Selasa, 10 November 2009

LONELY SOLDIER BOY (ULANGAN)

ENTRI ULANGAN

Seperti biasa. bila perang dunia tercetus, para askar mula kelam bakut..

bila buat latihan, mulalah tension.. ada yang dah jadi beruk, ada yang jadi babun, ada yang menjerit dan melompat tak tentu pasal.. ada yang try tembak kawan sendiri dekat kawasan dagu.. pressure mula tinggi..

kalau konsep fizik tu, pressure=force/area.. bila force tinggi, pressure tinggi.. bila area kecik, pressure naik gila-gila.. berkadar terus katakan.. ibaratkan area tu kepala otak.. makin banyak strategi dan step dihafal lagi sempit otak.. neuron-neuron semakin tenat.. mcm menanggung berat kapal terbang.

wa rase nak tikam jimmy neutron.. menipu nak mampus.. kononnya boleh fikir macam-macam bile dah tertekan.. sebab tu wa tak tengok tv9.. kecuali rancangan blue's clues..

lembu-lembu juga sampai mengigau menunggu perang.. apatah lagi lonely soldier boy..

DOAKAN.

last chance


TAMBAHAN (WA TOLONG PROMOTE JE):

Sebuah gathering akan diadakan khas untuk semua blogger sekalian! KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUTAN

Tarikh : 19.12.2009
Tempat : GENTING THEME PARK (meet at KL SENTRAL)
Yuran : KIV- akan dimaklumkan kemudian
(termasuk t-shirt and cenderahati)


Berminat untuk join gathering ni?

Sila beri info anda ke fhadlow86@yahoo.com @ oya_88@yahoo.com
Beserta maklumat seperti yg dinyatakan di bawah :

NAMA :
URL BLOG :
EMEL :
YM :
NO TELEFON :

Sabtu, 7 November 2009

Tiga wanita berkongsi satu nama.

Ya, wa kenal tiga orang ni dalam masa 3-4 hari.. Semua berkongsi satu nama. AIN. hehe..
Wa tak tahu apa signifikan nya pertemuan dengan 3 orang ni sampai hari ni. hehe. Jangan tersalah sangka pulak woi. Wa kenal melalui medium maya. Jumpa memang x pernah. Apatah lagi makan nasik sama-sama.. Eh, maya tu maksudnya Frenster dan Yahuuuudi Mesenger. Bukannya Maya Karim.

Ain pertama:
Cik Ain ni ada nama benda ntah depan nya. dah lupa. Beliau ni tiba-tiba dipercayai meng'add' YM wa disebabkan kucar kacir yang pernah wa lakukan dalam Frenster dulu. Skarang kucar kacir dalam blog tak ape. hehe.
Menatang frenster ni dah lame pulak x bukak. Pekabo frenster?

Kalau dia menge'YM', mesti dia nak cerita pasal hidup dia lah, kisah cintan dia lah, pasal famili lah.. Lu ingat wa ni juru motivasi ke? hahahaha. Yang menjadi ingatan mendalam pasal Ain yang ni adalah sebab dia ni pernah nak bunuh diri sebab masalah famili + cintun. Ceh.. Nasib baek wa sempat terajang sedas..

Ain kedua:
Yang ni tiba2 sokong wa dalam discussion Frenster pasal menda ntah. Last2, beliau add 'YM' wa. Jarak 2 hari saja wa kenal dia ni dengan Ain pertama.

Yang cilakak nya, si Ain pertama dan Kedua ni sekampus dgn wa. Chet, x berkembang langsung.. Yang ni perangai ntah lah, xreti nak cakap. Bila wa tegur pasal gmbar gedik dalam Frenster, terus didelete.. hahaha. padahal wa maen2 je. Siap berterimakasih macam2 la.

Yang sakit hatinya, budak dua orang ni kalau trserempak dengan wa, bukan nak tegur hai-hai ke, belanja roti kebab ke..Ni, bila dah depan leptop baru nak tiba-tiba 'buzz' YM cakap 'eh, tadi kita jumpa awak kat bla bla bla..'. Ceh.

Ain ke3:
Cik ain ke3 ni wa serempak dalam perbincangan ym dengan ex-skulmet. Jarak masa 2 hari lepas add Ain pertama.. Budak Pusat assasi UM kalau x silap. Dulu maahad menda ntah.. Yang ni memang 'gelenya' walaupun pernah ber'maahad'. Hehehe.. Wa x ingat sejauh mana kegelanyalan beliau.

