Isnin, 2 Julai 2012

Kisah petang-petang - Bunga Padang Pasir

Poket belakang seluar yang terkeluar aku masukkan semula, ini menandakan kelajuan renangan aku bertambah dari hari ke hari.

Selesai berenang ulang-alik lebih kurang 20 kali di kolam renang kampus, aku berehat di bucu kaki longkang berhampiran gelanggang badminton seperti biasa.

Tanpa menukar baju sementelah berenang, aku terus menuju ke tempat rehat rutinku. Crocs ku basah menandakan air belum kering. Bunyi krok krok crocs mengiringi langkahku. Setibanya di satu sudut bucu tangga longkang, aku campakkan kunci motosikal berserta goggle swim ke atas tangga. Macam perwira.

Hembusan angin petang itu kunikmati penuh tekun dan mendalam. "Kalau lah tiap petang cuaca redup macam ni.." monologku sendirian seperti orang bergelandangan.

Tiba-tiba irama muzik Bunga Padang Pasir nyanyian Sofea SYJ bermain-main dikotak mindaku.



Entah kenapa hati menjadi sejuk bila lagu demikian terngiang-ngiang dibenak ini. Sesekali mataku asyik memerhatikan dedaunan kering yang berguguran dari pokok. Alangkah untung andai dedaunan ini dapat dijadikan duit.

Tanpa disedari, berlalu seorang lelaki dihadapan aku. Tubuhnya gempal dan tingginya hampir 194 sentimeter congakku. Ketinggian bagus untuk menjadi pemain bola keranjang. Melalui hemat aku, beliau bukan orang Malaysia. Uzbekistan barangkali.

"Full." Aku cakap kepada beliau.

"Why are you calling me 'fool'?" jawap dia. Marah.

"No, I said the swimming pool is full." tindakbalas aku laju. Betul ke salah grammar, present tense, past tense, past continuous tense aku tak tahu. Takut jugak kalau dia hempap tiba-tiba karang.

"Oh, thank you." Jawap dia dalam malu. Aku lega.

Baju dan seluarku sudah agak kering. Lalu aku capai motor dan terus berlalu dari situ.
Lagu Bunga Padang Pasir sekali lagi bermain..

Indah tak petang sabtu terakhir dibulan Jun 2012 aku?

14 ulasan:

NIZAM berkata...

pergh! indah sgt. swimming pool petang2. aku takreti berenang. err.. hehe.

cimOt berkata...

santai je petang terakhir jun kau ni..

oranglidi berkata...

nizam,
-hahaha. mmg best renang ptang2. dapat rileks otak. aku pn xreti brenang tapi bljr sket2. heheh

cimot,
-santai habisss.

Munirah Shamsudin berkata...

bunga di padang pasir. hmph...

jiwang betul abg polka dot ni.

oranglidi berkata...

munirah,
-hahaha, die bassist syj sbnanye. kalau nak dgr lagu2 tak jiwang , yang jenis keras banyak lagi yang syj ni nyanyi.
-polkadot pun muke ganas.ahaha

anonymous berkata...

indahnye hidup kamu

oranglidi berkata...

ieda,
-huhu.. indah la jgk. biase2 je. masing2 msti ade cara nak ceriakan idup msing2.

Akmal Hadi berkata...

Haha.. mmg full...

crystalzerosix berkata...

lama gambar tu?ambik mn yer?

sila lawat:
http://gambarankasar.blogspot.com/2012/07/pantai-tanjung-damai.html

Camy Alya berkata...

sangat indah. dihiasi dengan lelaki uzbekistan itu. haha

iqa berkata...

indah weh indahhhh -.-

kakakaka

oranglidi berkata...

akmal hadi,
-hahaha. fullstop.
-trimas singgah sini

crystalzerosix,
-gambar tu amik dlm tenet je. tu ade watermark dia situ
-trimas jugek sudi singgah

camy,
-dihiasi? wahahaha. hang ingat lukisan ka apa

iqa,
-amboi gelak..
-sapa ye iqa nin? aku kenai ke dak?

Mutiara Bernilai berkata...

fiu fiu~
mujur x de kamu tulis lepas swimming tu kamu dok p makan nasi lemak + roti canai bagai..

aha. swimming penat ok.


* oh, hai kawan!

oranglidi berkata...

mutiara,
-xde a penat sgt kalu da biase hehe
-akhirnye mncul jugek ye ko. ish3. jgn private lg. hehe