Rabu, 28 Julai 2010

Kecoh la : Muhammad Razman dan Adam Owl City

Antara bloger yang payah nak dicari ganti adalah Muhammad Razman. Seorang Mat Kapcai dari Raub. Awal pembabitan aku dalam blog, blog Kain Burok antara tempat aku berteduh. Jadi pada suatu hari, aku tertengok gambar dia dan...



[azza jgn jeles, gambo razman ni je aku ada]


Aku lihat beliau ada persamaan dengan Adam Owl City ni...













Dan kadang-kadang aku tengok ada persamaan dengan brader ni..






Kecil aja dunia ini rupanya... Sekejap je jumpa kembar terpisah..

Apa agaknya persamaan mereka ya? Suara? Mimik muka? Senyuman? Atau.... Untuk penjelasan lanjut, layari : http://namzar88.blogspot.com/

aku harap muhammad razman tidak menyaman aku.

Isnin, 26 Julai 2010

Projek Pementasan BATTERFLAI EFFEK

Projek Pementasan: BUTTERFLY EFFECT
Arahan: OL

Ketepiler merupakan seorang beluncas.
Sewaktu kecil-kecil dahulu, Ketepiler dilahirkan dalam keluarga rama-rama yang sangat kasihan dan fakir miskin serta terpinggir.
Keluarga Ketepiler tidak mampu membelikan Ketepiler hatta sepasang sayap.
Sebab itulah Ketepiler sampai dinihari masih digelar seorang beluncas.

Untuk menjadi seekor rama-rama, seorang beluncas harusah memiliki sepasang sayap@kepak. Ia haruslah dipasang ketika berumur 3 bulan dengan bantuan ibu bapa atau orang dewasa.
Di kedai 'Wings', sepasang sayap biasanya dijual RM (Ringgit Madu) 7 se kilo. Bergantung kepada harga pasaran. Kalau rama-rama inginkan kepak yang sedap dan bercirikan aerodinamik mantap, ia haruslah memiliki berat kepak yang ideal dengan berat badan.
Berlawanan pula dengan cerita Doraemon yang hanya memerlukan buluh terbang yang bersaiz kecil untuk terbang di angkasa.

Walaupun masa kecilnya Ketepiler seorang beluncas yang sangat comel dalam kalangan beluncas-beluncas serumpun, dia langsung tidak mendapat tawaran berlakon dalam iklan Diapers, Pampers, Anakku, mahupun iklan lampin lain.
Hanya kerana keluarganya miskin!
Bayangkanlah, di Tabika Kemaskini pun cikgu Ramar-Ramar mendenda Ketepiler hanya kerana dia terbersin. Kalau dia terkentut lagi lah, mesti didenda tarik side bern.

Pernahlah terdetik di minda Ketepiler untuk menabung, ibarat kata Sultan Rama-rama "Jika Menabung, Kita Majulah 2020 Nanti" manifesto pada pilihanraya Sultan tahun 1999.
Ya lah, menabung demi mengubah nasib hidup.
Sudah beberapa kali Ketepiler cuba mengusahakan kerja-kerja sampingan seperti mengangkat dedaunan, memasak untuk anak belalang, mengail cengkerik di desa dan berbagai lagi yang Ketepiler rasakan mampu. Dahlah seorang beluncas hanya berkudratkan merayap dan merangkak.
Namun kerja-kerja itu semua masih tidak memberi pulangan wang yang sewajarnya untuk membeli sepasang sayap.

Tambahan pula, menurut ahli nujum, Ketepiler merupakan seorang beluncas yang sial-mial dan bernasib malang.
Pada bahagian leher Ketepiler ada corak seolah-olah tertulis 'saya sial'.
Jauh disudut hati Ketepiler, beliau tidak pernah mengambil hati akan perkara-perkara khurafat sedemikian. Yang perlu bagi Ketepiler sekarang adalah, fokus dan fokus.

Pada waktu petang, Ketepiler suka mendengar radio secara curi-curi di rumah jirannya. Ketepiler sangat meminati band rock kapak sehinggakan pernah sekali Ketepiler menyimpan rambut yang sangat panjang seperti Dr Rozmey.
Menjadi hajat Ketepiler untuk masuk band-band seperti itu tetapi apakan daya ia hanyalah seorang beluncas.
Lagu kegemaran Ketepiler waktu darjah satu adalah Patahnya Sayap Malam nyanyian kumpulan Massa.
Di hati Ketepiler, lagu tersebut sangat kena dengan dirinya kerana terdapatnya perkataan 'Sayap'.

