Sabtu, 14 Disember 2013

Catatang Panjang 4 Bujang Pi Langkawi

2013-2010 = 3 tahun lepas, aku ada update satu post tentang sebuah catatan 7 bujang bercuti di Pulau Tioman. Setelah terlalu lama tak bercuti bersama, saudara Si Kosong telah mengutarakan satu plan untuk kami mengadakan semula percutian sebegitu.



Dulu gambar atas, skarang yang bawah.. hhehe

Setelah bincang dan bertungkus lumus pening kepala mintak cuti dan sebagainya akhirnya kami bersepakat memilih tarikh 6-9 Disember 2013 untuk bercuti di Pulau Langkawi.

Namun agak sedih kerana hanya tinggal yang bujang yakni 3 daripada 7 jejaka yang available. Yang berumah tangga seperti Kosong, Fhad, Haris dan Beskot memasing ada komitmen yang perlu dijaga. Sedih pun sedihla, nak buat macamna kan.. Yang tinggal cuma yang di highlight kunin bawah ni. Mujur ade Daud untuk mengisi slot.
+Daud

Hari 1:
Aku stat betolak dari Terengganu pada hari Jumaat tu naik bas ekspres. Walaupun nama ekspres, bas telah memakan masa 10 jam akibat daripada kebanjiran di Kemaman. Sampai di Kolumpo aku teruss blah pergi ke KL sentral untuk menunggu Jalak serta Wong Ah Ian.

Dalam jam 1040-11 macamtu kami stat gerak dari Kolumpo menaiki keta baru Jalak yang dipandu secara bergilir-gilir. Destinasi first kami adelah Alor Star untuk pick up Si Daud. Sesampainya di Jeti Kuala Perlis around pukui 5.00-5.30, kami pon parking (15ringgit sehari kalo x silap) dan stat cari tiket feri.

Hari 2:
Untuk pengetahuan smua, pecutian ni memang secara last minit dan ondespot. Jadi kat sana la kami bincang dan bersepakat untok pi mano mano. Kat situlah jugak kami bertemu Pak Syed untuk membeli tiket feri, pulau dan chalet. Suma skali habih dalam RM 150 ++ sorang.

Destinasi pertama kami adelah di Pulau Payar. Setelah brekfes sedikit sebanyak kami pon bertolak. Di sana, kami mandi-manda, snokeling, bergambor, cucimata dan makan tengahari bersame-same. Untuk makluman, sebelom ni Pulau Payar sangatlah cantik dan best menurut salah sorang pengunjung, namun mungkin dek kerana ramai orang, dia dah jadi kurang skit.



Usai aktiviti di Pulau Payar ktorang pon bertolak ke jeti Kuah. Kami naik bas pegi ke chalet Green apo aku terlupe yang terletak di Pantai Chenang. Pantai Chenang pon adalah salah satu tempat yang nak ditawan olih kami. Pada malamnye kitorang pon berjalan-jalan la sambil cari dinner di kawasan situ.







Pantai Chenang ni agak hidup meriah pada malamnya kerane kat situ ade banyak kedai-kedai (baju dan lain-lain) dan restoren serta dekat dengan mall dan Underwater World Langkawi. Setelah setel lepak-lepak makan nasik dan pusing-pusing Chenang Walk, kami pon balik tido.

Hari 3:
Paginya pula setelah mandi, kami pekena roti canai mamak dekat area Chenang serta lepastu kami pegi shoping pekakas seperti ceklat untuk dibawa pulang kampong. Habis shoping kamipun check out chalet/motel dan naik teksi bertambang RM30 ke Pekan Kuah untuk balik.


Setelah sampai di darat Kuala Perlis kami terus shoot ke Kedah. Dalam perjalanan tu ingat nak brenti bundle sebab Jalak rindu sangat Bundle zaman Unimap die dulu tapi kesiannya sebab bundle tu tutup. Last sekali kita p makan dekat Kedah, area Daud slalu lepak makan roti canai. Memang sedak dan berpatutan.




So sampai Kolumpo dalam pukul 3pagi, kami anto Ian dan gerak ke rumah Jalak untuk tido. Esoknya aku balik ke Terengganu. Sekianggg.. Harap walaupun lepas Ian kawen taun depan ni ade lagi la aktiviti macamni. Hmmmmmzzz..

ps: terimakaseeeh sudi singgah lagi.