Khamis, 3 Mei 2012

Catatang Panjang Bujang Ep.2 : Pine Tree Trail

Begini ceritanya (PANJANG ceghitanya)..

Baru entri lepas aku duk sembang pasal xpdc dan menelusuri alam.
Tup tup tiba-tiba ada sorang member aku ajak pegi hiking.
Aku pun ape lagi, terima je lah. Dah lama woi tak pergi aktiviti macam ni. Aku memulakan langkah dengan menaiki ETS dari Batu Gajah ke KL Sentral (first time naik mende ni). Kat S.Alam aku bermalam umah member yang lead xpdc ni

Kelengkapan untuk berkhemah

-Perihal XPDC-
Tempat : Twin Peak, Pine Tree Trail- Fraser's Hill

Tarikh: 28-29 April 2012 (28tu Bersih 3.0 ye?)
Peserta: 8 orang (6 jejaka, 2 pumpuan)
Sesaran : 6km garis lurus (laluan sebenar konfem la lagi jauh)
Duration : 6 - 7 jam sehala
Bertolak mendaki: 1430
Tiba: Around 7 ke 8 malam lebih

Perjalanan bermula dari Shah Alam dalam 1 jam lebih ke Bukit Fraser. Pemandangan paling menangkap mata aku adalah di empangan Selangor. Lawa. Sebelum ni aku ada singgah ke sana untuk konvoi bermotor. Jalan nak ke Fraser's Hill tu berliku-liku. Ada antara pelancong tempatan aku tengok muntah-muntah bila sampai.
 


Empangan Selangor (Kuala Kubu Baru)

Sesampainye di bandar kat atas tu, kenalah report kat polis dulu tentang xpdc ni. Mane la tau ape-ape berlaku.

Balai Polis semenjak 1919

Jam di Bandar Fraser

Gambar sebelum mendaki

Bagi yang dah biasa masuk hutan memang boleh dalam masa kurang dari 3-4 jam. Tapi kitorang ni beginer lagi. hehe. Tapi trek naik turun bukit dia agak dahsyat. Kalau tak silap ni adalah trek paling mencabar di Fraser ni. Ade banyak lagi trek lain (Tinguk je la peta di bawah nin).
 


Cabaran yang paling super extreme adalah sebelum sampai ke 1st puncak. Kat situ ada satu laluan curam 90 degree dalam ketinggian beberapa meter. Kitorang hanya berpaut pada dua tali untuk mendaki disitu. Memang seram la wei kat sini. Jatuh boleh parah jugak sebab ade batu batan di beberapa tempat. Boleh melecet jugak tangan naik benda ni.

Inilah laluan curam seram tuu!

Cuaca kat sini memang awesome. Sejuk gile bai. Walaupun tak sesejuk Genting, tapi dia punya sejuk boleh buat terkencing malam jugek. Sejuk sampai ke sum-sum tulang. Dalam perjalanan tu, kami terserempak dengan ramai pendaki yang dah balik. Yang peliknya, ramai yang turun tu berpakaian t-shirt kuning bersih 3.0. Haha.



Nampak tak kabus wassapp tu? haha

Denai landai
 
Destinasi kami adalah puncak ke dua (Twin Peak). Walaupun tak ada sumber air, tempat tu la satu-satunya port paling lawa menurut leader kitorang. Ade lagi tempat untuk berkhemah yang laen. Ramai pendaki aritu berhenti di Water Point je sebab depa nak sumber air. Kami tak kesah pun khemah kat twin peak sebab da bawak bekalan air secukupnya (around 3botol besar setiap sorang)

Bila tiba di puncak tu, memang terpegun gila dengan pemandangannya. CANTIK WOOOIII!! Dari atas tu boleh nampak Genting Highland dari jauh. Walaupun kecik je puncaknye, kami dapat gak la pasang 2 khemah dan 1 tempat berkanvas untuk memasak. Bila da sampai tu, teruslah kitorang setup kemah dan sebagainya.

Gambar di PUNCAKK!!

Setup Khemah

Malam tu makan nasik dan sdikit barbeku. Yang payahnye kat atas puncak ni, bile da siap panggang 1pinggan ayam bbq, suhu ayam menurun dengan mendadak. hahaha. Baru masak sejuk teruh. Dahlah payah nak hidupkan api dan bikin bara, last-last dalam pukul 11 baru boleh stat makan. Nasib baek hujan tak turun sepanjang kitorang kat atas tu.

Barbeku di puncak. Sedappp!

Bila da setel makan minum, barulah kami lepak-lepak sambil buat unggun api. Dek kerana keletihan, banyak aktiviti yang kononnye nak dibuat tak menjadi. hehehe. Malam tu nak tido memang menggigil bebbbb. Sweater aku dahla basah, terpaksa la ambik kain pelikat je jadi selimut.

Pagi-pagi makan megi dalam khemah. Elok le tu. hehe

Keesokannya, aku dengan beberapa orang lagi bangun jam 5.30 untuk menyaksikan terbitnya matahari. Memang indah la. Pendakian ke puncak memang berbaloi-baloi. Habih tengok pemandangan, ktorang pun brekfes ala kadar. Ade roti, ade nasik goreng. Lepas setel turun khemah dan lain-lain, barula turun ke base.


 Fajar menyinsing
 

Nampak tak puncak Genting Highland tuu?


 Grup foto

Yang tak leh blah nye bateri kamera yang ak pinjam ni habih lak. So tak banyak sangat gamba yang boleh di tangkap. Hehe. Banyak lagi benda nak dicerita, tapi takkan la smua nak ditulih kan? hahahaha. Cukup la ni. Badan pun masih terasa letih sampai ke hari ni. Antara kesimpulan aku pada xpdc ni adelah- stamina kena kuat. hahahaha. Apa apapun, Fraser's Hill memang cantik (kire ok la nak pegi sehari dua sbab kos atas tu agak tinggi).

Antara bangunan di Fraser

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Hari Isnin tu aku still lepak Kolumpo pegi jalan sana sini. (Serdang-Putrajaya- Sepang-Bangi , Pehhh) Jumpe member dan adik bradek skejap. Pegi melawat anak BTF yang ke 3 (Anak Si Kosong. Anak pertama Aleen, Kedua Hanem). Ari Selasa folo mmber gi tengok wayang pastu aku pun chowww dari kota metropolitan. Begitu lah ceritanya.. Sekian Yang Demikian.