Khamis, 19 Ogos 2010

Kisah Zulhasmadi Hasbi dan Mustafar yang Terserempak Malaikat Subuh

"Kisah Zulhasmadi Hasbi dan Mustafar yang Terserempak Malaikat Subuh"

olih: OL



Zulhasmadi Hasbi dan Mustafar merupakan jurutera tapak (site engineer) di salah satu projek pembinaan Institut Perguruan di area Selangor. Aku tak tahu ada berapa Institut Perguruan kat Selangor ni. Mereka ibarat nadi bagi syarikat BinaRuntuh Engineering Sdn Bhd. Idea-idea kreatif mereka sungguh 'menangkap' pandangan Dato Munazir selaku CEO syarikat berkenaan.

Sebab itulah Zulhasmadi Hasbi dan Mustafar dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan menyelia projek yang membawa nilai berjuta-juta eropah itu. Ah, aku tipu. Berjuta-juta ringgit Malaysia je lah.

Selalunya, Zulhasmadi Hasbi dan Mustafar akan lepak-lepak di tangga surau Al-Munawwarah selepas menunaikan semayang. Ittiqaf la konon. Mereka ni bukan baik sangat. Cukup-cukup makan je. Hahaha. Yang menarik perhatian mereka, surau Institut berkenaan mempunyai budak-budak surau yang sangat baik dan soleh. Jauh api dari panggang lah berbanding mereka yang jahil lagi tidak berilmu.

Pandangan Zulhasmadi Hasbi tertancap pada salah seorang budak soleh berkenaan.

"Tu, lu tengok.. dah macam pak lebai gua tengok budak itu"
kata Zulhasmadi Hasbi kepada rakan setugasnya sambil menjuih-juihkan bibir kepada seorang pemuda soleh dibucu surau Al-Munawwarah.

"Aku selalu jugak tengok budak ni.. Semayang berjemaah tak pernah miss! Azan pun sedap! Kalah Mawi AF3 tu bro! Asar hari tu bagi ceramah kat masjid! Memang lelaki idaman muslimah lah katakan."

jawab Mustafar selamba sambil melipat kaki seluar jeans nya. Disapu-sapunya debu yang bertaburan yang melekat di seluarnya itu. Maklumlah, baru lepas turun site.

"Assalamualaikum Sheiikkhh."
Budak yang diperkatakan itu memberi salam dan dijawap oleh keduanya. Kemudian budak itu berlalu pergi. Zulhasmadi Hasbi dan Mustafar saling berpandangan.

"Peghhh!! Dia punya bauuuu!! Wangi siaalll!! Semerbak!"
ungkap Zulhasmadi Hasbi seolah-olah terkejut badak.

"Ini lah bau minyak attar jenama MALAIKAT SUBUH. Takpun JUMAAT. Gua kat sekolah menengah dulu selalu pakai benda-benda macam ni. Tapi tak taulah kalau ini jenama One Drop Perfume. Hanya orang baik yang memakainya"

jelas Mustafar yang belum habis menyapu seluar. Entah teori minyak attar siapalah Mustafar gunakan.


minyak attar


"Oh.. MALAIKAT SUBUHH.. *sabitlah sedap bau dia. Mulai sekarang, aku gelarkan beliau Malaikat Subuh la.."

kata Zulhasmadi Hasbi dengan teruja dan diselangi ketawa berkekek kekek.
(*sabit=patut, bahasa terengganu)

Begitulah saban hari pekerjaan Mustafar dan Zulhasmadi Hasbi.. Berbual-bual di tangga surau. Kadang-kadang mereka ni gatal jugak. Ada ke patut, dari tangga surau itulah mereka mengendap gadis-gadis bakal cikgu pergi dan balik dari kelas. Apa ke jadah punya perangai. Kalau sekadar mengendap tak apa, ni yang siap pergi fewwit tu apa hal?


tangga surau

Hari berganti hari.. Suatu hari, selepas seharian sibuk membuat inspection di site bersama pihak perunding dan sub-kontraktor, mereka berjalan menuju ke kenderaan masing-masing. Motorsikal berjenama Liquid Cooler 135 sedang segak menunggu penuggangnya.

