Rabu, 12 Disember 2012

Catatang Panjang Bujang Ep.5 : Escapisme di Rompin

ps: doakan aku pass ujian medical ya smua.. Amiinnn..
 
Akhirnya ada jugak sebab untuk aku apdet secara panjang blog yang tersadai ni.
Baru-baru ni kawan aku, saudara M Daud Kilau datang ke Kolumpo untuk lepak-lepak.

M Daud Kilau mengajak aku dan Kuda Kertas lepak di kampung beliau sempena musim buah-buahan yang sudah hampir ke penghujungnya. Katanya buah durian berbondong-bondong sampai tak tau nak buat ape lagi dah.

Jadi aku dan Kuda mengambil inisiatif untuk merancang satu percutian ke sana. Ye lah, dah agak lama duk di kota ni.(Phui)

Kami decide untuk pegi ke kampung M Daud Kilau di Felda Selendang, Kuala Rompin di Pahang pada 7-9 Disember. Tiket dibeli di PuduSentral dalam harga RM 60 pergi dan balik. Kami membeli tiket bas Transnasional ke Mersing (berhenti di Hentian Rompin).

Sepatutnya percutian ni membabitkan sorang lagi member yakni Kasut Burok yang tidak dapat hadir atas kesibukan kerjayanya. Perjalanan ni mengingatkan aku pada percutian kami berempat ke Cameron Highland satu masa dulu. Fuh, sanggup sewa kereta demi ke sana kot.



Tepat jam 11, Khamis malam jumaat kami mula bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan.

Perjalanan yang patutnya memakan masa 5-6jam telah berjaya disingkatkan kepada 3-4 jam oleh brader drebar dengan memecut seperti unta. Aku yang duduk dalam bas tu rasa macam naik roller coster. Melompat-lompat sini sana.

Sesampainya di Hentian Rompin, kami lepak menunggu M Daud Kilau datang. M Daud Kilau datang menaiki Ford Ranger.

Perjalanan ke rumah beliau yang terletak di Felda Selendang 1 mengambil masa lebih kurang 15-20 minit. Udara di sana sungguh menyegarkan. Refreshing bak kata omputih.



Usai bangun pagi kami melaksanakan aktiviti pertama iaitu brekfes dan melantak durian. Aku taktau la berapa ulas masuk perut sebab sedap sangat duriannya.


Lepas tu mulalah aktiviti mengutip buah-buahan di kebun yang terletak belakang rumah M Daud Kilau.





Duriannya banyak tidak terperi. Rambutan dan cempedak toksah crita laaa. Memang kecur air liur melihatnyaaa.

Habis saje kutip buah-buahan kitorang pun masuk rumah main congkak. Ni festaim aku belajar main congkak. Keh3.




Tengah harinya, lepas semayang jumaat tu kitorang makan tengahari di beranda rumah. Lauk nya kemain sedap. Keladi masak ape tah, aku lupa nama sayur tu. Sedak molekk..





Siap ada pencuci mulut aiskrim coklat tu.

Petang pulak M Daud Kilau bawak kami pegi jenjalan di pasar untuk membeli sedikit kudapan yang akan dibawak ke empangan selendang.






Pemandangan di Empangan cukup menakjubkan. Membuatkan kepala kusut menjadi lega. Memang lawa la tempat ni kalau buat rumah kat atas air. Hehe.












Kitorang melantak durian dan rambutan yang dibawak dari rumah kat satu port baek punya.



Lepas penat berfotografi kami pun pulang.

Malamnya pula kami singgah di Bandar Rompin untuk menikmati makan malam. Kitorang belasah ikan siakap bakarrr. Terbaek yop. Sambal dia boleh laa tahan.


Sesudah kenyang, kitorang pegi ke pantai Rompin. Hajatnya nak buat unggun api la sambil lepak-lepak. Tapi angin kuat sangat sampai tak menyala unggun.

So kami pun pulang untuk berehat sambil melayan Instanbul Aku Datang. Tak best pulak crita tu.