Bagi Ketepiler , dunia ini dirajai Kapitalisme. Segalanya memandang kebendaan dan materialistik! Ketepiler sering mengaitkan nasibnya dengan dunia Kapitalis melalui lagu kumpulan U'Kays yang berbunyi:

"Terlukanya aku
Dengan keluargamu
Menerima ku ada pantangnya
Takdir yang mendatang
Kau anggap permainan
seolah aku ini satu bebanan
Bagaikan api jauh dari panggang
Andainya aku ini ternama dan berharta
Tak mungkin kau pergi tinggalkan aku"

Kalau budak-budak kumpulan U'Kays yang dahulunya hanya kugiran biasa-biasa di Ulu Kelang (UK), kini berjaya meletakkan band mereka di persada Pop Cintan, mengapa tidak Ketepiler maju seperti mereka kan?
Yang penting, pemikiran kreatif! Ha, pemikiran kreatif dan proaktif! Itu sahaja jalan keluar yang ada bagi Ketepiler.
Bagi komuniti rama-rama, kalau seorang beluncas berumur 17 tahun dan belum memiliki sayap, ini adalah kondisi yang maha parah. Itulah situasi yang dihadapi Ketepiler.

Akhirnya Ketepiler mengambil keputusan untuk mengubah cara fikiran. 'You Are What You Think' kata Pendeta Katak Puru ketika Ketepiler meluahkan isi hatinya satu ketika dulu. Nasib baik tidak dimakannya si Ketepiler.
Berbekalkan kata azimat 'You Are What You Think', Ketepiler mula mengubah fikiran yang dia sebenarnya adalah hanya seekor kupu-kupu!
Bodoh, Binaweng, Barua, Celaka, Haram Jadah dan lain-lain kata makian diluah oleh suara sumbang rama-rama lain kepada Ketepiler kerana berpemikiran yang begitu.

Tiba-tiba Ketepiler jatuh sakit kepala. Badannya mengembang dan mengeluarkan gel hijau yang pekat. Di tulang rusuknya terembes cecair kristal yang luar biasa. Jauh luar biasa daripada jus mate 5!.
"Mampus jugak kau akhirnya" kata Mexediron selaku musuh ketat Ketepiler. Memang begitulah keadaan bagi seorang beluncas yang sudah hampir ajalnya. Diluah mati katak, ditelan mati berak.

JengJengJeng.. Bunyi panik irama piano mula menghiasi pentas. Penonton-penonton di auditorium bertepuk tangan. Ada yang bersorak-sorak.

Satu sayap yang besar amat terkeluar daripada tulang kekipas Ketepiler.Terkejut beruklah semua ahli komuniti rama-rama! Dahlah besar, berwarna-warni pulak tu. Siap ada corak batik dari Terengganu.

Rupa-rupanya Ketepiler lah merupakan seekor Rama-rama yang asli! Rama-rama yang lain cuma kupu-kupu rupanya!

"Harta ini Ahmad Albab yang punyaaa!! Bukan kau yang punya! Ahmad Albab !!" Tiba-tiba juruaudio tersilap memainkan suara latar. Malu pula terasa seketika. Pelakon-pelakon mula gamat menunggu suara latar yang betul dimainkan.

"Sesiapa yang merendah diri dan meminati rock kapak akan mendapat balasan yang baik.. dan ingat, You Are What You Think.. Renung-renungkan, dan selamat beramal!" tiba-tiba satu suara berbunyi dan bergema dari satu sudut pentas.

Harfiahnya, Ketepiler hanya anak angkat keluarga kupu-kupu yang miskin itu.

"Patutlah comel semacam kau masa kecik", kata kupu-kupu yang lain sambil memohon kemaafan sempena Hari Raya yang bakal menjelang tiba.

Pelakon beratur dalam satu barisan sambil melambai-lambai kepada penonton dan lagu 'Senandung Hari Raya' dimainkan. Ketepiler berdiri paling tengah. Oranglidi selaku pengarah sketsa naik memberi penghormatan.
Pelakon dan krew-krew tunduk tanda berterima kasih dan mendapat tepukan gemuruh gila babi daripada penonton. Sampai ada yang tertidur tanda sketsa ini best. hehehe... Para pelakon keluar pentas.

