Rabu, 10 November 2010

Catatang Panjang 7 bujang: Percutiang Paling Maskuling..

dari kanan: fhad, kosong, beskot, haris, jalak, ian



Khamis hingga pagi Jumaat:
-Kami mula bertolak daripada WangsaMaju. Exora muat-muat 7 orang bujang. Jalak selaku driver macho.
-Berhenti di R&R mane entah ( di Negeri Sembilan kalau tak silap ) untuk makan malam.
-Dalam kereta masing-masing galak gila.
-Kosong cakap tak boleh naik jeti di Rompin. Jadi menujulah ke Mersing. Kosong jadi cheer leader untuk mengelakkan drebar mengantuk.
-Haris banyak bercerita. Tak tahulah yang mana satu kisah betul atau yang mana tipu sunat.
-Jalak drive sambil karok sampai sakit tekak.
-Fhad melekat dengan henset. Mesej awek. (ke awek-awek?)
-Ian tension memikirkan exam Isnin. Mesej awek. (ke awek-awek?)
-Beskot dengan aku paling rilek dan steady.
-Melepas daripada dua roadblock. Brader Polis tu kawan Haris.
-Kabus dekat kawasan ape ntah di Johor tu. Dekat dengan Kluang kalau tak silap. Memang paling mencabar pemanduan Jalak.
-Nampak gerai hijau buka.
-Sampai di Jeti Mersing. Perempuan-perempuan banyak. Bergambar sekeping dua.
-Semayang subuh tidak ditinggalkan.
-Tulis nama dan selesaikan urusan tiket dan parking kereta. Berangkat naik feri bertajuk Bistari.



Siang Jumaat:
-Dalam feri, ada lelaki lembut duduk dekat kami. Ya, sorang sebelah aku dan sorang sebelah Beskot. Nasib baik minda kami masih sihat.
-Sesampainya ke Jeti Berjaya kami pun turun. (Betul ke jeti Berjaya? Ntoh la.. yang penting Kampung Tekek)
-Naik van apajadahnya padahal jalan kaki 9 minit pun boleh sampai. Habis 15 ringgit. Cis betul lah kena tipu hidup-hidup.
-Sampai di chalet kami. Swiss Cottage. Mantap weh. Dia punya dekorasi dan landskap walaupun bergaya tradisional. Cuma bilik la ada nyamuk dan pintu tandas pasang terbalik.


-Brekfes makan makanan ala barat. Roti dan telur.
-Bahagi dua bilik. Aku, Beskot dan Kosong. Yang lagi satu Jalak, Haris, Fhad dan Ian.
-Minah saleh banyak kat sini.
-Bermain main di gigi air. Akhirnya bemandi manda di laut jernih. Jernih weh..
-Si kosong datang beritahu dia tersilap masuk bilik T5 sedangkan bilik kami T8. Siap tengok couple dari negara eropah buat 'projek ehem' dalam tu. Untung kau Kosong.
-Aktiviti mandimanda diteruskan sampai ke aktiviti buat istana pasir. Macam biasa lah, lepas tu aktiviti ambik gegambor. Cari port baik baik punya. Kereta F1 pasir untuk Haris.
-Kemudian kami pergilah mencari kedai untuk makantengahari. Gerai Mama Kosong dan Opah sdn bhd menjadi pilihan. Sekali dia punya makanan terbaik plak dahh.. Terus jatuh hati.
-Beli eskrem sambil jalan-jalan buat muka tak bersalah sedangkan orang lain pergi semayang Jumaat. Musafir..
-Singgah bundle dan kedai duty free. Arak murah.
-Sampai bilik terus tidur.
-Bangun petang tu, mandi manda di laut Tioman sekali lagi. Tenang gila..
-Jalak dengan Haris terbungkam ke petang. Jalak tidur mati tak apa lagi.. Yang Haris tu aku tak dapat tangkap apejadah letih dia.
-Lepak-lepak, malam sikit pergi mencari juadah malam.
-Jumpa satu Restoren P*l*d*ng yang tengah tayang bola sepak piala raja-raja. Polis lawan Masum. Gol Masum memang lawa.
-Harga? hahahahhahah.. Sampai ke hari last kami masih menyumpah. 8ringgit nasi goreng seafood dan 4ringgit air jus. Kalau mahal sedap takpe. ni.. ish..
-Kerangka ayam pasar malam 5 ringgit.. Kemudian singgah kedai runcit. Memang mahal. Biasalah pulau.
-bila dah sampai chalet, main Thumb Tower ke ape nama, yang susun susun kayu tu. Sambil tu pekena apam balik Haris.
-Belum sempat habis game, hujan bercurahan. Tepat sekali ramalan meteorologi kau Kosong. Ian masa tu bizi study.
-Bila dah hujan lebat macam ni, tidur aje lah. hehe..



