjalanang bujang sudah masuk ke episod 4. Sesungguhnya aku tak sangka banyak betul episod. Andai kata diberi jalan cerita ni sudah tentu penerbit-penerbit drama swasta menginginkan plot kesah perjalanan ini. Puihh.. Amaran keras, sapa tak punya masa tu boleh la tengok gambar je. Sebab memang panjang entri ni. Hehehe.

Episod kali ini aku sekali lagi dengan Pak Usu, model seluar khakis berjaya menjelajah ke Taiping, Perak pula. Segala plan dibuat sehari sahaja sebelum ke Taiping. Melalui internet, kami berjaya mengorek beberapa lokasi wajib singgah di Taiping kali ini. Anda harus tau jugak, kat Taiping ni mempunyai lebih kurang 30-40 tempat bersejarah yang dibina pertama di Malaysia!

Cam biasa, catatan..

Masalah terbesar kami adalah kami tak pernah sekalipun singgah ke Taiping maka, instinct dan signboard menjadi peneman sepanjang perjalanan.

Bertitik tolak dari episod lepas, kami berbuat keputusan untuk bergerak seawal pagi iaitu jam 630 hari Sabtu. Apa kesinambungan ayat ni aku tak tau. Kami memulakan perjalanan dari Tronoh dan masuk highway lalu mencari exit Changkat Jering.





breathtaking.

KOLAM BURMA

Pada awalnya kami ingat nak bermandi-manda kat sini kalau-kalau masa mengizinkan. Tapi disebabkan sampai terlalu awal, takdak satu makhluk bernama manusia pun yang menjejak kaki disini lagi. Aku tak pasti apa sebab dipanggil Kolam sedangkan ianya adalah sebatang sungai. Boleh la kalau nak mandi-mandi dengan femili kat sini. Jadi kami membuat keputusan untuk mengambil gambar je la kat sini.

Spectacular.



view struktur jambatan

LAKE VIEW GARDEN


Destinasi yang pertama kitorang singgah adalah Lake View ni. Pemandangannya super indah dan mendamaikan jiwa. Rupa-rupanya, tempat ini memang sangatlah berdekatan dengan beberapa destinasi yang kitorang dah bajet nak lepak.

 Ukiran berbentuk naga yang unik

Model seluar khakis. Smart pulok dia edit gambo dia sndiri. ceh

wow


Anak teruna atas pokok

Tasik disini sungguh besar dan pokok-pokok yang mengelilinginya amatlah besar dan kelihatan dah berusia lebih dari 175 tahun. Aku main tibai je 175 tu. Hari Sabtu seperti ini sangatlah banyak aktiviti yang diadakan di sini. Kitorang duk sini round-round hampir satu tasik ni untuk mencari shot-shot menarik. Inilah antara gambor-gambor yang dah diedit baeeek punyaa oleh Pak Usus. Pak Usus ye.

cantik kan

PENCARIAN JALAN

Sebelum ke Kuala Sepetang, kitorang pergi Kamunting untuk mengenal jalan ke sana sebab ada tempat yang ingin kami singgahi di sana. Pada satu simpang empat tu macam haram la susah nak cari tempat yang kitorang nak pegi. Akhir sekali ke empat-empat simpang kami lalu dan pada simpang terakhir baru la jumpa.


 Stesen yang tengah diperbaharui. Tak sempat amik gambo sini banyak-banyak

Dah jumpa tu, kami bergerak semula ke Taiping untuk cekidaut destinasi makan malam kitorang. Hakni memang payah gile jalan dia. Kena tanya akak jaga kaunter Shell baru la jumpe. Usai itu, barulah bergerak ke Kuala Sepetang untuk mengisi perut lapar yang amat.

MEE UDANG BANJIR MAK JAH, KUALA SEPETANG

Kuala Sepetang ni peeeennuuuhhh dengan kedai mee udang beb. Kitorang selongkar-selongkar review dalam blog orang yang pernah makan mee udang di sini dan last sekali kami sepakat untuk pegi ke Mee Udang Mak Jah ni.
 
This is it!