Ucapan Terima Kasih Tidak Terhingga diucapkan Buat Krew, Para Pelakon dan Sponsor yang menjayakan Pementasan BUTTERFLAI EFFEK

-Istana Budaya
-Persatuan Seniman
-Dr Rozmey (Herba Prima)
-Suria Records
-Backrop dan Adi Sekeluarga Sdn Bhd
-Suara Sedap (Sound Engineering System) Enterprise.
-Krew Melodi

Pelakon idaman

-Ketepiler: Zizan Raja Lawak
-Mexediron: Radhi OAG
-Puteri Saadon: Diana Amir (Bakal muncul di pementasan BUTTERFLAI EFFEK - DUA)
-Pendeta Katak Puru & Ahli Nujum: Azlee Senario
-Narrator (Suara Latar):Johan Raja Lawak
-Sang Ibu: Ruminah Sidek
-Sang Ayah: Jaafar Onn
-Jiran: Fasha Sandha
-Orangjahat 1: Hairul Sulizan
-Orangjahat 2: Mohd Gadoff
-Orangjahat 3: Aaswadi Halimin Syakir
-Keterpiler Usia 2 Bulan: Adik Amani Adamaya
-Ketepiler Usia 7 Tahun: Adik Aril Idola Bintang Kecil

-Penari: Azlan Dancer (Ewah-Ewah)
-Band Jemputan: Hujan, Kertas, Medicine
-Lagu Tema: Aku Sang Beluncas (Hujan), Kerana Pepatah Lukaku Berdarah (U'Kays), Beethoven

moral nilai dan pengajaran : Terkadang seseorang kandas bukan kerana bodoh, namun kerana tidak diberi ruang dan peluang.

Jumaat, 23 Julai 2010

Persamaan DRAMA-DRAMA di TV3


Kalau ada kesempatan, aku sempatlah menonton TV. Seminggu dua ni aku tertarik dengan DRAMA-DRAMA TV3.

Kalau kau orang perasan, ada persamaan dalam drama-drama berikut:

ILUSI (6.30 pm): Kisah pasal Lyza lakonan Diana Rafar yang ada kelebihan ESP. ESP tu apa jadah aku tak tahu. Macam 'bayangan' apa bakal dan telah terjadi laa. Aku tak puas hati dengan Ashraf Muslim (Rizal) dan ayah dia (Azhar Sulaiman) dalam cerita ni. ahahaha.

HOTEL MANIA (tak ingat jam berapa): Drama muzikal. Tahniah buat KRU sebab bagi aku cerita ni ada kekreatifan sendiri. Cuma skrip 'kurang' menyengat... Kisah suasana kerja di hotel baik dari bahagian dapur sampailah ke pengurusan. Sikit-sikit nak nyanyi. cis,

CERITA ALISA DAN KIRANA (aku lupa tajuk cerita ni): Yang lakonan Eira Syazira dan Faradhiya (kalau aku tak silap lah). Yang menyamar-menyamar tu. Cerita ni diulang sebab mendapat sambutan hangat daripada penonton...

LAILA ASYIKIN (Isnin-Khamis jam 1030 pm): Kisah Laila Asyikin lakonan sapa aku dah lupa. Aku ingat sorang je. DIANA AMIR. HEHEHE. Tapi watak dia dah meninggal sebab accident. Sedih aku. hahaha.

CINTA UNTUK AIN: Drama lakonan Nabila Huda anak Amy Search yang mengisahkan seorang gadis dijual oleh bapa tirinya, lakonan Fauzi Nawi kepada orang jahat. Orang jahat? hahaha.. Ain menjadi mangsa kezaliman nafsu serakah si penjahat dan nasib baik akhirnya lolos. Dah lolos tu dia duduk pula dengan mak ayah angkat yang baru. Fuh.. Nasib dia baik plak sebab mak angkat tu kayo weh! Que Haidar jadi pakwe beliau.

