Isnin, 30 Julai 2012

Memori Gathering Blogerian

Pertemuan di Genting pada 2009 merupakan kali pertama aku bertemu empat mata dengan bloger yang dikenali hanya di alam maya. Time tu arena perblogan memang meriah. Gathering bloger pun banyak. Ye la, mase tu fokus utama adalah nak buat kawan. Bukan macam la ni, ramai yang sibuk cari populeriti serta trafik (bukan semua, segelintirr je)..
 

1st bloger gathering di Genting 2009

Lepas turun Genting tu, banyak gathering dibuat secare skala kecil je sebab nak jumpa semua memang payah. Ade yang duk jauh, ade yang sibuk dan lain-lain. Dan mungkin jugak ade masalah-masalah tersendiri sehinggakan ramai mengundurkan diri dari menulis blog lagi.


Jalak, Ian, Sarima, Beskot, Hanem, Mijah, adik Hanem, Fhad dan Kosong.

Aku sendiri pulak, terakhir jumpe secara ramai-ramai adelah lebih kurang 2 tahun lepas, taun 2010. Takde lah ramai sangat, lebih kurang 6-7 orang camtu je. Tapi tu lah, makin lama semua dah start sibuk dengan kehidupan sendiri. Ada yang berumah tangga, ade yang dah ade anak, tak kurang jugak yang dah start berkerjaya.



2 tahun bukannya tempoh yang pendek. Akhirnya adelah yang berinisiatif nak buat aktiviti berbuka dan lepak-lepak sesama. Mulanya memang tak terlintas pun aku nak pegi atas sebab jarak tempat (Kalau dekat memang takdak masalah la. Hehe). Tapi sebab dah lama sangat tak jumpa diorang semua, tak best la rasenye kalau tak join. Bila lagi nak jumpe kan?


Ian, Jalak, Haris, Beskot, Kosong, Fhad.
Akhirnye Jumaat aritu aku pun pegi lah ke Putrajaya. Majlis kecilan je di rumah Si Kosong. Aku tolong Si Kosong sediakan makanan buka aritu iaitu TomYam bujang. Aktiviti ni khas untuk lelaki je. Haha.. Yang hadirnya Wong Ah Ian, Jalak, Beskot, Fhad dan Haris. Boleh kire dengan jari kaki je berapa orang lagi yang menulis. Haha. Walaupun ramai dah tak bergelar bloger, aku, depa dan depa still kawan selamanya. Jumpa pun sekadar berbuka dan lepak-lepak tengok tivi sambil dengar cerita kehidupan masing-masing je.

Setakat ni, mungkin ade yang dah tau, Hanem, Aleen, Si Kosong dan Haris dah selamat berkahwin. Hanem, Kosong dan Aleen dah pun ade anak sorang satu melalui perkawinan masing-masing. Lepasni turut mengikut langkah adelah Fhad dengan pasangan beliau Sarima Hanim, Mijah dengan pasangannya yang bakal bernikah awal bulan raya nanti. Yang lain-lain selain dari yang hadir ni ade je dalam hati kami. Jangan merajuk. Chewahh.

Dan terakhir sekali aku nak cakap yang korang korang smua memang sangat best!

ps: bile lagi la nak gathering ramai-ramai agaknya. tak besar, kecik pun jadi la yop. Skala sebenanye kecik lagi best sebab dapat lebih fokus.haha

Rabu, 18 Julai 2012

"Nasib Malang" - Catatan Tepi Tangga

Tak semua yang indah itu sempurna, dan tak pula yang sempurna itu indah. Apalah sangat jika dibandingkan dengan nasib yang malang pada diri sedangkan ada lagi yang lebih dahsyat malangnya.

Setiap makhluk walau seekor gagak hitam sekalipun telah dicatat nasib dan aturan hidup. Kita, yang ada akal mungkin boleh berusaha kepada yang lebih baik.




Mungkin nasib malang menghimpit diri ini sebagai ujian, mana tahu kalau-kalau ada cahaya disebalik yang hitam, ada sinar disebalik yang kelam, ada gembira disebalik suram.


Bangkitlah bersama kekuatan dan bersama-sama menongkah nasib malang yang menghurung diri. Jangan jadi arang hitam yang basah terbuang, jadilah arang hitam yang membakar dan membara.


" bisik akan malam,
diam jawapnya.

bisik pada hati,
mengerti katanya.

bisik buat diri,
kuatkan langkahnya. "

-yang bernasib malang,
Tepi tangga,
17/7/2012-

Isnin, 2 Julai 2012

Kisah petang-petang - Bunga Padang Pasir

Poket belakang seluar yang terkeluar aku masukkan semula, ini menandakan kelajuan renangan aku bertambah dari hari ke hari.

Selesai berenang ulang-alik lebih kurang 20 kali di kolam renang kampus, aku berehat di bucu kaki longkang berhampiran gelanggang badminton seperti biasa.

Tanpa menukar baju sementelah berenang, aku terus menuju ke tempat rehat rutinku. Crocs ku basah menandakan air belum kering. Bunyi krok krok crocs mengiringi langkahku. Setibanya di satu sudut bucu tangga longkang, aku campakkan kunci motosikal berserta goggle swim ke atas tangga. Macam perwira.

Hembusan angin petang itu kunikmati penuh tekun dan mendalam. "Kalau lah tiap petang cuaca redup macam ni.." monologku sendirian seperti orang bergelandangan.

Tiba-tiba irama muzik Bunga Padang Pasir nyanyian Sofea SYJ bermain-main dikotak mindaku.



Entah kenapa hati menjadi sejuk bila lagu demikian terngiang-ngiang dibenak ini. Sesekali mataku asyik memerhatikan dedaunan kering yang berguguran dari pokok. Alangkah untung andai dedaunan ini dapat dijadikan duit.

Tanpa disedari, berlalu seorang lelaki dihadapan aku. Tubuhnya gempal dan tingginya hampir 194 sentimeter congakku. Ketinggian bagus untuk menjadi pemain bola keranjang. Melalui hemat aku, beliau bukan orang Malaysia. Uzbekistan barangkali.

"Full." Aku cakap kepada beliau.

"Why are you calling me 'fool'?" jawap dia. Marah.

"No, I said the swimming pool is full." tindakbalas aku laju. Betul ke salah grammar, present tense, past tense, past continuous tense aku tak tahu. Takut jugak kalau dia hempap tiba-tiba karang.

"Oh, thank you." Jawap dia dalam malu. Aku lega.

Baju dan seluarku sudah agak kering. Lalu aku capai motor dan terus berlalu dari situ.
Lagu Bunga Padang Pasir sekali lagi bermain..

Indah tak petang sabtu terakhir dibulan Jun 2012 aku?