Mungkin semua sudah sedia maklum akan betapa terkejut badaknya hampir seluruh penduduk negara kita dengan logo kemerdekaan yang diwartakan baru-baru ini. Sebelum itupun ramai yang menyatakan tak berpuas hati terhadap cogan kata atau moto kepada kemerdekaan tahun ini yakni 'Janji Ditepati'. Aku tak nak komen ape-ape, dah diorang dah nak buat camtu, mane buleh kite ubah.
Tapi kalau tak silap, logo yang dicanang-canangkan bakal menjadi logo kemerdekaan tu bukannya logo rasmi. Tambah rasa terpukul adalah dengan terbitnya lagu kemerdekaan 2012 - Janji Ditepati yang mempunyai lebih kurang 30, 900 lebih 'dislike' berbanding hanya 456 'like'. Klik untuk check video nye.
Akibat rasa kurang berpuas hati terhadap logo berkenaan, ramai orang yang terlibat dengan seni grafik saja-saja reka logo sendiri dengan niat sinis barangkali.. hehe. Dan tidak ketinggalan, KUKUBESI MANIPULASI yang terkenal dengan bidang tersebut telah mengadakan satu pertandingan mencipta logo baru-baru ni.
Sebanyak 622 penyertaan telah diterima oleh Kukubesi dan di 'like' oleh lebih 1000 pengguna fesbuk. Mulanya penganjur dah tetapkan syarat pertandingan iaitu berkonsepkan propaganda dan retro, namun penganjur memberi kebebasan kepada pereka. Aku agak terkejut, walaupun kebanyakan peserta yang join contest tu adalah amatur, tapi sangatlah berbakat.
Berikut antara logo-logo yang aku rase memang stailo.
Dan akhir sekali aku taruk aku punya penyertaan. Dah disqualified dahpun. Buat pun maen-maen ja. Hahaha. Tapi aku terkejut sebab dapat banyak respon. Festaim dapat banyak like dan share macamni. haha.
Ni hah aku nye, hahaha:
Sekian yang demikian. Semoga sehat selalu.
15 ulasan:
ni membuktikan rakyat Malaysia sume kreatif2 tapi ko punye terlebih kreatif la. kenapa mesti kfc? kenapa? hahaha
hahahahahhahaha!! tp mmg lawa2 design yg dorg letak. cemana laa design bangang tu jugak yg menjadi pilihan. rais got no taste.
Nombor 8 punya (kot) Comel lah!
n__n
Aku tgk logo yang sebenar pun bosan.
memang patot tukar pon. logo yg paling hampes dalam sejarah perlogoan sejak sambutan kemerdekaan dilogokan. karya copy & paste dari orang pemalas yg sebenarnya tak berapa reti nak berfikir secara lebih kreatif. kita tengok pon naik malu. cis.
nizam,
-haha. tu a, ramai lagi yg lebih kretif kot. nape la yangtu jugak jadi pilihan
-aku pn taktau apsal aku wat kfc. hahaha.
masy,
-kan. lagi smart kot. ntah2 bkn dato rais yg pilih. haha
mun,
-hahaa, ko ni tgk yg comel2 je. amik la yg uduh2 tuu
en fakur,
-hahaha. logo2 sblom ni takdela sesengal yang ni kan. taktau la ape jadi. mungkin ini logo terakhir pemerintahan mereka? kita tak tau;. ahahahaa
ko ni lidi..buat aku gelak pagi2..hahaha
kosong...
sokongan sepenuhnya untuk logo paling last.hahaha
kahkahkah..like it a lot
kosong,
-haaha. bagoslah gelak pagi2.
vv,
-aku stuju bahhh.ahahha.
koyuki,
-kan? byk alternatif kot
kreatif sungguh.. hahaha
atoi!~
comot je yg capati tu..ahaha
tuka nama ka? hehe. dania,
-haha. tu a fasai.
mutiara,
-trai a buat satu. nak tengok gak. hehe
Hahaha...memang ramai org kita berbakat...tapi ada gak yg ambik jalan mudah guna logo paling cikai...
fadzli amir,
-haha. aku pn takpaham macamana pemikiran depa. takkan sebegitu rupa logo nye. haha. naseb bek da snyap da pkara ni.
Haha. Terbaiklah kepsi! Jauh lagi lawa dari yang asal tu.
Catat Ulasan