Isnin, 1 Julai 2019

Terikat Namun Bebas

Dunia semakin resah
Kemanusiaan, jiwa, kosong,
Benar dilempar, dusta berkuasa..
Bertopengkan idola.

Kawan bermusuhan,
Sahabat ditikam.
Hujung atau pangkal, tidak terpeduli.
Tiada lagi berat sama dipikul,
Ringan tidak seimbang.

Kekayaan dimimpi,
Kesetiaan dibenci,
Kebaikan ditiri,
Hidup tak bererti.

Terbangkit dari igau,
Lamunan sekadar lamunan,
Lalu aku sedar,
Kita bukan siapa siapa.




Sekian demikian.
1107pm 1/7/19
Selamat ‘belated’ ulangtahun ke 10 buat blog Cakapwa 😊

Ahad, 30 Jun 2019

2019

Sekurang-kurang aku mahu update jugak. Selamat hariraya aku ucap walaupun entah sapa yang baca entri ni.

Ya lah, ini zaman insta, fb, twiter dan yutube. Sapa lah lagi buka blog tahun 2019 kan. Paling-paling  cari cara-cara buat kuih, petua anak demam, petua kurus dan lain lain yang sebegitu.

Sedangkan password blogspot mungkin sudah hilang.

Ok lah ada masa aku apdet lagi kalau aku ingat password. Jadi aku sajikan gambar ni buat tatapan sebab takda idea.


Sekian yang demikian.
OL