Isnin, 19 Disember 2011

Aku Bukan Seorang Pengawas

"Aku bukan pengawas sekolah!" Demikian kata-kata aku.

Pengawas merupakan sebuah badan yang dianggotai pelajar-pelajar yang bertujuan untuk membantu guru dalam membentuk sahsiah dan disiplin para pelajar lain. Di samping kemahsyuran yang terjamin, pengawas juga akan menjadi tangan-tangan bagi guru dalam menyelesaikan progrem-progrem yang ingin diadakan di sekolah.

Pengawas diberi banyak kelebihan berbanding pelajar biasa. Contoh yang aku berikan ini adalah berkait rapat dengan pengawas di sekolah sekolah berasrama. Antara kelebihan seorang pengawas adalah: -
baju kaler lain dari pelajar biasa (standed: biru), boleh datang lambat atas alasan mengecheck dorm dan menjaga pagar, mendenda pelajar yang tidak mematuhi arahan, menjaga kelas-kelas sewaktu cikgu ada meeting, makan awal ketika rehat, tidak perlu pergi prep petang mahupun malam kerana kononnya menjaga kawasan asrama, dan lain-lain.

Kat sekolah dulu, aku perhatikan, untuk menjadi seorang pengawas ada beberapa cara:

1- Papa dan Mama mu orang kuat PIBG.


Ya, aku utamakan yang ini kerana kes seperti ini adalah 'jarang' terjadi di sekolah aku dulu. Pelajar-pelajar seperti ini kebiasaannya disukai guru hal ehwal murid. Mungkin kerana poket student berkenaan penuh dengan wang ringgit. Atau mungkin juga pelajar berkenaan benar-benar bagus dan mantap dalam disiplin. Yang pastinya, hipotesis aku ni adalah sangat benar dan terbukti kerana kebanyakan anak orang kuat PIBG akan menjadi pengawas dengan senang.

2- Engkau anak dan 'anak' cekgu.


Manakan tumpah kuah kalau tidak ke nasik. Itulah pepatah yang sesuai untuk situasi berikut. Secara fakta, 80% daripada anak cekgu bakal menjadi pengawas. Dan 'anak' cikgu pula merujuk kepada kaki bodek cikgu. Hahaha.

3- Result engkau cemerlang terbilang

Mempunyai rekod keputusan cemerlang amatlah tidak dapat dipisahkan dengan pemilihan seorang pengawas. Namun agak malang bagi cikgu sekolah aku kerana kebanyakan pelajar cemerlang adalah golongan nakal. Kih3.

4- Mengikuti progrem penapisan - (Yang ni 'pure' punya pengawas-Aku respek)


Di sekolah aku dulu, progrem penapisan pengawas dijalankan warden asrama. Mungkin kerana mereka lebih dekat dengan pelajar, warden asrama boleh memerhati tingkahlaku seseorang untuk dipilih masuk ke progrem penapisan. Progrem penapisan dimaksudkan adalah pelajar yang dipilih akan dipanggil oleh lembaga disiplin untuk diberi beberapa temuduga dan ujian. Biasanya pelajar banyak berhipokrit disini.


5- Pelajar baru masuk masa Form 4



Yang ni memang golongan terpencil. Dek kerana ketidakcukupan pengawas, pihak sekolah biasanya akan menambah pengawas yang diambil daripada pelajar tingkatan 4 yang baru masuk. Mungkin kerana result PMR yang mantap mereka akan diangkat serta merta sebagai seorang pengawas.

Di sekolah aku, bilangan pengawas adalah terhad. Bukan suka-suka nak jadi. Ini kerana setiap batch ada kuota dalam 5 orang lelaki 5 orang perempuan sahaja. Barangsiapa yang terpilih memanglah sangat untung.

Namun demikian, kebiasaannya pengawas di sekoleh aku banyak dibenci segelintir umat manusia. Ini kerana mereka bimbang kesalahan yang dilakukan akan direport oleh pengawas-pengawas skema. Sebab itulah wujudnya dua kelompok pengawas iaitu pengawas skema dan pengawas bermasaalah. Yang bermasaalah itu wujud atas sebab dia back-up member sendiri. Hahaha.

psst: aku tulis berdasarkan pengalaman aku di sekolah menengah aku dulu la kan. Bukan di sekolah menengah kau, orait? hehe.

10 ulasan:

Niza Romli berkata...

betul tu..hehe
tapi...sy cuma pengawas perpustakaang je :P

cikpia berkata...

kat sekolah aku banyak pelajar bermasalah yang jadi pengawas. senang nak kawal member alkisahnya.....

Ceiler Mun berkata...

masa aku sekolah rendah dulu, kebanyakan anak- anak cikgu mesti akan jadi pengawas.


*aku jadi ketua pengawas masa sekolah rendah dulu. aku pun tak tahu cam ne aku terpilih. haha.

inDah iNdrIana berkata...

Namun agak malang bagi cikgu sekolah aku kerana kebanyakan pelajar cemerlang adalah golongan nakal(STUJU)- sy rasa kamu pun pngawas.. dalam golongan pngawas brmasalah!

Tanpa Nama berkata...

ppr bi dapat 140% tuuu. hebat2

cimöt berkata...

gua anti pengawas!! siap gaduh ohhhh dulu..buat geng 'kain biru=non-prefect' dan 'kain merah=prefect'..pastu sampai cikgu disiplin panggil..
tp kelakar plak bile ingat balik..almaklum teens always rebellious..

Anis Mohd berkata...

saya reject offer untuk jadi pengawas . jadi pengawas tak cool

Azwa Rahman berkata...

saya tak jadi pengawas tapi ketua pengawas sekolah bawah 'arahan' saya. hahaha.

sharamli berkata...

Sama! Tapi anak cekgu tak semestinya berdisiplin p0n..emm

Aleen Aiden berkata...

ni hah,akak pengawas dah datang. *sambil tulis2 kat kertas merit.keh3