Kesimpulannya, kesemuanya telah wa delete friend dalam YM. hahaha.. nak tidur pun susah.
Rase nak menyanyi lagu Ukays Disana Menanti Disini Menunggu plak. haha.
azza, letak la lu punya nombor ym, nanti wa add. Wa add kalu lu nak belanja ikan pari bakar je.. haha.

minggu perang dah mula. slamat tinggal semua!

Khamis, 5 November 2009

Melintas Api

Lama jugak Seroja dah tak keluar ber'hua-hua' dengan rakan-rakan sejatinya.. Semenjak dua tiga hari ni Seroja gemar sungguh bersendirian. Balik kerja je, mesti menuju ke bilik. Kalau Kiambang, Melur dan Lilly datang ke bilik, mesti Seroja awal-awal menunjukkan isyarat 'leave me alone'. Macam mana entah Kiambang, Melur dan Lilly boleh tahu itu isyaratnya.. Angkat 3 jari je padahal..

Dari tingkap bilik, Seroja melemparkan pandangan ke arah jalan. Sedang matanya melirik memandang budak-budak melompat main teng-teng, terlihat Aim berjalan dengan gitar akustik tahun 80-an disandang kemas. 'Mahu baskin kat pekan gamaknya'. Pikir Seroja. Pekan tak jauh pun.. Jalan kaki dah sampai. Muar ni kecik je..

Tiba-tiba Seroja teringat kenangannya bersama Habrol, mekanik yang tak lepas-lepas SPM tapi bercita-cita tinggi. "Gua kalau boleh nak bukak bisnes sendiri satu hari nanti. Lu tunggulah, akan gua buktikan!" itulah azam Habrol. Tapi itu 2 tahun yang lepas.

"Aim!" jerit Seroja mematikan lamunan sendiri. Ceh, boleh pulak mematikan lamunan sendiri. Langkah Aim terhenti. "Apa crita Oja ku sayang?" . Bila masa entah Oja menjadi miliknya.. Aim membetul-betulkan topi askarnya. Pasal rambut jangan bimbang. "Walaupun rock kapak, gua syempu rambut!" Terdetik kata-kata Aim di ingatan Seroja ketika Seroja memarahinya kerana rambut panjangnya itu.

Aim menghampiri rumah setingkat teres Seroja. "Fulamak! Peti surat baru ke?" soal Aim. "Bodoh la lu ni, lenkali tanya lah khabar gua ke, ni tidak, duk sapa peti surat lah, longkang lah, kucing lah.." sinis Seroja.

"Oja, gua nak bagitau rahsia ni. Lu nak tau tak?" soal Aim dari luar pagar.

"Amende??" tanya Seroja dengan sifat ingin tahu. Takut-takut Aim nak beritahu perkembangan Habrol. Mane tau dia dah kawen ke, dah mati ke, dah jadi tauke ke...

"Gua dah dapat lagu baru!!" ujar Aim.

"Lagu ape Aim? Test la skit, gua nak dengar jugak. Malas la follow lu baskin."

Aim membuka langkah rock kapak.. Gitar dijentik slow-slow.. lantas..

Kita Sering Dibatasi
Realiti Dan Fantasi
Saat Cinta Bersemi
Bersama Berilusi

Di situlah Kita
Mengenal Ertinya Budi
Kasih Sayang Insani
Dan Peribadi

Pada Detik Yang Ngeri
Yang Tak Pernah Termimpi
Ku Dibaluti Sepi
Kenangan Membara Lagi
Meracuni Hati Yang Keterlanjuran

Baru Kini Ku Akui
Kau Masih Milik Ku Lagi
Dan Terus Bersemadi
Hingga Akhir Nanti

Masa Aim angkat ,

"Ku Dibaluti Sepi

Kenangan Membara Lagi
Meracuni Hati Yang Keterlanjuran!!!" tu memang meremang bulu roma Seroja.

"Lu memang boleh jadi lagenda rock kapak la Aim." Puji Seroja.

"Gua dah tubuhkan band sendiri. Crossfire namanya." Tampak kesungguhan pada wajah Aim.


Aim


Aim Crossfire memang boleh dianggap lagenda rock kapak di Malaysia ni dulu.. Lagu 'Realiti dan Fantasi' tahun 1988 memang mendapat sambutan menggila daripada peminat fanatik rock kapak ketika itu.. Apa lagi? Download dan layan sepuas-puasnya!! Cerita diatas rekaan semata-mata . Lu sambunglah sendiri cerita Seroja tu. HAHAHAHAH.

