Selasa, 18 September 2012

Kehidupan di Kotaraya

Genap seminggu aku kerja part time setelah abeh blajar.

Setakat ni syukur la, kerja sebagai kuli memang takde la tension sangat. Macam-macam benda yang dipelajari sepanjang kerja ni. Daripada kerja fotostet sampaila ke management.

Tapi yang kureng sedap nye ari Sabtu pun keja. Tapi skang dah terbiasa pulak.

Satu hal lagi, rumah yang aku sewa takde tenet. Jadi memang payah la nak online. Takat nak gi mamak untuk apdet memang tak berbaloi rasenye.

Aku rase takat ni la jadual harian aku:

6pagi- Bangun tidor, smayang dll.
8pagi-mandi, stat moto gerak pegi keja.
9pagi- keja, keja dan keja
7 malam- balik, makan
8 malam- lepak lepak atau terus tido.


Oh, lupe nak cite. Seminggu lalu memang hektik. Pegi sana sini. Perkahwinan Fhad Muska, jumpe ex-Bad Bloger (Kosong, Beskot, Jalak, Haris, Ian)- serempak dengan Yobsumo Deus Sigg dan Mofasad, sebelum tu pegi rumah terbuka Nia, men bedminten dengan budak kelasla, rumah terbuka kat Uk Perdana, ahad aritu pegi majlis kawen classmate kat Melaka dan lain-lain la.

Nak cerita semua memang tak sempat la ye. Haha.

Oke la.Laen kali apdet lagi. Bai.



Selasa, 4 September 2012

Hikayat Pencari Belalang: Hidup Penganggur

Sekarang dah tiba masanya untuk aku memulakan langkah masa depan.

Permulaan ni aku cari kerja part time dulu. Penat belajor pun baru reda. Sekarang penat cari duit la pulak barangkali.


Belalang budak kecik pun bizi keja.

Skarang ni tak konfem lagi skop kerja. Dulu keja cashier, cat rumah, cuci pinggan, kuli dan lain-lain lagi la aku dah buat. Dah nama pun lelaki, kalau tak reti berdikari tak tau nak cakap apo la kan. Haha

Tapi harapnya ada la life siket, taknak la sibuk sangat-sangat awal-awal ni. Hehe. Nak jugak aku berseronok-ronok dulu. Sebelum ni, habis SPM je terus belajar tak henti-henti. Cuti pun sekejap je.

Ok lah, lain kali la apdet lagi. Sekian.

Isnin, 3 September 2012

Peristiwa Tamat Pengajian [merdeka]

Beberapa peristiwa bersejarah berlaku dalam hidup aku dalam sehari dua ni (1 dan 2 September).

Hari tu abang aku berangkat menyambung sarjana di luar negara. Esoknya pulak aku tamat pengajian sarjana muda.

Berkalung-kalung rasa syukur ke atas Dia yang Mencipta. Sakitnya penantian ini cuma Dia yang Tahu.

Rasa seakan tak percaya. Nikmat ini mungkin bukan semua dapat rasa. Jadi memang bersyukur benor sebab terpilih untuk merasa nikmat sebegini.

Keluar dewan peperiksaan tadi aku macam bingung sebab baru habis perah otak. Tapi bila muncul sorang kawan ucap tahniah, barulah aku tersedar.

Jugak ribuan terimakasih buat mereka-mereka yang hadir dalam hidup dan tak putus-putus memberi sokongan dan dorongan selama ini. Ibubapa, keluarga, pensyarah, guru, teman, anda-anda dan semua sekali. (walaupun ramai antara mereka tak tau aku menulis disini)

Semoge berkat dan sukses. Menuntut ilmu takkan habis disini saje, ye dak?

Tu je.


ps: merasa ramadhan, raya, merdeka dan ni pulak habis belajar. memang gembira dan terharu pulak.