Keesokannya, kami memulakan aktiviti di Taman Negeri. Mula-mula kitorang berhenti di Air Terjun Seri Mahkota untuk bermandi-manda. Kome layan la gambar kat bawah ni. Memang lawaaaaaaaa gilaaaaaaaa.








Tempat ni best gila la woi. Boleh diving dan renang-renang. Nasib baek ade tepon yang kalis air. Boleh gak buat ambik gambar dalam kebasahan.

Dia punya pemandangan sangat best. Dikelilingi pokok-pokok dan batu-batuan, suasana di air terjun ni membuat siapa yang hadir pasti nak datang lagi. Seriuss.

Habis lepak kat sini check point seterusnye adelah di Sungai Selendang. Kat sini kitorang makan pulut durian. Sedapnya tak terhinggaaa.







Habis licin 3 bijik buah.

Dalam perjalanan pulang tu, aku dengan M Daud Kilau berhenti di tempat air terjun tadi untuk mendaki ke bahagian yang lagi tinggi. Ada beberapa tingkat sebenarnye air terjun ni.

Ternyata berbaloi-baloi pendakian kami itu. Kat atas ni air terjun dia lagi tinggi dan cantik. Siap boleh pegang pelangi lagi atas ni. Boleh tengok gambar kat bawah tu.


 

















Apa yang best lagi satu adelah masa kitorang ada kat sini, ada satu kenduri kawin berhampiran rumah M Daud Kilau. Kitorang tak melepaskan peluang keemasan ni.

Makan kenduri berlaukkan daging kurma, daging kicap dan ayam masak madu. Memang sodapp loo.

Petangnya kami berehat-rehat saja memandangkan kepenatan yang amat.

Malam tu pun lepak rumah je sambil layan variety show dan mencekik cekodok cempedak serta kek coklat  kukus yang dimasak M Daud Kilau sendiri.


Paginya kami bertolak ke stesen bas. Dalam perjalanan tu kitorang berfotoshut kat bendang sawah. View dan udara kat sini memang aman damai.





After that, M Daud Kilau membawa kami ke pasar pagi di Hentian Bas Rompin. Kat sini barang makanan agak murah la bagi aku. Sedap pun sedap.


Kitorang bawak makanan yang dibeli di pasar ke pantai Rompin. Mungkin kerana masih pagi, kami tak dapat menikmati angin dari laut.



 

 


 




Jadi kami pun bersantai-santai ditepi pantai yang indah itu sementara menunggu untuk pulang pada jam 11.


Kemudian kami kembali ke hentian bas untuk pulang ke Kuala Lumpur.



Tenkiu bebanyak kat M daud kilau dan femili yang menyediakan kemudahan dan makanan yang best buat kitorang. Masa balik tu dapat durian, cempedak dan rambutan. Memang berbau habis a satu tren yang aku naek aritu. Hahaha.

Okeh la, itu saja rumusan catatan panjang yang aku buleh coretkan kat blog nih. Apepun kesimpulannya Rompin memang rock.

21 ulasan:

Verdict berkata...

tang pulut durian tu kejelesan aku memuncak!

dania berkata...

makanan! eksited tgk mknn.

cimöt berkata...

hamboihhh! gua tak puas ati ni! jalan-makan-jalan-makan-jalan-makan-lagi-dan-lagi!

suka suasana gitu; suasana ke-kampung-an...

oranglidi berkata...

fiq,
-aku pun jadi teliur balik bile tgk gamba pulut tu

dania,
-hahaha. ko ni mmg a asik igt makann jee. hehehe

cimot,
-apo lagi, pas kawen nnti hang mntak a hasben pindah duk kampung. baru bess

misz aisya berkata...

keladi masak asam rebus eh? feveret aku tuh.

perghh eksaited aku nengok korang berjirus kat air terjun. jeles beto! heh.

feyza berkata...

ah stress tgok durian !

taun ni cek tabuleh mkn durian bebayak di..
huaa

pensukebulan berkata...

finally! ade orang sependapat dengan aku istanbul aku datang tak best.

kasutburok berkata...

akhirnya update.banyak gile xtvt.jeles seyh.ni rase nk g rompin plak pasni ni.haha

Qiez AR berkata...

