Aku memang suka dengan pengembaraan, tak kisahlah XPDC ke, konvoi ke, backpack ke, asalkan yang berkaitan dengan keindahan alam di tempat orang. Namun dek kerana beberapa kekangan (masa dan sebagainya), aku jarang mengambil tempat dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan beberapa kelab-kelab kembara yang aku tahu.
Disebabkan sikit saja pengalaman dalam bidang ini, aku rasa perlu untuk meningkatkan lagi bilangan kembara aku satu masa nanti.
Sebab tu skarang ni aku suka baca blog-blog yang disebut sebagai TRAVELOG. Masing-masing punya pengalaman best gila. Ada yang pegi sorang-sorang, dengan teman, dengan kluarga dan lain-lain lagi. Dari situlah aku mengambil info-info yang mungkin berguna untuk aku satu hari nanti.
Pada hemat aku, masa muda ni lah aku kena cari pengalaman-pengalaman untuk dijadikan kenangan dan sumber ilham (ceh). Dan kerana termotivasi dengan lagu Keindahan Alam nyanyian Flybait. Aku tekad untuk menjadikan pengembaraan sebagai satu 'to do list' untuk aku bila ada masa lapang nanti.
Doakan supaya cita-cita aku ni tercapai. Hehe.
gambo disnap bbrapa taun lalu
Akhir perenggan, terimalah sebuah nyanyian dari aku (hehe)
Angin pagi berlalu meresap jiwaku
Burung-burung menyanyi berkicauan
Desir ombak berlalu memukul ke pantai
Kanak-kanak berlari berkejaran
Suasana yang indah dan permai
Pohon nyiur pun melambai
Suara alam mendayu menyanyi lagu ku
Bagai hati yang pilu yang merayu
Suria pagi menyinar megah di angkasa
Embun di hujung rumput mula pudar
Desir ombak berlalu memukul ke pantai
Kanak-kanak berlari berkejaran
Bagai hati yang pilu yang merayu
Bagai hati yang pilu yang merayu !
~Keindahan Alam-Flybait
Burung-burung menyanyi berkicauan
Desir ombak berlalu memukul ke pantai
Kanak-kanak berlari berkejaran
Suasana yang indah dan permai
Pohon nyiur pun melambai
Suara alam mendayu menyanyi lagu ku
Bagai hati yang pilu yang merayu
Suria pagi menyinar megah di angkasa
Embun di hujung rumput mula pudar
Desir ombak berlalu memukul ke pantai
Kanak-kanak berlari berkejaran
Bagai hati yang pilu yang merayu
Bagai hati yang pilu yang merayu !
~Keindahan Alam-Flybait
pst: trima kasih krna still sudi singgah sini. hehe
pstt: April 2009 - April 2012, slamat ulangtahun ke 3 cakapwa.
pstt: April 2009 - April 2012, slamat ulangtahun ke 3 cakapwa.