Isnin, 30 Ogos 2010

PMR, Kemahiran Hidup Pilihan II: ERT

Dulu masa tingkatan tiga, aku ambik PMR. Engkau ambik tak? Yang ada BM, BI, MM, PAI, KH, GEOGRAFI, SEJARAH dan SAINS tu.. Disebabkan susah, aku blajar sampai pmr je lah..

Janggal pulok aku menulis.. Ayat tak berkesinambungan langsung.. 'dengg!'. Mampuih la, asalkan tulis.

Subjek Kemahiran Hidup untuk Elektif, aku ambik Ekonomi Rumah Tangga. Ha, yang masak-masak, jahit-jahit baju tu lahh.. Dalam Sekolah Kampung tu, ada tiga lelaki saja ambik ERT termasuk aku. Yang lain semua murid-murid perempuan. Ranggi kan? Dan dalam sejarah sekolah, kamilah generasi lelaki pertama yang mengambil elektif ERT ni.. Pehh...

Alasan aku ambik ERT > entah

Yang tak menahannya, masa buat projek jahit baju melayu, aku potong baju panjang sampai ke lutut nampak macam jubah. Siap ada sulam-sulam kat leher dan lengan. Hahaha. Kalau takat jahit kia, silang pari, silang ubi tu boleh la. hahahaa. (ada ke silang ubi?)

Nak dijadikan cerita, cikgu-cikgu pun buatlah pertandingan-pertandingan untuk merileks kan kepala budak-budak tingkatan tiga sebelum mengambil PMR . Antaranya ialah Pertandingan Menulis Sampai Penat, Pertandingan Masak, Naik Beskal Sampai Pantai Dungun, Nasyid dan Kugiran.

Tuptuptuptup, nama aku tersenarai untuk mewakili tingkatan 3 Duku (kedua tercorot) dalam pertandingan memasak. Lu nak cakap apa? hahahaha. Dipasangkan pulak dengan murid perempuan meja sebelah.

Tema pertandingan: Kuih Tradisional dan Moden.

Ini kuih yang aku masak , resepi aku ambik sini


BAHAN KUIH :

- 1 cawan tepung beras
cap 3 gajah ( cap lain pun boleh )
- 200 ml pati santan > campur bersama air hingga menjadi 1 liter

-1 1/2 camca besar gula

- 2 1/2 camca
KFC rata garam ( sukat guna camca KFC yg terdapat dlm kentang putar)
- sedikit halia dimayang halus

- sedikit halba


CARA BUAT KUIH:


- campurkan kesemua bahan di atas
- kacau di atas api sederhana sehingga pekat dan berkilat2

- tuang ke dlam loyang sejukan sebelum dipotong


SAMBAL KELAPA


- isi ikan (rebus)

- bawang merah

- serai

- halia

- lada hitam

-gula melaka

- gula pasir

- garam

- kelapa parut putih (sangai sehingga kekuningan)


CARA BUAT SAMBAL
:

- tumbuk lada hitam, bersama serai, bawang merah, halia , gula melaka hingga lumat

- masukkan isi ikan, tumbuk lagi hingga lumat (tumbuk pakai tangan la baru awesome)

- kemudian campurkan dgn kelapa yg disangai tadi (jangan tanya aku apa itu sangai)

- masak lagi sekali di atas api yg kecil

-masukkan gula dan garam secukup rasa

- kacau di atas api kecil hingga api kecil sehingga agak ringan selepas itu tumbuk sedikit menggunakan lesung

- jgn bagi terlalu lumat, rilek-rilek je..

- sedia untuk dihidang dengan bahan utama.



Hambik nah..

Hah. Tau ke ni kuih apa?? Inilah yang dipanggil KOLEH LEMAK. Dan kumpulan kami dinobatkan pemenang kategori Kuih Tradisional.


"Anda buat, Anda dapat..!"
sekian..

rock, rock juga.. keja dapur kena reti brader..

30 ulasan:

I n n z berkata...

duet baru der .
resepi lame pun tak buat lagik .
adehh xP

Anis berkata...

kueh apa ni ?
x penah dgr n x penah nmpk pon ..

FatinZol berkata...

mmg rare la ko amik ERT...haha

Farihah Ahmad berkata...

haaalahlah... bagusnyaaaa laaa. anak teruna sapaaa lah neh. adik2 laki aku, abang aku, terrrmasuk ayah aku, tau apa derang ckp everytime aku mntak tlg sumting kt dapur?

"dapur kt mana ya?"

seng betul.

FarhanaDr berkata...

Hoh!!!! Patut ler melalui perjumpaan lepas, aku nengok tangan ko sangat lembut dan ko sangat ayu.. Amik ERT rupenye.. Hehe..

Aku suke laki pandai masak..
Lalala.. :p

GRuNGe berkata...

weis, ko dapat resipi ni masa ET ke? Wakakaka. Aku dulu takde pilihan ERT, mungkin sebab skolah aku lelaki je kut. Apa-apa pun bro, selamat berpuasa dan raya. Lama wa tak jejak masuk sini. Mahaf bro, busy. Wakakakaka. Lu tetap lawak beb.

ruffey berkata...

mantap!
haha.
aku lak amik KH KMT.
tapi aku cuma tau KH ada banyak aliran, 6 bulan sebelum pmr.
time form 3 tu baru mintak ayah belikan buku rujukan kan.
buku tu tertulis Kemahiran Hidup - Ekonomi Rumah Tangga.
bila bawak gi skolah, dak2 lain gelakkan aku.
aku tak paham la kenapa, sampai kawan aku kata "kita kan KMT, kenapa buku kau ERT?"

dari situ aku baru tau kh ada byk aliran .hurmmm

[z@ck] berkata...