Sainbod kuala sepetang

Untuk pengetahuan anda, Kuala Sepetang ni dekat sangat dah dengan laut. Sebab tu yang banyak udang tu. Kedai Mak Jah ni memang agak terkenal sampaikan aku tengok kat kedai die bergantungan keratan akhbar pasal kedai dia.

Maaf kepada yang berpuasa!

Aku ngan Pak Usu order Mee Udang SPESIAL yang berharga RM 11. Hambik kauu sebelas ringgit. Bukan ape, alang-alang datang jauh, rugi la kalu tak rasa ape yang spesel kan. Udang dia sangatlah besar gedabak. Kuah mee dia pekat dan tak pedas. Memang Haoo Liaooo cakaplu. Yang mee biasa dalam 7ringgit kalu x silap.

Orang kete mesedis pun datang nak torai mee udang sini

KOTA NGAH IBRAHIM

Setelah kenyang gile, kami pergilah berpusing mencari Hutan Payabakau. Last-last kami rupanya terpatah jalan sampai ke Matang. Pok Usu tertarik pada satu rumah putih di pertengahan perjalanan kami tu. Jadi kami berhentilah di situ. Alangkah terkejutnya bila tempat tersebut merupakan Rumah kepada Che Long Jaafar dan Ngah Ibrahim yakni tokoh pejuang negeri Perak satu ketika dulu. Rumah indah ini dah jadi Muzium skarang. Mula-mula kitorang masuk tu memang terkejut sebab ade banyak patung-patung yang menyerupai orang.

Bersejarah..

Mewah dan gah!

Pakaian zaman dulu



Mungkin beginilah orang zaman dulu berpidato. hahaha
Masuk dalam ni free je. Tempat ni bersilih ganti pemilik setelah Ngah Ibrahim dibuang negara. Banyak kesah menarik yang kami pelajari di sini.  Kisah Perang Larut 1,2 dan 3, bagaimana kayanya orang Melayu dulu, asal usul nama Larut dan lain-lain. Kalau nak cerita pasal ni kena buat entri lain lah. Cuma tempat ni sedikit seram sikit bagi aku. Hehehe. Boleh bikin filem seram.

MANGROVE FOREST

Atau dalam bm dia Hutan Paya Bakau. Tempat die dekat sangat dah dengan Mee udang tadi. Kat sini kita dapat tengok pelbagai jenih pokok bakau dan belajar macamna pokok ni me reducekan kesan penghakisan pantai. Cewahh.

Bot membelah ombak


 Antara chalet disini

 Bot milik jabatan perhutanan


Jambatan menyusuri hutan

Tempat ni didirikan dengan cantik dan terdapat chalet yang sesuai untuk dibuat camping. Chalet dia atas air wo. Sebenarnye tempat ni dah tak jauh dari tempat yang ada kelip-kelip pada waktu malam.Tapi menurut seorang brader tu, katanya kat sini pun ada binatang tu.

JETI KUALA SEPETANG

Lepas pada hutan payabakau, kami bertukar arah pula ke jeti. Hajatnya nak tengok la aktiviti-aktiviti nelayan. Ambik gambo dari kereta je sebab kepenatan dan kepanasan. hehe. Area ni ada satu lagi mee udang pak saleh kalau tak silap.



 Pemandangan nelayan mencari rezeki

ZOO TAIPING

Seterusnya, kami pulang ke Taiping untuk menikmati keindahan alam binatang di zoo yang terkenal ni. Harga tiket untuk dewasa ialah RM 12. Masuk je zoo tu ada tram yang boleh dinaiki semua orang. Kitorang sampai dah agak lewat pun still ramai pengunjung datang. Pada hemat aku la, zoo ni macam da tak terjaga sangat. Haiwan-haiwan pun nampak tak sehat. Tapi kitorang syak waktu malam depa aktif. Sebabtu ada Night Safari yang berharge RM 16.

