Jumaat, 30 Mac 2012

Memperbudayakan Budi Bahasa

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Begitulah bermulanya karangan saya pada hari ini..

##############################################################################

Kehidupan Abdul Jalil sangatlah miskin. Sesekali terlintas di minda beliau untuk bangun dan menerjah keluar dari belenggu kemiskinan dirinya.

Sudah ditakdirkan Tuhan, Abdul Jalil terlibat dalam satu kemalangan yang telah mengorbankan kedua tangannya.

Oleh demikian, Abdul Jalil digolongkan oleh orang-orang sempurna sifatnya sebagai orang kurang upaya.

Apa kurangnya upaya Abdul Jalil sehingga dipanggil sedemikian rupa?
Apa lebihnya orang lain yang sempurna anggota badannya?

Lantas persoalan-persoalan inilah menyebabkan Abdul Jalil berasa ingin berubah.

"Aku tak boleh biarkan mereka terus melabel aku sebagai orang yang kurang upaya!"
-Getar hati Abdul Jalil-.

Dari kampung dia berjalan, sampai ke pekan mencari makan.


Pada mulanya Abdul Jalil tidak tahu arah tujuannya. Cuma berbekalkan ilmu 'silat mata', Abdul Jalil mengorak langkah.

YA! ILMU SILAT MATA. Bukannya aku salah taip. hahahaha.

Ilmu silat mata adalah kemahiran ilmu bersilat menggunakan kawalan mata. Abdul Jalil memanggil-manggil pengunjung di pekan untuk berlawan silat mata dengan beliau.

"Mari! Mari! Disini ada booth Silat Mata!" Abdul Jalil berpromosi.

Orang ramai mula terpinga-pinga akan tindakan Abdul Jalil. Nak kata gila, tangan saja yang tak ada-kata mereka.

Namun demikian, terbitlah rasa kasihan dibenak hati seorang pemuda perkasa yang bernama Yusof Sontorian. Yusof Sontorian mengambil inisiatif untuk bersilat mata dengan Abdul Jalil. Atas dasar humanity ataupun kemanusiaan.

"Jadi bagaimana caranya berlawan silat mata ni abang?"
Soal Yusof Sontorian yang berperasaan ingin tahu yang bergelojak.


"Begini caranya,...Mudah saja.." Ujar Abdul Jalil sambil menggerakkan bola matanya.

LOK LAK LOK LAKLOK LAKLOK
(bunyi pergerakan mata)
 
"Siapa yang berkelip dulu dialah kalah" Sambung Abdul Jalil lagi.

Orang ramai mula berduyun-duyun membanjiri gelanggang silat mata yang dibuka Abdul Jalil.

Perasaan berdebar, aneh, cuak, serius, mati kutu, gembira, semuanya ada didalam hati-hati pengunjung yang ingin melihat kali pertama dalam hidup mereka akan pertandingan silat mata.

Yusof Sontorian mula mengambil tempat. "Mula!" jerit Abdul Jalil.


Mata bertentang mata.. LOK LAK LOK LAKLOK LAK LOK

"Bumm!"

Yusof terbaring menyembah bumi. Kehebatan silat mata Abdul Jalil tiadalah terlawan. Pengunjung bertepuk tangan atas kemenangan Abdul Jalil.

Mereka pun memberikan wang pada Abdul Jalil atas persembahan silat matanya yang mengagumkan dan memukau tadi.

Yusof Sontorian bingkas bangun dan berkata "Tahniah! Hebat sungguh silat mata tuan hamba."

Tiba-tiba Abdul Jalil menghulurkan hasil wang yang diperolehi daripada pengunjung kepada Yusof Sontorian.

"Aku ini ibarat garuda yang kepatahan sayap, terbang tidak mampu, menyuap apatah lagi. Aku hanya berjalan. Aku yatim tanpa tanganku, namun aku yatim piatu tanpa hatibudi ku. Nah, terimalah wang sebagai tanda penghargaan kerana sudi bertarung disaat orang lain menganggap aku sang gila."

Yusof Sontorian sangat terkedu dengan kata-kata Abdul Jalil. Dipeluknya erat-erat dan lantas membuat keputusan mengambil Abdul Jalil sebagai abang angkat.

