Selasa, 10 Ogos 2010

~Cerpen Pengimarahan Minda Sempena Bulan Ramadhan~




gambar diambik dari: blog ini

Nukilan : OL

Har'al Faizi baru sahaja pulang daripada liqo musyawarah Lujnah Kebajikan dan Sosial. Agenda hari ini seakan-akan sangat berat baginya. Percikan peluh di dahinya sahaja sudah cukup menceritakan segalanya. Itu belum lagi percikan di bahagian ketiaknya.

Lagi-lagi Akhi Mustapha selaku Presiden Rakan Islah sudah tamat pengajiannya pada semester ini. Begitu juga batch yang seangkatan Akhi Mustapha. Kiranya sekarang batch Har’al lah yang akan menggantikan semua pengurusan dalaman dan luaran organisasi terpenting itu. Pening.. pening.

Semua ahli Rakan Islah sedang sibuk mengadakan pilihanraya Rakan Islah untuk menggantikan tampuk tertinggi persatuan yang memiliki ahli paling ramai di kampus. Har'al Faizi antara salah seorang AJK yang sibuk ke sana ke mari untuk menyelesaikan banyak hal. Lujnah-lujnah lain sudah lama membuat bai'ah memilih Mas’ul mereka. Tinggal lagi lujnah Kebajikan dan Sosial. Dalam banyak-banyak calon, Har’al Faizi lah yang paling ramai orang tsiqoh (percayakan). Selain berkarisma, Har’al pandai jadi bilal.

Dalam perjalanan pulang, Har’al terserempak dengan Ukhti Sayyidah. Ukhti Sayyidah? Siapa tak kenal akhwat paling disegani Universiti Malaysia Singapura (UMASIN). Mas’ul dan Mas’ulah semuanya tunduk pada arahan dan idea beliau. Ukhti Sayyidah jugalah yang paling kedepan dan lantang dalam memperjuangkan hak-hak muslimah di Malaysia dan Singapura. Dalam akhbar Metro dan Kosmo! dah berapa kali beliau masuk muka depan. Kalah produk pengkurusan Dr Romzely.

Har’al Faizi mula menggeletar lutut. Lorong denai itu satu satunya jalan yang boleh mereka lalui untuk pulang ke asrama masing-masing. Nak mengundur jauh pula , detik hati Har’al. Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci al-Quran. Doa Iftitah pun sekali sekala terkeluar. Sampai tersalah ayat pun ada. Tunggang langgang. Begitulah kelam kabutnya Har’al Faizi jika terserempak gadis paling disegani di kampus.

Hari itu Ukhti Sayyidah mengenakan pakaian baju jubah merah jambu keluaran Muslimah United dan kain hitam bersulam emas ditepi. Tudung labuh yang dililit ke bahu dan dikemas pula dengan kerongsang berbentuk kupu-kupu kelihatan elegan. Wajahnya tanpa make up dan kelihatan sentiasa bercahaya. Cantik giler! getus hati Har’al. Stokin lengan berwarna hitam tidak pernah lekang dari pergelangan tangan gadis itu. Selalunya stoking lengan itulah yang akan ditilik Har’al ketika meeting Halal Haram Fest semester lepas. Nak pandang muka, takut zina mata katanya. Stoking lengan pun jadilah.

gambar hiasan: diambil dari sini

Pada Har’al, Ukhti Sayyidah merupakan gadis yang paling tersempurna bak mahkota bertatahkan berlian. Tiada pepatah arab yang dapat diguna untuk menggambarkan kecantikan wajah Sayyidah. Pertemuan pertama Har’al dengan Sayyidah adalah ketika mereka sama-sama menyediakan makanan di majlis Iftar di Masjid UMASIN pada tahun lepas. Diikuti pula dengan event paling terbaru Rakan Islah yakni Halal Haram Fest.

‘Inilah ummi untuk anak-anakku nanti.. Zaujahku.. Ya! Inilah dia!’ ronta jiwa Har’al. Har’al membetul-betulkan kopiah putih keras diatas kepalanya. Padahal tadi elok je kedudukan kopiah putih keras itu. Terpampang lencana Rakan Islah yang disulam pada ufuk timur kopiahnya.

‘Akhi!’ … ‘Ukhti!’ Serentak mereka berkata-kata. ‘Err.. Assalamualaikum.’ Sekali lagi mereka bercakap serentak. Macam drama melayu pulak. Dalam hati masing-masing beristighfar.. Har’al tak duduk senang. Dibetulkannya zip jaket Rakan Islah.

Tiba-tiba,

“Saya cintakan Ukhti Sayyidah.. Ana Uhibbuki FiLLah!.. Sebesar gunung diangkasa dan sedalam lautan menggunung..”

Terbeliak besar mata bundar dan bercelak kemas milik Ukhti Sayyidah.

‘Pelepooommm!!’ Tamparan gadis berjilbab labuh itu mengejutkan Har’al.

“Kenapa anti tampar ana? Bukankah Tuhan berfirman bahawasanya kita diciptakan berpasang-pasangan..”

‘Pelepaaammm!!’ Belum sempat Har’al menghabiskan ayatnya, sekali lagi tamparan hinggap di pipinya.

“Cintakan Ukhti Sayyidah kepala otak mabuk engkau. Bangun semayang subuh lahh!” Ujar aku (sang pencerita) pada Har’al. Terkebil-kebil Har’al mencari cermin matanya. Terus berlari menuju ke bilik air mengambil wudhuk. Diusap-usapnya pipi yang aku tampor sekejap tadi. Subuh Gajah la tu.

