Banyak benda terjadi sepanjang perjalanan di Miri ni. Ya lah, mulakan hidup baru kononnya.
Cuaca, orang, pelancongan, kerja - nak kata berbeza di semenanjung tu tak da banyak sangat. Cuma bahasa ja yang paling ketara la. Jadi tak da kejutan budaya sangat.
Kejutan tang permulaan alam pekerjaan tu dah satu, tambah pulak dengan tempat jauh dari kluarga, tu satu cabaran. (Banyak lagi benda baru yang kena belajor untuk kerja ni.)
Ramai kawan kat sini yang dah duk bising nak balik keja semenanjung. Antare faktor utama tu adelah sebab mendirikan rumah tangga. Saborla ye brader n sister.
Mula-mula aku duk hairan jugak camana la kaum hawa sanggup kerja tempat jauh macamni. Lagi-lagi yang dah ada suami dan anak. Tapi mungkin hati da kental, tu yang survive sampai hari ni.
Berbalik pada Miri.. Miri setakat ni aku boleh simpulkan sebagai bandar yang kiut. Tak tau kenapa tapi aku rase macamtu lah buat masa skarang. Bandar dia tak terlalu komplikated. Kos sara hidup pulak macam lbih kurang dengan kolumpo la kot. Maklumla bandar minyak dan gas. Lagipun, ni la tempat awal-awal operasi minyak dan gas dijalankan kat negara kita.
Jodoh? Ramai jugak tanya pasal benda ni. Keluarge, Bos, member, suma duk soal. Senior duk rekomen suruh kawen saja dengan cikgu. Taktau la macamana lagi. Jodoh tu kan rencana Tuhan.
ps: kekoknya menulis..