Pengunjung-pengunjung sangatlah terkesan dengan apa yang berlaku dan di dalam hati masing-masing mereka berkata :

"Sugguh berbudi dan berbahasa mereka ini. Mana lagi ada orang seperti mereka kecuali di Malaysia.. Maka aku sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia!"

##############################################################################


ENTRI INI DICERPENKAN KHAS UNTUK "CONTEST BUDI BAHASA BUDAYA KITA" OLEH BLOG: ABOUT AKU (DARAHMALAYA.BLOGSPOT) 
SAPA2 NAK JOIN SEMPAT LAGI NI! HADIAH MENARIK!


pst: Aku mohon seribu ampun atas kepincangan dan lawak-lawak kosong dalam entri ni ye? Mungkin kerana ketandusan idea dan vocab. Sori RAFIQ sebab last minit buat! hehe.

Selasa, 27 Mac 2012

Kenangan mak, lilin dan aku.

Sebenarnya, lilin bukan sekadar penerang dikala gelap.
Selain dari membakar mercun dan bunga api, mungkin korang tak tau banyak lagi kegunaan LILIN ni.



Masa aku kecik2 dulu, arwah mak aku selalu menggunakan api lilin secara kreatif.

Yang pertama,
Mak aku berjilbab. Dia biasanya pakai jilbab yang dijahitnya sendiri.
Aku masih ingat, kalau dia nak menjahit mesti aku duduk ditepi sambil belajar sikit-sikit.
Yang benang tak masuk lubang jarum tu toksah cite la. haha.

Lilin digunakan sebagai pembakar kain yang masih ada kesan-kesan potongan yang tidak kemas.
Biasanya, kain akan dilalukan di bahagian yang tak rapi (yang berambu @ berbulu) dengan sekejap je. Kalau banyak sangat nanti hangus, pesan dia.
Kerja ni memerlukan ketelitian. Kalau korang tak pernah buat, mungkin tak paham kerja2 kemasan dalam menjahit ni. Tengok gambar ni kalau nak lebih paham.




Ah, aku ingat lagi bau bila benang kain tu terbakar..

Yang kedua,
Untuk kerja-kerja membungkus makanan didalam plastik.
Plastik yang aku katakan kat sini adalah yang kaler lutsinar tu, bukan plastik sampah dan beg plastik biasa-biasa tu.

Kalau tak silap, dulu arwah mak aku berniaga makanan2 seperti kerepek, keropok keping dan lain-lain (aku dah lupa btul ke tak).
So, kerja-kerja membungkus ni dilakukan secara sendiri dengan manual. Aku masih ingat la sebab aku slalu tolong buat benda ni.
Caranya mudah je. Lipat bahagian yang kita nak tutup (bungkus), kemudian lalukan pada lilin. Siap.




Benda-benda ni menyebabkan aku terpikir.. Kretifnye orang dulu-dulu ni kan? Tu belum masuk cerita datuk sedara aku buat cat rumah cara manual lagi. Inilah namanya kemahiran hidup.

Orang-orang skarang ni smuanya nak idup senang je. Tak reti berdikari macam orang dulu. Aku bersyukur dapat merasa hidup susah. Dan bersyukur dapat belajar dari arwah mak aku (walaupun sekejap) benda2 yang mungkin tak ada dalam silibus. Time kasih umi.

Isnin, 19 Mac 2012

Fikir Sejenak: Telur

Dulu masa zaman aku kecik-kecik, arwah mak aku suke simpan telur rebus yang dibawa balik dari kenduri kahwin ke dalam peti ais .

Aku masih ingat, untuk mengelakkan kekeliruan, masa tu arwah mak aku ajar macam mana nak bezakan telur yang dah direbus ataupun belum.

Caranya mudah. Mungkin ramai dah tahu, dan mungkin ada yang tak pernah tahu (dasar tak penah masuk dapur).


gambar carian gugel

Mak aku cakap, putar telur tu dengan perlahan. Kalau kadar kelajuan pusingan telur tu adalah pantas, itu maknanya telur kau dah direbus. Kalau perlahan gila, itu maknanya belum masaklah kan, ape lagi kau expect?

Itu sahaja, sekian sekalian.

ps: Dan aku berjaya praktikkan kemahiran masak telur rebus secara massive (banyak2) masa majlis kahwin abang aku. Bangga pula rasanya.-ok, tu tiada kena mengena.

ps2: teringat aku pada cerpen 'Of Bunga Telur and Bally Shoes'