Siang Sabtu:
-Bangun subuh, tidur balik.
-Bangun je, brekfes ala barat lagi. Makcik tu masak memang sedap.
-Ayie (anak makcik masak) pagi-pagi dah tersengih tengok Kosong.
-Sebahagian pergi mandi laut (Tahniah Beskot dah berjaya terapung) manakala aku, Jalak, Haris dan Ian pegi jalan-jalan kumpul stamina untuk trekking (dan kumpul koleksi pencucimata).
-Berjaya resort memang canggih. Sesi bergambor.
-Kembali pulang ke chalet
-Lunch di kedai Mama Kosong lagi. Hhehehe.. Sedap ooo. Nasi singgit, ikan goreng singgit, air sirap singgit stengah = 3ringgit stengah.
-Terpikat dengan sambal, kami menempah sambal Mama untuk bbq malam tu.
-Oh, plan bbq memang spontan.. Arrange dengan pakcik Baharom dengan Mama on the spot je. Memang tak dirancang rapi pun.
-tengah hari tu naik bukit untuk treking dan misi ke air terjun.
-naik pikap pergi ke Berjaya Resort. BFF kepada Fhad Muska, Farhan Muska pun ikut sekali. Farhan ni originaly from India.. Hindustan gitu.
-Dekat 40 minit menikmati alam flora fauna masa treking, akhirnya sampai di destinasi paling menyegarkan.. Air terjun.
-Pakcik Baharom kata kat atas nu ada lagi tempat air terjun besar, tapi agak letih dah tu. Kire ok la kan? Air terjun dia memang best.. Habis hilang gundah gulana bila terkena percikan air yang mendinginkan.


-Bila semua dah settle, kami turun. Haris buat gaya menggelungsur paling macho hari tu. Habis seluar kena lumpur.
-Lepak minum petang sambil bincang-bincang masa depan. Farhan ada cakap gaji dia 11ribu! pehhwww... Farhan belanja air.
-Dah siap tu, pulang sekejap untuk siap-siap pegi snorkeling.
-Sewa basikal 5 ringgit sejam untuk ke Marina Bay nak snokeling. Beskal aku macam dalam cerita maria mariana. hahaha. stailo.
-Bawak beskal pun rasa segar je. Angin sempoi sempoi bahasa. Ada replika burung tiung besar.
-Nasib baik tak ramai orang kat marina bay.. boleh la buat aksi-aksi terjunan. hahaha.
-Life jaket dgn gugel dalam 12 ringgit.
-Snokeling Ikan berwarna warni.. laut jernih.. peehhhhh.. lawaa.. Kosong tak snokeling sebab sibuk uruskan bbq. Haris plak aku tak tau sebabpe tak join. ok gak die leh jadi cameramen. hehe.
-Pulang senja.. kaya ball tak jual lagi.. tengok-tengok bbq dah siap setup. Pakcik Baharom dan Kosong tengah memanggang. Kami terus siap siap. Kata pak Baharom, malam kang bakal hujan.
-2 wanita Itali, Sorang British dan Farhan join bbq malam tu. Satu Malaysia habis. (aku tak puas ati la depa tak bayar.) Hidangan bbq malam tu ikan, sotong dan daging beger.
-Jenahak memang sedap wooo.. bersalut rempah disediakan Pak Baharom dan istri, diselangi cicahan sambal Mama Kosong. Fuhhhhh..
-Sotong? sudah tentu menjadi pilihan ramai. Minah Itali tu pun ada cakap "I like this squid".
-Banyak jugak sembang dengan pelancong2 ni.. Haris cakap english power.
-Dah selesai bbq, diadakan aktiviti begambor, main pijak tali dan bangunan kayu.
-Bila hujan turun, kami lintang pukang lari dalam bilik.
-tidurr...

