Rabu, 18 Julai 2012

"Nasib Malang" - Catatan Tepi Tangga

Tak semua yang indah itu sempurna, dan tak pula yang sempurna itu indah. Apalah sangat jika dibandingkan dengan nasib yang malang pada diri sedangkan ada lagi yang lebih dahsyat malangnya.

Setiap makhluk walau seekor gagak hitam sekalipun telah dicatat nasib dan aturan hidup. Kita, yang ada akal mungkin boleh berusaha kepada yang lebih baik.




Mungkin nasib malang menghimpit diri ini sebagai ujian, mana tahu kalau-kalau ada cahaya disebalik yang hitam, ada sinar disebalik yang kelam, ada gembira disebalik suram.


Bangkitlah bersama kekuatan dan bersama-sama menongkah nasib malang yang menghurung diri. Jangan jadi arang hitam yang basah terbuang, jadilah arang hitam yang membakar dan membara.


" bisik akan malam,
diam jawapnya.

bisik pada hati,
mengerti katanya.

bisik buat diri,
kuatkan langkahnya. "

-yang bernasib malang,
Tepi tangga,
17/7/2012-

13 ulasan:

Ketuk ketuk jari berkata...

bersyukurlah dgn apa yg ada.
terimalah seadanya.
dlm menghadapi liku kehidupan dan kemanisan hidup d dunia,jangan melihat orang yang lebih baik dari kita kerana itu akan mendorong kpd sikap xberpuas hati..sebaliknya lihatlah kpd orang yg kurang dari kita kerana itu akan membawa kita supaya bersyukur :)

Nazz@Purple berkata...

siang akan muncul mengganti mlm..itu hukum alam..malang tak kan selamanya..pasti ade rahmat sebaliknya..

Mutiara Bernilai berkata...

kamu,
kata orang,
semakin gelap hari,
semakin hitam kehidupan,
semakin mudah di suluh cahaya.

Lihat, bulan itu hanya menyerlah di waktu malam bukan?

Mungkin cahaya itu ada,
tetapi mata hati terlalu lama memikirkan ruang hitam malang diri..

smile!

semakin jauh malam, semakin dekat dengan subuh..

semakin jauh ke dalam bumi, semakin dekat dengan mata air..

semakin jatuh ke dasar laut,
semakin mudah mencari mutiara ,, :P

whoa! panjangnye komen!

Mieza vs Rory berkata...

di sebalik perkara buruk yg berlaku, de pengajaran di sebaliknya...Sesungguhnya Allah x menduga hambanya di luar kemampuan..

cimOt berkata...

jangan kau gusar akan tibanya saat indah dan bahagia tu..

itu sudah janji Nya..

oranglidi berkata...

trimas smua.

qatrunnada,
-betul tu, bersyukur apa adanya.
-baik nangka dari cempedak, baik ada dari takdak.

nazz,
-ya. mendung tak selamanya kan. hehe.

mutiara,
-wah, puitis. indah sampaikan mendagu aku baca. hehe.
-hehe, mutiara yang komen tu yang senang nak cari

mijah,
-btul2. smoga ari ini lagi baek dari semalam, esok lagi baik dari arini. let bygones be bygones.

cimot,
-sabar n terus melangkah.

miss ice berkata...

waa meaningpuL ! ^^
sbr ye org lidi..
syukurlah dk d tepi tangga..
drpd d bwh / dihempap tangga :P

fadh ^_^ berkata...

huhu nape wahai lidi? dah lame x terserempak. wujud lagi kah kau di sini?

kasutburok berkata...

kejadah di tepi tangga? dengan piji? hahahaha

Tanpa Nama berkata...

hai, org tepi tangga. selamat berpuasa. ngehhh

beskot berkata...

munirah samsudin tu awek ko ke ol??
smpi 2 link dia ko bubuh kt tepi tu.hehe..

oranglidi berkata...

budakice,
-haha. btul jugak, dahla jatuh ditimpa tangga plak tu.

fadh,
-sajo je. haha. mendalami rasa orang2 malang. ahaha
-ade je kat sini. klas kite arah lain tu yg x trsrempak tu kot. haha

pokyed,
-haaha, nak jugak sbut name abang kesayangan. haha

munirah,
-slamat pose jugak yoe. jgn pose sekerat dah a. hahaha

beskot,
-hahahaha. apo daa. ak pn xprasan bnda tu. sbb dulu link lain, die tukar rasenye.
-ko ni pun, bdk tu baru form 2 xkan aku nak kaco pule.

a little less conversation berkata...

weh lama tak datang blog ko bro..kemain ko, bersastera skang ko eh..haha