Selasa, 12 Jun 2012

Catatang Panjang Bujang Ep.3 : SEHARI DI IPOH MALI

Pendahuluan.

Janggal pule rasanya mau menulis. Terlebih dahulu sepuluh jari aku susunkan memohon kemaafan kepada yang sudi membaca blog ni lagi. Ye lah, berminggu minggu aku tak apdet blog ni. Jadi pada kesekian kali aku nak apdet pasai sebuah catatang perjalanan panjang ke Ipoh pada hari Sabtu yang lalu.

Pesanan aku, entri kali ni sangat panjang dan mungkin mengandungi gambar yang sungguhlah banyaknya.

Perjalanan ke Ipoh kali ni dihadiri aku dan sorang member aku je iaitu pemilik bersama blog Aisha Haron iaitu Pak Usu. Hahaha. Pak Usu? hahaaha. Projek ke Ipoh ni dah disusun beberapa hari sebelum itu untuk memastikan apa tempat-tempat yang akan kami singgahi.

 Antara contoh landmark, takut tersesat.



Brekfes - Restoren Ameeth, Tronoh.

Kami singgah di Ameeth yakni sebuah kedai mamak yang tersangat tersohor untuk pelajar-pelajar di area Sri Iskandar dan Tronoh. Persinggahan pada jam 8 pagi ni sudah tentulah untuk melantak sarapan pagi.

Pagi tu aku order cappati je sebab nak maintain perut lapor untuk makan tengahari karang. Member aku pulak menempah ROTI BAKAR TELUR MANIS (RBTM) CHEESE yang sangat terkenal di beberapa mamak. Capati sini harge die RM 1.20, air suam 20sen dan RBTM aku da lupe. hehehehe.

Sila layan gambar (maaf kalau terliur ye)

Anney menebar roti canai dengan berhemah

 Cappati aku.

Roti Bakar Telur Maneeess berserta cheese

Nampak tak cheese tu?

Photoshoot di Bandar Klasik Siputeh.

Aku tak sure sangat tempat ni nama apa, rasanye betul la tu kot Siputeh. Keh keh kehehehe. Persinggahan kali ini adelah kerana sepanjang beberapa tahun duduk area ni belom pernah kami singgah sini. Lagi-lagi tempat ni banyak dijadikan background cerite-cerite zaman dulu. Contohnye Petaling Street Warrior. Gambar yang dipaparkan disini sikit saje lah ye. nanti muak pule.
 
Pemandangan menarik oldtown

Model tak bertauliah.

Mydin Jelapang.

Mydin yang baru sahaja dibuka ni first time kami pegi. Maklumlah, jauh kot. Saiz Mydin ni Subhanallahhhh, teramatlah besar. 3 tingkat tuu. Barang-barang kat sini sangat murah (mungkin sebab ade promosi baru bukak). Kami pun round la sepam dua pam.

 Sori, gambor mydin senget ye.

Antare produk yang murah murahh



Tudiiaaaaaa! Kepiahhh 1 Malaysia!

Pengkalan Sentral, tak sure da bukak belum

Makan Tengahari - Nasi Ganja, Kedai Kopi Yong Suan, Ipoh.

Hak ni lah sebab utama kitorang plan poie Ipoh ni. Haha. Tak pernah makan sini walaupun padahal rasa macam ada je lalu. Jangan risau, nama je nasik ganja tapi takda lah diorang letak ganja dalam nasik tu. Cume disebabkan sekali makan mau lagi, itu yang orang duk panggil nasik ganja tu.

Pada pemerhatian aku nama sebenar nasik ni adelah nasik kandar je. Disamping itu, nasik ganja ni cuma menyewa je di Kedai Kopi Yong Suan. Kat tempat lain pun boleh try nasik ganja ni iaitu Restoren Vanggey.

Tapi hak ni lah yang paling femes berdasarkan review-review orang lain. Nasik die terbaek wehhhh, lembut dan enak. Ayamnya rangup dan campuran kuah yang sungguh menyelerakan. Eceh, macam JJCM lak. Kedai die simple je tapi ramai gile orang datang. Terasa berada kat kopitiam-kopitiam dalam drama cine. Harge standard dia RM 5.10 sekali dengan ayam, timun dan telur masin. Air suam kat sini 40 sen ye kawang-kawang.


View dari depan kedai



Pelbagai bangsa beratur sedari awal untuk memakan nasik ganja

OK, AKU LAPAR SEMULA BILA TENGOK GAMBA NI!!! DEM


Enak tak terkata!

Tau Fu Fah, Funny Mountain, Ipoh.