Siang Ahad:
-Pagi macam biasa lah.. (Kalaulah Beskot mandi awal.. haha.)
-Siap siaga, kemudian sental brekfes 2 keping roti bakar beserta omelet.
-tak cukup dengan itu, kami meratah meggi cup si Beskot.
-Usai makan, kami ucapkan selamat tinggal kepada semua. Pada pohon kelapa, buaian, pepasir pantai, dedaunan, cewek, dan semuanyalah.
-Berjalan ke jeti dan naik feri.

-Dalam feri tengok cerita KungFu Hustle. Gelak barai lah kami.
-Sampai-sampai je ambik gambar terakhir di jeti Mersing.
-Makan tengahari dekat medan selera.
-Jalak pekena udang 2 ketul 9 ringgit. Aku try ikan singgang. Yang lain ada ambik keli, ayam..
-Bertolak ke melaka (rumah Jalak) untuk tukar kereta Citroen. Driver Haris
-Masa ni baru aku tahu peristiwa aneh yang kedai hijau bukak pukul 3 pagi time kami datang tu sbenarnya dah tutup. Yang kami lihat adalah sesuatu yang ghaib. Maklumla, malam Jumaat.
-Berenti kat hentian Pagoh kejap. Ian drive..
-Sampai di rumah Jalak untuk tukar Citroen.
-Jalak mengambil takhta selaku driver.
-Ian terpaksa terhimpit di tengah sebab itu aja ruang yang tinggal. hehe.
-Dalam kereta, macam biasa le.. Karok.. Trafik jem dan beberapa eksiden berlaku.. Nasib baik kami tak terbabit.
-Labuci, bukan labulaci..
-malam, sampai di wangsamaju Kosong belanja makan malam.
-Good bye.. bajet overall lebih kurang 2ratus lebih. Kosong punye planing duit mantap. Kalau tak silap dekat 1 bulan plan.
-Kalau tak sampai Kampung Juara , belum Tioman.



Aku buat entri ni sebab aku nak catat apa apa yang penting. Macam harga makanan tu smua. Lenkali buleh wat rujukan. ok, sekian.

30 ulasan:

notso_violet : seindah bunga seri pagi berkata...

tengok gambar jer boleh hee. Cuti gi mana eh? Pulau tioman e

oranglidi berkata...

takpe2. panjang2 xyah bace. penat je. heehe.. ya, tiuman.

fadh ^_^ berkata...

aku bace habis.
sile rase terharu
"Dalam feri, ada lelaki lembut duduk dekat kami. Ya, sorang sebelah aku dan sorang sebelah Beskot. Nasib baik minda kami masih sihat."
iye ke part "nasib baik minda kami masih sihat tu" encik lelidi
:D

Unknown berkata...

gila lah bessss.

Murni Alfathunnisa berkata...

padat dan bernas...i loike!

ainfazrin berkata...

best. aku pegi pulau pinang je last weekend. tu pun dah rasa takmo balik.

e. indah berkata...

tak sangka akue budak2 maskulin cam korg pun minat nak gi cuti cuti malaysia sesama korg jer ...takder awek korg join? korg jer?? perrhhh caya lah jiwa2 korg ne...hahhaa (menakutkan pun ader)...salute bro ; p

beautiful_rose berkata...

nanti wat la ulasan pasal bajet ke pulau kapas lak.aku nak g dlm bulan januari thn dpn insyallah.cadang tgah bulan ni,tp bz lak...

sharamli berkata...

k0rang tertinggal farid ke..sian dia

anis berkata...

semput baca .
hahaa

Mieza vs Rory berkata...

ok demmm aku jeles....

