Rabu, 15 Ogos 2012

MISTERI: Akukah Yang Pelik?

Balik daripada berbuka tadi, sedang aku menunggang motosikal kapcai, tiba-tiba aku ternampak sebuah lori treler yang membawak beberapa buah kereta. Tapi malangnya aku tak tahu apakah jenis kereta berkenaan.

Lantas hal ini menyebabkan aku terfikir sejenak (sambil-sambil press minyak motor) adekah aku ni terlampau mundur dan kuno? Atau ramai lagi yang sama macam aku? Macam sesetengah member aku, diorang boleh tahu apa jenis kereta dengan sekilas pandang saja. Siap tahu spesifikasi, kuasa kuda, enjin yang digunakan dan lain-lain lagi.

Ini merunsingkan aku. Kah kah kah. Berikut adelah contoh-contoh ketidakkefahaman aku:

1) KERETA & MOTOR

Seperti aku katakan tadi, terlalu banyak lagi benda yang aku tak tahu menahu tentang kereta dan motor. Yang aku tahu cara bawak je. Sedangkan benda-benda seperti cc, kuasa enjin, sistem brek, jenis-jenis kereta dan motor, perbezaan kenderaan sport dan tak sport, serta banyak lagi yang semestinya aku tak tau nak tulis apa dah.


Kereta idaman..

Kalau takat Kancil dengan kete Rusa tu aku tau la beza rupa bentuk. Dan kalau tengok lambang boleh la aku tau bezakan. Tapi keta macam Nissan, Toyota, Kia, dan apetah lagi tu, sampai kesudah aku tak tau.

Yang tak bestnya benda ni bilamana lepak dengan kengkawan, mereka biasa akan sembang at least sekali dua pasal kenderaan. Dan apa yang aku boleh adalah cuma mengangguk tanda setuju. Tanpa mencelah.
Sesetengah tu siap boleh estimate harga kenderaan dan kemunasabahan untuk membelinya.
Aku? Bingung..

Bawak moto clutch pun tak reti, berangan pulak nak naek ninja.


2) PEREMPUAN

Mungkin macam tak berapa nak kena dengan isu, tapi aku boleh relatekan sedikit sebanyak tentang pekara ni.

Kalau tengok perempuan, aku takleh agak tahap kecantikan, keanggunan, kecomelan, keayuan dan lain lain lagi. Mungkin aku tak reti bezakan: Cantik, sederhana, biasa-biasa..

Contohnye bile aku tengok sorang minah ni, aku cakap la kat member :

"Weh, cu tengok awek pakai baju kurung polkadot tu, lawa woo!"

Tapi kebanyakan responnya, member aku akan cakap:

"Mana ade lawa sangat.. Biase jee. Takdak taste la hang ni."

Hah? Macam na tu?
Aku tak tau macamna nak ukur semua benda ni. Kalau dibuat kayu ukur untuk benda ni, aku la paling fail kot.


Yangni aku boleh konfemkan cantik, ayu, comel dan lain lain. hehe. Oh Asmirandah.

Nampak tak betapa peliknya aku atau adekah orang sekeliling aku yang pelik? Persoalan demi persoalan. Aku bingung..


3) MAKANAN & MINUMAN

Ini satu lagi kepelikan aku.

Bila tiba bab makan aku ada satu benda yang menjadi misteri sejak kecik. Yakni, aku tak tau nak bezakan adakah sesuatu makanan atau minuman itu sedap, biasa-biasa atau tak sedap. Kalau tak sedap langsung tu aku tau lah.



 Nasi, tomyam dan sambal.

Contohnya bila makan tomyam. Aku akan makan je sampai habis tanpa komen. Orang laen siap boleh cakap tak cukup daun limau la, tak cukup pedas la, kurang pes tomyam la dan lain lain.

Begitu jugak dengan kek, aiskrim dan lain-lain. Aku tak tau apa bezanya makan kek biasa dan kek sikret resepi (kebelakangan ni je baru aku tau beza sikit. hehe).

Lantas aku keliru. Dan sekali lagi bingung..