"Huk alo, taufu je pung" mungkin itu kata kata yang dibenak korang kan? Hahaa. Korang keno terai datang dulu merasa Tau Fu Fah yang paling terkenal di Perak ni. Selain Tau Fu Fah, kat sini juge ade jual air susu soya. Uniknye kedai ni, diorang menyediakan taufu drive thru punye stail. Pelanggan boleh jugek makan kat tepi kedai dia. Tau Fu dia memang menyebabkan korang terkilan dan terkesima. Fuh. Selembut sutera katanya. Air soya die pun cukup sedap dan menyegarkan tekak. Air soya dan semangkuk tau fu fa tu 90 sen je masing-masing.





 Ramai wo orang datang. Lagi-lagi time tengahari ni

 Sanggup beratur nak makan taufufa










Uncle sibuk isi air

Hasil tangkapan kami. Tangkapan? haha




Aku rase kena pekena lagi skali bende ni.

Taman Jepun, Ipoh.

Yang ni aku culas sangat nak review sebenanye. Tengok dalam intenet cam lawa tapi bile pegi tu sekadar-sekadar saja lah. Mungkin sebab dah tak ade orang nak jaga taman ni.







Tak terjaga. Mungkin dalam pembikinan semula


Lepak, Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh.

Sementara menunggu proses pencernaan, kami pun terlola lola mencari tempat lepak seterusnya. Yang ni memang kitorang tak plan langsung sebab maen redah je. Bagi aku tempat ni memang menenangkan jiwa. Trek jogging yang agak luas dan padang yang menghijau. Terdapat jugak gerai-gerai van yang menjual beraneka juadah di sepanjang bahu jalan. Kami pun lepak di satu gerai elok punya bawah pokok rhu. Sambil minum air kelapa dan pekena pisang serta keropok goreng. Terasa damai sampai tertidur.




Amacam? cume kropok dia blum cukup ganu.

IT Fair, Stadium Indera Mulia,Ipoh.

Yang ni singgah kejap je alang-alang dah dekat tarikh last fair ni. Berpusing-pusing jugak nak cari stadium ni sebab tak tau jalan. Haha.



Lepak Padang Ipoh, Ipoh.

Padang Ipoh hari tu dipenuhi dengan pengantin yang baru melangsungkan perkahwinan. Ktorang lepak di satu port ni yang ade berpuluh burung merpati. Aku rase memang ade orang yang jaga makan burung-burung berkenaan. Time kitorang singgah tu ade banyak hampas-hampas yang ditaburkan berselerakan atas lantai.

burung

 




beburung mentakedarah

Makan Malam, Mee Rebus Ramli, Ipoh.

Ah, dah letih aku menulih ni. Hahhaah.
Lokasi makan-makan last sekali adelah di Mee Rebus Ramli. Antara port makan paling femes di Ipoh ni. Kitorang order mee rebus la, sebab nama pun kedai mee rebus, haha. Selain mee rebus ni, ade lagi menu lain seperti laksa, ciken cop dan lain-lain.

Mula-mula aku pelik la sebab biase makan mee rebus yang macam kuah sup tu, tapi yang ni kuah die macam kuah rojak gitu. Rasa dia memang sedap la dengan kuah yang pekat, hirisan telur dan kentang melengkapkan lagi rasa mee rebus ni. Harge dia murah je, RM 4.00 semangkuk.


Close up sket







 Puuggghhh!! Kuah dia mantap beb

Jusco (Aeon) Station 18, Pengkalan.

Yang ni adalah kali ke dua aku pigi sini. Memang super besar la woi. Pegi sini sebab nak singgah solat dan member tu ade barang nak beli. Datang sini wajib singgah kedai yang jual asam-asam tu. Sebab boleh rasa macam-macam asam dengan free. Hahaha. Sori takdak gambo yang ni.

Penutup.

Jadi sekian saja lah presentation aku untuk perjalanan sehari yang amatlah panjang dan padat ni. Hehe.

22 ulasan:

Muhammad Rafiq Hasrudin berkata...

bukan main seornok gila kau berjalan. jeles aku. tapi kan apasal byk kedai cina je ko makan ni. tak was was ke?

NIZAM berkata...

mmg ala2 JJCM dah ni. dr awl smpi ke akhir entri sume cite pasal makanan. hehe.

aku kat perak dulu lama gak, campur tolak 2 bulan mau ada. tp ipoh jrg plak jejak kaki. jauh la ngn sri iskandar.