Pintu gerbang ZOO




Dah lupa aku nama natang ni


Kangaru kecik dan burung kesuari berkawan


 Badak sedang berendam

BIHUN SUP RM 1 DAN SATAY EKONOMI, KAMUNTING

Anda tak salah baca. Hehehe. Memang bihun sini sangaaaat muraaahh. Harga dia 1 ringgit aje sepinggan/semangkuk !! Aku tau tempat ni sebab ada berapa tahun lepas tah, aku tertengok dalam Jalan2 Cari Makan ade singgah kalau tak silap. Walaupun harga murah, bagi aku kualiti dia tinggi weh. Kuah dan hirisan daging dia memang sedap. Kalau tak cukup tambah la singgit lagi, baru dua hinggit tu. Hehehe. Di samping tu, kat sini ada satay ayam ekonomi. Dalam review blog yang aku tengok, sebelum ni harga dia 15 sen je sebatang. Tapi skang rasenye dah naik menjadi 20 sen. Kire ok la tu kan. Rasa dia boleh tahan gak la.Tempat dia mudah je nak cari, dekat ngan masjid Kamunting dan sebelah je dengan Petronas situ.

Jimat


 Sedap weh.. rugi xtry

walaupun kecik, boleh la wat alas.

 terliur aku tengok.

DOLI KUEY TAU GORENG

Setelah mengalas perut di  Kamunting, kami kembali semula ke Taiping untuk agenda terakhir iaitu makan malam. Menurut beberapa bloger, kalau pegi Taiping memang tak sah kalau tak pekena kuey tiau DOLI. Mula-mula masuk tu, dalam jam 7.30 malam, DOLI dipenuhi pelanggan. PENUHHH beb! sampai takdak satu meja pun kosong. Semua bangsa ada didalamnya. Waktu kemuncak barangkali. Aku dengan member aku ni dah blank, last2 ktorang ingat nak bungkus.

Penangan terakhir. Pintu depan DOLI




 PENUUHH

Resit DOLI. Berpatutan

Tapi brader pelanggan tu goyak yang takleh bungkus sbab pekerja tak cukup ke ape tah. Kami tak berputus asa dan tunggu kat luar kedai dia. Dalam 7.49 camtu la kot kitorang dapat tempat. Kue tiau dia yang biasa harge RM 4, spesel RM 9. Terdapat menu lain seperti nasik ayam, mee rebus, dan lain lain.



 Kenyang tapi rasa macam nak tambah lagii.

Dah nama DOLI Kue tiau, kami pun bedal la kue tiau spesel punya. Terbang lagi duit.. Hahaha. Tapi, terbang-terbang duit, masuk ke perut akhirnya. Berbalooooooooooooooooooooiiiiiiiiiii!!!!!! Sedap gile. Yang kue tiau spesel ni kue tiau dan udang dia lebih. Dengan kue tiau lembut, diselang dengan tauge dan isi udang manis, wahhh. Udang dia siap DIKUPAS kot! Korang yang baca ni wajib pegi. Hehehe.

PENUTUP

Jadi sekianlah catatang aku episod ke 4 ni. Hahaha. Panjang kan? Letih korang baca, letih lagi aku menulih ni. Hhahaha. Aku dah keliru ni surat kabor ke blog. hAHAHAHA.

Thank for da tips: Puan Husna Lukman ,banyak info aku tau dari sana.
Juga for da model sluar khakis selaku pembawa kereta:  Pok usu

Memang journey kali ni rasa puah hati gila la. Padat dengan aktiviti dan tempat menarik dan bersejarah.

20 ulasan:

Koyuki berkata...

arr bestnye...hoi..lu tak ajak gua...GRRRRRRRRRRRRRRRRRRR

oranglidi berkata...

koyuki-chan,
-camno eden nak ajok komer. komer tu eden taktau eh duk mano. hahaha

kasutburok berkata...