Kesimpulannya,
Aku tau benda ni sedikit sebanyak memberi kesan pada aku sendiri, tapi ntah la.
-Akukah yang pelik????
-Atau aku tak perlu menghiraukan langsung pekara ni?
-Atau inikah ciri-ciri orang yang TIDAK MEMILIH?
-Atau ini satu lambang ketidakmatangan??

Persoalan ni mungkin terlerai bila tiba saatnya yang aku tak tau bila.

ps: kamis malam bertolak balek kampooooongggg. ye ye ye. raye. orang dok pose dok leh raye stabuk. slamat2 ye smua. ade mase aku apdet la di kampung.

14 ulasan:

pensukebulan berkata...

satu: kau bukan seorang yang cerewet. dan itu adelah bagus.

dua: kau memang seorang yang sentiase bersyukur. dan itu adelah sangat bagus.

thumbs up! :)

cimOt berkata...

aku rasa aku macam ko gak lebih kurang.. entah tak terlalu nak banyak songeh sgt..mcm bab mkn, aku rse tak suka aku tolak tepi..takyah nak kompelin ke hapa..

fadh ^_^ berkata...

selamat hari raye orang lidi. balek sini nanti jangan lupe bawak ketupat palas barang sehelai dua. kat melaka xdpt nak merasa ketupat jenis ni :P
hihi

Fakur berkata...

tak peliklah kalau kita tak kenal jenis kereta. kalau terlebih kenal pun tak untung apa2.

ada satu hari tu lepas paking kereta saya pi beli goreng pisang. lepas beli, saya pi ketuk pintu sebuah kereta mewah, ingat kereta sendiri.

itu lagi teruk, rasanya.

Koyuki berkata...

nak bali kg jugak..ye ye :)

oranglidi berkata...

pensukebulan,
-wah.. tenkiu2. rupenye macamttu ya?
-harapnye btul la ape kate2 ko itu. boleh la aku bertindak cool lepasni. hehe.
-maybe aku kna tambahkan pengetahuan sikit sbanyak ttg pekara2 berkenaan.

cimot,
-haha. ko boleh tolak tepi, aku takleh tolak langsung. telan je. hehe


fadh,
-hahahaha. tibe2 hang sembang pasai ketopat ye.
-rugi a tak dapat rasa. sedap woooooo cicah rendang.

en Fakur,
-hm, btul juge tu ye. tak untung, tak rugi. hehe.
-apa daaa. tu macam nyanyuk jee sampai tertukar kete. hehehe.

koyuki,
-lamanya smbunyikan blog..
-slamat pulang kampung yee.

Mun berkata...

kau tgk sinetron ek?

sebab aku memang suka sgt dkt sinetron yg perempuan tu berlakon. cerita kemilau cinta kamila.

kau tgk ke sinetron tu? atau kau mmg kenal dia?

selamat hari raya, si pelik.

hahahahhahahhaha oklah aku tukar.

selamat hari raya, org lidi.
heh heh

beskot berkata...

raye nnti mai le dtg umh kt kg..

dania berkata...

dorg yang pelik. ko rilex je beb! ahaha.. weh, haah aku tuka nama. selamat berkenalan OL. bek ko approve fesbuk aku tu cepat. haha.

qatrunnada berkata...

rasanya tak semua kot perempuan yg xtahu n xminat tentang kereta..

qatrunnada berkata...

rasanya tak semua kot perempuan yg xtahu n xminat tentang kereta..

qatrunnada berkata...

rasanya tak semua kot perempuan yg xtahu n xminat tentang kereta..

Amalina berkata...

ko jenis cincai je kot..tak kesah.

Niza Romli berkata...

kalau pompuan tak kenal jenis keta tak katalah kan..tapi lelaki biasanya kebanyakannya tahu..tapi takpelah tak jadi masalah yg besar pun klau tak kenal jenis keta tu..lainlah kalau awak tu tauke jual kereta tapi taktau langsung jenis kereta/pasal2 kereta..hehe..

maaf lama takmai sini..
Selamat hari raya, maaf zahir batin :)