Mieza vs Rory berkata...

woiii knpe ko up entry time aku pose..asik telan air liur je tgk mknn..wuwuwuwuwuwu

fadh ^_^ berkata...

untung lah dapat jalan jalan wehhhh... errkk boleh mkn ke tau fu fah cine tu..huhu

inDah iNdrIana berkata...

terliur.... mcm jalan2 cari makn dahhhh

kasutburok berkata...

penat sampai ke malam.hahahahaha

roshaizul berkata...

catatang?

huhuhuh

rafillet-o-fish berkata...

musykil aku..bese kedai2 kecik pastu ceruk2 lah orang ramai datang makan..ada bela hantu ke pe..haha

Ceiler Mun berkata...

Amboi. Berjalan sakan. Hehe.



Dalam banyak2 gambar, 1 je aku nak tanya.. Dekat landmark tu, tulisan siapa? cantik.. :)

Unknown berkata...

dlm bnyk2 gmbr terliur kt mee rebus je =) hihihiihih

perjalanan yg sgt oshem =)

نورعيم berkata...

ni episod jalan2 cari makan ke apa?

telan air liur tgk gambar tu semuaaa. haihhh la.

vidadarisakura berkata...

entry bikin lapar.

oranglidi berkata...

rafiq,
-hehe. ujung mnggu kena la berjalan sket2.
-insyallah halal. huhu.

nizam,
-hahahaa. bole ganti pngcara jjcm la gayenye.
-laa. hang uitm sri iskandar ka dulu? haha. tp mmg jauh gile a ipoh.
nek bas je a. hehe

mijah,
-hahahaha. mane aku tau ko posaa? ahahaha.

fadh,
-halal insyallahhh. hahaha

indriana,
-hehee. ak pun trliur balik.

kasut beruk,
-kah3. penat sampai esok.

bro roshaizul,
-saje nak emphasize keterengganuang disitu. haha

raffillet,
-hahaha. taktau la. tapi dia ade nilai2 klasik tu. hmm, org kite mmg slalu pkir bela antu la, tangkal la kalu kdai2 maju kan? xtau la.
tu smua urusan dia dgn Tuhan. kite p makan je. hehe.

bella,
-haha. sakang22.
-tulisan member aku. mcm pmpuan kan? wahahahaa
-kalu tulisan aku lagi la 'cantiiik' smpai boleh buta mata. hahaa

aimi,
-hahaha. jjcm versi tak bertauliah.
-hehe. mee rebus tu mmg sdapp. kna mai perak le nak try.

vivi,
-ala ko, x baca ini entri pun msti ko lapa. hahahaha

Tanpa Nama berkata...

bagusnya hang ada landmark.







aduh, bagusnya.
serius, bagusnya

oranglidi berkata...

munirah,
-hehehe. ape la yg bagus nye banyak sangat tu? hehe

cimöt berkata...

hoiiiii.. gua yg dok perak ni pon tak sampai lg byk2 tempat tu..

hahaha..oh tu ka nasik ganja..nanti banje laa gua.. hahaha

oranglidi berkata...

cimot,
-haha. apadaa. xkan la xpenah pegi.
-boleh je blanjee tapi tak tau la bile lagi nak pegi. heehe

green berkata...

dah lamaaaaa sangat tak blogwalking. Rindu semua org tapi ramai yg dah tak update blog dah..

hai org lidi, ni green. Ingat lagi ke?

oranglidi berkata...

green!
-sape tak ingat. penah dpt coklat tiramisu dari ko kot. hehe.
-ape crite skang?

green berkata...

aku dah abes blaja..bulan 5 lepas ak grad. dulu ak stop blog sebab kononnye nak fokus blaja...la ni dah habes blaja, kawan2 blog semua dah ke mana. Yg tinggal blog2 baru hiabster update pasal makan tutti frutti je..aishhh...

wehh rindu giler ngan korang, ak g blog Lumut ngn 'boneka tak sakit' pun dah takde. Mana dorg g eh?

Ak tgh job hunting..ak nakkkkk aktif blog balik, ko doakan laa eh...hahaha

best baca blog ko, ak baca ngan mak aku pasal travel ko g Ipoh ni..best la wei..teruskan menulis, aku akan baca walaupun dlm diam..

:)
kalau ada twitter, add laa aku kat @hayadeen

oranglidi berkata...

green,
-tekejut gak aku tibe2 je ko mncull. igtkan menyepi sbab ape
-wah, tahniah le da abis blajar wuhuhu..
-blog lumut kadang2 bukak, kdg2 ttup. tnggu je a die apdet. skang ni ramai da xnulih da kot. sbb bizi barangkali..
-terharu la aku ko baca ngan mak ko.. hehe. tma kasih. kim slm kt beliau ye.
-ok nnt aku add.

Tanpa Nama berkata...

klu cina tau fu fah tu pegang daging babi mee sup kmudian jual air soya buleh makan kee