bersembur air liur aku tengok ramai pakwe dalam gambar2 ini. :p kekeke

wey, macam mana boleh dapat tangkap gambar pelangi melintang tu? awesome gila!!

and, kau kena buat ujian medical tu nak p mana? obersea ke??

oranglidi berkata...

misz aisya,
-ahaaaa.. betul a tu kott. sedap wo.
-nanti sila la pergi sana yee. haha

feyza,
-awat xle makan? ahaha

pensukebulan,
-kah3. xsangka ko baca gak point aku yang tu. seriusli cite tu aku tak dapat tangkap bes die celah mana.

kasutburok,
-hahahaha. ko bile nak wat blog ni? aku nak gk tgk orang2 keja offshore punya pngalaman.
-nxt time daud kawen leh a kite pi lagi. hahaa

medusa,
-hahahaha. bape orang je pun pakwe dlm gamba tu.
-pelangi tu mula2 aku igtkan imej khayalan je tapi betul2 ada. pastu aku men tangkap dan camtu la hasilnya. haha
-ujian medical utk dpt kerja. doakan akuuu

lumut berkata...

aku bace entry ni sambil telan airliur berkali kali!! ckp kat M Daud Kilau tu..apesal best sgt umah die? nak ikut boleh? aha

Muhammad Rafiq Hasrudin berkata...

ph best gile air terjon tu!
wajib pergi ni!

fadh ^_^ berkata...

orang lidi nak mintak tolong cek gmail leh x? ade bnde nk mintak tolong. huu tapi da lame da kasi emel tu taw...

K2r~90 berkata...

banyak plak gambr ang upload penat jugak scroll2 kebawah haha

entah kenape tiap kali tgok durain mesti ingat durian creep,, oh apakah??

aque berkata...

Kenape besh sangat

Kenape saya jeles

Apa salah saya...

Nape korang buat saya mcm ni

Stress.......

Hehehe ^_____^

Entri yang best.... walopon panjang bejele... x skip satu perengan pon... hehehe

pirdaus berkata...

aku br tgk blog ko dowh.. br tau da entry pasal lwtn ko tu ke rumah aku.. hehehehe.. sesama3.. senang2 jemput r dtg lg.. kedatangan anda dialu2 kn.. aku pon seronok korg sudi dtg rumah aku.. thanks dude =)

pirdaus berkata...

aku br tgk blog ko dowh.. br tau da entry pasal lwtn ko tu ke rumah aku.. hehehehe.. sesama3..bgs r korg enjoy dtg cni.. kira berbaloi r dtg jauh2pon.. senang2 jemput r dtg lg.. kedatangan anda dialu2 kn.. aku pon seronok korg sudi dtg rumah aku.. thanks dude =)

pirdaus berkata...

aku br tgk blog ko dowh.. br tau da entry pasal lwtn ko tu ke rumah aku.. hehehehe.. sesama3..bgs r korg enjoy dtg cni.. kira berbaloi r dtg jauh2pon.. senang2 jemput r dtg lg.. kedatangan anda dialu2 kn.. aku pon seronok korg sudi dtg rumah aku.. thanks dude =)

pirdaus berkata...

aku br tgk blog ko dowh.. br tau da entry pasal lwtn ko tu ke rumah aku.. hehehehe.. sesama3..bgs r korg enjoy dtg cni.. kira berbaloi r dtg jauh2pon.. senang2 jemput r dtg lg.. kedatangan anda dialu2 kn.. aku pon seronok korg sudi dtg rumah aku.. thanks dude =)

pirdaus berkata...

aku br tgk blog ko dowh.. br tau da entry pasal lwtn ko tu ke rumah aku.. hehehehe.. sesama3..bgs r korg enjoy dtg cni.. kira berbaloi r dtg jauh2pon.. senang2 jemput r dtg lg.. kedatangan anda dialu2 kn.. aku pon seronok korg sudi dtg rumah aku.. thanks dude =)

oranglidi berkata...

paklang,
-amboi manyaknyaa komen. hahahaha. mmg sonok p sana doolll. ade musim buah dan ada kelapangan lagi , insyallah nk pegi. kena bawak gi taman negara skali ye? keh3