Jiwa rempit Zulhasmadi Hasbi dan Mustafar memang tidak dapat dielak lagi kerana sedari kecil mereka bergelumang dengan darah rempit. Sebab itulah sesetengah staff menggelar mereka Engimpit (Engineer Rempit).

Dalam perjalanan ke arah motor, mereka terserempak dengan dua lembaga, seorang yang macam biasa mereka nampak dan seorang lagi jarang mereka nampak.

"ASSALAMUALAIKUM SHEIKH!!!! SALAM SATU MALAYSIA SHEIKH!"
Jeritan Zulhasmadi Hasbi mengejutkan lembaga-lembaga berkenaan.. di jawap secara tergagap-gagap oleh As-Sheikh Malaikat Subuh.

Ya, petang itu menjadi turning point kepada Zulhasmadi Hasbi dan Mustafar terhadap MALAIKAT SUBUH yang pernah menjadi bahan 'respect' kan mereka. Malaikat Subuh dilihat berdua-duaan dengan seorang awek institut berkenaan. Awek itu awalnya mahu lari tapi apakan daya, telah tertangkap baru terngadah.

"Pun dhekk!"
Perkataan itu terpacul dengan laju dari mulut Zulhasmadi Hasbi.

"Itu lah.. Lebai pun manusia jugak. Ko tak yah lah heran sangat."
Jelas Mustafar sambil memakai jaket jeansnya.

Kunci motorsikal dibuka dan mereka serentak menghidupkan enjin dengan suis tangan. Gear satu dimasukkan dan mereka berlalu pergi.

As-Sheikh kelihatan sugul, cuak dan memandang kedua-dua engineer tadi dari jauh dengan rasa bersalah. Begitu juga dengan aweknya.

Pengajaran:
>Pandang kulit dan isi. Jangan menghakimi buku dari kulit sahaja.

>Lebai pun manusia juga
>Bersangka baiklah
>Ingat, lensa kamera Tuhan sentiasa memerhati anda
>Jangan bermuka-muka
>Ini kisah benar yang diolah

25 ulasan:

fadh ^_^ berkata...

cite benar ke xbenar nih...
papepon, memang btol ape yg disampaikan...
dont judge a book by its cover.
kite hanye insan biase walau sape pon kite
:)

Berd berkata...

gua suka cerita ni. betol. gua sokong lu kali ni.

seperti contoh lain. kita boleh tengok perut mofasad yang besar. tapi kita tidak tahu apa yg ada dalam tu. sama ada anak ataupun lemak.

kesimpulan dia sama dengan lu. jangan pandang kulit sahaja. kulit gelap tak semesti hati juga gelap. (baca: razman mengangguk setuju)

ok panjang sangat. salam.

aque berkata...

besh cite ni ;)

jane berkata...

lelidi

sbb tu kita diajar

yg betudung labuh itu bukan smuanya baik, dan tak smstinya yg brtudung 3 segi itu baik

ah, kalau ikutkan..budak tudung labuh lg ramai kuar dating if nk cmpare dgn bdk tdung pndek..cuma kite je yg silap nilai

(berlaku dpn mata aku)

slmt brpuasa lelidi
novel aku yg ada skrg itulah kesinambungan yg ko tny aritu

muahaahah

K2r~90 berkata...

Lumprah mnusie suke mnilai buat kali pertma, skrng2 nye biarlah kita mmpunyai ciri pndgn y baik buek kali ptame yuk.. hehe

Thum up.. maisarah jer like real story hehe

hBz berkata...

rofl..keta.ketar..

Wanita Mutalib berkata...

wakakakaakaka..

tapi mmg betui pun..

:p

Razman berkata...

setan berd mmg spesis tak kena ikat wtu pose ek?

"Pandangan Zulhasmadi Hasbi 'tertancap' pada salah seorang budak soleh berkenaan."

aku terbaca 'terlancap'.

