Jumaat, 30 Mac 2012

Memperbudayakan Budi Bahasa

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Begitulah bermulanya karangan saya pada hari ini..

##############################################################################

Kehidupan Abdul Jalil sangatlah miskin. Sesekali terlintas di minda beliau untuk bangun dan menerjah keluar dari belenggu kemiskinan dirinya.

Sudah ditakdirkan Tuhan, Abdul Jalil terlibat dalam satu kemalangan yang telah mengorbankan kedua tangannya.

Oleh demikian, Abdul Jalil digolongkan oleh orang-orang sempurna sifatnya sebagai orang kurang upaya.

Apa kurangnya upaya Abdul Jalil sehingga dipanggil sedemikian rupa?
Apa lebihnya orang lain yang sempurna anggota badannya?

Lantas persoalan-persoalan inilah menyebabkan Abdul Jalil berasa ingin berubah.

"Aku tak boleh biarkan mereka terus melabel aku sebagai orang yang kurang upaya!"
-Getar hati Abdul Jalil-.

Dari kampung dia berjalan, sampai ke pekan mencari makan.


Pada mulanya Abdul Jalil tidak tahu arah tujuannya. Cuma berbekalkan ilmu 'silat mata', Abdul Jalil mengorak langkah.

YA! ILMU SILAT MATA. Bukannya aku salah taip. hahahaha.

Ilmu silat mata adalah kemahiran ilmu bersilat menggunakan kawalan mata. Abdul Jalil memanggil-manggil pengunjung di pekan untuk berlawan silat mata dengan beliau.

"Mari! Mari! Disini ada booth Silat Mata!" Abdul Jalil berpromosi.

Orang ramai mula terpinga-pinga akan tindakan Abdul Jalil. Nak kata gila, tangan saja yang tak ada-kata mereka.

Namun demikian, terbitlah rasa kasihan dibenak hati seorang pemuda perkasa yang bernama Yusof Sontorian. Yusof Sontorian mengambil inisiatif untuk bersilat mata dengan Abdul Jalil. Atas dasar humanity ataupun kemanusiaan.

"Jadi bagaimana caranya berlawan silat mata ni abang?"
Soal Yusof Sontorian yang berperasaan ingin tahu yang bergelojak.


"Begini caranya,...Mudah saja.." Ujar Abdul Jalil sambil menggerakkan bola matanya.

LOK LAK LOK LAKLOK LAKLOK
(bunyi pergerakan mata)
 
"Siapa yang berkelip dulu dialah kalah" Sambung Abdul Jalil lagi.

Orang ramai mula berduyun-duyun membanjiri gelanggang silat mata yang dibuka Abdul Jalil.

Perasaan berdebar, aneh, cuak, serius, mati kutu, gembira, semuanya ada didalam hati-hati pengunjung yang ingin melihat kali pertama dalam hidup mereka akan pertandingan silat mata.

Yusof Sontorian mula mengambil tempat. "Mula!" jerit Abdul Jalil.


Mata bertentang mata.. LOK LAK LOK LAKLOK LAK LOK

"Bumm!"

Yusof terbaring menyembah bumi. Kehebatan silat mata Abdul Jalil tiadalah terlawan. Pengunjung bertepuk tangan atas kemenangan Abdul Jalil.

Mereka pun memberikan wang pada Abdul Jalil atas persembahan silat matanya yang mengagumkan dan memukau tadi.

Yusof Sontorian bingkas bangun dan berkata "Tahniah! Hebat sungguh silat mata tuan hamba."

Tiba-tiba Abdul Jalil menghulurkan hasil wang yang diperolehi daripada pengunjung kepada Yusof Sontorian.

"Aku ini ibarat garuda yang kepatahan sayap, terbang tidak mampu, menyuap apatah lagi. Aku hanya berjalan. Aku yatim tanpa tanganku, namun aku yatim piatu tanpa hatibudi ku. Nah, terimalah wang sebagai tanda penghargaan kerana sudi bertarung disaat orang lain menganggap aku sang gila."

Yusof Sontorian sangat terkedu dengan kata-kata Abdul Jalil. Dipeluknya erat-erat dan lantas membuat keputusan mengambil Abdul Jalil sebagai abang angkat.

