Isnin, 1 Julai 2019

Terikat Namun Bebas

Dunia semakin resah
Kemanusiaan, jiwa, kosong,
Benar dilempar, dusta berkuasa..
Bertopengkan idola.

Kawan bermusuhan,
Sahabat ditikam.
Hujung atau pangkal, tidak terpeduli.
Tiada lagi berat sama dipikul,
Ringan tidak seimbang.

Kekayaan dimimpi,
Kesetiaan dibenci,
Kebaikan ditiri,
Hidup tak bererti.

Terbangkit dari igau,
Lamunan sekadar lamunan,
Lalu aku sedar,
Kita bukan siapa siapa.




Sekian demikian.
1107pm 1/7/19
Selamat ‘belated’ ulangtahun ke 10 buat blog Cakapwa 😊