Khamis, 3 Mei 2012

Catatang Panjang Bujang Ep.2 : Pine Tree Trail

Begini ceritanya (PANJANG ceghitanya)..

Baru entri lepas aku duk sembang pasal xpdc dan menelusuri alam.
Tup tup tiba-tiba ada sorang member aku ajak pegi hiking.
Aku pun ape lagi, terima je lah. Dah lama woi tak pergi aktiviti macam ni. Aku memulakan langkah dengan menaiki ETS dari Batu Gajah ke KL Sentral (first time naik mende ni). Kat S.Alam aku bermalam umah member yang lead xpdc ni

Kelengkapan untuk berkhemah

-Perihal XPDC-
Tempat : Twin Peak, Pine Tree Trail- Fraser's Hill

Tarikh: 28-29 April 2012 (28tu Bersih 3.0 ye?)
Peserta: 8 orang (6 jejaka, 2 pumpuan)
Sesaran : 6km garis lurus (laluan sebenar konfem la lagi jauh)
Duration : 6 - 7 jam sehala
Bertolak mendaki: 1430
Tiba: Around 7 ke 8 malam lebih

Perjalanan bermula dari Shah Alam dalam 1 jam lebih ke Bukit Fraser. Pemandangan paling menangkap mata aku adalah di empangan Selangor. Lawa. Sebelum ni aku ada singgah ke sana untuk konvoi bermotor. Jalan nak ke Fraser's Hill tu berliku-liku. Ada antara pelancong tempatan aku tengok muntah-muntah bila sampai.
 


Empangan Selangor (Kuala Kubu Baru)

Sesampainye di bandar kat atas tu, kenalah report kat polis dulu tentang xpdc ni. Mane la tau ape-ape berlaku.

Balai Polis semenjak 1919

Jam di Bandar Fraser

Gambar sebelum mendaki

Bagi yang dah biasa masuk hutan memang boleh dalam masa kurang dari 3-4 jam. Tapi kitorang ni beginer lagi. hehe. Tapi trek naik turun bukit dia agak dahsyat. Kalau tak silap ni adalah trek paling mencabar di Fraser ni. Ade banyak lagi trek lain (Tinguk je la peta di bawah nin).
 


Cabaran yang paling super extreme adalah sebelum sampai ke 1st puncak. Kat situ ada satu laluan curam 90 degree dalam ketinggian beberapa meter. Kitorang hanya berpaut pada dua tali untuk mendaki disitu. Memang seram la wei kat sini. Jatuh boleh parah jugak sebab ade batu batan di beberapa tempat. Boleh melecet jugak tangan naik benda ni.

Inilah laluan curam seram tuu!

Cuaca kat sini memang awesome. Sejuk gile bai. Walaupun tak sesejuk Genting, tapi dia punya sejuk boleh buat terkencing malam jugek. Sejuk sampai ke sum-sum tulang. Dalam perjalanan tu, kami terserempak dengan ramai pendaki yang dah balik. Yang peliknya, ramai yang turun tu berpakaian t-shirt kuning bersih 3.0. Haha.



Nampak tak kabus wassapp tu? haha

Denai landai
 
Destinasi kami adalah puncak ke dua (Twin Peak). Walaupun tak ada sumber air, tempat tu la satu-satunya port paling lawa menurut leader kitorang. Ade lagi tempat untuk berkhemah yang laen. Ramai pendaki aritu berhenti di Water Point je sebab depa nak sumber air. Kami tak kesah pun khemah kat twin peak sebab da bawak bekalan air secukupnya (around 3botol besar setiap sorang)

Bila tiba di puncak tu, memang terpegun gila dengan pemandangannya. CANTIK WOOOIII!! Dari atas tu boleh nampak Genting Highland dari jauh. Walaupun kecik je puncaknye, kami dapat gak la pasang 2 khemah dan 1 tempat berkanvas untuk memasak. Bila da sampai tu, teruslah kitorang setup kemah dan sebagainya.

Gambar di PUNCAKK!!

Setup Khemah

Malam tu makan nasik dan sdikit barbeku. Yang payahnye kat atas puncak ni, bile da siap panggang 1pinggan ayam bbq, suhu ayam menurun dengan mendadak. hahaha. Baru masak sejuk teruh. Dahlah payah nak hidupkan api dan bikin bara, last-last dalam pukul 11 baru boleh stat makan. Nasib baek hujan tak turun sepanjang kitorang kat atas tu.

Barbeku di puncak. Sedappp!

Bila da setel makan minum, barulah kami lepak-lepak sambil buat unggun api. Dek kerana keletihan, banyak aktiviti yang kononnye nak dibuat tak menjadi. hehehe. Malam tu nak tido memang menggigil bebbbb. Sweater aku dahla basah, terpaksa la ambik kain pelikat je jadi selimut.

