Akhirnya ada jugak sebab untuk aku apdet secara panjang blog yang tersadai ni.
Baru-baru ni kawan aku, saudara M Daud Kilau datang ke Kolumpo untuk lepak-lepak.
M Daud Kilau mengajak aku dan Kuda Kertas lepak di kampung beliau sempena musim buah-buahan yang sudah hampir ke penghujungnya. Katanya buah durian berbondong-bondong sampai tak tau nak buat ape lagi dah.
Jadi aku dan Kuda mengambil inisiatif untuk merancang satu percutian ke sana. Ye lah, dah agak lama duk di kota ni.(Phui)
Kami decide untuk pegi ke kampung M Daud Kilau di Felda Selendang, Kuala Rompin di Pahang pada 7-9 Disember. Tiket dibeli di PuduSentral dalam harga RM 60 pergi dan balik. Kami membeli tiket bas Transnasional ke Mersing (berhenti di Hentian Rompin).
Sepatutnya percutian ni membabitkan sorang lagi member yakni Kasut Burok yang tidak dapat hadir atas kesibukan kerjayanya. Perjalanan ni mengingatkan aku pada percutian kami berempat ke Cameron Highland satu masa dulu. Fuh, sanggup sewa kereta demi ke sana kot.
Tepat jam 11, Khamis malam jumaat kami mula bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan.
Perjalanan yang patutnya memakan masa 5-6jam telah berjaya disingkatkan kepada 3-4 jam oleh brader drebar dengan memecut seperti unta. Aku yang duduk dalam bas tu rasa macam naik roller coster. Melompat-lompat sini sana.
Sesampainya di Hentian Rompin, kami lepak menunggu M Daud Kilau datang. M Daud Kilau datang menaiki Ford Ranger.
Perjalanan ke rumah beliau yang terletak di Felda Selendang 1 mengambil masa lebih kurang 15-20 minit. Udara di sana sungguh menyegarkan. Refreshing bak kata omputih.
Usai bangun pagi kami melaksanakan aktiviti pertama iaitu brekfes dan melantak durian. Aku taktau la berapa ulas masuk perut sebab sedap sangat duriannya.
Lepas tu mulalah aktiviti mengutip buah-buahan di kebun yang terletak belakang rumah M Daud Kilau.
Duriannya banyak tidak terperi. Rambutan dan cempedak toksah crita laaa. Memang kecur air liur melihatnyaaa.
Habis saje kutip buah-buahan kitorang pun masuk rumah main congkak. Ni festaim aku belajar main congkak. Keh3.
Tengah harinya, lepas semayang jumaat tu kitorang makan tengahari di beranda rumah. Lauk nya kemain sedap. Keladi masak ape tah, aku lupa nama sayur tu. Sedak molekk..
Siap ada pencuci mulut aiskrim coklat tu.
Petang pulak M Daud Kilau bawak kami pegi jenjalan di pasar untuk membeli sedikit kudapan yang akan dibawak ke empangan selendang.
Pemandangan di Empangan cukup menakjubkan. Membuatkan kepala kusut menjadi lega. Memang lawa la tempat ni kalau buat rumah kat atas air. Hehe.
Kitorang melantak durian dan rambutan yang dibawak dari rumah kat satu port baek punya.
Lepas penat berfotografi kami pun pulang.
Malamnya pula kami singgah di Bandar Rompin untuk menikmati makan malam. Kitorang belasah ikan siakap bakarrr. Terbaek yop. Sambal dia boleh laa tahan.
Sesudah kenyang, kitorang pegi ke pantai Rompin. Hajatnya nak buat unggun api la sambil lepak-lepak. Tapi angin kuat sangat sampai tak menyala unggun.
So kami pun pulang untuk berehat sambil melayan Instanbul Aku Datang. Tak best pulak crita tu.
Keesokannya, kami memulakan aktiviti di Taman Negeri. Mula-mula kitorang berhenti di Air Terjun Seri Mahkota untuk bermandi-manda. Kome layan la gambar kat bawah ni. Memang lawaaaaaaaa gilaaaaaaaa.
Tempat ni best gila la woi. Boleh diving dan renang-renang. Nasib baek ade tepon yang kalis air. Boleh gak buat ambik gambar dalam kebasahan.
Dia punya pemandangan sangat best. Dikelilingi pokok-pokok dan batu-batuan, suasana di air terjun ni membuat siapa yang hadir pasti nak datang lagi. Seriuss.
Habis lepak kat sini check point seterusnye adelah di Sungai Selendang. Kat sini kitorang makan pulut durian. Sedapnya tak terhinggaaa.
Habis licin 3 bijik buah.
Dalam perjalanan pulang tu, aku dengan M Daud Kilau berhenti di tempat air terjun tadi untuk mendaki ke bahagian yang lagi tinggi. Ada beberapa tingkat sebenarnye air terjun ni.
Ternyata berbaloi-baloi pendakian kami itu. Kat atas ni air terjun dia lagi tinggi dan cantik. Siap boleh pegang pelangi lagi atas ni. Boleh tengok gambar kat bawah tu.
Apa yang best lagi satu adelah masa kitorang ada kat sini, ada satu kenduri kawin berhampiran rumah M Daud Kilau. Kitorang tak melepaskan peluang keemasan ni.
Makan kenduri berlaukkan daging kurma, daging kicap dan ayam masak madu. Memang sodapp loo.
Petangnya kami berehat-rehat saja memandangkan kepenatan yang amat.
Malam tu pun lepak rumah je sambil layan variety show dan mencekik cekodok cempedak serta kek coklat kukus yang dimasak M Daud Kilau sendiri.
Paginya kami bertolak ke stesen bas. Dalam perjalanan tu kitorang berfotoshut kat bendang sawah. View dan udara kat sini memang aman damai.
After that, M Daud Kilau membawa kami ke pasar pagi di Hentian Bas Rompin. Kat sini barang makanan agak murah la bagi aku. Sedap pun sedap.
Kitorang bawak makanan yang dibeli di pasar ke pantai Rompin. Mungkin kerana masih pagi, kami tak dapat menikmati angin dari laut.
Jadi kami pun bersantai-santai ditepi pantai yang indah itu sementara menunggu untuk pulang pada jam 11.
Kemudian kami kembali ke hentian bas untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Tenkiu bebanyak kat M daud kilau dan femili yang menyediakan kemudahan dan makanan yang best buat kitorang. Masa balik tu dapat durian, cempedak dan rambutan. Memang berbau habis a satu tren yang aku naek aritu. Hahaha.
Okeh la, itu saja rumusan catatan panjang yang aku buleh coretkan kat blog nih. Apepun kesimpulannya Rompin memang rock.