16 Mac 2020- Kebetulan malam tu PM umum PKP akan berkuatkuasa 18Mac. Aku dan rakan sekerja baru saja menghadiri hari pertama kursus di sebuah syarikat berpengkalan di Seremban.
“Ah sudah geng. Macamana nak balik Sarawak? Kursus konfem kena cancel ni.” Ujar teman-teman. Lalu kami berempat create grup wasap untuk berbincang. Akhirnya kami jumpa di lobi hotel untuk diskusi lanjut.
Asap rokok berkepul dari mulut AC bukan nama sebenar. “Rugi la kursus kita”. katanya perlahan.
“Rilek. Kita tunggu keputusan Manager kursus dulu la kot dorang still nak sambung jugak training.” Kata Bro D sambil menghirup air Teh Botol.
Setelah penat berteori dan mengatur stratergi kami pulang ke bilik masing-masing dengan hati bimbang bercampur buntu. Pertama kali kena Perintah Kawalan dan tak tau apa bakal terjadi.
Keesokannya keluar pula arahan dari Ketua Polis Negara yang perlu isi borang Rentas Negeri kalau nak keluar dari sesuatu kawasan.
Apa lagi, cun kursus dibatalkan kami terus mengorak langkah balik ke hotel dan ada yang mencari tiket flight yang ketika itu agak mahal.
Macam-macam bermain di fikiran. Grab/ teksi beroperasi ke tak? Banyak ke orang nak ke KLIA? Balai polis sesak ke? Disebabkan ini pertama kali berlaku jadi hampir blur semua.
Sambil itu sempat lagi aku google carian ‘makan ape best di negeri sembilan’ yang rata-rata mengesyorkan masak lomak cili api. Untuk menenangkan keadaan aku relay mesej ajak semua geng dari Sarawak untuk bersantap tengahari di Gulai Omak Den.
Disebabkan flight aku dan beberapa kawan pada 18 Mac jadi terpaksa kami mencari balai polis berdekatan untuk mendapatkan form Rentas Negeri.
Tepat sekali agakan aku. Malam tu balai polis penuh dengan pelajar dan individu yang mengambil kesempatan balik kampung beratur panjang. Bila dah dapat endorsement dari Pegawai Polis kami pun pulang dengan hati riang.
Sesampai di hotel dalam 10 malam keluar satu announcement dari Ketua Polis yang tak perlu lagi isi form Rentas Negeri. Lalu aku tepuk dahi.
Sekian pengalaman hampir kandas PKP1. Sampai bila-bila akan ku kenang..