Rabu, 4 November 2009

HUJAN

"Hujan yang turun bagaikan mutiara,
berkilau bersinar berkerdipan,
subur menghijau bumi terbentang,
dan bayu berpuput lembut.."
-HUJAN BY SUDIRMAN


Petang tadi hujan lebat..

Wa pakai kain pelikat, sarung t-shirt lebih kurang, ambik syiling dalam laci, turun tangga, letak syiling dalam mesin runcit.

Petang tadi hujan lebat..

"Selebat hujan yang turun,
Mencurah membasahi bumi,
Tidak selebat hujan didalam jiwaku,
Sehebat halilintar membelah langit yang kelabu,
Tidak sepanas petir yang membakar hidupku.."
-ANTARA HUJAN DAN AIRMATA BY SUDIRMAN

Mesin runcit celaka, makan duit je reti. Bagilah air biol! wa pergi mesin runcit lain, letak syiling, keluar air tin perisa longan dan kurma, wa jalan,

hujan masih lebat.

'lama jugak tak mandi air hujan ni'

wa memberanikan langkah ke dalam hujan. pandang atas.. best.
hujan memang lebat. abis basah baju dan kain pelikat. Brader Afrika lalu, dia senyum..
sedar tak sedar, dia mandi hujan jugak. sambil tutup mata. memang tenang.


memang tenang.

teringat zaman kecik-kecik.. tak payah pikir masalah itu ini.. sambil pejam mata. teringat nostalgia lama. mandi hujan ramai-ramai.. tak perlu pikir masalah itu ini.. tak perlu.. tak..


petang tadi hujan lebat.

-raingers- jangan demam sudah.

Sekotak bukan Sehasta

Awang tidur..
Awang terjaga..
Buka mata..
Susah..

Awang bangkit..
Awang jerit..
Buka mata..
Susah..

Awang lompat..
Awang kruk krak..
kruk krak..
kruk krak..

sedar sedar..
taik mata sekotak..
Awang senyum..


sekian.

Isnin, 2 November 2009

Ayat-Ayat Cilakak

Dah lame xde entri eduketed kat blog ni. Meh wa bagi perabih silibus chapter 3 bahasa Terang ke Nung (Bab: Banggol Peradong, Kuala Terengganu)

apa cita kalah lawan n9? kalo x dah final untuk negri pantai timur Piala Malaysia.

abih teh (abih gheng)
=bersungguh2
eg> nattang (su)ngguh. aku buat 'abih teh' doh padahal.
BM> Binatang sungguh. Wa buat brsungguh2 dah sbenarnye.

ghoyak=beritahu
eg> mung ghoyak ke siti, aku nok pinjang baju kurung ye
BM> lu bgtau kat siti, wa mau pinjam baju kurung dia

lebbong/nawwokk=menipu
eg> mung lebbong cekgu takdi?
BM>lu tipu cikgu tadi?

Leset= (wa x reti nak translet..) > kuda kertas, tolong ambik perhatian.
eg> awang leset taik idung kat baju Berahim
BM> Awang melekatkan taik idung pada baju Ibrahim

Berderu (bedeghu)= ramai/banyak
eg> bederu gewe dekak Myding takdi
BM> ramai awek di Mydin tadi..

Rohok (bukan rokok) = susah/kompleks
eg> Doh wane ya rohok ngat napok mung wat eksesais tu?
BM> Kenapa susah sangat kelihatannya lu buat eksersais tu?

gelenyaaa= gedik
eg> Bakpe gelenya ngak puang tu ong? Dohla serbe serbi nok wane ping!
BM> Kenapa gedik sangat perempuan itu? Dahla serba serbi kaler pink! (celaka, pening jugak wa pikir ayat ni..)

berdo'oh (pedo'oh)=keterlaluan
eg> Aku dok puah ati mane ke mat stim tu. Kaca sokmo jalang aku. berdo'oh ngguh. Tobak pung!!
BM>Wa tak puas hati sangat kat mat Stim tu. selalu(sokmo) kacau jalan wa. Keterlaluan sungguh. Taubat pun (tobak=serius)..

Nasik goreng new zealend?

Peh. Lega lepas kt sni..

Gane awok awok ganung kite? Nok tamboh lagi ke? Meh a baddi sape pekak cakak ganung! =
macamna awak awak tengganu kita? Nak tambah lagi? Mari lah tanding sapa pekat cakap tenganu! hahahahahah


Harap-harap kerajaan Malaysia adalah sediakan kerja kosong untuk jadi duta ke negeri tengganu..

Psst: Ada lagi orang x tau blog ini blog kerjasama? Ada 14 orang penulis blog ni sebenarnya.