Pagi-pagi makan megi dalam khemah. Elok le tu. hehe

Keesokannya, aku dengan beberapa orang lagi bangun jam 5.30 untuk menyaksikan terbitnya matahari. Memang indah la. Pendakian ke puncak memang berbaloi-baloi. Habih tengok pemandangan, ktorang pun brekfes ala kadar. Ade roti, ade nasik goreng. Lepas setel turun khemah dan lain-lain, barula turun ke base.


 Fajar menyinsing
 

Nampak tak puncak Genting Highland tuu?


 Grup foto

Yang tak leh blah nye bateri kamera yang ak pinjam ni habih lak. So tak banyak sangat gamba yang boleh di tangkap. Hehe. Banyak lagi benda nak dicerita, tapi takkan la smua nak ditulih kan? hahahaha. Cukup la ni. Badan pun masih terasa letih sampai ke hari ni. Antara kesimpulan aku pada xpdc ni adelah- stamina kena kuat. hahahaha. Apa apapun, Fraser's Hill memang cantik (kire ok la nak pegi sehari dua sbab kos atas tu agak tinggi).

Antara bangunan di Fraser

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Hari Isnin tu aku still lepak Kolumpo pegi jalan sana sini. (Serdang-Putrajaya- Sepang-Bangi , Pehhh) Jumpe member dan adik bradek skejap. Pegi melawat anak BTF yang ke 3 (Anak Si Kosong. Anak pertama Aleen, Kedua Hanem). Ari Selasa folo mmber gi tengok wayang pastu aku pun chowww dari kota metropolitan. Begitu lah ceritanya.. Sekian Yang Demikian.

33 ulasan:

bact. berkata...

pergghh
apasal tak ajak aku wehh

kasutburok berkata...

walauweh. tak pernah2 dulu nak g hiking. serius menarik. asal dulu tak buat? hahahahahahha

Camy Alya berkata...

adventure betul

Mieza vs Rory berkata...

wahh omey anak kusum...weh cantekla fraser hill..nnti nk pi gak la..tpi yg pasti bukan hiking..penat weii.ahhaa

oranglidi berkata...

bact,
-ahahaa. cmne nk ajak. ktorg pn ni last minit pnye aktiviti. xprepare sgt pun.

yed,
-ade la kite hiking dlu2. tapi bukit keledang la. hahaha. sbnanye ade jalan hutan gak sana. kite je yg x try.

camy,
-btol tu. mmg adventure habih

oranglidi berkata...

miejahh,
-ahahaha. mmg tmbam anak bliau.
-hakela, hhiking a baru mncabar. haaha. bkit fraser mmg ssuai utk honeymoon. hehe

kasutburok berkata...

tulaa pasal.tak teroka abeh perak dulu.tunggu aku datang semula.hahahahahha

Anis Mohd berkata...

cantikk

Niza Romli berkata...

weee bestnya. sy pun suka panjat gunung ni tapi satu gunung pun tak penah sampai...setakat bukit bendera pernah la. menggeletar kaki!

#mana dpt mess tin tu? makan megi dlm mess tin tu teringat plak masa training dlm hutan dulu....best+takut. haha

NIZAM berkata...

takpnah hiking. tapi macam best gler je bukit fraser tu. boleh la feeling2 little england kan. tgk police station 1919? pergh! lama tu. mmg heritage gler r.

Tanpa Nama berkata...

aku tgh frust nak exam ni.


engko pergi jalan-jalan. eh dia ni.


kalau part megi tu, mmg kalau dah terdesak nau time berjalan. megi je lah aku cari.


nasib baik otak x berapa nak lembab. tapi, nenek aku kata kalau hirup sup megi banyak-banyak, boleh botak. ye ye le tu nenek aku.

a little less conversation berkata...

ooo..ptt la nmpk kelibat manusia masa hari tu wa teropong dr genting..haha

ps: oit..tarak ajak!! (kali ke-2 da ni pesanan wa utk lu)

Mieza vs Rory berkata...

dh tua2 nih tenaga dh x bnyk..tibe2 ngaku tua...hehehe..

tu lah sejukkk..sgt sesuai..ahahha...

Yuki Yusuf berkata...

weeeeee...bestnye...dan maggi tu nmpak sedap kehkehkeh

Muhammad Rafiq Hasrudin berkata...

amboi bapak seronoknya. ko naik ikut kkb ye. fraser hill ni dulu tempat aku ulg alik anto surat tahu..

نورعيم berkata...

seronok nya dpt mendaki. smpi sekarang takde peluang lg nak cuba. huhu.