JANJI KEKASIH (Jumaat 9.00 pm): Drama Islamik yang bagi aku mampu menyaingi NUR KASIH. Pelakon dia aku kurang ingat... Yang aku ingat Erma Fatima dengan Jalaludin Hassan je. Watak utama dia aku tak tau nama. Tapi best la cerita ni. Jarang nak keluar cerita Islamik cintan-cintan sekarang sebab takut market tak meluas.

ok lah. Cuba teka.. apa persamaan drama-drama yang aku ghoyak kat atas nun..

Isnin, 19 Julai 2010

puisi si puteh

Perhatian: Post ini di copy paste dari http://puisisiputeh.blogspot.com/ sebuah blog perkongsian 3 member yang dahulunya sibuk menjual produk secara MLM di kedai-kedai kawasan Hulu Perak. Anak-anak muda ini kini kian menjauh kerana atas alasan kerjaya selama 8 bulan. Untuk pengetahuan lanjut sila lawati sendiri karya-karya kreatif mereka di blog yang diwartakan.

Tajuk: Ini Kisah Kucing


wroted honestly by: Putera Aftus (Engineer Petronas)


ade seekor kucing. hidung kucing itu besar. lebih besar daripada kucing2 lain. bersusuk tubuh yang kecil. kucing itu kelihatan seperti tidak seimbang semasa berjalan. kadang kala, kucing itu tersadung hidungnya semasa berjalan. alangkah kasihannya kucing itu.

kadangkala, apabila si kucing mahu makan, makanan yang kucing itu makan termasuk kedalam hidung kucing itu. kucing itu sangat kasihan. oleh sebab itu, ketika kucing itu terbersin, seketul ayam pon tidak mustahil untuk kucing itu hamburkan dari hidungnya. hidung kucing itu sangat besar.

apabila kucing itu sudah besar. hidungnya turut ikut membesar. yang peliknya, telinga kucing itu juga turut membesar. tetapi, kucing itu sangat berani. pernah beberapa kali, kucing itu membunuh naga yang berkeliaran di hadapan rumah jagaannya. hal ini disebabkan oleh ilmu persilatan kucing itu yang sangat tinggi. jika terkejut, habis luka2 kawan2 kucingnya dibelasah.

kehebatan kucing itu sangat tidak terlawan. walaupon hidungnya besar, si kucing mampu mengusir sang anjing yang mahu menawan kawasan jagaan kucing yang berhidung besar itu.

sekian kisah kucing.

psst: maaf, aku tiada konklusi untuk disimpulkan setelah membacanya. yang ada cuma ketawa berdekah-dekah.

Isnin, 12 Julai 2010

blogath tadi

Pagi ahad, berkelah di ulu yam. 10 orang datang. fhad, ima, ian, nasikputeh, jalak, miza, kosong, haris, aleen, dan mofasad.

mandi sungai, bbq, fotografi, nyanyi2. fuhh.. lama tak release tension macamni. haha. best tgk diorg ni.

Aku baru prasan. eh, jadi trend ka bloger 'ehem ehem' dengan bloger skarang?? hehe.. aku doakan kalian bahagia2 slalu. kepada yang masih single-mingle tu, rilek2 lah. hahahahahaha..!

nak buat macamne, blum smpai rezeki la tu.

pst: daging burger dgn sosej.... dimana lokasi mereka sekarang?

Sabtu, 3 Julai 2010

kisah tentang seorang kuli dan bakal cikgu

"Mentang-mentang Belanda menang, laju je aku order jus oren satu.."

Di kantin, surau, tengah jalan.. semua tempat aku akan buat benda ni..

> Senyum dan angguk kepada student yang bakal jadi cikgu. (cikgi) < Bila nampak bakal cikgi-cikgi, aku akan senyum. haha. Kalau ada rezeki, senyuman akan tersambut. Kalau dia buat muka, aku tak kisah. Ya lah, status aku sebagai buruh dan kuli membataskan segalanya. hak ptuih.

Tapi pada suatu hari, time aku tengah bawak moto, aku pun tegur la sorang tu sambil angkat peace. Tiba-tiba!! , .... lain kali lah aku cerita. Nah ambik layan lagu yang duk main dalam kepala aku ni ha. Ada belambak lagi lagu yang aku mau letak, buat masa ni dengor je yang ni. Lagu Medicine macam Muzakarah Lalang dan Derita Seorang Filosuf pun boleh buat kepala terangguk-angguk.













Walaupun muka biasa-biasa, suara sedap brader!

pst: banyak benda mau cerita, tapi x tau mana mau mula.