Isnin, 30 Julai 2012

Memori Gathering Blogerian

Pertemuan di Genting pada 2009 merupakan kali pertama aku bertemu empat mata dengan bloger yang dikenali hanya di alam maya. Time tu arena perblogan memang meriah. Gathering bloger pun banyak. Ye la, mase tu fokus utama adalah nak buat kawan. Bukan macam la ni, ramai yang sibuk cari populeriti serta trafik (bukan semua, segelintirr je)..
 

1st bloger gathering di Genting 2009

Lepas turun Genting tu, banyak gathering dibuat secare skala kecil je sebab nak jumpa semua memang payah. Ade yang duk jauh, ade yang sibuk dan lain-lain. Dan mungkin jugak ade masalah-masalah tersendiri sehinggakan ramai mengundurkan diri dari menulis blog lagi.


Jalak, Ian, Sarima, Beskot, Hanem, Mijah, adik Hanem, Fhad dan Kosong.

Aku sendiri pulak, terakhir jumpe secara ramai-ramai adelah lebih kurang 2 tahun lepas, taun 2010. Takde lah ramai sangat, lebih kurang 6-7 orang camtu je. Tapi tu lah, makin lama semua dah start sibuk dengan kehidupan sendiri. Ada yang berumah tangga, ade yang dah ade anak, tak kurang jugak yang dah start berkerjaya.



2 tahun bukannya tempoh yang pendek. Akhirnya adelah yang berinisiatif nak buat aktiviti berbuka dan lepak-lepak sesama. Mulanya memang tak terlintas pun aku nak pegi atas sebab jarak tempat (Kalau dekat memang takdak masalah la. Hehe). Tapi sebab dah lama sangat tak jumpa diorang semua, tak best la rasenye kalau tak join. Bila lagi nak jumpe kan?


Ian, Jalak, Haris, Beskot, Kosong, Fhad.
Akhirnye Jumaat aritu aku pun pegi lah ke Putrajaya. Majlis kecilan je di rumah Si Kosong. Aku tolong Si Kosong sediakan makanan buka aritu iaitu TomYam bujang. Aktiviti ni khas untuk lelaki je. Haha.. Yang hadirnya Wong Ah Ian, Jalak, Beskot, Fhad dan Haris. Boleh kire dengan jari kaki je berapa orang lagi yang menulis. Haha. Walaupun ramai dah tak bergelar bloger, aku, depa dan depa still kawan selamanya. Jumpa pun sekadar berbuka dan lepak-lepak tengok tivi sambil dengar cerita kehidupan masing-masing je.

Setakat ni, mungkin ade yang dah tau, Hanem, Aleen, Si Kosong dan Haris dah selamat berkahwin. Hanem, Kosong dan Aleen dah pun ade anak sorang satu melalui perkawinan masing-masing. Lepasni turut mengikut langkah adelah Fhad dengan pasangan beliau Sarima Hanim, Mijah dengan pasangannya yang bakal bernikah awal bulan raya nanti. Yang lain-lain selain dari yang hadir ni ade je dalam hati kami. Jangan merajuk. Chewahh.

Dan terakhir sekali aku nak cakap yang korang korang smua memang sangat best!

ps: bile lagi la nak gathering ramai-ramai agaknya. tak besar, kecik pun jadi la yop. Skala sebenanye kecik lagi best sebab dapat lebih fokus.haha

16 ulasan:

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Tetibe teringat entry OL yang masak tomyam bujang dekat UTP dolu-dolu. Haha. Masa dah jauh tinggalkan kita ya tak? Yang ada kenangan yang indah. Ecewah! :D

Tanpa Nama berkata...

terharu .. pasni yang single2 bley la nak g jejalan .. haha

-jalak-

oranglidi berkata...

drFarhana,
-ahaha. ade ye? aku sndiri dah lupa. btul2. dahla masa makin melaju skarang. haha.

jalak,
-ha, tunggu aku abeh ni kite gi sesama.kah3.

beskot berkata...

ko kemut sgt bubuh nasi..
bkn sng nk rs air tgn ko ngan kusung..haha
ade ms lepak lg..

oranglidi berkata...

beskot,
-eh taik btul. aahahaha. taruk a sndiri. ak xtau lak korg makan byk. kah333.

wong ah ian berkata...

aku rase macam sekejap sangat je lepak malam tu..sian kt ko la turun jejauh tapi dpt lepak bape jam je ngan ktorg..patutnye sume tido kt umah kosong aritu haha..

NIZAM berkata...

oh, Genting! bestnye!!!!

Tanpa Nama berkata...

jom g mancing kt kenyir..20 org 2ribu ringgit..3 hari 2 malam..

kosong

oranglidi berkata...

ian,
-hahah. dah smua ada hal, xkisah pun jmpe kjap. haha. tido umah kosong kang nangis lak kosong kena kemas rumah.hehe

nizam,
-haha. genting kalau da slalu pegi sgt x best gak sbab pusing-pusing jumpe bnda sama je. haha

kosong,
-uih. ok gak tuu. nak kena kmpul orang ramai tu yg payah. aku abeh ni leh a plan wat ujung taun ka. haha.

Mieza vs Rory berkata...

huhuhu..tacing tetibe bce entry nih..

wlupun dh lme x lepak2, tp memori brsme korg msih tersemat di hati..ceewahhh..

jauh di mata dekat di hatiii..;-p

cimöt berkata...

bila nak invite aku plak???

Aleen Afifi berkata...

erm...moga persahabatan korang kekal selamanye...

Fadzli Amir berkata...

Salam kenal Bro....
Memang best kalu dpt jumpa member yg kita tak pernah kenal dialam nyata...tapi aku tak pernah lagi jumpa, mungkin sebab sibuk bekerja sementelah dah berkahwin baru nak berblog...Selamat berpuasa.!!!

vidadarisakura berkata...

bestkan macam tu. bestkan. bestkan. ;)

Mutiara Bernilai berkata...

bestnye,



jeles.



titik

oranglidi berkata...

mijah,
-amboi, tacing2 lak diee. haha.
-dok tau lagi weh bile nk jumpe mung. mase nikoh x tau la buleh gi dok. huhu. kalu dang aku gii.

cimot,
-bile2 buleeh ajaa. hehe.

aleen,
-insyallah. bukan ktorang je aleennn. ko pun skali wehhh. hehe.

fadzli amir,
-salam kenall. tenkiu sbab sudi singgah sini.
-btol2, nikmat jumpe member maya di alam nyata ni berbeza btul dari takat tegur2 kat tenet je.
-takpe2, ramai je yang macam tu. huhu. blog tak mengira usia. cehwaah. slamat berpuasa gak!

vivi,
-hahaha. bestkan2?

mutiara,
-haha. tak usah jeles. kome pun msti ramai bloger nak kenal. wat a gathering skali skala. msti rmai org pegi. temasuk aku. haha