Duniakuabstrak berkata...

ni kau tangkap gambo guna kamera apa?

dania berkata...

trun bangi bukan nak roger aku kan. camni laa.....

oranglidi berkata...

yed,
-hak elaaa. ko ckp lebaaatt. bile mase nak mai nye x tau laaa. hahahaha

anis,
-sape cantik? saye? hahaahah

pn niza,
-hahahha. mmg mnggeletar gak sikit kaki mase hiking aritu.
-mass tin tu mmber punye. hehe. barang wajib bawak kalu camping. huhu

nizam,
-haa. rugi idop kalu x pnah hiking. heehee. try a skali dua. penat tapi berbaloi.
-mmg lawa pun fraser ni. mcm omputeh punye town pun ade.
-yup 1919. stailo.

munirah,
-hahaha. wat lelok la ye exam tu
-ala, aku da abih skolah, msti a jenjalaan. hahah
-jgn mkn megi slalu, btul la kate nenek ko tu. MSG die banyak. hehe

allc,
-ahahahahaha. amboi. pedooh nye nampok dari jauhh.
-alamak. cmne la nk roger ye.nnti ak pkirkan cmne. hehe

mijah,
-hahahhaa. tue la sangat. takat 40 tu ok lagi. hahahahaha

koyuki,
-wehhheeewww. mmg best.
-megi kalu lapar memang tengok pun macam lasagna. haha

rafiq,
-haha. amboi bapak seronok terus ye? haha
-haah, naik kkb la sbab ktorg dari kolumpo.
-peh, ko anto surat kat pos atas tu ke? mantap2.

noraim,
-mmg sgt sronok. dpt menenangkan pikiran d samping tengok kbesaran ciptaan tuhan.
-pegi je nek bukit berdekatan, jenjalan pun bole. same jee. hehe

dunia abstrak,
-gune samsung digital pinjam, 14megapiksel. kamera aku da rosak. hehe.

ieda,
-alamaaakkk. jgn mrajok ye. pegi pun kjap je. hehe

Fakur berkata...

OL sejauh mana pong perjalanang tp mu jangang lupa sembahyang ok.

syafiqa berkata...

sepatut nya,lu dr
sh.alam pungut wa dulu.then gerak sama.baru suwit.



fineeeee

oranglidi berkata...

en fakur,
-btol tu. hak wajib jgn ditinggal2. tima kasih untuk pringatan..

syafiqakarim,
-alamakk. jgn merajuk.hahahha.

e. indah berkata...

haiii awak ... yer agak lama xda update ... apa kabar?

ur life seem fun there ...penuh dgn aktiviti ..fun ...

note: meggie itu nampak sedap

Farihah Ahmad berkata...

aku laid back. apa pun tak faham dgn dunia.



*menangis sorang2

miss ice berkata...

nak ikottt..huk!

lumut berkata...

ntah nape aku rse BBQ tu nampak sedaaaappp..oh jelesnye tgk pegi hiking..

tp lg jeles bile kau berpeluang jumpe 'mereka' semua...

smpkan salam aku buat mereka..

tk cre .=)

Azie berkata...

kite RINDU tgk blog yg cooldanmatang ni! hehe..

p/s: jgn muntah k en musta.

cimöt berkata...

weyhhhhhhhhhhh.. nok gak pegi hiking!!

Unknown berkata...

perhh terbaikk..mncabar gila mndaki segala...tertarik menarik nampak puncak gnting..caayalahhh

Jard The Great berkata...

wahh.. masih larat ke aku nak hiking2 neh. terasa diri ini sudah tua bangat. hehehe

oranglidi berkata...

e.indah,
-haaaiiii! mmg lame x dgr berita dari sana. teman kabo baek je yop. hehe
-syukur, agak fun la.
-megi time lapar memang nampak sodap.

farihah,
-apekah? hahaha.

budak ice,
-jom2. hahahah

lumut,
-lame x nmpak ko.hehehe
-bbq tu bukan setakat nampak je sedap. tapi memang sedap. wahaha
-ala mut, ko pun bkn nye jauh dgn dorg. ak ni lagi jauh. pgi a mlawat dorang skali skala, dorg pun msti rndu gile kat ko.
-take care gak lumut.

azie,
-ecehh. tetibe apdet. aaahhaa
-matang da blum tu? wahahhaa

cimot,
-pegi je memana gunung kat area uia tu. hehe.

nurmukkaromah,
-sedap nye nama. trimas sudi snggah ye.
-mmg mncabar akal dan minda serta fizikal. hehe
-aku pn teruja time sampai puncak tu. cam tak pecaya pun ado.

jard,
-hahahaha, belum cuba belum tau. msti larat je tu

blog-tips-kurus berkata...

err, tmpg tanya:
di atas tu ada toilet ye??

oranglidi berkata...

tips,
-atas puncak mmang xdak toilet a. kna pandai2 wat toilet jadian haha.
-kat bndar bkn fraser tu baru la ado tndas nye