Frodo Baggins berkata...

hahahahhaa

si kosong berkata...

kalaulah beskot mandi awal.

hahahahha

sharamli,ktorg da ajak farid...dia yg ckp xdpt g..

MOMMY CGG berkata...

jeles:)
nape para maskulin tak ajak kami??
isk isk isk..

5069 berkata...

haha..bukan taknak ajak si dara-dara, masalahnya kalau si dara-dara ikut skali tak dapatla kami nakal-nakal dengan dara-dara ber-swimming suit...

Aleen Aiden berkata...

lepas nih klo cuti dgn awek2 ajak aku skali.pesen xajak nih yg aku rase nak siku nih.hu3

cimöt berkata...

hahahaha..aku pon suker wat trip lagu nih..mmg besh an an an..

Yuki Yusuf berkata...

peh..hensem2 semua!

Tanpa Nama berkata...

haris berkata

= "Haris cakap english power." babi sumpah jujur gila ko kan org lidi...jumpe rogol ko

lumut berkata...

ciss..aku baca satu-satu habis?

kalau buat kuiz ni aku kompem aku mng nehhh..haha

Azie berkata...

mahal nak mmpus udang tu.

Muhammad Rafiq Hasrudin berkata...

kemain panjang lagi tulisan. aku yakin ni paling best kau pergi. tengok tulisan dah tau.

Kuwe berkata...

bagus. nak eratkan silaturahim takat main komen status facebook ja, macam mana nak erat.


sekali sekala kena turun cuti ramai ramai. sempat amek nombor lelaki lembut ke tidak?

Crazee Lazzy berkata...

hahaha... babi lidi... tu penpall aku time aku blakon kat bombay.. hahaha

oranglidi berkata...

fadh,
-biar betui hang baca? smangat benau.
-part tu betul la. x hingin ak berdampingan dgn org gtu.

hazen,
-apa lagi? join2.

siti murni,
-hahahahahah.. padat ya?

ain,
-ooooooo.. gmbar kat penang la tu? laksa dia try x?

eindah,
-hehe.. awek2 xleh ikut le.
-menakutkan ape nye..

biutiful rose,
-hoh,, wat bajt? cer try tanya sikosong, dia pandaii

sharamli,
-abang dia kawin

anis,
-baca pun semput? naik cameroon relek je.

mija,
-aih, ak bukan sengaja menjeleskan punn. hehehe

frodo,
-hahahahahah.. teruskan gelak.

kosong,
-tu la fasall... hahahahahah.. dem.

puan gula,
-aih.. ahhaahha.. lenkali ye

ian,
-ko memang. hahaha.

aleen aiden,
-hahaha. adeh. sila siku.

cimot,
-a'a. best2. best mata memandang. haha.

koyuki,
-smua tlah berpunya kecuali beskot.

haris,
-sori aku baca mesej ko. bile ko g tiuman dgn awek?

lumut,
-ok, kuiznya berbunyi.. berapakah jumlah wang kami yang habis? haha

azie,
-tu la fasalll... udang cekik darah.

rafiq,
-ada lagi yang best. tapi tak tertulis. hehe.

kuwe,
-komen demo paling kawe suko. tepat sekali.. hai hoi saja tak gune kan? haha.. laki lembut? cis. nombor talifon nak wat ape.

fhad,
-ayoyoyo.. penpal konon.

hamzah ian berkata...

pergh.. panjang sungguh

oranglidi berkata...

hamzah ian, erk..

MOFASAD berkata...

nanti g perhentian plak ok.

gua baca habis

sumpah jeles!

K2r~90 berkata...

gua benci entry nie!! mentang2 gua betape didapur jek.. hak3x

oranglidi berkata...

mofasad.
-haha.. rilek2.

maisarah,
-hahaa. bertapa didapur la bagus.