Kepala otak kita menyimpan lambakan momen-momen penting dalam hidup.. dan momen-momen itu akan kita 'refresh' samada secara manual atau automatik bila tiba saat kita memerlukan mereka.
momen riang ria seperti;
momen kita dikurung dalam reban ayam sebab tak siap kerja sekolah,
momen kita menjawap soalan upsr sambil lewa,
momen melihat taik bintang,
momen engkau terkentut dalam kelas,
momen selipar dicuri di masjid selepas semayang jumaat dan kita pulang berkaki ayam sambil mencarut,
momen mendengar lagu Kejora daripada Search,
momen dikejar sewaktu 'fly' daripada asrama,
momen buat lawak sampai orang ketawa terbahak padahal tak lawak.
tak kurang momen sedih pilu jiwa rabak macam;
momen gagal dalam peperiksaan Pendidikan Islam,
momen saat mak ayah tinggalkan di asrama,
momen mendengar lagu Ku Ingin Bahagia oleh Rina Rahman,
momen kita tak dapat apa yang diidamkan,
momen berdikari tanpa ada sesiapa disekeliling,
momen tersumbat gol sendiri..
Oh, ada kalanya momen kita mempunyai 'bau'..
macam aku, aku akan terkenang saat mula melangkah tingkatan satu bila hidung terbau gel rambut kaler hijau jenama Follow Me.
Bau chicken sandwich A&W akan membuat aku kembali teringat momen kepala terhantuk sampai berdarah di salah sebuah restoren makanan segera tersebut.
Dan engkau, pasti ada momen-momen tersendiri.
Kita pelbagai.
Kita pelbagai.
Shhh: sebut banyak-banyak momen ni kadang-kadang membuat aku terkeliru bagaimanakah dan apakah makna ejaan 'momen' sebenar. Hahaha.
27 ulasan:
betollah~
ingatkan aku sorang je yang ade momen2 bau nih.
ang pon ke???
hehe~
haha.. hang pun ada?? wah. haha. igt ak sorang je. pakar psikologi pun x dapat merungkai misteri momen berbau ni. hehe.
motifnye nak tunjuk gambar lah tu ye tak
hahahahahkkk..!!!!!
atau momen terhilangkan kunci asrama dimana time2 tu jugalah lagu ku kunci cintaku dalam hatimu terlalak kat radio~~ pada waktu itu juga momen-tum kita berkadar songsang dengan kemarahan nak gi hempas radiO tu kat lantai2 berdekatan..O_O
aku bukan x nak koen page ko ni. tp ritu ade problem jadah haram tah x leh bukak page ko. skang aku akan mula baca entry ko. oh ye. blog bile nak apdet?
momen ?
bahasa apakah ini ?
bau ---> momen.
bau boleh trigger otak tengah.
for example bau nivea for men buat aku tringat Medan, Indonesia.
motif? entah.
bau ---> momen.
bau boleh trigger otak tengah.
for example bau nivea for men buat aku tringat Medan, Indonesia.
motif? entah.
momen???
ada sesetengah momen aku ia hilang terus dalam minda.
momen tu sama ke ngan kenangan.?
ada momen patut dilupakan terus dr otak...
saya paling suka momen berdikari tanpa ada sesiapa disekeliling..sungguh klasik!!
ejaan sebenar adalah ROMEN.
da lame xdengar lagu kejora ouh!lagu 2 memang meninggalkan kesan degil yg bley bwat geli ati,geli segeli2nye.abg lidi!!nyanyi cket!hak3
fndrocka,
-haha. bila engkau berjangkit cakap motip2 ni?
depicher,
-kuat btul engkau gelak.
-ape ngkau punya momen mcam haram.. kalau hilang kunci tu ok lagi, ini dah sampai ada bunyi lagu bagai nak rak.
aftus,
-apejadah tibe2 buat pengakuan macam awek2. haha.
-blog nak apdet gak tapi tunggu malatep dulu. haha.
anis,
-bahasa sendiri la.
fiq,
-trigger tu macam mana pulak? die macam getar - getar ke?
-wah, hebat momen kau.
biutiful,
-ah, biasa la tu. hehe.. sesetengah je trsimpan dalam memori.
kosong,
-entah, tak tau la. momen-ketika ? aku lemah sikit main2 bahase nin..
ciknor,
-he he he.. benar2.
koyuki,
-klasik ya?
-engkau mesti berdikari.
razman,
-ah engkau.. sikit2 romen.. sikit2 romen..
aleen,
-downlod la lagu tu. rugi kalu x dgr.
-ni tgh nyanyi la ni..
wah..bergambar dgn blogger femes!!
aku maksudkan pipiyapong bukan farid sadri k
like komen peja
bau deodorant Dashing buat aku teringat time awal2 masuk asrama dulu.
festaim tuh sapu benda alah ni kat ketiak XD
hahahhaha
komen peja terbaik
>>___<<
momen kata akar utk romen
romen bau bauan.
takkan aku lupa momen kau aku dan mereka mereka itu..
take care utk semua kawan2..
dan engkau juga.=)
aku nak jual minyak wangi kat sini...nice and cool n3
momen mcm first time je istilah ini dgunekan
aku paling suka momen bila romen. paling best.
peja,
-makan dalam demo..
deus,
-haha.
ruffey,
-wah, same la kite. ada momen bau.
-masa kecik x pakai sebab semulajadi wangi. ehehe
frodo,
-haha.
-romen tu kau.
lumut,
-ya2. sapa lupa memang keji. ehee.
-ko pun tek care.. makan bnyk2.
brutal,
-boleh je jual. one drop prfium ka?
maisarah,
-er.. istilah untuk diri sndiri. haha.
rafiq,
-ko penah romen kan? tepi pantai sura?
da agak ah.. uit ang engat name aq.. cis x aci aq x taw name ang
momen pulak dah...
maisarah,
-ha ha. kena la ingat. susah sgt nk tulis k2r90..
masy,
-hahahaha. apehal??
Catat Ulasan