"kerja dapur kena reti brader.."

btol sgt2..bagus la ko tau serba serbi pasal memasak ni.. =)

lumut esoklusa berkata...

nk rasa boleh??
sedap?

fadh ^_^ berkata...

hakhak.
rase hebat eh amek ert.
leh la minx tolong jahit baju raye.
:)

Razman berkata...

pandai menjahit. tapi seluar dalam berlubang waktu kat genting dulu. pe citer ni?

K2r~90 berkata...

haha same kes cam kwn haku plak.

sume malu kot time pakai apron nyeh3x

aq wt puding laicy hehe nak recipy ??? kahkah

Fhad berkata...

comfirm kalo ko kawen pasni ko yang jadi bini.. bini ko jadi suami.. hahahah

aque berkata...

terbaik la... hahhaahha

maira berkata...

as long as aku belum kalah lg then it will be fine..hehe


chaiyok2

MOFASAD berkata...

ada point nak jumpa nanti

si kosong berkata...

program esok ko masak ok.?

Berd berkata...

Lu ambik ERT sebab nak usya budak perempuan kan? jangan tak mengaku.

oranglidi berkata...

innz,
-resepi yang mana? agar2 penyu? nasik boli? bingka jagung?

anis,
-er.. ni dari klantan ke ganu gitu la lbih kurang. pasaran belum meluas gmaknya.

fatinZol.
-haha.. rare tu apende?

cengkihkali,
-haha.. diorang saje wat2 x tau sbab nk suh hang ambik sndiri la.

drFarhanaa,
-cis.. ni tangan rockers la!
-hoho. btul2, susah nk cari laki pndai masak skang ni. eh. tapi ramai ja chef laki2.

grunge nirvana,
-hah, lama x nampok.
-haha, takda aliran la sbab skolah hng smua laki2..
-slamat brposa n raya
-jiwa lawak sntiasa dihati. hehe

rufffeeyy!
-slamat hari lahir doktor!
-apa lah sngal sngt ekau ni. hahaha.
-tapi KIMIA lu power kan? kan? jgn nafikan. hehehe..

zack,
-he.. softskill katakan..
-ekau pun pndai masak kan?

lumut,
-balik malaysia dulu. hehe..

fadh,
-xrasa hebat pun le. haha.
-ak jahit baju kurung raya nanti jadi baju sukan baru tau..

razman,
-aku mana pakai masa tu. ak pakai kain pelikat je.

maisarah,
-haha. pakai apron nmpak awek2 sgt.
-puding laici? agar2 laici gue tau la. xpnah try wt puding lg.

fhad,
-lu bile nak nikah?
-dah cukup syarat tu..

aque,
-hahaha. biasa aja.

maira,
-haha. jom bertanding masak nasik dagang.. haha.
-haiyok haiyokk

mofasad,
-point apa?

kosong,
-hahahahaha. ada upacara masak2 ka?

berd,
-salah. nak usya cikgu sbnarnya..

aleen adela akoo ^_* berkata...

muahaha.nampaknye memang xslah la wa pikat gedix2 suci dgn lu.sila terima wa sebagai awek on9 lu abg lidi!!!hak2 ;P

siti murni berkata...

Hu..?ERT..? biar bonar...den ni pun dulu ngelat yo nak amik ERT...kalau boleh pilih den dah lamo amik KMT...leh join budak2 lelaki kat bengkel....huhu

mukasurat17 berkata...

fes time tgk kuih tu.

nice.

lea berkata...

gile sempoi sukat dengan camca kFC...haha

Mieza vs Rory berkata...

ahahhaa....mung nih kucalana sungguh....

Mohd Hazri berkata...

pandai bersyair, tulis puisi, rupa kacak, pandai masak.. lu memang package kegeraman gadis dan arbok la :)

EISENHOUR berkata...

x heran la.chef2 pon ramai lelaki.^_^

Kuwe berkata...

guane nya pelik mena nama kelas.

3 duku? sarkistik molek.

beautiful_rose berkata...

pandai jugak ko masak eh,boleh la masakkan tok aku berbuka nanti =p

weh,mana ada jahitan silang pari dan silang ubi ler....kalo "insang pari" dengan "lilit ubi" ade ler...huhuhu

kesalahan ni mesti di hukum!

::ape macam baju baru raya tahun ni? dah ambil lom,kalo ade rase ketidakpuasan hati komen2 ler...aku perlukan komen2 tok tingkatkan hasil jahitan aku.aku tak puas hati lagi dengan hasil kerje aku tu...

oranglidi berkata...

aleen,
-hehe.. pikat? mana?
-ade eh awek on9.
-[gedik2 suci.. hehe. ]

sitimurni,
-betui ambo amik ert. hehe.
-hu , ganas ekau ni jang.

muka17,
-oh, kena rasa baru tauu nice ke dak. hehe

lea,
-hehehehehe.. sempoi habis.

miza,
-kucalana? lame dok dengo.

mohd hazri,
-rupa kacak tu hang laa..
-arbok tu menda weh!?

essien,
-oh, btul2.

kuwe,
-hahahahah.. bahang berigak doh kawe.. napok pulok demo hok kawe tulih tu. tajang mate demo.
-sarkis dan sarkistik 3 duku deh..

beautifulrose,
-eerr.. masak kalu yg biase2 boleh la. hehehe.
-ha!! btul tu!!!!! ak dah nak ubah aritu tapi x teringat laaa.. hahaha
-baju raya memang tiptop! tak sabor ni nak raya!!

fadh ^_^ berkata...

baju sukan???
adehai~
XD