Rabu, 24 Oktober 2012

Special: Konvokesyen.

Ketawa, riang, sedih, gembira, terharu, lega. Campur adok perasaan. Terimakasih pada Tuhan, bapa, arwah mak, mak, adek beradik, keluarga, guru, lecturer, sponserer, rakan taulan dan semua yang langsung atau tak dalam  mendoakan kejayaan ini.



Ahad lepas tarikh bermakna dalam hidup. Konvokesyen univesiti. Bila naik pentas terima skrol tu entah rasa blur yang amat. Terpaku. Penat, susah, jerih, pening, geram dalam menghabiskan pengajian ini hilang begitu saja. Tak terungkap.

Sebelum ni ramai kawan-kawan duk pos gamba dah konvo apa semua. Kali ni bila sendiri dapat tu memang hao liao la.


Buat Jan 07,Geng cve dan P'rocksifar khususnya, anda memang awesome. Terkejut tengok 2-3 hari ni masuk surat kabar la, Buletin Utama la pasal tempat belajar ni.

skrol kecik sapa tah tu.








selamat tinggal dan tima kasih

pakai selipar pun boleh. hahaha

Mood konvo masih terngiang ngiang.
Slamat hari raya Haji n Korban.

PS: Gambo rembat dari fesbuk.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Hidup yang bagaimana

Pilihan terletak di tangan kita.

Mahu terus di takuk lama dan berfikiran 'inilah takdir aku' ataupun keluar dari belenggu berkenaan.
Itu hak masing-masing.

Mahu jadi yang biasa biasa, atau yang luar biasa?

Mahu hidup direncanakan manusia atau merencanakan sendiri.

Design our own life. Seiringan dengan jalan yang betul.


Slamat mengharungi ujian hidup. Untuk student2 tuisyen aku dan buat smua.




Buat aku jugak.

Selasa, 2 Oktober 2012

Amanah

Amanah.

Sebut memang senang. Tapi praktisnya sangat susah.

Amanah dengan Tuhan, amanah dengan tanggungjawab, amanah dengan pemberian, amanah dengan kerja, amanah dengan segala-galanya.

Sekarang ni kehidupan aku dah berubah serba sedikit daripada sebelum ni. Walaupun baru 3 minggu aku kerja, terlalu banyak benda yang dipelajari. Bukan setakat mengajar tentang kerja semata-mata, tapi merangkumi semua aspek. Rasa sangat bertuah.

Tugas makin besar, walaupun kecil dimata orang lain. Pagi kerja, malam ajar tuisyen. Kena pikul betul-betul amanah orang dan majikan.

Jadi kat sini lah sikap amanah aku betul-betul diuji.

Aih, banyak lagi benda lain yang nak ditulis. Tapi tak tertulis.

Oh ya, lupa nak cakap. Aku tengah nak cari calon Siti Khatijah buat diri ini. Rekemen la siket. hehe.

(Camno nak cari Siti Khatijah oi kalu hang iman pun macam Mat Jenin?)