Farihah Ahmad berkata...

orang kedah pun cakap sabit juga ntok patut/sebab.

huh. ramadhan setan kena ikat. maka manusia amek alih peranan. biasaaaa...

anis berkata...

yea.ustaz pun manusia jugak .

fiQfrozen berkata...

aku gelak gile komen berd ngan razman....bongoknye pegi bagi cth perut parid dan kulit razman..cisss kau berd....

aku suke lah cter kau ni..
jangan nilai org dr luaran..dan jangan termakan pada kata2 manis..lagi pompuan...

take care ok.

MOFASAD berkata...

aku rasa aku nak pempang berd

cik GULA-gULA berkata...

i like!!

tersentap kejap

jo berkata...

part malaikat subuh tu aku tak tahan...cis...ingat ke cerita mistik2....

beautiful_rose berkata...

CIS...
mangkuk sungguh orang itu
hantu bertopengkan imam!

aleen adela akoo ^_* berkata...

heee..ye,saye steuju.

berd punye komen rase macam nakpangkah je kakinye 2!

mukasurat17 berkata...

dia masih manusia walaupun sembur myk malaikat subuh.

lumut berkata...

tkut tgk gamba lelaki tu

nur_nj berkata...

konon2 cinta islamik la tu.
aduhhh zaman sekarang...

Mohd Hazri berkata...

lidi... ko pernah dengar minyak atar nama sedap malam tak? tak pun Hajaratul Aswat.. aku pakai minyak atar ni dulu :D

oranglidi berkata...

fadh,
/kesah bnar yang dah diolah.
/peh.. macam syair..

Berd,
/cerita betul ni.
/macam sial komen lu terhadap mofasad dan razman
/wasalam.

aque,
/kesah benar.
/trimas sudi singgahh

jane,
/hm, btul2... brtudung 3 segi tu apa?
/er. depa dah kawin kot?
/wahhh.. novel.. ak rasa patut dikomersialkan.

k2r90,
/susah jugak nak tulis nama lu.
/hm.. tapi nak beri pndangan baik buat kali pertama tu susah kalau kite tgk dia buat benda salah..
/maisarah tu sapa?

hbz,
/???????? haa

wanita mutalib,
/betui melainkan yang betui2 blaka.

razman,
/yang trlepas adalah nafsu, bukan saitan. hehe.
/!@#!$@#$@

farihah cengkih di kali,
/er,.. ya ka?? wahahaha.. sama la kita.
/terima kasih tulung jawapkan komen razman.

anis,
/ya.. orang pun orang.

fiqahlumut,
/razman dengn berd memang meriah.
/aku suka kata2 manis. hehe.
/take care

mofasad,
/silakan sahaja.

cGg,
/er.. jgn sentapp..

jo,
/aku mula2 memang nak buat stail mistik. last2 macam ni jadinya. hadui..

azie rose,
/hantu raya bertopeng raya kan?

aleen,
/pangkah dengan gasing ada baik.

mukasurat17,
/masalahnya dia baik macam malaikat.

lumut,
/macam Gaara?

nurnj,
/ish4.. tu la fasal..

mohd hazri yang sekian lamna tak nampak.
/sedakk malam? cm penah dgr.. hajarul aswad tu pn sdap hehehe.
gile a, pakai attar ko ya ? hehe. ak x pakai..

buddy bilder berkata...

hehehe. kisah yg amat benar...

e. indah berkata...

kisah yang benar agaknya empunya siapa?? ; )

dont judge book by its cover ...sumtym it ok to judge so when we knew the content, we'l get suprise ...

; )

Aku Beskot™ berkata...

bley jelaskn ngan lebey detail ape yg mamat tu wt x??haha..

K2r~90 berkata...

k2r tu shortform mmg ssh nak taep wakaka.. cigu pggl dulu ntah le motip cikgu tuh

maisarah tu name opah bagi ade dlm srt beranak hahahahaha

mu kurus mcm lidi ke pon?