Pengunjung-pengunjung sangatlah terkesan dengan apa yang berlaku dan di dalam hati masing-masing mereka berkata :

"Sugguh berbudi dan berbahasa mereka ini. Mana lagi ada orang seperti mereka kecuali di Malaysia.. Maka aku sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia!"

##############################################################################


ENTRI INI DICERPENKAN KHAS UNTUK "CONTEST BUDI BAHASA BUDAYA KITA" OLEH BLOG: ABOUT AKU (DARAHMALAYA.BLOGSPOT) 
SAPA2 NAK JOIN SEMPAT LAGI NI! HADIAH MENARIK!


pst: Aku mohon seribu ampun atas kepincangan dan lawak-lawak kosong dalam entri ni ye? Mungkin kerana ketandusan idea dan vocab. Sori RAFIQ sebab last minit buat! hehe.

18 ulasan:

kueh bakar berkata...

teringat citer ali baba p ramli la...ibrahim pendek dan silp matanya, dadu bukak tiga kali.

budak ice berkata...

haha..klakar cite ni..tp stil ade pngjaran..smoga bjaye org lidi!

aLeen aVriL berkata...

gud luck...best jugak story rekaan nih

Masy berkata...

*tepuk tangan*

hiedayahrosli berkata...

Abdul Jalil bagi wang dekat Yusof Sontorian tu pakai apa? Kaki ke tangan ke mulut ke? Haha.

All the best untuk pertandingan, bro.

Fakur berkata...

selamat berkontes-kontesan. semoga berjaya.

vidadarisakura berkata...

mesti rafiq terharu kita join contest dia kan! kan! kan!



hahahaha

cotton candy berkata...

suka le cite ko nie..tersentuh gak hati bil baca..
moga leh menang..hehe

oranglidi berkata...

kueh bakar,
-hahaha. yang tu silap mata. kita tengok sapa yangg keenaaaaa. haha

budakice,
-pngajaran tu yg paling susah nak selitkan. sbb ak xreti reka2 crite. hehe. tq2.

aleen,
-trimas2. lama nye x tgk ko singgah blog aku nii.

masy,
-hahaha. tepuk amai amai blalang kupukupu

hiedayah,
-haihh.. pakai tangan lee mek oii. haha. stil sampai lagi tangan dia nak kepit duit.
haha. trimas weh.

en fakur,
-tima kasih en fakur. apapun karangan sy xleh dbandingkn dgn entri2 blog en fakur tu. kna byk cari pngalaman lagi.

vivi,
-aku yg terharu patutnya. ak sndiri pn x penah wat prtandingan.

cottoncandy,
-tima kasih ye. x sngka leh trsntuh hati. hehe.

Anis Mohd berkata...

errrrr

okay

Koyuki berkata...

Hahaha......gua suka.ni ada undi sms tak...?klu ada gua undi lu 800x

a little less conversation berkata...

lok lak lok lak ye tak..cm cis bunyi nye..hahaha..mana butang like ni..ak nk like 1 juta kali bagi ko menang..nanti mesti ko kongsikan sikit hadiah tu ngn ak kan kan kan..hahaha

oranglidi berkata...

anis,
-hahhaha. macam perlii je. haha

koyuki,
-trimas2. xda undi2 laa. ni bukan astro. hahhaha.

allc,
-aku xtau nak buat bunyi mata ccamna. tu yang loklakloklak tu. haha
-kalau dapat pun hadiah, aku kirimkan pembalut je boleh? haha.

rafiq berkata...

hahaha lawak cerita kau ni. Walaupun lawak mereka tetap berbudi bahasa.

Thanx sebab join bro.
gud doakan kejayaan lu...:)

memang gua terharu lu ngan vivi join bro. disaat gua jatuh korang masih ada..hehehe

Farihah Ahmad berkata...

silat mata =..=



speechless aku. hahahahh

oranglidi berkata...

rafiq,
-hahaha. tq sbab terima pnyertaan. igtkan da terlepas da. haha
-aku cuba elak dari penggunaan kata2 kesat untuk kasi nampak budi bahasa tu. hahaha
-hehe, rilek a weh. kontes ko ni bagus kot.

farihah,
-kih3. sengal x? hahaha. =..=

c'axoera ヅ berkata...

citer katunnnnn :p

TiraPengemis berkata...

berair mata la lawan mata nie...hehehe