Jumaat, 23 November 2012

Isnin, 12 November 2012

Kaukah Khadijah itu? : Episod Akhir

"Apesal kecik sangat dia ni? Macam budak je. Tapi muka boleh tahan" getus hati aku.

Usai bersalam dengan ayah nya aku mulakan sikit soal jawap.

"Pakcik orang sabah ye?"

"Sarawak. Hehe" kami gelak sama-sama.

"O.. memang saya dah agak tadi. Muka kawan saya dari Borneo ada iras2 dengan pakcik."

Lepas tu baru la aku mula tanya pasal anak beliau.

"Yang ni ke yang nak kerja tu pakcik? Ni sementara tunggu result kolej ya?"

"Eh,tak. yang tunggu kolej tu kakak dia. Ini si adek. Baru tingkatan 4. Sementara cuti sekolah ni boleh la dia kerja sikit-sikit."

"Tingkatan 4 rupenye... Patut mcam budak." kata aku dalam hati.

Akhirnya masih belum berpeluang la aku mencari Siti Khadijah..  Sebenarnya pak sedara aku ingat kakak dia yang nak kerja tapi lain pulak jadinya.

Tambahan, dua-dua dah berpunya. Keh3.

Sekian saja kisah sedih aku kali ini. Macam-macam..

ps: akhernye jumpe jugak si Lumut setelah hampir 2 tahun tak bersua.

Selasa, 6 November 2012

Kaukah Khadijah itu? : Episod 1

Pagi ini aku begitu eksaited.

Tidur malam tak lena. Asyik memikirkan tentang panggilan telefon pak sedara aku semalam.

"Esok ada staff baru masuk.. Anak kawan uncle. Nanti tengok-tengok kan dia. Ajar apa yang patut."

"Tambahan pula dia ni lawa. Mana tau ada jodoh awak tu dengan dia." kata pak sedara dalam nada yang gembira.

Aku sekarang kerja sementara dengan pak sedara. Sambil timba ilmu serba sikit.

Pak sedare aku ni memang suka kenen-kenen kan orang.

"Tolong cari kan jodoh untuk aku ka?" - Fikir aku seketika..

Pagi tadi aku bergerak ke tempat kerja awal..

Dan bila sampai saja aku terus usha. Sapa la gerangan staf yang dimaksudkan.

Tunggu punya tunggu akhirnya ada beberapa kelibat perempuan lalu lalang di kedai tempat aku kerja.
Namun semua yang lalu blah begitu saja. Seperti angin.

Tepat jam 8.50pagi, aku melangkah untuk bukak kedai.


Pummm... Jantung aku berdegup kencang.. Seorang gadis datang dengan bapanya di depan kedai.

Bersambung..


ps: ni kesah 100% benar berlaku harini.