“Sebesar gunung lah, angkasa lah, menggunung la.. Semayang subuh pun lambat kalah yahudi. Ada hati nak ke orang tudung labuh?” Leterku sambil menyeterika baju kemeja dan tali leher. Smart pulok watak aku dalam cerita ni. Hehehe..

Tamparan aku membuatkan Har’al sedar yang dia hanyalah ‘bagaikan semut di hutan, tidak layak untuk Ukhti Sayyidah yang bagaikan mutiara dilautan.’ Lujnah Kebajikan, usrah, akhi, ukhti, tsiqoh, rakan islah, dan lain-lain semuanya hanyalah mimpi. Ya, umpama mimpi dalam mimpi. Padahal tak wujud pun Ukhti Sayyidah tu. Ini sekadar mimpi rekaan yang aku cerpenkan.

Pengajaran: Ukurlah baju di badan sendiri. Lagi-lagi dah dekat nak Raya ni. Baju raya dah beli ke belum woi? Selamat Berpuasa Ramadhan semua! Moga-moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang telah berlalu pergi.

Prosa Kata:

musyawarah - meeting

Lujnah Exco@Biro

Akhi –Gelaran saudara bagi lelaki

Ukhti – Gelaran saudari bagi wanita

Islah - Perbaikan

bai'ah – Perjanjian setuju taat setia@sumpah

Mas’ul – Orang yang dipersoalkan (dipertanggungjawabkan)@ketua

tsiqoh - Dipercayai@percaya

akhwat – Saudara perempuan

Iftar – Majlis berbuka puasa

Halal Haram Fest- Seminar untuk penerangan halal dan haram dalam Islam

ummi – Ibu

Zaujah- Isteri

Ana Uhibbuki FiLLah- Saya cintakan anda kerana Allah

kalau sapa2 tau bahsa arab dan ada mana-mana perkataan yang salah, tolong betulkan ya? Aku tak reti sangat..

21 ulasan:

oranglidi berkata...

trima kasih.

Anis Mohd berkata...

betul mencabar minda dengan word2 yg di guna kan . hahaa

oranglidi berkata...

anis, la.. hang msti tau pnya... bahasa aaarab ni

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

apo benda ni jangggg?

oranglidi berkata...

loli, ah.. konvo x ajak

Berd berkata...

tu belum terserampak dengan makwe purdah lagi. mata dia pehh boleh buat hati gugur bhai.

oh ok maaf. dia orang baik macam gua je boleh rasa. yang perangai setan macam lu jangan harap.

razman berkata...

pergh..skrg dh guna aku..weyh, tolong rendahkan sket bahasa tu. budak baru blaja alif ba tak sempat ta macam aku ni, berapa kali tergeliat lidah. tu tak kira baca sebaris, scroll bwh tgk mksud, naek atas blk smbung bce.

Aleen Aiden berkata...

perghh..lawanye ahkak pada gambarajah d atas.klo taim skolah2 nih mau jugak aku bwat bliau jadik kakak angkat.hak2

MOMMY CGG berkata...

aku suke baca nie!!

jom kita baca novel JIBAM:)

Farihah Ahmad berkata...

macham comel je babak lempang-melempang. tp bila da taw pencerite yg melempang, xcomel teruih!

pakurawan berkata...

lu memang idola gua la OL.

pinjam idea boleh?

... berkata...

sweet lol

Frodo Baggins berkata...

wa pun dah kata ...
lu idola wa. keh3x


>>___<<


pokes tgok akak btudung ittew
kem salam!! akhi har'al mmg sempoi
tampar mnampar amaln mulia
cilake pencerita, anti klimaks siot


BERD MMG DAH SLU ZINA MATA.

vidadarisakura berkata...

selamat berpuasa.hee

oranglidi berkata...

berd,
-ala.. tgk mata pun boleh stim ka?
-oh, patutlah..

razman pegi shah alam x ajak,
-aku menda?
-aku pun baca terbelit. saja nak bagi lagi belit.

aleen,
-hehe.. cun kan.
-kakak angkat memang orang lawa je ka?

cikgulagula,
-JIBAM macam penah dengar.. kna try ni..

farihah,
-erk.. jgn la mcmtu. haha..

hazen,
-idola celah mana.. idola2 ni xssuai utk aku. berd tu ok lah.
-ambik ja idea tu. no hal.

cleo,
-sapa ni?

frodo,
-dah2. xyah idolot2 ni.
-har'al x sempoi langsung bagi aku.
-akak btdung tu awek ko laaa.
-berd baik dol. ko pun

vivivivivi,
-sama-sama. slamat berpuasa. jangan ponteng. nanti xleh raye.

oranglidi berkata...

ahmad azrin aziz, nama lu mengingatkan nama azmin azram abdul aziz. gol keeper malaysia satu waktu dulu.

Masy berkata...

ade lagi ko ni, ingatkan dah lesap! haaa selamat bpose ye. lenkali dah apdet tu, kabo kat aku skali :)

jo berkata...

ek'eleh..mimpi...
aku ingat cerita arab manalah tadi..hehe...

Azie berkata...

tekanan ak baca...... da mcm tgk wayang cite inception la plak... keh3

K2r~90 berkata...

=]

vidadarisakura berkata...

fuyooooo