TAIPING yang dah lame menunggu untuk dikunjung. 5 tahun beb dok perak tp baru sampai. hahahaha

perjalanan sehari yg puas tapi asal bateri kamera cepat abes?? ko beli dslr boleh? hahaha

oranglidi berkata...

kasutburuk,
-haha. tau xpe.
-bateri ko la yang hilangkan. sape suruh. taik je.
-dslr aku boleh je beli, mai a pitih 7ribu. hahahaa

milimilo berkata...

boleh dikatakan hampir semua tempat ni aku dah penah pegi. yela sebab aku orang tepeng. heee. sampai hati datang tepeng tak bagitau. macamtu la kawan. :B

oranglidi berkata...

amboooiii. miloo. aku da kabor dalam fesbuk kott. hahahaah. sehari sblum pegi baru plan. pastu try mesej ko tapii failed. ciissss. ko da tukar nombo barangkali

cimöt berkata...

bila nak mai teluk intan? nanti gua banje mee mastan ghani.. haha.. ritu hamzah dah merasa..

Fakur berkata...

selamat datang ketaiping (kami sebut tepeng), tempat yg kerap jadi pilihan golongan pesara utk menetap disana lepas depa pencen (sila rujuk entri terkini ambo).

kuey teow doli tu memang sodap. tapi kalau nak pekena cucoq udang yg tak kurang jugak sodapnya, cuba pi try test uji kt food court dekat dengan balai bomba.

kalau ada outstation belah sana, ambo tidog di legend inn. situ harga sewa murah. dan yg paling penting hotel tu dekat mesjid.

oranglidi berkata...

cimot,
-mee mastan ghani? cam penah dgr. dlu penah pi singgah kat sana. tapi jauh gile teluk intannn. hehe.

En.Fakur,
-jauhnye kalau brsara duduk sana. knapa tak kedah atau terengganu? huhu.
-wahh, bila la lagi boleh pergi ke sana.. ini pun rezeki je pergi sana. taktau tempat2 tu smua.

Noraim berkata...

eh tulisan sape tu eh? lawa la pulok. hhaa.

ni kalau buat jjcm pun blh dah. hihi. kalah rating tb3. haha.

roshaizul berkata...

fuh, kau punya cerita menyebabkan aku rasa nak pergi taiping

oranglidi berkata...

noraim,
-tulisan mmber aku. kalu tulisan aku memang ko baca pun naek pening. haha
-haha, kang xpasal2 jjcm saman aku

bro roshaizul,
-hahaha. memang destinasi wajib pergi. bawak seisi keluarga baru meriah.

Fakur berkata...

kalau tak silap ambo mee mastan ghani tu setentang the store telok intan.

kalau OL terbabas belah butterworth pulak, cuba pi terai mee udang sg. dua, gerenti mee kuala sepetang tu tarapa punya.hehehe.

syafiqakarim berkata...

perghh
bole jadi.....pengacara jalan2 ni
mihmih.xpenah pegi satu pun tmpt tu beb.
mcm menarik gila.
ah,skng wa plan nak ke phg..
next trip nanti bole try sini lak
mihmih

Hafifah berkata...

hahaha..link pak usus ke blok persona in you...hiu hiu hiu

oranglidi berkata...

en fakur,
-wahh.. en fakur lagi banyak tau tmpat2 mnarik ni. insyalloh ade kelapangan sy singgah sana. heehe

syafiqa,
-nak jadi pngacara camna, aku cakap nanti gagap gagap. hehe
-tu diaa, gi pahang pun best kan. tapi lagi best ganung kite. ahahha
-memang kena pegi taiping ni seumur hidup skali pun cukup. whehehe.

fifah,
-hehehe. tu la pasal. dah die takde blog, aku link ke sana terus. boleh gak secara tak langsung promot scara halus.

miss ice berkata...

aduhaaii bess nye jln2 makan angin...tp bes lagi kalo dpt makan kuew tiaw tuu...hehe..

teringin nk duduk atas pokok kt taiping lake garden..mcm bro tuh..heee..

n.nabilah berkata...

Sayangnya..kenapa x naik bukit larut..view dari atas sna lagi cantik..boleh tgk seluruh kwsn larut..

n.nabilah berkata...

Sayangnya..kenapa x naik bukit larut..view dari atas sna lagi cantik..boleh tgk seluruh kwsn larut..

n.nabilah berkata...

Kenapa x naik bukit larut..dkt atas sana sejuk..pemandangan cantik dan boleh view seluruh kwsan larut..nak naik boleh guna jip atau pun hiking..byk lg tmpt menarik kt taiping yg x featured dlm post ni..