Khamis, 24 Januari 2013

Tentang Seorang Musafir

Hari bersilih ganti, sedar tak sedar aku baru menulis untuk tahun 2013 ni. April ni karang masuk 4 tahun la ye Cakapwa?

Tadi aku duk belek punya belek balik blog ni menyebabkan aku tergelak sendiri. Hahaha. Beratus-ratus entri rupanya dah di'post' secara waras mahupun kurang waras.

Walaupun dah kurang pembaca, tambahan pula teman-teman blogerian ramai berhenti menulis, tapi rasanya selagi Blogspot ni tak tutup akan aku berjanji tetap menulis Cakapwa sampaai bila-bila. (Tapi nak post entri tu yang malas, pui.)



 Pertemuan paling terbaru 2013 (Jalak, Beskot, Lumut, Wong Ah Ian)
(Dulu boleh penuh Pelita ni dengan blogerian, skang tengok la 1 meja pun lelah nak cukup)

Terlampau banyak lah kenangan dalam blog ni. Masa suka ke, sedih ka, benda ni la yang aku duduk mengadap. Habis semua benda aku karutkan dalam ni. Dari binatang sampailah ke bangunan. Skil menulis memang tak menepati piawai langsung dan aku tiadalah kesah.

Takpe la, toksah cite pasal tu.

Sobonanye aku nak cerite pasal rentetan hidup la sikit. Aku baru terperasan yang selama ni aku ditakdirkan untuk berade jauuh dengan femili. Cube bayangkan:

Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
Sekolah menengah: Dungun (2002-2006, asrama)
Institut pengajian: Tronoh, Perak (2007-2012)
Prektikel: Wangsamaju-Bangsar, Kolumpo (2010-2011)
Kerja Sementara: Ampang-Setiawangsa, Kolumpo (2012-3 bulan)

Dan sekarang ni Alhamdulillah baru dapat tawaran kerja di Miri, Sarawak bermula bulan dua 2013.

Hmmm (berfikir sejenak)


Sebenarnye seronok merantau jauh-jauh ni. Memang banyak benda kita dapat belajar.
Baik dari segi budaya, pengalaman, sosioekonomi, selok belok tempat, geologi, tempat-tempat bersejarah,
dan lain-lain lagi lah. Kalau cakap semua, pulun sangat nampak awak tu.

Tapi macam biase la, ade benda yang mungkin membuat kite rase kurang sedap. Contohnye, jauh dari femili,
payah bile ade majlis-majlis keraian, susah nak bertemu member lama, kena biasakan diri dengan masakan tempatan, dan lain-lain hal lah. Isu masakan pun jadi problem ka? Hampehnye.

Namun sedemikian kita haruslah bersyukur kan? Ada berlambak lagi yang duk luar negara mencari sesuap nasik untuk dibawa pulang ke tanahair. Kira aku ok la lagi duk main dalam Malaysia lagi.

Jadi di perenggan last ini disebabkan dah tak tau nak tulis apo, aku simpulkan yang aku banyak tempuhi benda bersifat nyawa-nyawa ikan. Aku harus akui yang itu adalah kesilapan sendiri. Pelik pulak kesimpulan ni..
Apapun, semoga korang sume gembira dengan hidup masing-masing. Doakan aku di perantauan!

Oh ye, gambar di atas ni adalah saki-baki bloger (aktif mahupun tidak) yang masih terdampar. Kalau nak dicerita, dulu macam perhimpunan ape tah kalau buat meet up. Skarang yang tinggal hanya kenangan. Bizi dengan kerjaya dan keluarga mungkin adalah punca utama ketidakhadiran yang lain. Kita semua faham.. Tu yang kat atas nasib bek belum kawen lagi.

Berhijrah, bermusafir ni salah satu dari sunnah Rasul. Selamat menyambut maulidur Rasul.

18 ulasan:

Emir Faez berkata...

bravo.. bravoooo..haha

Tanpa Nama berkata...

tidak ada hijrah selepas Islam menguasai kota Mekah kecuali jihad.

relong kehidupan ini terlalu panjang. selamat mencari pengalaman. dan selamat berjaya walau dimana anda berada.

-fakur.

lumut berkata...

Hehe....4 tahun ygvlalu xkn same dgn hari ni...thanks korg..=)

oranglidi berkata...

emir,
-eh, pakai akaun gugel plas je? mana pi kabus ributttttt? hehe.

encik fakur,
-timakasih2222 saye pegang kata2 tu.

lumut,
-betul. takkan sama esok dgn semalam kan? hehe.

aleen avril berkata...

ohhh da nk bhijrah ke sarawak....ok la tu dr kami semua ni pg mna pon xbole...duk je la tmpt sama....


ekekekkk..

moga segalanya baik2 sje a/bila d sana kelak...smoga bjaya.

oranglidi berkata...

haah aleen, ke sana pasni.
alamak aleen sdeh rase nye ckp bgitu. huhu. tq2.

cimot berkata...

serius ang kije kat sarawak? aq insyaAllah praktikal kat sane jugak..insyaAllah miri jugak.. cantekk..bley laaa tunjuk ajar ku sifu...

oranglidi berkata...

cimot,
-wah. serius? bila stat? jumpe kat sane a nmpaknye

AJ Nismihan berkata...

Semoga jumpa kehidupan baru di Miri.

*senyum*

masa berlalu, dan ia mengajar, pada yang belajar.

mungkin dunia sudah tidak pernah sama dengan yang dahulu, kerana kita yang kekal pun berubah dengan cara kita.

yang berpaut tangan saja yang bisa kekal dalam lingkungan, dan selebihnya, mereka ada lingkungan mereka sendiri, dan moga mereka juga lurus dan bahagia dengan jalur hidup mereka.

biar berdikit, asal semuanya dekat.

kan?

*senyum*

semoga, hidup baru kamu, hidup kawan-kawan kamu, dan keluarga kamu, dirahmati Allah hendaknya.

ameen.

salam

Hai Mut
Hai Ian

*senyum*

lumut berkata...

hi AJ...
semoga kamu sehat2 saje disana AJ.. =)

oranglidi berkata...

AJ,
-lama x dgr kaba brita.
-'mungkin dunia sudah tidak pernah sama dengan yang dahulu, kerana kita yang kekal pun berubah dengan cara kita.'> stuju sma skali.
-timakasih bebanyak smoga ko pun dirahmati n brkat salu.

✿ YaYa ✿ berkata...

miri? sarawak? :O
btw, good luck and congratez sebab dah dpt kerja.. nnt jgn lupa blnja mcD! :p

oranglidi berkata...

tenkiu yaya. yela2 blnje mekdi kat miri la. haha

fadh ^_^ berkata...

bace komen baru tau yang ko keje sarawak. jaooh tu weh. jauuh. tapi boley la usha awek sarawak. ye dak? :P

Mutiara Bernilai berkata...

Wangsa maju? Setiawangsa?kolumpo?

Haipp dekat je kot..awat x meet up?

a little less conversation berkata...

sama la ngn gua bro..asal mntk keje kt2 kg halaman..las2 kne campak ke negeri org..layan je laaa

pensukebulan berkata...

'banyak tempuhi benda bersifat nyawa-nyawa ikan'

deep gile ayat ni.

hejauw berkata...

siriyesly korang?? lama aku tak baca blog blog korang neh..